Perniagaan: PAS hanya kecam Zionis
Harakahdaily, | 24 Mac 2012 |

Dalam satu kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa Abdul Hadi hanya menjelaskan fakta sejarah dari perspektif sirah Rasullullah di mana baginda menjalankan muamalah urusniaga dengan orang Yahudi di Madinah kerana perkara ini jelas disebut dalam banyak buku-buku sirah.
“PAS dukacita dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan pelbagai pihak yang menganggap kenyataan Presiden PAS bermotif politik kerana beliau menjelaskan dari sudut ilmiah perbezaan antara bangsa Yahudi dan gerakan Zionis, yang telah merampas tanah umat Islam di Palestin dan sentiasa memberi amaran kepada umat Islam,” kata beliau.
Dalam satu makan malam minggu lalu, Abdul Hadi berkata, aktiviti urusniaga dengan Yahudi dibenarkan, tetapi bukan dengan Zionis kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.
“Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia.
Kenyataan Abdul Hadi telah diserang oleh pemimpin Umno dan para mufti yang pro-kerajaan sebagai kenyataan politik semata-mata.
PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan timbalan presiden Mohamad Sabu turut menyokong kenyataan Abdul Hadi dengan menyatakan bahawa Yahudi merupakan bangsa seperti bangsa-bangsa lain di dunia sedangkan Zionis sebagai ‘parti’ dalam Yahudi itu sendiri.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, hakikatnya menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi.
"Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka. Demikian juga dengan mereka yang mengaku Muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan.
"Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi," katanya lagi.
Sementara itu, Mohd Sabu pula berkata umat Islam boleh bermuamalah dengan Yahudi, tapi menegaskan bahawa urusniaga dengan Yahudi Israel tidak boleh sama sekali kerana mereka jelas berfahaman Zionis.
Menurut Tuan Ibrahim pula, Yahudi adalah bangsa yang disebut dalam al-Quran. Al Quran banyak menyatakan kecaman dan juga pujian kepada Bani Israel.
“Bangsa adalah ketentuan Allah. Manakala yang kita tentang ialah gerakan Zionis yang sentiasa mewujudkan tindakan huru-hara dalam dunia, khususnya tindakan ganas mereka terhadap umat Islam di Palestin.
Lantaran itu, PAS mengecam tindakan kerajaan berurus niaga dengan negara Israel kerana tindakan itu nyata bercanggah dengan dasar dan polisi negara yang tidak mengiktiraf tanah rampasan Zionis yang dijadikan negara Israel,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
____________________________________________________________________
Rupanya kapal Israel dibenarkan berlabuh di Malaysia |
Written by Angkasanuri |
Dalam sibuk-sibuk penduduk di seluruh dunia mengecam yahudi israel laknatullah kerana menyekat kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza rupa-rupanya kapal-kapal dagang israel dibenarkan menggunakan kemudahan pelabuhan di Malaysia. Pelabuhan yang terlibat ialah Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia yang dikatakan bagi tujuan berdagang. Kapal-kapal israel dibenarkan menggunakan pelabuhan berkenaan sejak 1998 lagi!Kebenaran menggunakan pelabuhan di Malaysia dilakukan melalui Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Israel Navigation Company (Zim Lines). Perkara ini disahkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Kong Cho Ha dalam satu kenyataan semalam. Kapal-kapal dari Israel dikenakan beberapa syarat seperti tidak boleh menaikkan bendera negara berkenaan apabila memasuki atau berada di sempadan Malaysia dan anak-anak kapal tidak dibenarkan meninggalkan kapal apabila berada di dalam perairan Malaysia kecuali jika berlaku kecemasan. Pengumuman ini sekaligus mendedahkan sikap hipokrit kerajaan 1Malaysia yang kononnya anti israel dan yahudi. Saya masih teringat lagi sekumpulan rakyat di negara ini pernah di belasah polis dan ditembak dengan gas pemedih mata semata-mata kerana menentang kemasukan pasukan kriket israel tidak lama dahulu. Justeru itu, saya menggesa agar kerajaan 1Malaysia menuntut maaf kepada rakyat di negara ini kerana menyembunyikan kerjasama hubungan perdagangan Malaysia-Israel serta menamatkan serta merta semua bentuk kerjasama dan hubungan dengan negara haram yahudi. * Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan. |
