Sunday, December 9, 2012

Sultan S'gor benci dituduh 'orang Umno'

Sultan S'gor benci dituduh 'orang Umno'
12:41PM Dis 9 2012 
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata beliau sangat benci apabila mendengar tuduhan bahawa beliau merupakan orang Umno – seperti yang dikesannya dalam tulisan di blog tertentu.

Dalam satu wawancara disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Sultan Sharafuddin berkata tuduhan itu timbul akibat salah faham ke atas seruannya supaya golongan Melayu bersatu.

"Saya beritahu kepada kakitangan istana, apa saja dalam blog dan portal yang berkaitan dengan Selangor, cetak dan beri pada saya untuk dibaca.

"Tapi malangnya dalam blog dan portal ini, semua yang mereka katakan adalah saya orang Umno, sedangkan saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik," titahnya.

Turut ditimbulkan adalah tuduhan bahawa ucapannya disediakan oleh orang Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Hakikatnya, Najib ada banyak kerja lain yang hendak dibuat. Ini seolah-olah mereka cuba menyatakan saya tidak berotak dan tidak tahu buat ucapan sendiri," katanya.
Sultan Sharafuddin berkata, isu berkenaan juga ditimbulkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Saya ada sebutkan kepada Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim), 'apa ni sikit-sikit saya dikatakan orang Umno di dalam blog'," katanya.

Katanya lagi, beliau juga menjangka akan dituduh sebagai "orang Utusan" kerana memberi wawancara kepada akhbar berkenaan.

"Padahal, Utusan yang minta jumpa," katanya lagi yang menambah beliau akan mengkritik secara terbuka apabila melibatkan isu perpecahan Melayu.

Bagaimanapun, beliau akan menegur menteri besar melalui surat atau perjumpaan apabila melibatkan isu pentadbiran.

"Malangnya terdapat mereka yang salah faham apabila saya menegur tentang Melayu bersatu, maka ada pihak yang kata saya orang Umno.

"Itu adalah sesuatu yang saya sangat benci mendengarnya. Pihak ini ikut sedap mulut bercakap tetapi tidak mahu memahami nasihat saya yang ikhlas," katanya.



  • Azi Nang · Pengulas Tertinggi · Temerloh
    Haa..ha..ha... bab ni yg saya sangat suka, Sultan Sharafuddin dikatakan org Umno," Itu adalah sesuatu yang saya sangat benci mendengarnya," katanya....

