ULASAN Benarkah polis mengambil kesempatan daripada isu Seksualiti Merdeka 2011 untuk “mengasak” Datuk Ambiga Sreenevesan, pengerusi dan jaguh pergerakan BERSIH 2.0?
Benarkah ini satu cara polis “memperketat” seliaannya terhadap wanita berhati waja ini dengan tujuan membungkamkan idealisme beliau?
Perkara ini cuba dibayangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melontarkan kemungkinan itu apabila mengulas mengenai isu kontroversi Seksualiti Merdeka 2011. Soalnya, wajarkah Anwar berbuat demikian?
Atau, adakah Anwar cuma cuba hendak mengalih pandangan masyarakat Islam-Melayu khususnya daripada isu yang tidak akan memberi laba politik kepada Pakatan Rakyat yang dipimpinnya?
Tidak mungkinkah Anwar “terpaksa” memutar pandangan orang Melayu-Islam “atas pagar” untuk memberi fokus kepada cara Ambiga diperlakukan oleh polis demi mengelak masyarakat berkenaan berterusan membincang dan meneliti persoalan sebenar di sebalik isu Seksualiti Merdeka itu?
Akidah umat
Tidakkah ada kemungkinan jika isu itu disangkutkan dengan soal akidah umat, pegangan Anwar, PKR pimpinannya dan PAS yang menjadi kerabatnya dalam Pakatan Rakyat akan mula dipersoalkan oleh rakyat beragama Islam?
Tambahan pula, beberapa pemimpin kanan PAS seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, awal-awal lagi sudah memberi isyarat jelas bahawa dalam soal Seksualiti Merdeka ini, PAS tidak boleh menyokong Ambiga. Mungkinkah ini sebabnya Anwar merasakan perlu beban isu ini cepat-cepat dipindahkan kepada bahu polis?
Jika tidak, Anwar mungkin bimbang isu Seksualiti Merdeka ini akan mendedahkan betapa rapuhnya perjuangan dan perkongsian politik dalam Pakatan Rakyat? Pergeseran PAS-DAP dalam isu keinginan PAS melaksanakan hukum hudud di Kelantan tetapi ditentang oleh DAP belum selesai, kini timbul pula soal Seksualiti Merdeka.
Maka, sebagai “pengetua” Pakatan Rakyat Anwar perlu bertindak “meredakan” isu “seks pelik” ini.
Jika fokus dapat diberikan kepada tindakan polis terhadap Ambiga dan hujah peguam itu bahawa “setiap minoriti pun ada hak” serta betapa kerajaan BN telah melanggar hak asasi manusia, maka Anwar mungkin mencongak soal peganganya sendiri dan PKR tidak akan dipertikaikan oleh orang Melayu-Islam “atas pagar”.
Malah, Anwar mungkin berkira perbedaan pandangan beliau, PKR dan DAP dengan PAS dalam isu ini tidak akan terdedah kepada umum.
Jika dalam tempoh tidak sampai sebulan “pergeseran PAS-DAP” yang mencakup soal akidah ini dihidu rakyat, ia mungkin menerbitkan kegelisahan di kalangan pengundi Melayu “atas pagar” bahawa Anwar dan PKR sudah kurang berkesan menjadi tali pengikat hubungan DAP dan PAS.
Lebih membimbangkan Anwar pengundi bukan Melayu yang kini sudah semakin jelas kecenderungan dan pola pemikiran politik mereka untuk mengundi DAP dalam pilihan raya umum ke-13 nanti akan mula teruja untuk memikir semula sokongan mereka kepada Pakatan yang nampaknya semakin “dibelah” oleh isu agama.
Ghairah menolak
Bertambah buruk lagi ialah, jika isu ini berlarutan Anwar mungkin bertambah khuatir nanti ada pihak dalam PAS yang akan bangkit mempersoalkan mengapa pimpinan parti itu terlalu kerap beransur sedangkan DAP (dan PKR dalam beberapa hal tertentu) terlalu ghairah menolak dan mengagungkan soal hak asasi manusia hingga semakin jelas tidak menghormati prasarana pemikiran Islam PAS.
Bagi orang yang mahu berpegang kepada ajaran agama, tidak mungkin wujud hak asasi manusia yang mutlak. Tiada insan atau kehidupan yang mempunyai kebebasan mutlak, selain Tuhan.
Panggillah Tuhan dengan nama apa sekalipun, penganut setiap agama hanya akan bersetuju Tuhan sembahan mereka sahaja yang mempunyai kuasa mutlak. Dia bebas melakukan apa sahaja yang disukaiNya.
Hanya Tuhan sahaja yang berhak untuk menentukan sempadan kebebasan yang diberikan kepada setiap kehidupan atau insan yang diciptakanNya.
Ini adalah peraturan utama dan paling asas dalam mana-mana perbincangan atau dialog berhubung hak kebebasan. Justeru, jika manusia membincangkan soal hak asasi, ia mesti bermula dengan penerimaan secara total kefahaman bahawa cuma Tuhan berkuasa dan mempunyai hak mutlak akan kuasaNya.
Selebihnya, apabila manusia membicarakan soal hak asasinya maka ia mesti dilingkari pula oleh hak masyarakat untuk mengawal kebebasan setiap anggotanya terlebih dahulu demi mengawal dan menjamin kesejahteraan dalam masyarakat.
Ini bererti manusia sendiri yang harus menentukan sempadan kebebasan yang harus diizin dan dikurniakan kepada setiap anggota masyarakat. Ini meliputi semua aspek kehidupan – ekonomi, politik, sosial dan hidup cara beragama. Sesiapa yang melanggar sempadan ini boleh dihukum bersalah. Ertilnya, bagi individu tidak mungkin ada kebebasan mutlak.
Sopan, lucah, jijik
Demikian hukum kehidupan. Masyarakat menentukan apa yang boleh, tidak boleh, sopan, lucah, jijik dan sebagainya. Khulasahnya masyarakatlah penentu soal kebebasan setiap insan yang menjadi anggota kelompok mereka. Maka tersusunlah adat, protokol dan resam masyarakat.
Setiap gelagat dan amalan manusia adalah tertakluk kepada kehendak masyarakat. Lantas apabila manusia buntu untuk menentukan piagam kehidupan masing-masing, kepada Tuhanlah mereka merujuk.
Justeru jika masyarakat Melayu amnya merujuk kepada Allah dalam menangani perangai, kecenderungan dan gelagat sekumpulan ahli masyarakat yang menuntut kebebasan untuk hidup di luar kebiasaan masyarakat seperti mahu hak mereka menjalin hubungan seks bebas sesama jenis dihormati, jawapan yang ditemui pasti ialah, masyarakat perlu menggunakan hak “kawalan masyarakat” (societal control) mengekang kecenderungan ini.