______________________________________________________________
Apco serlahkan Umno tali barut Israel |
Written by Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia menyerlahkan Umno sebagai tali barut Israel, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).![]() "Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco)," jelas beliau petang tadi. Tidak cukup dengan itu, kata beliau, tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik. "Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan. "Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,” ujarnya. Dalam pada itu, beliau menyuarakan rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush). "Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih," jelasnya. "Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib." Ekoran itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan kerajaan itu seolah-olah tidak mengiktiraf kelayakan beberapa syarikat perunding tempatan yang sebenarnya mempunyai kelayakan dan wajar diberi peluang. Bercakap di Dewan Rakyat, beliau turut menasihatkan kerajaan supaya tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada syarikat yang dipercayai umum pro zionis Israel itu. Ini kerana, beliau berkata, Israel pernah menggunakan maklumat komunikasi daripada agensi komunikasi Amerika Syarikat untuk turut serta secara tidak langsung dalam Perang Teluk pada 1988 lalu, bagi mengenakan Iraq. |
___________________________________________________________________
Memperingati ulang tahun ke-10 Ops kriket Israel |
Seramai dua ribu pencinta Islam telah mengadakan demonstrasi membantah kehadiran pasukan kriket Israel yang berkesudahan dengan adegan liar pihak keselamatan menyuraikan para demonstran yang sebahagiannya pelajar universiti yang sedang bergelut dengan musim peperiksaan. Kini peristiwa itu telah genap 10 tahun dan menjadi sebahagian daripada sejarah gerakan Islam negara ini. Memandangkan isu kezaliman regim Israel terhadap umat Islam Palestine masih berterusan dan kiblat pertama umat Islam yang masih terjajah, maka Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan memperingati peristiwa ini pada 7 April di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar. Peristiwa kemuncak bantahan pada 4 April di hadapan pintu masuk Universiti Malaya adalah lanjutan daripada beberapa siri bantahan sebelum daripada itu. Lokasi masjid Ar Rahman Universiti Malaya sebagai tempat berhimpun sangat sesuai kerana masjid itu sentiasa menjadi medan demonstrasi pelajar-pelajar universiti terutama dari Universiti Malaya serta PAS Lembah Pantai yang sentiasa menjadi ‘tuan rumah’ demonstrasi pada dekad 90-an. Pada hari Jumaat 4 April, Masjid Ar Rahman menampung kehadiran solat Jumaat yang begitu ramai malah diisi dengan tazkirah dan khutbah yang berkaitan dengan isu Yahudi dan Palestine yang sentiasa berkubang. Penulis saat itu masih belum tamat pengajian Diploma Pendidikan Universiti Malaya dan menjawat jawatan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai (yang menguruskan logistic acara demo 4 April) masih membayangkan wajah-wajah teruja para demonstran. Selesai solat Jumaat, teriakan takbir mula menerjah ruang sekitar masjid dan peserta demonstrasi mula berarak ke hadapan pintu masuk UM. Pihak keselamatan telah