    Kalau benar benci umno, janganlah mengikut je...apa yg di katakan oleh umno, rakyat minta para Sultan berkecuali.....sbb rakyat mahu Sultan dihormati bukan di benci......
    • Faiz Binjai · Pengulas Tertinggi
      btol2...kalau dah x suke...kenapa tak ditegurnya kalau time Utusan dok spin fakta2 tu...kenapa raja2 sume taknak tegur ek
    • Halizan Ali · Johor Bahru, Malaysia
      awak ni pun satu.dah sultan terangkan duduk perkara, hormatinya. baca artikel tu betul2, fahamkan. Kesimpulannya mungkin, lepas kerajaan umum sesuatu, baginda rasa ia betul, maka keluarlah titah baginda. sama jugak, bila kerajaan pr keluar sesuatu yg baik, baginda titahkan, ikut...
      rasanya, dlm hal ini, sultan bijak sbb baginda keluarkan kenyataan. tak mcm kamu, yg mmg pro pakatan, tak suka apa aje yg dikeluarkan kerajaan bn..baik pun tak baik, apatah lagi yg tak baik!!
    • Jamaludin Hasran · Pengulas Tertinggi · UPM Serdang
      Halizan Ali apa perkara baik BN yg PR salahkan? Yg salah lah disalahkan. Kak Izat curi RM200 juta tak boleh komenlah ye? RM40 juta kat Sabah tak boleh komen lah ye, saman ekor diamkan aje lah ye? Felda dah rugi saham diamkan aje lah ye? Org UMNO atasan rembat projek diamkan ajelah ye? Ko ni buta hati ke saja2 memang org kuat UMNU
    • Arif Aziz · Pengulas Tertinggi · Malaysia maritime college
      ko ni awatla bangang Halizan Ali oii...
    • Tukangingat Ahmadarora · Pengulas Tertinggi · ITM
      Halizan Ali spesis Hasan Ali....cakap mcm duduk sebelah sultan, nak tanya sikit memanda menteri selangor ke??
    • Kiezek Kie · Pengulas Tertinggi
      buta mata la broo...sebab dia x boleh baca lg...
    • Othman Mat · Pengulas Tertinggi · Arief Institut, Datok Keramat, Kuala Lumpur (1977-1978)
      Halizan Ali, tak payah saya tulis lagi. Tolong baca dgn fikiran yg waras tulisan Jamaludin Hasran. Tlg bagi fakta dan bukti kalu tulisan beliau tak betul.
    • Ramo Omran · Pengulas Tertinggi · Boss di Self boss
      DI PEKAN PAHANG ada orang tak sokong Ununited Malayu no no no no no diusir dari kawasan Pekan Lama,hanya beberapa musimj lalu.
    • Abdul Wahab Ahmad
      SULTAN SELANGOR TAK KENA MACAM SULTAN KELANTAN DAN SULTAN TERANGGANU KENA, AKIBAT PERANGAI BIADAP DAN PERANGAI DERHAKA PUAK UMNO DENGAN MELANTIK SULTAN DIBAWAH POKOK, NI SEMUA KEJA ORANG UMNO PENDERHAKA, MENGUNA SULTAN UNTUK JUAL ORANG MELAYU, UMNO SPESIS PENDERHAKA MELAYU..JANGAN PERCAYA PADA SULTAN YG BERPIHAK KEPADA PENDERHAKA MELAYU/....UMNO SANGGUP TIPU DAN JUAL MARUAH ORANG MELAYU..
    • Razali Muaz · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pasir Gudang, Johor, Malaysia
      ampun tuan kami semua orang melayu akan bersatu dibawah dasar islam tapi tidak bibawah UMNO AMPUN TUANKU
    • Margono Gombal · Pengulas Tertinggi · Gosok gigi harimau di Berkerja di XLcenter,Depo kupang
      SULTAN KENA BRKECUALI.SBAB SIAPA PUN YG BAKAL MEMERINTAH NEGARA ,SULTAN TETAP SULTAN.JAWATAN SULTAN TIDAK ADA DLM PRKHIDMATAN AWAM MLYSIA.KITA DAN SULTAN KENA PAHAM TU.
    • Ford Rangers · Pengulas Tertinggi
      Halizan ali...Kalau dah UMNGOK tu..UMNGOK juga lahhh...taik pun dikata bau sedap..skit lg kalau ada taik kering atas meja makan..Najib kata itu jemput2..ko pun kata jemput2 tuh...tu lah perangai dan mentaliti UMNGOK..
    • Mazlan Bin Baharin Mazlan · Bekerja di Sk Methodist
      Kalu dah jenis atau spesis ngok...ngok juga le.Asyik ikut aje,semua betul...ada otak tp x nak fikir...moga halizan ali mau berfikir
    • Ayahde Ezet · Pengulas Tertinggi · MAXWELL SCHOOL 1968 -1972
      YA ALLAH..TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG BENAR DAN LURUS..HINDARKANLAK KAMI DARIPADA PEMFITNAH DAN PEMBOHONG!
    • Sapiye Sanib · Pengulas Tertinggi
      a..nang...kamu menyamar jadi MELAYU...ITU SBB KAMU SGT BIADAB DGN RAJA MELAYU...PERGI MAIN JAUH2...
    • Sapiye Sanib · Pengulas Tertinggi
      Jamaludin Hasran :DSAI KEBAS RN3BILION KAMU BUAT XTAHU ...SBB TULAH TUN MAHATHIR TARIK BALIK NOTE RM500 DAN RM1000 DARI PASARAN...TERNGANGA DSAI DAN YB JAMBAN...HAA...HAA...
    • Ford Rangers · Pengulas Tertinggi
      Sapiye Sanib ...cer cerita puak mana yang biadab pada raja melayu..? Jgn ko tutup sebelah mata..atau sesaja buat x nampak apa yang UMNGOK lakukan pada raja2 melayu...
    • Mohd Faizal Awang · Pengulas Tertinggi · Bekerja di University of Papua New Guinea
      Halizan Ali, awat senyap? jwb la apa kata Jamaludin Hasran tu!
    • Md Zam · Pengulas Tertinggi · UITM
      Halizan Ali ..aku tunngu kenyataan mintak UMNO bagi balik tanah rakyat
    • Mohd Faizal Awang · Pengulas Tertinggi · Bekerja di University of Papua New Guinea
      Sapiye Sanib, DSAI kebas 3billion? aku pernah dgr cerita ni dari polis yang pro UMNO. klu betul DSAI kebas 3billion, kenapa UMNO tak dakwa? nak kaitkan DSAI dgn rasuah pun gagal, akhirnya kaitlah dgn liwat. makin ramailah rakyat tak percaya dgn UMNO. Penipu mcm lu aje yang sokong parti penipu.
    • Fauzi Othman · Pengulas Tertinggi · Smk machang
      Sapiye Sanib !!!!!....ko ni muka aje nampak cerdik tapi buat tuduhan macam orang x ada otak...sebiadab-biadab si a..nang x adalah sampai menyumpah seranah raja2 melayu tapi puak2 umno sanggup mengankat sepanduk mengatakan raja terengganu menatang....siapa yg lebih biadab????...puak UMNO atau puak PEMBANGKANG?????...hanya manusia dungu saja yg buat2 x paham.....dan yg lebih parah lagi x ada sorang pun di kalangan raja2 melayu yg bangun menyanggah perbuatan biadab pemimpin dan pengikut UMNO itu termasuklah diri ko sekali....
    • Nan Bakri · Pengulas Tertinggi · Batu Pahat
      Halizan Ali kalau BN/UMNO buat tak betul, tiada siapa yang berani tegur, kalau ditegur pun buat dek je.. . Awak sebagai orang Islam pasti merasa jauh di sudut hati ayat saya ni betul...
     
