Ketua Pembangkang Selangor Datuk Satim Diman mendakwa kerajaan negeri menjual aset negeri bagi membiayai dasar gaji minimum untuk pekerja-pekerja yang berkhidmat di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri mulai tahun depan.
Apabila diminta menghuraikan dakwaannya itu, ADUN Sri Serdang berkata, kerajaan negeri melalui Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor telah "mlelong" aset-aset miliknya dalam tempoh tiga tahun tujuh bulan pentadbiran mereka.
"Akaun negeri ini seolah-olah baik, tetapi adakah ia dijana daripada pendapatan pelaburan? Kita patut menilai sama ada atau tidak syarikat-syarikat milik kerajaan negeri melabur mengikut enakmen yang dikenakan ke atas mereka?
"PKNS membayar tujuh bulan bonus kepada kakitangan. Dari mana mereka mendapat wang itu," soalnya.
Beliau mengulas habuan yang ditaburkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan bajet 2012 di Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.
Peruntukan RM5 juta bagi program pengukuhan demokrasi juga dibidas oleh Satim, yang menyifatkan ia sebagai "pembaziran wang".
Program itu melibatkan aktiviti kesedaran proses pilihan raya dan latihan sukarelawan agen serta pemantau pilihan raya dan mendidik peraih undi dalam memainkan peranan mereka semasa pilihanr aya berlangsung.
Satim memberi alasan bahawa ini adalah tidak perlu kerana proses pilihan raya di negara ini sudah bersih, dan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menang besar semasa pilihan raya umum lalu jika proses itu dicemari.
"Adakah ini bermakna pilihan raya negeri sentiasa tidak telus? Jika ya kenapa mereka masih menang di Kedah, Kelantan dan Selangor? " soalnya.

No comments:
Post a Comment