melakukan persiapan awal untuk menghalang bantahan ini dengan kerahan ratusan anggota polis berpakaian preman, FRU, malah yang beruniform. air kimia dan gas pemedih mata Trak-trak polis dan water canon telah ditempatkan di perkarangan Balai Polis Jalan Pantai Baru sejak awal pagi 4 April 1997. Laungan slogan dan takbir peserta jam 2 petang 4 April mula galak di hadapan pintu masuk UM walaupun matahari begitu menyengat ubun-ubun. Mahfuz, Salahuddin Ayub, Misbahul Munir dan beberapa pemimpin Pemuda PAS yang kebetulan menghadiri satu tamrin anjuran Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai turut hadir. FRU mula mengeluarkan amaran bersurai namun tak sempat pamitan doa yang dibaca oleh YDP PAS Lembah Pantai, pancutan air kimia telah dihalakan kepada peserta demo tanpa belas kasihan walaupun muslimat dan mahasiswi adalah sebahagian daripada peserta perhimpunan. Gas pemedih mata yang dijamu kepada peserta demo juga agak lumayan pedihnya telah mewarnai sekitar lokasi perhimpunan, dalam masa yang sama pihak keselamatan UM telah bertindak menutup pintu masuk Universiti dengan tujuan untuk menghalang peserta –peserta demo masuk ke dalam UM bagi meloloskan diri daripada tangkapan polis yang mula menyerbu, menangkap malah menggasari peserta demo dengan hayunan belantan. Seorang peserta, Haji Zakri (AU4) cedera parah dipukul, serban dan baju beliau disimbah warna merah darah malah puluhan peserta cedera. Dalam keadaan rusuh dan tegang itu ada peserta demo yang terjun ke dalam sungai yang terletak berhampiran dengan Masjid Ar Rahman. Masjid Ar Rahman telah di kepung sehingga hampir masuk waktu Isyak, para peserta telah melakukan pelbagai aktiviti seperti membaca Surah Yaasin secara beramai-ramai, makanan telah dimasak di dapur Masjid oleh Pak Amjal serta dibantu yang lain. lorong tikus Dalam tempoh antara Asar dan pertengahan Maghrib puluhan pelajar telah berjaya dikeluarkan melalui ‘lorong tikus’ hutan belakang Masjid Ar Rahman, terutama pelajar yang akan mengambil peperiksaan akhir mereka. Pihak polis telah menyerbu ke dalam Masjid menjelang waktu Isyak dan mula menangkap peserta-peserta yang berada di masjid secara rambang malah dengan memakai kasut yang disarung beg plastik - satu tindakan biadap yang tidak menghormati kesucian masjid. Akhirnya, 250 orang penunjuk perasaan ditahan oleh pihak polis termasuklah pemimpin Dewan Pemuda PAS Pusat yang ditahan reman. Antaranya Setiausaha, Haji Mahfuz Omar dan Ketua Penerangan, Salehudin Ayub. Sementara dua lagi ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Minghat Mahmud dan Haji Jamaluddin Manaf (Pak Amjal), Ketua Cawangan PAS Flat UDA, Lembah Pantai. demo depan balai polis Peserta demo telah dibawa ke beberapa buah balai polis di sekitar Kuala Lumpur di Balai Polis Pantai Baru dan Brickfield. Keesokannya pada 5 April satu lagi demonstrasi kecil telah dibuat dihadapan Balai Polis Brickfield bagi membantah layanan polis terhadap tahanan termasuk tahanan beramai-ramai ini mengaku agak kelaparan. Dalam demonstrasi ini pelbagai jalur latarbelakang peserta telah ditahan seperti pendakwah, pensyarah (Prof. Dr. Hamirdhin Ithnin), korporat (Haji Ghazali Ismail), wartawan (Adnan Ibrahim) serta kelompok mahasiswa. Daripada 24 orang yang ditahan, hanya 19 daripadanya dijatuhkan hukuman denda. Sembilan darinya didenda RM200, sembilan lagi didenda antara RM50 ke RM150 dan hanya seorang diberi amaran. Urutan peristiwa bantahan sebelumnya Sebelum daripada bantahan kemuncak pada 4 April, telah berlaku beberapa siri bantahan menentang kedatangan pasukan kriket Israel. Demonstrasi pertama membantah kehadiran pasukan kriket Israel ke negara ini, telah diadakan di Dataran Merdeka yang dihadiri lebih 2,000 orang. Ia dipimpin Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berarak