Seperti yang dijangka, misi pembersihan imej Najib Tun Razak sedang dijalankan; bermula dengan skandal isterinya Rosmah Mansur berhubung cincin berlian berharga USD24.4 juta. Tujuan utama adalah untuk menyelamatkan kedudukan beliau sebagai presiden pada pemilihan UMNO tahun hadapan.
Walaupun dijangka kita mungkin akan dikejutkan dengan pilihanraya pada Oktober atau November tahun ini, Najib kelihatan lebih risau mengenai kuasa yang ada padanya sebagai orang nombor satu apabila menyedari bahawa lebih banyak dikalangan pemimpin dalam UMNO dan juga BN gemar merujuk timbalannya, Muhyiddin Yassin untuk nasihat setelah menyaksikan pelbagai kesilapan dari segi tadbir urus dan politik dalam pentadbiran beliau.
Para penganalisis politik rata-rata kesal dengan tindakan Najib yang memainkan sentimen menghentam Yahudi dalam usaha beliau untuk membersihkan imejnya. Walaupun berita mengenai cincin belian gergasi cukup memeranjatkan rakyat Malaysia, boleh dikatakan sebilangan besar rakyat yakin bahawa berkemungkinan pasangan ini mampu membelinya sungguhpun ia bernilai USD 8 juta.
Para penganalisis politik merujuk kepada beberapa siri skandal rasuah yang membabitkan Najib antaranya, skandal Scorpenes yang turut sama melibatkan Razak Baginda. Beliau didakwaan menerima bayaran komisen daripada vendor DCN dalam bentuk bayaran penyelenggaraan bernilai 114 Euro atau RM570 juta. Sudah tentulah USD 8 juta suatu nilai yang tidak seberapa untuk dibazirkan setelah mengambil kira skandal Scorpenes bukanlah satu-satunya yang beliau telah manfaatkan semenjak berkecimpung dalam arena politik di usia 22 tahun.
Bagaimanakah rekod jenayah Jacob membuktikan Rosmah tidak bersalah?
Sekarang, apa yang paling memualkan adalah cara media UMNO mengalih fokus kepada pemilik Jacob & Co, Jacob Arabo; seorang yahudi kelahiran Uzbekistan yang pernah dipenjarakan.
Pada tahun 1998, Arabo telah ditangkap oleh pihak FBI kerana dituduh memiliki barangan curi. Tuduhan itu kemudiannya digugurkan. Beliau kemudiaannya ditangkap semula oleh FBI pada tahun 2006 kali ini kerana pengubahan wang haram berjumlah USD270 juta (RM810 juta) untuk kumpulan mafia terkenal di Detroit, Black Mafia Family (BMF) dan juga kegagalan beliau melaporkan pembelian tunai yang benilai besar kepada Internal Revenue Service (IRS).
Di mata pengkritik, rekod jenayah Arabo membawa sedikit signifikans kepada pembersihan imej Rosmah dan Najib. Bagaimakah rekod jenayah Arabo dapat membuktikan bahawa mereka berdua tidak bersalah? Pemimpin Pakatan Rakyat yakin bahawa sekiranya SPRM dibiarkan menyiasat secara bebas kes Scorpenes dan Altantuya Shaariibuu, pasangan pertama negara ini mungkin akan mendapati diri mereka turut dipenjarakan.
Perlu ditegaskan bahawa selama ini Najib menyangkal dakwaan bahawa beliau terlibat dalam skandal Scorpenes dan mengatakan bahawa beliau tidak pernah sama sekali mengenali Altantuya. Jika benar, kenapa William Bourdon, seorang peguam dari Peranchis telah dihantar pulang sejurus sampai ke Malaysia untuk memberi taklimat mengenai perkembangan kes tersebut kepada klien beliau, Suaram dan beberapa pihak lain?
