PAS pula menjadi mangsa "gutter politics" Posted on Friday, April 12 @ 15:06:28 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |

Oleh Roslan SMS

Datuk Seri Anwar antara tokoh yang paling acap dipalitkan dengan politik ini namun Alhamdulillah sehingga ini beliau berjaya tepis dan mengatasinya. Malah ke atas beliau sebarang usaha yang sama kini dikira bagaikan pepatah Inggeris “to cry wolf”, menjadi senjata memakan tuan kerana kerap sangat terbukti palsu.
Namun pihak musuh akan tetap menggunakan politik jenis ini kerana ia selalunya berjaya memberi kesan sehingga ke akar umbi dan jika tidak segera ditangani boleh merencatkan seluruh jentera parti.
Gus Dur di Indonesia pun pernah menjadi mangsa “gutter politics” dan politik jahanam ini terus mensasar siapa sahaja yang mudah ditumbangkan.
Jika sebelum ini PKR sering menjadi sasaran terbaru nampaknya PAS pula diberi tumpuan. Video klip membabitkan pemimpin kanan PAS yang saya kenali rapat dilaporkan tersebar sejak malam tadi dan hari ini menjadi topik bualan hangat. Saya memerhatikan malah laman-laman web yang pro PAS pun mula menerima komen yang panas dari para penyokong. Mungkin lantaran PAS ini adalah sebuah jamaah Islam, dan disiplin Islam ketat mengikat para ahlinya.
Saya kagum dengan ulasan seorang sahabat “ahmadhadeed” dalam laman web Tranungkite di http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=5311
Beliau menggariskan 3 cadangan yang perlu diambil bagi menanggani kes terbaru ini dan saya sendiri bersetuju sangat.
PAS perlu bertanggungjawab pertamanya kepada para ahli dan penyokongnya selain seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia. Pemimpin dan individu tidak penting yang penting adalah matlamat dan dasar perjuangan yang sentiasa perlu dibela dan dipertahankan.
Semoga di hari Jumaat ini Presiden dan pimpinan kanan PAS ditunjukkan segera jalan oleh Allah swt bagi keluar dari kemelut yang rumit dan menggusarkan ini.
...................
Nota daaripada Webmaster:
Selepas solat Jumaat tadi ada Jamuan di Peti Undi Balai Besar Dungun dimana Cikgu Pa turut hadir memberikan sedikit taklimat. Tak sampai 3 km dari rumah saya. Kawan ajak untuk jumpa Cikgu Pa bertanya Cikgu Pa sendiri. Saya ambil keputusan untuk balik dan update TKO. Tak tahu nak makan apa pasal Dungun sangat sedikit kedai makan buka Hari Jumaat.
Harap kawan saya dan anak saudaranya boleh bagi info petang nanti......
...................
Nota daaripada Webmaster:
Selepas solat Jumaat tadi ada Jamuan di Peti Undi Balai Besar Dungun dimana Cikgu Pa turut hadir memberikan sedikit taklimat. Tak sampai 3 km dari rumah saya. Kawan ajak untuk jumpa Cikgu Pa bertanya Cikgu Pa sendiri. Saya ambil keputusan untuk balik dan update TKO. Tak tahu nak makan apa pasal Dungun sangat sedikit kedai makan buka Hari Jumaat.
Harap kawan saya dan anak saudaranya boleh bagi info petang nanti......
No comments:
Post a Comment