menuju ke Jabatan Perdana Menteri bagi menghantar memorandum bantahan kepada PM (tiada dalam negara pada waktu itu). Perarakan itu juga dihadiri oleh pemimpin Pemuda PAS Pusat seperti Ketua Pemuda Ustaz Abu Bakar Chik, Naib Ketua Haji Muhamad Sabu, Setiausaha Haji Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Salahuddin Ayub, Dr. Hatta Ramli. Beberapa pemimpin PAS negeri turut datang memeriahkan bantahan seperti Allahyarham Zainuddin Abdullah (Abang Din Kubur Maras),Ustaz Fauzi Husain (Kedah), pemimpin pelajar universiti tempatan. bantahan di peringkat negeri Di peringkat negeri pula, Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Tan Sri Isa Abdul Samad oleh Ketua Pemudanya, Rahman Abdul Jalil. Di Pahang pula, Menteri Besar Pahang, Tan Sri Khalil Yaakob juga menerima memorandum bantahan yang disampaikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Abdul Rahim Latif. Manakala Dewan Pemuda PAS Kelantan pula menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Mahyuddin Yassin dan Menteri Luar Negeri pada waktu itu, Dato’ Abdullah Badawi. Di peringkat kampus, beberapa persatuan pelajar turut membantah kedatangan pasukan kriket Israel. Antaranya, Persatuan Mahasiswa Islam UM (UM menjadi pusat gerakan kebangkitan pelajar Islam dalam dekad tersebut), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (MPPUIA) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Pertanian Malaysia (PMIUPM). PMUM yang diterajui oleh NADI turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid Megat Ayub. Ternyata isu kriket ini telah menjadi momentum kepada kebangkitan pelajar yang sebelumnya turut bergelumang dengan isu-isu rakyat di Pantai Kundur, Kerpan, menentang maksiat di kampus-kampus universiti. Demontrasi berikutnya telah dianjurkan oleh lebih 500 siswa-siswi kampus tempatan diperkarangan jalan masuk utama Universiti Malaya. Ia diadakan selepas solat Jumaat. Minggu berikutnya, demontrasi secara aman turut diadakan di perkarangan Masjid Negeri Ipoh, Perak yang disertai lebih 500 orang. Di negeri-negeri lain juga bantahan yang serupa telah diadakan termasuk menyerahkan nota bantahan kepada pihak berwajib. papan iklan Carlsberg diruntuh Dewan Pemuda PAS Pusat juga sekali lagi telah mengadakan bantahan, di tapak permainan kriket, Kelana Jaya. Beberapa papan iklan jenama Carlberg diruntuhkan oleh pelajar-pelajar UM dalam keghairahan bantahan itu. Demontrasi di Dataran Merdeka telah mendapati liputan meluas mass media antarabangsa samada media cetak atau elektronik. Kesan daripada demontrasi anjuran Dewan Pemuda PAS telah menyebabkan imej pemimpin Malaysia telah jatuh menjunam di kalangan pemimpin negara-negara umat Islam sejak isu kedatangan pasukan kriket Israel ke Malaysia. Malaysia yang cuba menonjol di pentas antarabangsa dalam isu ummat Islam telah mendapat tamparan yang hebat dari dunia luar.Kemunafikan pemimpin negara telah terserlah dalam isu kriket Israel ini dan telah melonjakkan nama PAS kepada gerakan Islam lain di luar negara. Reaksi masyarakat Demonstrasi ini telah mengundang reaksi yang pelbagai daripada khalayak masyarakat dalam dan luar negara serta menjadi subjek yang diperkatakan terutama kebangkitan pelajar Islam memandang demonstrasi ini mengingatkan rakyat tentang ‘student power’ yang pernah menjadi fenomena pada awal dekad 1970-an. Demo yang disifatkan sebagai demo kedua terbesar pembabitan pelajar selepas kebangkitan gerakan pelajar 1974 telah diulas oleh Ketua Pemuda UMNO, Zahid Hamidi dengan penuh emosional mendakwa "PAS telah melacurkan pelajar demi kepentingan politik". Nah, inilah “true colour” Pemuda UMNO dalam melihat isu ini yang sememangnya hanya menjadi pak angguk kepada pemimpin UMNO. Zahid seterusnya mendesak Kementerian Pendidikan “jangan bertolak ansur dengan pelajar yang terbabit dalam demonstrasi itu, termasuk menggantung pengajian atau menyingkirkanya". Ketua Pemuda Umno itu juga mendakwa ada guru terbabit dalam demo dan seterusnya, “meminta Menteri Pendidikan, Najib Tun Razak mengambil tindakan tatatertib, termasuk memecat guru berkenaan daripada menjalankan tugas sebagai pendidik”. Di antara guru penjawat awam yang terlibat dengan bantahan itu ialah Ustaz Misbahul Munir dari Bagan Datoh (Kubu Zahid Hamidi Sendiri). Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) telah membidas kenyataan Zahid yang tidak peka kepada isu ummah ini. “Sebagai Muslim, pelajar mempunyai hak menyatakan perasaan benci terhadap regim Yahudi yang penuh kezaliman dan keganasan itu,” ujar pimpinan PUM yang turut terusik dengan kenyataan Zahid. Seorang Pengamal sosial tersohor, Rustam A. Sani memberikan pandangan yang menarik dalam menyikapi isu ini dalam kolumnya: “Saya kira, pihak penganjur kejuaraan kriket tersebut tentulah amat kuat pengaruhnya terhadap pemerintah. Mereka bukan sahaja berhasil memperoleh keizinan membawa pasukan kriket Israel ke negara ini, tetapi tindakan mereka itu malah dipertahankan oleh Perdana Menteri." Bantahan pasukan kriket Israel itu kini telah berputar selama 10 tahun dalam sejarah dan masa yang pantas ini juga telah merakamkan banyak cerita suka dan duka. Ramai juga pelajar yang terlibat dengan bantahan kriket ini telah menjadi pemimpin PAS atau pun aktivis parti pada hari ini. Ustaz Hilmi Ghazali (Ketua Pemuda PAS Sungai Petani), Ustaz Kamal Ali (Terengganu),Roslan Mohd Zain (Kelantan), ratusan yang lain aktif di peringkat kawasan dan cawangan yang tidak mampu disenaraikan dalam tulisan singkat ini. Ada juga alumni demonstrasi ini mula membina nama dalam NGO seperti Jamaluddin Elias (YAM), malah cukup mengharukan ada pihak polis yang diberi hidayah selepas peristiwa tersebut malah akhirnya aktif sebagai penggerak PAS. Beberapa tahun lepas penulis dijemput berceramah di sebuah Surau di Seri Kembangan, selepas membicarakan sejarah Perang Khaibar yang berlaku di zaman Nabi s.a.w., perang Islam dan Yahudi serta mengimbas tragedi Ops Kriket. Dua orang bekas polis (termasuk bekas SB) telah mendedahkan bahawa mereka di antara polis yang terlibat dalam peristiwa 4 April itu. Ramai juga alumni yang telah berkelana ke alam abadi, antaranya Pak Din Hancur, Abang Din Kubur Maras, malah ada yang setia dengan setiap demo seperti Dr. Hatta dan Pak Amjal. Ayuh para alumni 4 April 1997, kita berhimpun di Melewar pada 7 April ini untuk mempertautkan kembali ukhuwwah dan mengilas kembali ingatan silam sebagai cerminan kepada kita hari ini. Ridhuan M. Nor ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (1999-2006) dan graduan Universiti Malaya. |
__________________________________________________________________________
Sokong Yahudi – Pendirian PAS Dipuji
LAMAN ini menyambut baik kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang bahawa PAS akan menyokong perhubungan perniagaan dengan yahudi (sebut Israel) asal sahaja tidak dengan zionis.
Pendirian yang sangat-sangat dinanti ini hadir pada masa yang tepat. Kebetulan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang hebat ditekan banyak pihak dalam negara lanjutan dari kenyataannya yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (TWSJ) pada Januari.
Walaupun dalam masa yang sama masyarakat antarabangsa menerima dengan positif kenyataan tersebut..
Yang lebih penting lagi, kenyataan Anwar dalam TWSJ itu juga telah menyebabkan kerekahan dalam perhubungan antara komponen Pakatan Rakyat terutama dengan PAS.
Sekurang-kurangnya dengan kenyataan terbaru Hadi ini dapat mengurangkan sedikit tekanan yang dialami Anwar dan mengembalikan semua kerjasama Pakatan Rakyat ke atas landasannya yang betul.