Rosmah sendiri telah berkataa “Saya tidak mahu berkata apa-apa mengenai perkara ini dan biarlah dia (blogger) berkata apa dia nak.” Rosmah menjawap pertanyaan mengenai cincin yang di ajukan kepadanya semasa lawatan beliau ke Kedah baru-baru ini. Beliau telah sebenarnya cuba mengelak daripada menyangkal dakwaan itu. Beliau kemudiannya cuba meraih simpati dengan mengatakan “Ini adalah fitnah tetapi apakah yang tidak pernah saya harungi? Saya sudah merasai segala-galanya. Jadi, lebih baik saya biarkan sahaja perkara ini dan fokus kepada isu lain yang lebih penting kepada rakyat.”
Tunding jari kepada yahudi sebagai jalan terakhir-cara Malaysia
Melihat kepada cara media UMNO mengalih perhatian rakyat hal lain, nampak gayanya satu plot baru sedang diatur untuk membersihkan nama Rosmah iaitu dengan mendakwa bahawa nama Rosmah telah digunakan tanpa pengetahuan beliau dalam skandal cincin tersebut. Nampaknya ketulenanan gambar yang diambil dari skrin computer pihak Kastam tidak menjadi isu. Salah satu daripada gambar skrin itu jelas mempamirkan nama beliau. (Skrol ke bawah).
Ini telah mencetukan minat sebuah media berpengaruh di Amerika Syarikat, ‘The Huffington Post’ untuk membuat rencana yang bertajuk “In Malaysia, when in doubt, blame the Jews”- ‘Di Malaysia, sekiranya ragu-ragu, salahkan Yahudi’.
Dalam rencana itu, Rabbi Abraham Cooper dipetik sebagai berkata, “Si Yahudi? Kebanyakkan rakyat di negara-negara gergasi ekonomi di Asia bekemungkinan tidak akan pernah bertemu dengan seorang Yahudi walau sekali dalam hidup mereka. Akan tetapi, Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang sangat berpengaruh dikalangan orang islam di kawasan pendalaman yang bergantung kepada media milik kerajaan untuk membentuk pandangan mereka mengenai senario dunia, yakin dengan amaran mengenai “plot yahudi’ yang akan melanda negara yang tiada Yahudi”
Jacob si tukang barang kemas, Fagin si pencuri
Sememangnya masa sudah sampai untuk pentadbiran Najib menutup tirainya atau ia akan terus mencalarkan imej negara di mata dunia. Sekarang, media yang dimonopoli UMNO dengan sesuka hati memanggil Arabo dengan nama “Jacaob the Jeweller” (Jacob Si Tukang barang kemas) sama dengan konotasi menghina “Fagin the thief”’, sebuah watak penjahat dalam cerita Oliver Twist karya Charles Dickens.
Komen bekas duta AS ke Malaysia, John Malott baru-baru ini; “Pentadbiran Najib sering tersilap langkah. Kepada masyarat dunia pertama, hal yang paling ketara adalah cara Najib menyembunyikan maklumat Scorpene pada minggu lepas. Penghataran pulang William Bourdon bukan sahaja terbatas kepada Kuala Lumpur dan Paris malah kesannya tersebar lebih jauh dari itu.
Kerajaan ini telah menghabiskan jutaan wang dengan firma perhubungan awam dan perunding pengurusan tetapi tetap juga tersilap langkah. Kesilapan terbaru adalah penghantaran pulang Peguam Perancis itu. Sekarang, buat pertama kalinya setiap maklumat skandal yang disembunyikan selama ini termasuk yang berkaitan model yang dibunuh oleh pengawal peribadi PM telah disebarkan oleh ‘The Washington Post’.
Rakyat AS mula keliru dengan wajah sebenar Malaysia. Adakah Najib seorang pemimpin seperti yang dia sendiri canangkan?” Kata Malott dalam temuramah besama Malaysia Chronicle baru-baru ini. - Malaysia Chronicle
Thursday, December 15, 2011
SEMBUR: MELAYU UNDI PAS/PKR: SATU JUSTIFIKASI
SEMBUR: MELAYU UNDI PAS/PKR: SATU JUSTIFIKASI: Bangsaku Melayu UMNO, Kalau benar kalian sayangkan Melayu dan kalau benar kalian prihatin akan nasib bangsa kita, maka jawapannya ialah pil...