Umat Islam mendapati Allah mengutus Rasul khususnya untuk memperbetulkan pemikiran dan keserakahan nafsu seks songsang sebegini. Nabi Luth dipersenda dan diherdik kerana mahu mengajak umatnya kembali kepada fitrah – bahawasanya Allah menjadikan lelaki dan wanita – demi menyambung kerukunan hidup.
Begitu juga dalam kitab Injil dikisahkan pengalaman yang sama. Dek nafsu serakah lesbian (seks sesama wanita) dan homoseksual (hubungan seks sesama lelaki) dan biseksual (seks rambang dengan lelaki dan wanita) Sodom dan Gomorah diranapkan oleh Allah.
Allah ada kuasa untuk menjadikan umat yang menzalimi atau melanggar peraturanNya pupus. Maka apabila kuasa sudah diperturunkan kepada manusia untuk mengawal masyarakat , wajiblah masyarakat mengekang perbuatan yang telah ditetapkan Allah sebagai sesuatu yang tergelincir dari jadi amalan yang dihitungNya sesuai untuk manusia.
Di celah-celah fitrah yang ditentukan Allah ini, manusia juga diuji dengan beberapa kejadian pelik dalam isu adab, norma dan kesucian seks ini dengan dijadikannya insan-insan yang mempunyai kecenderungan dan memiliki organ seks yang pelik. Soal khunsa dan pondan jadi cabaran betapa Allah menghadkan kemampuan pertimbangan manusia kepada ketundukan hanya pada petunjukNya.
Dilahirkan cacat
Soalnya, apakah Allah jadikan ini semua dengan sia-sia sahaja? Sebenarnya, sama juga dengan hakikat ada manusia dilahirkan cacat atau kurang upaya, ia pukal menjadi tanggungjawab masyarakat (dan kerajaan Islam) untuk menanganinya.
Tidak kira menerusi penyelidekan dan rawatan perubatan, kaunseling atau bantuan seadanya, yang penting minoriti sebegini tidak boleh diabaikan. Itu tanggungjawab masyarakat dan pemerintah. Lantas jika ada pihak mahu membantu golongan “seks pelik” ini, ia perlu dibuat menerusi kaedah yang lebih serius dan bukan sekadar meraikan gejala yang ternyata luar tabii.
Menganjurkan acara hampir seminggu seolah-olah mencabar kesiuman masyarakat. Apakah selama ini mereka yang berperangai seks pelik ini dianiayai di segi peluang mendapat pekerjaan, pendidikan dan beragama ? Jika ada, adakah ia sesuatu yang dilakukan secara terancang? Jika demikian, itu penganiayaan!
Sebaliknya, apabila pihak berkuasa secara “low key” dan senyap-senyap cuba membantu golongan ini, ia sekali lagi dijadikan isu politik. Kononnya, kerajaan tidak bermoral sahaja yang cuba membantu melurus dan mensucikan orientasi dan selera seks golongan Mak Nyah, pondan, khunsa, lesbian, serta pelacur. Jika pihak penganjur berlaku jujur, ia pasti mengakui usaha ini pernah dan masih dilakukan.
Namun entah apa sebabnya, tiba-tiba di ambang pilihanraya umum ke-13, usaha meraikan nasib minoriti berorientasi “seks pelik” ini dijadikan agenda besar-besaran. Maka pasti ia akan mengusik sensitiviti umat beragama, khususnya orang Islam. Malangnya, ini semua dilakukan atas nama hak asasi dan kebebasan manusia.
Apabila segolongan rakyat dicabar oleh persoalan yang sensitive seperti Seksualiti Merdeka ini, natijahnya ialah emosi akan meluap. Ia boleh mencetuskan agama dan menular menjadi sengketa bangsa pula. Sebab itu, ia dianggap ancaman kepada keharmonian dalam negara.
Persoalan yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim mengenai cara polis menyiasat kes ini dan Ambiga tetapi pada masa yang sama keberatan pula mengambil kenyataan penganjur ialah soal kewibawaan dan gelagat polis. Anggapan itu terserah kepada mereka yang memang mempunyai banyak pengalaman dengan pihak polis.
Pendirian Anwar
Namun perkara lebih pokok ialah, mengapa Anwar tidak menjawab apakah natijah yang diharapkan daripada besar-besaran Seksualiti Merdeka. Lebih tepat lagi ialah, apakah pendirian Anwar?
Soalnya, tidak bolehkah umat Islam menunjukkan reaksi terhadap tindakan yang melampaui sfera pemikiran agama mereka? Dan, tidak wajarkah mereka mula melayan kecurigaan terhadap apa yang mungkin tersirat dalam persekongkolan yang dinamakan Pakatan Rakyat?
Yang mereka lihat dalam isu hudud ada DAP dengan protes berapinya; dalam soal Seksualiti Merdeka ada Ambiga dengan imej BERSIH 2.0nya; dan dalam soal kesejahteraan Melayu, ada syor supaya majoriti Melayu dalam perkhidmatan awam “dinganggurkan”. Ini semua dalam ikatan ruang pemikiran Pakatan rakyat yang kononnya berteraskan soal keadilan, kesaksamaan dan hak asasi manusia!
Maka pertanyaan yang adil ialah, mengapa Anwar Ibrahim cuba mengelak daripada isu Seksualiti Merdeka sedangkan kawan-kawannya yang cukup taribiyah dalam PAS cukup rimas dan marah dibuatnya?
Bolehkah sebagai pemimpin Islam Anwar berkata oleh kerana tiada dalam dokumen persefahaman yang dipanggil Buku Jingga, maka soal hudud dan Seksualiti Merdeka bukan terangkum perjuangan Pakatan Rakyat?
Jika demikian di mana berdirinya PAS? Apakah seperti Anwar Ibrahim, PAS juga terjerat dengan Buku Jingga? Yang sudah nyata, Buku Jingga membelakangkan hudud dan “kelu” seperti Anwar Ibrahim dalam soal “seks pelik” ini.
Apakah PAS juga terkedu?
Dengan siapakah sebenarnya PAS bermuafakat? Bukankah PAS tahu pedoman perjuangan dan cara menangani isu yang bersangkut soal akidah ini cukup jelas ada dalam sunnah Rasul dan kalam Allah?
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Zainal Salleh adalah bekas penjawat awam dan aktif dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Beliau sekarang menjadi seorang penulis bebas.
Benarkah ini satu cara polis “memperketat” seliaannya terhadap wanita berhati waja ini dengan tujuan membungkamkan idealisme beliau?

