Saturday, May 12, 2012

UMNO Parti Keramat Orang Melayu

UMNO Parti Keramat Orang Melayu Sejak Dulu, Kini Dan Selamanya

Friday, May 11, 2012



Syukur hari ini merupakan hari ulangtahun yang ke 66 tahun buat parti keramat UMNO. parti Melayu yang telah membangunkan negara Malaysia ini dari sebuah negara yang dipandang sipi oleh negara luar kini menjadi sebuah negara Islam yang dipandang cukup tinggi keupayaannya dalam pentas dunia.

UMNO parti Keramat orang Melayu, mungkin anak muda ataupun generasi waktu ini tidak berpartikan UMNO kerana arus perdana waktu ini yang dilihat cukup susah untuk mencuri hari anak muda menyertai parti politik. Namun itu semua bukan satu sebab yang menyatakan UMNO sudah tidak relevan ataupun tidak lagi diperlukan untuk rakyat Malaysia khususnya orang melayu.

Gomo nak cakap panjang sebenarnya mengenai UMNO parti Keramat orang melayu namun masa tak mengizinkan memandangkan banyak aktiviti dan tugasan lain hendak dilakukan demi Agama Bangsa dan Negara. Namun Gomo nak bercakap sedikit sahaja kenapa Gomo memilih UMNO sebagai parti politik hidup ini.

Sejak lahir sehingga ke tahun 2007 Gomo tidak pernah minat pada politik, Gomo tidak fikir UMNO, PAS,PKR ataupun mana mana parti kerana pada waktu itu Gomo hanya merasakan mencari rezeki buat keluarga lebih penting dari sibuk untuk sertai mana mana politik.

Namun apabila 2007 dipenghujung tahun semangat anti Anwar Ibrahim semakin menebal kerana sikap rakus Anwar Ibrahim yang begitu lenjan menghasut kaum kaum lain membenci UMNO. Malah orang Melayu disemaikan sikap anti UMNO oleh Anwar Ibrahim yang pada Gomo adalah satu tindakan tidak betul kerana jika tampa UMNO dimana kedudukan Melayu hari ini?

Gomo fikir sejenak, untung ramai orang melayu kaya raya waktu ini walaupun Gomo tidak kaya. Ramai orang Melayu pakai kereta besar besar dan harga yang sampai mencecah jutaan ringgit yang dulunya hanya mampu dipakai oleh kaum cina sahaja. Biarlah Gomo tak mampu pakai kereta ratusan ribu tetapi bangga bila ramai Melayu yang maju dan kaya raya.

Ada orang tua pernah cakap pada Gomo, bila zaman dia naik kapal terbang pasti yang menjadi Pilot adalah kaum Cina ataupun Mat Salleh. Nak harapkan anak Melayu hanya mempu menjadi pramugara, Pramugari sahaja. Tetapi sekarang ni makin ramai anak melayu menjadi Pilot dan ada yang sudah sampai keliling dunia mengemudi kapal terbang dengan gaji yang mencecah puluhan ribu.

Banyak pekara lain yang membangkitkan perasaan Gomo untuk mencintai UMNO kerana pada Gomo hanya UMNO yang mampu membela orang Melayu agar terus maju dan terus berjaya. Maka setelah BN tewas besar pada 2008 Gomo mula mengatur langkah untuk bersama sama sahabat yang lain cuba menyedarkan orang Melayu agar terus menyokong UMNO walau apa sekalipun yang berlaku.

Dan sejak saat itu sehingga ke hari ini Gomo masih setia bersama UMNO parti Keramat orang melayu. Gomo yang dulunya bukan ahli UMNO menyertai UMNO pada tahun 2010 sebagai ahli biasa sahaja di Wangsa Maju. Biar ahli biasa namun sokongan kita kepada parti Keramat Orang Melayu mesti diterjemahkan melalui sokongan yang tidak berbelah bagi.

Dan sehingga ke saat ini Gomo masih kekal sebagai ahli biasa UMNO. Parti terbaik buat Gomo menyampaikan wadah perjuangan dalam mengajak orang Melayu mempertahankan tanah Melayu ini dari dek kerakusan Pembangkang yang kiblat mereka hanyalah untuk menghapuskan kuasa orang melayu itu sendiri.


Dalam UMNO juga Gomo bebas mengkritik sesiapa sahaja walaupun adalah sekali tu seorang orang berjawatan dalam UMNO cuba untuk mengenakan tindakan Disiplin tetapi atas sokongan semua maka niat jahat orang itu terbantut sama sekali. Pendek kata UMNO tempat yang sesuai untuk kita meluahkan ketidakpuashatian kerana pemimpin dengar dan sedar apa yang disampaikan oleh kita.

PAS GAGAL mentadbir dan membangunkan orang melayu di Kelantan apatahlagi jika mereka nak tadbir Malaysia. PKR parti yang kian Rebah langsung tidak relevan kerana terhasilnya PKR itu sendiri dari mereka yang asalnya UMNO yang sudah tamat tempoh ataupun bermasaalah moral. Tetapi tidak bagi UMNO Parti Keramat yang pemimpin nya silih berganti melalui Tranformasi dari masa ke semasa.

Akhir kata dari Gomo buat orang Melayu khususnya, jika anda tidak berminat dalam politik tidak mengapa. Jika anda tidak suka pada pemimpin politik tidak mengapa. Jika anda tidak mahu mencampuri urusan politik juga tidak mengapa. Tetapi ingatlah orang orang Melayu, UMNO parti Keramat Orang Melayu. UMNO membela orang Melayu serta memperjuangkan nasib kita sebelum Merdeka sehingga sekarang.

Marilah kita menjadi ahli UMNO agar sokongan kita itu memberikan mesej jelas buat Dato Seri Najib Presiden UMNO waktu ini dan juga kepada pemimpin UMNO yang lain bahawa orang orang Melayu tidak rela tanah Melayu ini terlepas ke tangan pengkhianat negara. Semoga orang Melayu sedar akan apa yang telah berlaku kepada Singapura.

Selamat Ulangtahun UMNO yang ke 66, Allah Bersama UMNO sejak Dulu Kini dan Selamanya. Semoga kepimpinan UMNO terus membela rakyat dan menjauhi pekara pekara yang boleh merosakkan nama parti UMNO parti Keramat.

Sewaktu perjumpaan pemimpin pemimpin dunia. Barack Obama bertanya kepada rakan sejawatnya dari Britain. "Perdana Menteri Malaysia ini bangsa apa?" Perdana Menteri Britain menjawap " Perdana Menteri Malaysia berbangsa MELAYU" .

Barack Obama dengan spontan berkata "MELAYU HEBAT". Disusuli pula dengan pemimpin negara Barat yang lain dengan menyatakan
"Melayu Hebat & Malaysia muslim country"

No comments:

Post a Comment