Saturday, May 12, 2012

Dakwaan Peserta Datang Dibayar

UMNO 66 Tahun: Dakwaan Peserta Datang Dibayar, Harakah Lupa Nik Aziz

May 13, 2012   ·   1 Comments
ULANGTAHUN UMNO KE 66
MEDIA pro Pakatan haram terutama Harakah dan lain-lain sehabis baik cuba merendahkan jumlah manusia yang hadir dalam perhimpunan raksasa UMNO pada Jumaat.
Dari jumlah peserta yang katanya tidak seramai mana sehinggalah kepada dakwaan bahawa peserta dibayar untuk menghadiri perhimpunan tersebut, semuanya dimainkan Harakah untuk menutup hakikat bahawa dia semakin ketinggalan dan UMNO semakin tinggi kekuatannya.
Kita dah jangka semua ini, ia bukanlah satu perkara yang mengejutkan.  Sebab itu penulis tidak mahu mengulas tentang jumlah peserta kerana hanya membuang masa.  Macam mana cakap pun, dia tetap dengan angkanya, kita tetap dengan angka kita.
Yang penulis berminat nak mengulas hari ini ialah tentang dakwaan peserta datang dengan dibayar.
Macam mana Harakah boleh menyentuh isu ini kerana itu sahaja hanya membuka pekung di dada sendiri.  Bukankah Nik Aziz sudah mengaku secara terang-terangan bahawa dia menghulurkan wang kepada semua perusuh Bersih 3.0 yang datang ke Kuala Lumpur pada 28hb April?
“Salah apa bagi duit untuk dia (peserta) bayar minyak (kereta). Dia tinggalkan rumah perlukan minyak kereta dan hotel lagi”
Kata kuncinya, Nik Aziz – ikon separuh manusia separuh dewa dalam PAS, membayar orang Kelantan untuk merusuh di Kuala Lumpur!!!  bahkan bukan itu saja, Nik Aziz mengaku akan beri lagi wang kalau perhimpunan sama diadakan pada masa hadapan.
“Kalau ada dua tiga lagi perhimpunan seperti itu saya sedia biayai penyokong yang ingin hadir,” katanya kepada pemberita selepas berucap dan menyampaikan hadiah kecemerlangan pelajar sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK), di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), dekat sini, hari ini”
Harakah sudah hilang akalkah membangkitkan isu ini dengan pengakuan Nik Aziz di atas.
Dari segi kewajaran, dimana yang nak disamakan dengan perhimpunan raksasa UMNO pada Jumaat?  Tidak ada perbandingan sama sekali, at least UMNO berani mengadakan perhimpunan di Stadium, bukan jalan sempit macam yang dibuat Bersih 3.0.
PAS kalau dah termalu dengan kejayaan perhimpunan tersebut, mengaku sajalah.  Jumlah peserta bukan penting sebab Stadium itu boleh muat 100,000 orang melalui kiraan tempat duduk, tidak ambil kira peserta yang ada di atas padang lagi.  Gambar saja sudah cukup membuktikan semuanya tanpa perlu banyak hujah lain lagi.
Berbeza dengan Bersih 3.0, dimana orang berserak sana sini di beberapa batang jalan sekitar Kuala Lumpur.  Orang yang sama juga berada di jalan-jalan tertentu setiap kali.  Penulis ada situ, penulis tahulah.
Nak counter mudah saja.  Kita cabar Pakatan haram buat perhimpunan di Stadium Shah Alam, kita nak tengok berapa ramai orang datang,  Ini offer bagi stadium tak mahu, takut pulak kalau stadium tak penuh ya.
Tapi bila orang lain buat dan berjaya, dia kondem.  Betul hampas punya Pakatan haram.

No comments:

Post a Comment