Atau, adakah Anwar cuma cuba hendak mengalih pandangan masyarakat Islam-Melayu khususnya daripada isu yang tidak akan memberi laba politik kepada Pakatan Rakyat yang dipimpinnya?
Tidak mungkinkah Anwar “terpaksa” memutar pandangan orang Melayu-Islam “atas pagar” untuk memberi fokus kepada cara Ambiga diperlakukan oleh polis demi mengelak masyarakat berkenaan berterusan membincang dan meneliti persoalan sebenar di sebalik isu Seksualiti Merdeka itu?
Akidah umat
Tidakkah ada kemungkinan jika isu itu disangkutkan dengan soal akidah umat, pegangan Anwar, PKR pimpinannya dan PAS yang menjadi kerabatnya dalam Pakatan Rakyat akan mula dipersoalkan oleh rakyat beragama Islam?
Jika tidak, Anwar mungkin bimbang isu Seksualiti Merdeka ini akan mendedahkan betapa rapuhnya perjuangan dan perkongsian politik dalam Pakatan Rakyat? Pergeseran PAS-DAP dalam isu keinginan PAS melaksanakan hukum hudud di Kelantan tetapi ditentang oleh DAP belum selesai, kini timbul pula soal Seksualiti Merdeka.
Maka, sebagai “pengetua” Pakatan Rakyat Anwar perlu bertindak “meredakan” isu “seks pelik” ini.
Jika fokus dapat diberikan kepada tindakan polis terhadap Ambiga dan hujah peguam itu bahawa “setiap minoriti pun ada hak” serta betapa kerajaan BN telah melanggar hak asasi manusia, maka Anwar mungkin mencongak soal peganganya sendiri dan PKR tidak akan dipertikaikan oleh orang Melayu-Islam “atas pagar”.
Malah, Anwar mungkin berkira perbedaan pandangan beliau, PKR dan DAP dengan PAS dalam isu ini tidak akan terdedah kepada umum.