Sunday, December 11, 2011
Monday, November 28, 2011
Friday, November 25, 2011
Penganalisis: PKR anggota Pakatan paling lemah
PKR akan mengadakan kongres kebangsaan kelapannya di Johor hujung minggu ini.
Walaupun lebih 2,000 anggota perwakilan dan pemerhati dijangka menghadiri kongres itu, namun ramai berpendapat parti berkenaan merupakan anggota paling lemah dalam pakatan PKR-DAP-PAS berikutan pelbagai masalah yang dihadapinya.
Ini termasuk tindakan melompat parti dan peletakan jawatan oleh beberapa wakil rakyatnya serta kecelaruan yang berlaku dalam pemilihan parti itu tahun lepas.
Beberapa penganalisis politik berpendapat PKR perlu berusaha lebih serius untuk memulihkan imejnya yang tercalar teruk selama ini akibat pelbagai masalah yang menimpanya.
"Halangan paling besar ialah wujudnya isu kepimpinan dan persepsi bahawa mereka terlalu memberi tumpuan terhadap isu melibatkan orang Melayu, walaupun parti itu dikatakan bersifat pelbagai etnik," kata penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian.
Beliau berkata PKR masih dibelenggu pelbagai isu termasuk masalah kepimpinan di Selangor, perebutan kuasa antara timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, masalah kepimpinan yang belum selesai di Sabah dan peranan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Penggerak utamanya pada pilihan raya umum 2008 kelihatan sudah lemah semangat. Setelah 43 bulan berlalunya pilihan raya umum lepas, tanggapan terhadap PKR telah berubah, daripada sebuah parti yang baik, kepada sebuah parti yang teruk. Persepsi terhadap parti itu berbeza sama sekali antara dulu dan sekarang," katanya.
Oleh yang demikian, beliau percaya kepimpinan tertinggi PKR akan menggunakan kongres kali ini untuk menunjukkan kepada umum bahawa parti itu dan para pemimpinnya bersatu hati dalam mengatur persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Tetapi, kata ahli akademik itu, biar apa pun langkah yang diambil, PKR tidak akan dapat mengelak daripada dilihat sebagai sebuah parti yang kurang disenangi dalam pakatan pembangkang apabila ia mahu diberi lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang dalam rundingannya dengan mereka.
"Isu lebih penting ialah apakah yang akan berlaku kepada PKR selepas ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Sekiranya Anwar disabitkan kesalahan dalam tuduhan (di mahkamah) yang sedang dihadapinya, siapakah yang akan mengambil alih kepimpinan parti itu? Jika parti ini tidak mempunyai pelan kepimpinannya, maka ia akan terus dilihat sebagai sebuah parti yang lemah," kata beliau.
Sebenarnya, tanggapan bahawa PKR adalah anggota paling lemah dalam pakatan pembangkang bukanlah sesuatu yang baru kerana pemimpin parti itu sendiri mengakuinya.
Pada kongres PKR di Pusat Sivik Petaling Jaya tahun lepas, timbalan presidennya ketika itu Senator Dr Syed Husin Ali mengingatkan anggotanya bahawa parti itu merupakan anggota paling lemah dalam pakatan itu kerana ia adalah parti paling muda berbanding DAP and PAS.
Katanya lagi, parti itu dibelenggu tiga hakikat– PKR merupakan parti yang dianggotai bekas anggota parti lain, yang membawa bersama ideologi mereka ke dalam parti itu dan sekaligus mencetuskan pergeseran dalam kalangan anggotanya; PKR, yang mengaku sebagai parti pelbagai kaum, mempunyai masalah dengan anggotanya yang bersikap perkauman; dan anggotanya yang lebih kaya, memperoleh lebih banyak kuasa, walaupun jumlah mereka lebih kecil daripada kumpulan kelas menengah dan golongan berpendapatan rendah.
Malah, Syed Husin juga membelasah anggota parlimen dan Dewan Undangan Negeri PKR yang tidak mempamerkan prestasi cemerlang dalam menunaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.
