Dasar Kelantan jejas pelancongan, kata Yen Yen
9 Disember 2012
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, pelaksanaan undang-undang itu turut memberi risiko kepada sektor pelancongan antarabangsa.
Menurutnya, pelancong terutama dari luar negara akan mempertikaikan kekangan untuk memasuki negeri itu sekiranya membawa teman lelaki atau wanita.
“Kita mempunyai potensi menarik pelancong luar negara untuk menikmati pelbagai tarikan di Kelantan.
“Tetapi pelaksanaan undang-undang tidak munasabah boleh menyekat pertumbuhan ekonomi pelancongan di negeri itu,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan program berbasikal di Taman Tasik Raub, semalam.
Yen Yen berkata, Kelantan terkenal dengan pelbagai tarikan kebudayaan dan khazanah warisan yang boleh ditonjolkan sebagai aset pelancongan.
Katanya, tindakan tegas Kerajaan Kelantan terhadap pengusaha bukan Islam juga menjejaskan pertumbuhan ekonomi tempatan.
“Sepatutnya fikir lebih mendalam dan secara menyeluruh setiap dasar ingin dilaksanakan supaya tidak membawa keburukan kepada sesetengah pihak.
“Seperti pengusaha salon atau kedai gunting rambut yang turut dikenakan kompaun jika membenarkan pekerja wanita bukan Islam memotong rambut lelaki juga bukan Islam,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/dasar-kelantan-jejas-pelancongan-kata-yen-yen-1.111103
No comments:
Post a Comment