Seks rambang punca Aids
7 Disember 2012
PARIT BUNTAR - Aktiviti seks rambang dikenal pasti faktor utama penyumbang kepada virus HIV/Aids di negeri ini sepajang 2011 Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan, nisbah kes jangkitan Aids daripada aktiviti seks rambang berbanding aktiviti perkongsian jarum suntikan dadah adalah 60:40 sejak tahun 2011.
Menurutnya, ia menunjukkan meningkat berbanding nisbah terdahulu 45:55 pada tahun-tahun sebelumnya.
“Kerajaan Negeri memandang serius perubahan tren ini dan beberapa langkah terbaik mula dilaksanakan bagi membendung aktiviti ini.
“Kini pengawasan ketat terhadap golongan berisiko tinggi menjadi agen penularan penyakit itu seperti golongan transgender, pekerja seks dan penagih dadah dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu ditemui media selepas merasmikan program Sambutan Hari Aids Sedunia 2012 peringkat negeri Perak di Dewan Seri Kerian, di sini semalam.
Dalam masa sama, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kesihatan Negeri turut bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam memperkenalkan beberapa model pencegahan bagi membendung aktiviti seks rambang.
Mengenai situasi kes HIV dan Aids di Perak, Hang Soon menjelaskan negeri ini mencatatkan penurunan pada 2011 apabila sebanyak 205 kes dikesan atau pada kadar jangkitan 8.3 orang bagi setiap 100,000 penduduk.
Menurutnya, jangkitan kes baru HIV tertinggi direkodkan pada tahun 2004 iaitu sebanyak 496 kes atau pada kadar jangkitan 22.3 orang bagi setiap 100,000 penduduk.
“Secara kumulatif dari 1988 sehingga 2011, Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengesan 6,234 kes HIV baru dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,455 (23.3 peratus) dikenal pasti sebagai pesakit Aids, manakala 1,401 (22.5 peratus) pula melibatkan kematian berkaitan HIV dan Aids.
“Selain itu, tiada kes jangkitan HIV terhadap bayi baru dilahirkan dilaporkan dalam tempoh dua tahun berturut-turut sejak 2010,” katanya.
Hang Soon berkata, Kerajaan Negeri kini melaksanakan pelbagai inisiatif dalam membendung jangkitan HIV seperti melakukan ujian saringan HIV dan rawatan percuma di semua Klinik Kesihatan Kerajaan.

No comments:
Post a Comment