  • Mohd Nozani Ghazali · Pengulas Tertinggi · Boss di Uncle zaini katering
    Baguslah kalau dah benci umno, rakyat dah lama tak suka umno
    • Steve Lee · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      nampaknya sultan selangor ada baca blog...huhuhu..
    • Bee End · Pengulas Tertinggi
      Dengar je nama umno rakyat mulalah meluat, tak lama lagi terkuburlah riwayat umno....
    • Abe Piea · Pengulas Tertinggi
      Tersirat/kesan drpd kenyataan baginda Sultan ialah
      1. Bginda dapat menyedari gerakan massa.
      2. Psikologi politik penguasa umNO menurun lantas meningkatkan PR.
      3. Menurunkan darjah kehangatan menjelang PRU13
      4. Tingkatkan semangat rakyat utk sama2 membantu Menbina M'sia yg lbih cemerlang ...
      T,Kasih Tnku Sultan ... MAJU SELANGOR!!!
     
  • Akhi Zakaria Al Haj · Pengulas Tertinggi · Pengarah di Qhawwi Holdings Berhad · 376 subscribers
    Sultan pun benci Umno...Adakah yg masih sokong Umno?
    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      Orang Melayu dan raja-raja mulia disebabkan beramal dengan syariat Islam dan bersedia mendaulatkan hukum perundangannya. Tetapi kalau bersatu di bawah parti perkauman sempit UMNO yg hanya memperjuangkan kroni penguasa Melayu maka jadilah Melayu yg hina dan jijik! Adakah orang Melayu mesti bersatu di bawah pimpinan yg dikaitkan dgn kes pengeboman Altantuya dan menyonglap komisyen setengah billion hasil drp tranksasi pembelian kapal selam Scorpene? Itu belum lagi pecah amanah pinjaman wang kerajaan utk projek lembu NFC RM250 juta! Akhir kata, 1 undi kpd BN = negara akan hancur, rasuah tegar pemimpin umno/BN berleluasa dan negara menuju muflis! VOTE PAS, PKR, DAP utk keadilan dan kesejahteraan rakyat negara ini.
    • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
      Rakyat Lagi Benci Dgn Sultan yg masih Sokong Pemimpin UMNO yg Rasuah... Rakyat Akan Sayang Pada Sultan yg Sayang Ulama' Macam Sultan Kelantan..
    • Badrol Hisham Ismail · Pengulas Tertinggi · UPM
      kalau bahasa yang dikeluarkan bau nafasnya sealiran umno nak kata apa lagi tuanku oi....
     
  • Mohd Nasir · Pengulas Tertinggi · ITM
    Tuanku Sultan Selangor berkata beliau benci jika didakwa orang UMNO..jadi rakyat Selangor kena sokong ABU(Asal Bukan UMNO)
     
  • Shakri Othman · Pengulas Tertinggi
    rakyat dah cerdik untuk menilai...manusia ini kadang hati dengan mulut sendiri pun tak sehaluan inikan pula dgn orang lain...sebelum nak menjadi ketua agama jadi kuta agama dalam keluarga dulu....macam-macam keluar dalam internet perangai bakal ketua agama klu tak betul saman dan kalau betul kenapa diam membisu....

No comments:

Post a Comment