Tidaklah nanti perbezaan berterusan ini digunakan penyokong UMNO dan Barisan Nasional untuk menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai gabungan politik yang gagal (sudahlah tidak didaftarkan), yang mana akan memberi kesan yang bukan sedikit kepada sokongan rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Jika semua pembaca sedar, inilah yang kami perjuangkan selama ini dalam menyokong kenyataan Anwar dalam TWSJ tersebut. Yahudi adalah sama seperti etnik lain di dunia yang terbahagi kepada beberapa kumpulan tertentu. Bangsa Melayu sendiri pun ada beberapa bahagiannya seperti Melayu Champa, Jambi dan sebagainya.
Dalam kerajaan Israel sekalipun bukan semua yang berfahaman zionis, hanya segelintir tapi mereka ini yang kelihatan terlebih vokal.
Menolak Yahudi, apatah lagi meminta penghapusannya dari muka bumi ini adalah satu pendekatan yang berlawanan dengan firman Allah swt yang bermaksud “Dan berbuat baiklah kamu kepada sesama manusia sebagaimana Allah telah berbuat baik terhadap kamu”.
Penulis secara peribadi menganggap, kenyataan terbaru Hadi ini adalah kemenangan kepada perjuangan laman ini yang sering kali disalah tafsir cuba melaga-lagakan komponen di dalam Pakatan Rakyat dengan menyokong kenyataan Anwar tersebut, termasuk dari pengamal media sosial/baru yang mengaku condong kepada perjuangan Pakatan Rakyat.
Kenyataan Hadi ini sebenarnya adalah selari dengan keputusan dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, sehari sebelum sidang Parlimen bermula pada minggu lepas. Penulis kurang pasti kenapa Hadi menunggu beberapa hari sebelum mengumumkannya.
Tidak mengapalah, yang penting ia telah diumumkan dan respon rakyat yang penulis terima berikutan kenyataan tersebut, rata-ratanya adalah positif.
Tambahan pula masing-masing sedar bahawa semakin banyak negara Islam sudah dan akan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi tersebut, dan Malaysia (dibawah Pakatan Rakyat) tidak seharusnya tertinggal di belakang.
Penulis sangat berharap semua penyokong Pakatan Rakyat yang selama ini begitu sensitif dengan isu Israel ini agar mengubah pendirian masing-masing. Ambil kenyataan Haji Hadi ini sebagai pedoman dan tauladan dalam penulisan masing-masing.
Syabas Hadi, Syabas PAS.
Sumber Petikan : suarapakatanrakyat.com
_____________________________________________________________________
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, kerjasama dan urus niaga dengan golongan berbangsa Yahudi tidak diharamkan dalam Islam selagi mereka tidak mempunyai agenda jahat.
Beliau berkata, faktor bangsa semata-mata tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang sebarang hubungan kerana ia bukan penentu kepada dosa dan pahala, sebaliknya perbuatan jahat yang diambil kira seperti merampas tanah dan membunuh penduduk tidak bersalah seperti mana dilakukan oleh puak Zionis.
“Kerajaan yang dia (Yahudi Israel) sekarang ini kerajaan yang dibentuk parti Zionis, yang ini kita tidak boleh berurusan dengan dia, apa sahaja pun urusan dengan kerajaan Zionis sekarang ini ertinya kita berurusan dengan kerajaan haram.
“Kalau kita bersekongkol dengan yang haram maka berdosalah, seperti budak mencuri motosikal, kalau kita membeli motosikal dia, ertinya kita bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan jahat mencuri,” katanya selepas kuliah Jumaat di pekarangan pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini, hari ini. – UTUSAN
____________________________________________________________________

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.
"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin Pas anjuran Dewan Muslimat Pas Malaysia di sini, malam tadi.
Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan Pas yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan Pas ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.
Matlamat menghalalkan cara..? Kita tunggu penjelasan dari Pok Nik dalam masa terdekat!!
Suara Politik
Taminsari
____________________________________________________________________
Pendirian yang sangat-sangat dinanti ini hadir pada masa yang tepat. Kebetulan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang hebat ditekan banyak pihak dalam negara lanjutan dari kenyataannya yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (TWSJ) pada Januari.
Walaupun dalam masa yang sama masyarakat antarabangsa menerima dengan positif kenyataan tersebut..
Yang lebih penting lagi, kenyataan Anwar dalam TWSJ itu juga telah menyebabkan kerekahan dalam perhubungan antara komponen Pakatan Rakyat terutama dengan PAS.