Penganalisis politik dari UCSI University Ong Kian Ming pula berkata PKR tidak mampu menangkis persepsi bahawa ia adalah parti paling lemah dalam pakatan pembangkang itu walaupun tiada lagi anggotanya yang melompat parti.
"Imej bahawa parti itu terlalu bergantung pada Anwar masih wujud. Walaupun selepas pemilihan parti, beberapa pemimpinnya, termasuk Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR), bergerak sendiri dan memberi fokus terhadap beberapa isu nasional, namun ia masih tidak memadai.
"Parti itu juga masih kekurangan calon yang berwibawa untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Kemunculan parti KITA memberi cabaran secara langsung terhadap PKR. Sekiranya KITA bertanding pada pilihan raya umum akan datang dan mengalami kekalahan teruk sekalipun, persepsi bahawa PKR adalah parti paling lemah dalam pakatan itu, tetap tidak berubah," katanya.
Penganalisis politik dari Sunway Monash University James Chin juga berpendapat PKR merupakan parti paling lemah dalam pakatan pembangkang berdasarkan hakikat bahawa organisasinya di peringkat akar umbi tidak sekuat DAP dan PAS.
"PKR hanya kuat di beberapa kawasan bandar. Mereka masih menghadapi masalah untuk memperkukuhkan diri. Orang hanya mengundi mereka kerana mereka menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang," katanya.
Beliau berkata perkara yang terus menjadi masalah paling besar bagi PKR ialah ketidaktentuan yang wujud dalam parti itu sekiranya pemimpin umumnya, Anwar, dijatuhi hukuman penjara.
"Bagaimana mereka hendak memilih pemimpin baru? Siapakah yang mampu menyatupadukan PR?
"Di samping itu, masalah akan terus wujud pada pilihan raya umum akan datang apabila mereka berunding tentang pembahagian kerusi dengan PAS dan DAP kerana besar kemungkinan, PKR akan bertanding di kerusi yang mempunyai pengundi bercampur, yang sesetengahnya akan turut ditandingi DAP dan PAS" katanya.
Di sebalik semua itu, para pemimpin PKR terus cuba memberi jaminan kepada penyokongnya dan pengundi bahawa mereka mempunyai pelan peralihan pucuk kepimpinan, walaupun ramai yang tidak mempercayainya.
- Bernama

Aziz Bari nafi serang pengurusan zakat S'gor
Profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari hari ini menafikan beliau menyerang pentadbiran dan pengurusan zakat di Selangor sebagaimana yang
didakwa oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda semalam.
Katanya, beliau tidak pernah menyerang pengurusan zakat yang sedia ada di Selangor.
Sebaliknya, tegas pakar perlembagaan itu, beliau hanya menyuarakan kebimbangan tentang masa depan, memandangkan pindaan kepada enakmen yang memberikan kuasa yang luas kepada
sultan - yang mungkin mempunyai implikasi kepada pengurusan masjid dan zakat.
Beliau memberitahu demikian kepada Malaysiakini hari ini melalui e-mel sebagai mengulas titah Sultan Selangor yang dukacita berhubung dakwaan Abdul Aziz, kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.
Abdul Aziz menjelaskan bahawa konteks komen beliau adalah mengenai percubaan "luar biasa" yang dibuat untuk meluluskan rang undang-undang itu apabila sultan dilaporkan "mengeluarkan titah kepada anggota Dewan Undangan Negeri Selangor".
Dilaporkan Sultan Selangor telah mengeluarkan titah menitahkan mereka meluluskan pindaan untuk meluaskan kuasa sultan dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam hal ehwal Islam di negeri ini.
Mengenai pengurusan zakat, beliau bercakap tentang masa depan, bukan tentang masa kini, jelas Abdul Aziz dan menambah beliau membuat komen iu sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang pakar dalam perlembagaan.
"Saya juga membayar zakat dan fitrah di Selangor," kata Abdul Aziz.
Berdasarkan itu, Abdul Aziz berhujah bahawa apa yang dititah oleh sultan mengenainya adalah "tidak betul".
