Kenapa Anwar tidak berani ulas kenyataan Raja Petra?
PENGENDALI portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin sejak tahun lalu sudah menampakkan bibit-bibit 'berpaling tadah' dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam wawancara dengan beberapa akhbar arus perdana yang disiarkan Ahad lalu, Raja Petra tanpa sayang mulut telah menghentam peribadi Anwar.
Beliau mendedahkan pembohongan Anwar tidak mengenali Datuk Shazryl Eskay Abdullah, kenapa Kempen Bebas Anwar 901 tidak akan mendapat sambutan dan mengapa Anwar tidak sesuai menjadi calon Perdana Menteri.
Setakat hari ini, Anwar cuba mengawal diri dengan mengelak daripada memberi reaksi mengenai kritikan Raja Petra.
Semalam, ketika diminta mengulas segala kenyataan dan serangan Raja Petra ke atasnya Anwar berkata "Saya mengenalinya lama dan beliau tidak pernah menyebutnya. Beliau mulai aktif sejak di penjara. Saya berterima kasih padanya kerana banyak membantu.
"Tetapi beliau tidak bersedia ke penjara dan akhirnya melarikan diri ke London. Setakat itu sahaja saya nak kata." Tajam maksud Anwar itu.
Tetapi Anwar lupa tentang perjuangan Raja Petra yang menjadi ahli terawal Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat) yang ditubuhkan sebagai tindak balas penangkapannya pada 1998.
Raja Petra pernah dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kali pertama pada 11 April 2001, apabila Raja Petra dan 10 ahli aktivis pembangkang ditahan di bawah ISA selama 52 hari kerana dituduh bersubahat ingin menjatuhkan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad pada ketika itu. Kali kedua ditahan mengikut ISA pada 12 September 2008.
Apa pun yang jelas, Anwar tidak akan berani mengulas kenyataan Raja Petra, samalah juga beliau tidak berani membalas kenyataan daripada Nalla Karuppan, Ezam Mohd Nor, Eskay, Umi Hafilda, Zulkilli Nordin, Zaharin dan ramai lagi yang pernah rapat dengannya.
Mereka ini lebih kenal 'luar dan dalam' siapa Anwar berbanding penyokong-penyokong setia serta pelajar-pelajar universiti yang hanya kenal Anwar dari jauh serta mudah diperbodohkan.
Tetapi yang lebih menarik perhatian kita ialah semakin ramai kawan rapat Anwar muncul untuk menentang beliau kembali.
Kita dapat rasakan seperti ada sesuatu yang tersirat. Tak mungkin rakan rapat Anwar tiba-tiba berpaling tadah. Kalau pengakuan Raja Petra diragui, tak mungkin perkara sama juga kepada rakan Anwar yang menjadi antara pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad?
Mungkin solat hajat penyokong Anwar yang memohon diberi petunjuk, kini satu demi satu ditunjukkan-Nya. Makin ramai penyokong tegar Anwar keluar senyap-senyap atau tampil mendedahkan siapa Anwar yang sebenarnya. Kini terserah kepada rakyat untuk membuat penilaian, yang penting fikir tentang kelangsungan masa depan politik tanah air.
Ramai anggap Raja Petra dipercayai mengetahui banyak rahsia dan penglibatan Anwar dalam memburuk-burukkan kerajaan. Dan kini beliau sudah tidak sanggup lagi menjadi tali barut Anwar dan menyebarkan fitnah terhadap pemimpin negara.
Berbanding dengan bekas pemimpin PKR dan rakan rapat Anwar, pemimpin Pas nampaknya masih tetap mahu menjadi pencuci dosa Anwar semata-mata kerana kepentingan politik.
______________________________________________________________
Raja Petra: Irama masih sama, saya tak buat ‘U-turn’
January 5, 2012

Tegas pengendali blog Malaysia Today ini, ada yang mendakwa beliau seolah-olah kelihatan sudah membuat pusingan 'U' hanya kerana kini "lebih kritikal terhadap pembangkang" khususnya PKR dan kepimpinannya termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu katanya, sekarang merupakan masa yang sesuai bagi beliau meluahkan pendirian sedemikian, bukannya menunggu sehingga berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-13, yang sangat diharapkan oleh PR untuk menggantikan Barisan Nasional di peringkat pusat.