Lebih membimbangkan Anwar pengundi bukan Melayu yang kini sudah semakin jelas kecenderungan dan pola pemikiran politik mereka untuk mengundi DAP dalam pilihan raya umum ke-13 nanti akan mula teruja untuk memikir semula sokongan mereka kepada Pakatan yang nampaknya semakin “dibelah” oleh isu agama.
Ghairah menolak
Bertambah buruk lagi ialah, jika isu ini berlarutan Anwar mungkin bertambah khuatir nanti ada pihak dalam PAS yang akan bangkit mempersoalkan mengapa pimpinan parti itu terlalu kerap beransur sedangkan DAP (dan PKR dalam beberapa hal tertentu) terlalu ghairah menolak dan mengagungkan soal hak asasi manusia hingga semakin jelas tidak menghormati prasarana pemikiran Islam PAS.

Panggillah Tuhan dengan nama apa sekalipun, penganut setiap agama hanya akan bersetuju Tuhan sembahan mereka sahaja yang mempunyai kuasa mutlak. Dia bebas melakukan apa sahaja yang disukaiNya.
Hanya Tuhan sahaja yang berhak untuk menentukan sempadan kebebasan yang diberikan kepada setiap kehidupan atau insan yang diciptakanNya.
Ini adalah peraturan utama dan paling asas dalam mana-mana perbincangan atau dialog berhubung hak kebebasan. Justeru, jika manusia membincangkan soal hak asasi, ia mesti bermula dengan penerimaan secara total kefahaman bahawa cuma Tuhan berkuasa dan mempunyai hak mutlak akan kuasaNya.
Selebihnya, apabila manusia membicarakan soal hak asasinya maka ia mesti dilingkari pula oleh hak masyarakat untuk mengawal kebebasan setiap anggotanya terlebih dahulu demi mengawal dan menjamin kesejahteraan dalam masyarakat.

Sopan, lucah, jijik
Demikian hukum kehidupan. Masyarakat menentukan apa yang boleh, tidak boleh, sopan, lucah, jijik dan sebagainya. Khulasahnya masyarakatlah penentu soal kebebasan setiap insan yang menjadi anggota kelompok mereka. Maka tersusunlah adat, protokol dan resam masyarakat.
Setiap gelagat dan amalan manusia adalah tertakluk kepada kehendak masyarakat. Lantas apabila manusia buntu untuk menentukan piagam kehidupan masing-masing, kepada Tuhanlah mereka merujuk.