Katanya, baginda telah diberi nasihat yang salah dan oleh itu beliau bersedia mengadap jika baginda memberi perkenan berbuat demikian.
didakwa oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda semalam.
Katanya, beliau tidak pernah menyerang pengurusan zakat yang sedia ada di Selangor.

sultan - yang mungkin mempunyai implikasi kepada pengurusan masjid dan zakat.
Beliau memberitahu demikian kepada Malaysiakini hari ini melalui e-mel sebagai mengulas titah Sultan Selangor yang dukacita berhubung dakwaan Abdul Aziz, kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.
Abdul Aziz menjelaskan bahawa konteks komen beliau adalah mengenai percubaan "luar biasa" yang dibuat untuk meluluskan rang undang-undang itu apabila sultan dilaporkan "mengeluarkan titah kepada anggota Dewan Undangan Negeri Selangor".
Dilaporkan Sultan Selangor telah mengeluarkan titah menitahkan mereka meluluskan pindaan untuk meluaskan kuasa sultan dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam hal ehwal Islam di negeri ini.
Mengenai pengurusan zakat, beliau bercakap tentang masa depan, bukan tentang masa kini, jelas Abdul Aziz dan menambah beliau membuat komen iu sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang pakar dalam perlembagaan.
"Saya juga membayar zakat dan fitrah di Selangor," kata Abdul Aziz.
Berdasarkan itu, Abdul Aziz berhujah bahawa apa yang dititah oleh sultan mengenainya adalah "tidak betul".
Katanya, baginda telah diberi nasihat yang salah dan oleh itu beliau bersedia mengadap jika baginda memberi perkenan berbuat demikian.
Upko tolak pendaftaran pengundi secara automatik
Sementara parti pembangkang di Semenanjung menyokong proses pendaftaran pengundi secara automatik, tetapi sebuah parti komponen BN di Sabah - Upko - pula tidak bersetuju kerana keadaan yang unik di negeri itu.
Setiausaha agungnya, Wilfred Madius Tangau (kiri) berkata, ia
kerana terdapatnya rakyat asing memegang kad pengenalan secara haram ekoran kempen kontroversi 'Projek IC' kontroversi pada tahun 1990-an.
"Kami tidak yakin tentang pendaftaran pengundi secara automatik kerana selagi Projek IC tidak diselesaikan, maka pendatang tanpa izin yang memiliki kad pengenalan, boleh mendaftar sebagai pengundi.
"Jika ia boleh dibersihkan (pangkalan data JPN), maka kita akan bersetuju," katanya semasa pendengaran jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya, di Kota Kinabalu hari ini.
Upko adalah salah sebuah daripada dua parti komponen BN di Sabah yang menghadiri sesi pendengaran PSC. Sebuah lagi ialah Parti Demokratik Liberal (LDP).
Peruntukan kerusi tidak adil
Wilfred juga menimbulkan persoalan peruntukan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak yang menurutnya tidak mematuhi perjanjian semasa pembentukan Malaysia.
"Apabila Malaysia mula-mula ditubuhkan, Malaya mempunyai 104 kerusi Parlimen manakala Sabah mempunyai 16, Sarawak ada 24 manakala Singapura mempunyai 15. Jika kita analisa peratusan kerusi di luar Semenanjung Malaysia, maka ia adalah 34 peratus."
Ini, katanya, adalah mengikut peruntukan undang-undang untuk mencegah Semenanjung Malaysia dari mengawal lebih daripada dua pertiga majoriti di Parlimen dan menjadikan Sabah dan Sarawak tertakluk kepada belas Semenanjung Malaysia.
"Tetapi semasa pilihan raya umum 1974, kerusi di Semenanjung Malaysia meningkat kepada 154 tetapi tidak ada perubahan di Sabah dan Sarawak.
"Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya menentukan bilangan kerusi, ia telah gagal untuk mengambil kira sejarah dan peruntukan perjanjian Malaysia dan tuntutan dalam Suruhanjaya Cobbold," katanya.
Pada masa ini, terdapat 222 kerusi di Parlimen, di mana 25 daripadanya adalah di Sabah manakala sebanyak 31 lagi di Sarawak.

