BADROL AMIN TERTUNGGING LAGI!!!

Badrol Amin adalah Penasihat Agama kepada Exco Agama Islam Selangor iaitu Khalid Ibrahim. Bagaimanapun, Penasihat Agama yang sangat glamour dengan VCD ratib dan zikirnya, terpalit dengan masalah khalwat yang melibatkan isteri orang.
Secara rasminya, jantan KOD 71 itu beristeri dua sekalipun terdapat bukti yang menunjukkan dia mempunyai seorang lagi isteri di Sabah yang tidak diberikan nafkah zahir dan batin selama bertahun-tahun selepas dia tertarik dengan wanita-wanita Semenanjung selain dipukul di hadapan anak-anak.
Di sebalik kopiah putih, jubah dan cakap yang berloghatkan Arab sesat, Badrol Amin mempunyai masalah menahan syahwat yang sangat besar. Agak menariknya, Badrol Amin dibela oleh para pecacai Pakatan Rakyat dengan pelbagai alasan, termasuklah alasan konspirasi yang melibatkan UMNO dan JAIP serta polis!
Dikhabarkan isteri kedua Badrol Amin, memendam perasaan setelah kemelut yang berlaku. Fiona sehingga kini masih gagal berbaik-baik dengan suaminya itu. Badrol Amin pula 'hilang' entah ke mana.
Fiona telah menghubungi salah seorang pemimpin utama PKR untuk meluahkan perasaannya. Ada pengakuan yang dibuat oleh Fiona berhubung perangai buruk Badrol Amin. Bagaimanapun, blog ini tidak akan mendedahkan apa pengakuan yang dibuat oleh isteri kedua Badrol Amin itu.
Nampak gayanya memang sudah tidak selamatlah Islam di Selangor kalau Penasihat Agama kepada Exco Agama Islam Selangor pun berperangai mengalahkan HANTU NGENSOT!
Pastinya, pengakuan Fiona akan didedahkan oleh beberapa blog dalam tempoh yang terdekat ini. Apa pula dalih yang akan diberikan oleh pecacai Pakatan Rakyat? Konspirasi siapa pula yang akan dituduh oleh Badrol Amin? Siapa pula yang akan dituduh melakukan fitnah oleh pecacai PKR yang sudah mati idea bagaimana hendak menyelamatkan syahwat Badrol Amin daripada terus diperkatakan dan didedahkan?
No comments:
Post a Comment