Umat Islam mendapati Allah mengutus Rasul khususnya untuk memperbetulkan pemikiran dan keserakahan nafsu seks songsang sebegini. Nabi Luth dipersenda dan diherdik kerana mahu mengajak umatnya kembali kepada fitrah – bahawasanya Allah menjadikan lelaki dan wanita – demi menyambung kerukunan hidup.
Begitu juga dalam kitab Injil dikisahkan pengalaman yang sama. Dek nafsu serakah lesbian (seks sesama wanita) dan homoseksual (hubungan seks sesama lelaki) dan biseksual (seks rambang dengan lelaki dan wanita) Sodom dan Gomorah diranapkan oleh Allah.
Allah ada kuasa untuk menjadikan umat yang menzalimi atau melanggar peraturanNya pupus. Maka apabila kuasa sudah diperturunkan kepada manusia untuk mengawal masyarakat , wajiblah masyarakat mengekang perbuatan yang telah ditetapkan Allah sebagai sesuatu yang tergelincir dari jadi amalan yang dihitungNya sesuai untuk manusia.

Dilahirkan cacat
Soalnya, apakah Allah jadikan ini semua dengan sia-sia sahaja? Sebenarnya, sama juga dengan hakikat ada manusia dilahirkan cacat atau kurang upaya, ia pukal menjadi tanggungjawab masyarakat (dan kerajaan Islam) untuk menanganinya.
Tidak kira menerusi penyelidekan dan rawatan perubatan, kaunseling atau bantuan seadanya, yang penting minoriti sebegini tidak boleh diabaikan. Itu tanggungjawab masyarakat dan pemerintah. Lantas jika ada pihak mahu membantu golongan “seks pelik” ini, ia perlu dibuat menerusi kaedah yang lebih serius dan bukan sekadar meraikan gejala yang ternyata luar tabii.

Sebaliknya, apabila pihak berkuasa secara “low key” dan senyap-senyap cuba membantu golongan ini, ia sekali lagi dijadikan isu politik. Kononnya, kerajaan tidak bermoral sahaja yang cuba membantu melurus dan mensucikan orientasi dan selera seks golongan Mak Nyah, pondan, khunsa, lesbian, serta pelacur. Jika pihak penganjur berlaku jujur, ia pasti mengakui usaha ini pernah dan masih dilakukan.
Namun entah apa sebabnya, tiba-tiba di ambang pilihanraya umum ke-13, usaha meraikan nasib minoriti berorientasi “seks pelik” ini dijadikan agenda besar-besaran. Maka pasti ia akan mengusik sensitiviti umat beragama, khususnya orang Islam. Malangnya, ini semua dilakukan atas nama hak asasi dan kebebasan manusia.

Persoalan yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim mengenai cara polis menyiasat kes ini dan Ambiga tetapi pada masa yang sama keberatan pula mengambil kenyataan penganjur ialah soal kewibawaan dan gelagat polis. Anggapan itu terserah kepada mereka yang memang mempunyai banyak pengalaman dengan pihak polis.
Pendirian Anwar
Namun perkara lebih pokok ialah, mengapa Anwar tidak menjawab apakah natijah yang diharapkan daripada besar-besaran Seksualiti Merdeka. Lebih tepat lagi ialah, apakah pendirian Anwar?
Soalnya, tidak bolehkah umat Islam menunjukkan reaksi terhadap tindakan yang melampaui sfera pemikiran agama mereka? Dan, tidak wajarkah mereka mula melayan kecurigaan terhadap apa yang mungkin tersirat dalam persekongkolan yang dinamakan Pakatan Rakyat?
Maka pertanyaan yang adil ialah, mengapa Anwar Ibrahim cuba mengelak daripada isu Seksualiti Merdeka sedangkan kawan-kawannya yang cukup taribiyah dalam PAS cukup rimas dan marah dibuatnya?
Bolehkah sebagai pemimpin Islam Anwar berkata oleh kerana tiada dalam dokumen persefahaman yang dipanggil Buku Jingga, maka soal hudud dan Seksualiti Merdeka bukan terangkum perjuangan Pakatan Rakyat?

Apakah PAS juga terkedu?
Dengan siapakah sebenarnya PAS bermuafakat? Bukankah PAS tahu pedoman perjuangan dan cara menangani isu yang bersangkut soal akidah ini cukup jelas ada dalam sunnah Rasul dan kalam Allah?
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Zainal Salleh adalah bekas penjawat awam dan aktif dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Beliau sekarang menjadi seorang penulis bebas.
No comments:
Post a Comment