Sekurang-kurangnya dengan kenyataan terbaru Hadi ini dapat mengurangkan sedikit tekanan yang dialami Anwar dan mengembalikan semua kerjasama Pakatan Rakyat ke atas landasannya yang betul.
Tidaklah nanti perbezaan berterusan ini digunakan penyokong UMNO dan Barisan Nasional untuk menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai gabungan politik yang gagal (sudahlah tidak didaftarkan), yang mana akan memberi kesan yang bukan sedikit kepada sokongan rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Jika semua pembaca sedar, inilah yang kami perjuangkan selama ini dalam menyokong kenyataan Anwar dalam TWSJ tersebut. Yahudi adalah sama seperti etnik lain di dunia yang terbahagi kepada beberapa kumpulan tertentu. Bangsa Melayu sendiri pun ada beberapa bahagiannya seperti Melayu Champa, Jambi dan sebagainya.
Dalam kerajaan Israel sekalipun bukan semua yang berfahaman zionis, hanya segelintir tapi mereka ini yang kelihatan terlebih vokal.
Menolak Yahudi, apatah lagi meminta penghapusannya dari muka bumi ini adalah satu pendekatan yang berlawanan dengan firman Allah swt yang bermaksud “Dan berbuat baiklah kamu kepada sesama manusia sebagaimana Allah telah berbuat baik terhadap kamu”.
Penulis secara peribadi menganggap, kenyataan terbaru Hadi ini adalah kemenangan kepada perjuangan laman ini yang sering kali disalah tafsir cuba melaga-lagakan komponen di dalam Pakatan Rakyat dengan menyokong kenyataan Anwar tersebut, termasuk dari pengamal media sosial/baru yang mengaku condong kepada perjuangan Pakatan Rakyat.
Kenyataan Hadi ini sebenarnya adalah selari dengan keputusan dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, sehari sebelum sidang Parlimen bermula pada minggu lepas. Penulis kurang pasti kenapa Hadi menunggu beberapa hari sebelum mengumumkannya.
Tidak mengapalah, yang penting ia telah diumumkan dan respon rakyat yang penulis terima berikutan kenyataan tersebut, rata-ratanya adalah positif.
Tambahan pula masing-masing sedar bahawa semakin banyak negara Islam sudah dan akan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi tersebut, dan Malaysia (dibawah Pakatan Rakyat) tidak seharusnya tertinggal di belakang.
Penulis sangat berharap semua penyokong Pakatan Rakyat yang selama ini begitu sensitif dengan isu Israel ini agar mengubah pendirian masing-masing. Ambil kenyataan Haji Hadi ini sebagai pedoman dan tauladan dalam penulisan masing-masing.
Syabas Hadi, Syabas PAS.
Sumber Petikan : suarapakatanrakyat.com
_____________________________________________________________________
Kerjasama Dengan Yahudi Tak Haram Dalam Islam – Nik Aziz
- March 23, 2012
Beliau berkata, faktor bangsa semata-mata tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang sebarang hubungan kerana ia bukan penentu kepada dosa dan pahala, sebaliknya perbuatan jahat yang diambil kira seperti merampas tanah dan membunuh penduduk tidak bersalah seperti mana dilakukan oleh puak Zionis.
“Kerajaan yang dia (Yahudi Israel) sekarang ini kerajaan yang dibentuk parti Zionis, yang ini kita tidak boleh berurusan dengan dia, apa sahaja pun urusan dengan kerajaan Zionis sekarang ini ertinya kita berurusan dengan kerajaan haram.
“Kalau kita bersekongkol dengan yang haram maka berdosalah, seperti budak mencuri motosikal, kalau kita membeli motosikal dia, ertinya kita bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan jahat mencuri,” katanya selepas kuliah Jumaat di pekarangan pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini, hari ini. – UTUSAN
____________________________________________________________________
Saturday, March 17, 2012
Apa Bila Anwar Ibrahim Sokong Yahudi, Hadi Awang Tumpang Sekaki " Boleh Bekerja Sama Dengan Yahudi"....!!!!!