Raja Petra melahirkan pendirian terbaru ini menjawab kritikan dan kecaman beberapa pihak ekoran wawancara beliau bersama tiga akhbar arus perdana, Ahad lalu.
Bagaimanapun pandangan beliau itu berhadapan dengan kecaman banyak pihak khususnya pengikut dan penyokong setia Anwar.
"Mereka juga hendak tahu mengapa saya memilih untuk bercakap dengan media arus perdana (milik parti pemerintah) berbanding media (pro) pembangkang. Dan, mengapa pula sekarang? Mereka bertanya. Mengapa tidak kemudian, selepas pilihan raya?
"Mengapa tidak sekarang? Jika bukan sekarang, maka bila? Anda mahu saya menunggu sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dan Barisan Nasioanl menang satu lagi mandat lima tahun untuk memerintah negara ini?" kata beliau dalam entri terbaru blognya hari ini.
"Bukankah sudah terlalu lewat (jika memberi kenyataan keras kemudian)," katanya sambil menambah, beliau sebenarnya telah mengkritik barisan pembangkang sejak 10 tahun lalu, bukan Anwar seorang sahaja.
"Sejak lebih 10 tahun saya mengkritik pembangkang khususnya PKR, meskipun DAP dan Pas tidak terkecuali.
"Saya juga mengkritik ramai pemimpin pembangkang, bukan sahaja Anwar Ibrahim," katanya lagi.
Dalam wawancaranya yang disiarkan Ahad lalu, Raja Petra membuat kejutan dengan mengkritik Anwar, Ketua Pembangkang, sebagai bukan lagi pilihan rakyat Malaysia, antaranya kerana mempunyai isu moral.
Raja Petra dilaporkan berkata, Ketua Umum PKR itu juga tidak mampu menjadi penasihat ekonomi Selangor, apatah lagi untuk mentadbir negara.
Antara lain, Raja Petra mendakwa Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah yang terlibat mempertontonkan video seks pelakunya kelihatan seperti Anwar.
Raja Petra berkata, hanya PKR memerlukan Anwar sedangkan DAP dan Pas tidak akan mengharapkan pemimpin itu lagi sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
"Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.
"Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi perdana menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh," kata Raja Petra lagi.
Dalam ulasannya baru-baru ini, Anwar mengetepikan kritikan terhadapnya oleh Raja Petra. Sebaliknya, Anwar mempersoalkan masa kenyataan itu dibuat, yang didakwa menjelang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.
“Saya selalu tidak komen serangan begini... sama ada ada pilihan raya negeri Sarawak atau pilihan raya 2008 akan muncul orang dengan alasan mereka.
“Saya berkawan dengan dia dah lama. Tak pernah pula dia sebut ini pertama kali saya dengar," kata Anwar yang mendedahkan beliau sudah lebih enam bulan tidak berhubung dengan Raja Petra.
Kata Raja Petra, blog-blog, portal berita dan laman web propembangkang menggambarkan satu senario kononnya beliau membuat kecaman dan kritikan secara tiba-tiba, "seolah-olah pada masa lalu saya tidak pernah mengatakan apa yang saya katakan pada hari tahun baru (yang lalu)."
"Saya mengatakan apa yang telah dikatakan baru-baru ini lebih 10 tahun. Saya mengatakan perkara ini menerusi laman web Free Anwar Campaign, organ parti Pas Harakah dan juga organ PKR Berita Keadilan.
"Saya tidak pernah menukar irama saya. Saya masih mendendangkan irama lama yang sudah penat. Hanya kali ini saya berkata kepada New Straits Times dan di mana akhbar-akhbar arus perdana yang lain petik," katanya lagi.
"Saya fikir isunya masih saya," kata Raja Petra yang berada di luar sejak 2009.
Kata beliau, isunya sekarang ialah beliau hanya wajar bercakap dengan media dan blog propembangkang, dan bukannya kepada media kerajaan.
Bagaimanapun tegas Raja Petra, selama 10 tahun beliau telah menyerit dalam media dan blog propembangkang.
"(Tetapi) adakah apa-apa dilakukan berhubung apa yang telah saya bangkitkan?" katanya yang terkilan dengan tiada perubahan yang diharapkan selama ini.
Sebaliknya jelas beliau, sebaik sahaja beliau bercakap dengan media kerajaan, "gempa bumi tercetus."
No comments:
Post a Comment