Air di empangan Selangor cukup
19 Julai 2012
Ronnie (kiri) bersama Yang Dipertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman ketika sidang media, semalam.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri, Ronnie Liu berkata, ia susulan dapatan yang diperolehnya hasil lawatannya ke empat daripada tujuh empangan di negeri ini bersama beberapa Exco Kerajaan Negeri, kelmarin.
“Kesemua empangan yang dilawati menunjukkan paras air penuh malah keadaan hujan turut menyumbang kepada kenaikan paras air di empangan malah bukan sahaja empangan penuh, loji air terawat berdasarkan maklumat yang diperoleh juga tidak berdepan masalah (kekurangan air).
“Empangan Hulu Yam kadangkala terpaksa lepaskan air ke sungai ekoran paras air terlampau penuh di empangan manakala air dari Empangan Semenyih langsung tidak digunakan lagi kerana air di Sungai Semenyih sudah cukup untuk tampung keperluan,” katanya kepada media selepas merasmikan Sesi Majlis Dialog Bajet Tahun 2013 di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) semalam.
Empat empangan yang dilawati adalah Empangan Hulu Yam, Empangan Klang Gates, Empangan Semenyih dan Empangan Kuala Kubu Bharu.
Ronnie berkata, berdasarkan fakta itu, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tiada alasan untuk melaksanakan catuan bekalan air dan Syabas hanya perlu melakukan tugas pengagihannya kepada pengguna.
“Berkenaan pembinaan Loji Langat 2, jangan salahkan MPKj kerana Kerajaan Negeri memang tidak akan bagi kelulusan kerana jika dibina sekalipun, pembinaan ini mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk siap dan bukannya untuk menampung keperluan sekarang.
“Ini dijadikan alasan oleh Syabas ditambah bertindak menuntut RM1 bilion dengan Kerajaan Negeri ekoran enggan membenarkan pihaknya menaikkan tarif air menunjukkan krisis air yang diwujudkan hanya pembohongan untuk mengugut Kerajaan Negeri,” katanya.
Menurutnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) cukup bersedia dan malah boleh mengambil alih Syabas dalam masa 48 jam jika Kerajaan Persekutuan beri kebenaran.
No comments:
Post a Comment