PKR ikrar Anwar akan jadi PM ketujuh
Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menyatakan ikrar untuk terus mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat yang dihadapi ketua umum parti itu.
Azmin juga memberi peringatan keras kepada Umno bahawa PKR akan terus mara walau apa pun konspirasi dijalankan untuk memenjarakan Anwar.
"Kami anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim.
"Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah perdana menteri Malaysia yang ketujuh," katanya disambut tepukan kira-kira 1,500 orang perwakilan ketika menyampaikan dalam ucapan dasarnya di kongres PKR kelapan di Johor Bahru hari ini.
Membuka tirai kongres yang kali pertama diadakan di kubu kuat Umno itu, Azmin turut menyerang Umno sebagai parti yang "anti-Melayu" dan hanya berjuang untuk "membela tembolok kerabat dan bukannya rakyat."
"Layakkah perjuangan Umno yang sehingga kini tidak dapat menjelaskan ke mana lesapnya saham milik Melayu-bumiputera bernilai RM52 bilion dijulang sebagai perjuangan mempertahan ketuanan Melayu?
"Lihat sahaja dalam isu National Feedlot Corporation. RM250 juta yang diperuntukkan untuk mengurangkan kebergantungan import bahan makanan telah disalahguna untuk membeli kondominium mewah.
"Sehingga hari ini menteri yang berkenaan masih lagi berkuasa, malah mendapat kekebalan dari timbalan presiden Umno.
"Di mana 'ketuanan Melayu' yang dilaungkan jika hak rakyat dirampas dan diagihkan kepada menteri untuk keluarga dan kerabat?" soalnya lagi.
Tatakelola tidak disiplin
Azmin turut menyentuh mengenai "tatakelola yang tidak disiplin dan amanah" pentadbiran BN yang menurutnya telah menyebabkan rakyat berdepan dengan hutang negara melebihi RM1 trilion, termasuk hutang isi rumah.
"Jumlah ini mewakili 53 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Inilah hasil daripada pengurusan ekonomi Umno yang cuai, tidak cekap serta ketirisan," tambahnya.
PKR dan Pakatan pula sebaliknya telah bersedia untuk menggantikan Umno dan BN dengan tawaran dalam manifesto Buku Jingga dan juga belanjawan alternatifnya, kata Azmin yang turut menyebut mengenai pencapaian pentadbiran di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
PKR juga bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos bahawa hanya Umno yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat.
"Hari ini, PKR sudah bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos ini. PKR akan menerajui Malaysia tanpa Umno," katanya.
Namun, agenda reformasi yang dibawa PKR masih terhalang dengan "politik perkauman sempit" yang dibawa Umno, kata Azmin lagi.
"Rakyat disogok dengan pelbagai propaganda jahat untuk mencetuskan rasa takut dan curiga dalam masyarakat majmuk sehingga mereka takut untuk berubah.
"Meskipun rakyat Malaysia mahukan perubahan, namun mereka tetap terpasung dalam ketakutan dan kebimbangan bahawa kaum mereka tidak lagi akan mendapat keistimewaan," katanya.
Azmin juga memberi peringatan keras kepada Umno bahawa PKR akan terus mara walau apa pun konspirasi dijalankan untuk memenjarakan Anwar.

"Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah perdana menteri Malaysia yang ketujuh," katanya disambut tepukan kira-kira 1,500 orang perwakilan ketika menyampaikan dalam ucapan dasarnya di kongres PKR kelapan di Johor Bahru hari ini.
Membuka tirai kongres yang kali pertama diadakan di kubu kuat Umno itu, Azmin turut menyerang Umno sebagai parti yang "anti-Melayu" dan hanya berjuang untuk "membela tembolok kerabat dan bukannya rakyat."
"Layakkah perjuangan Umno yang sehingga kini tidak dapat menjelaskan ke mana lesapnya saham milik Melayu-bumiputera bernilai RM52 bilion dijulang sebagai perjuangan mempertahan ketuanan Melayu?
"Lihat sahaja dalam isu National Feedlot Corporation. RM250 juta yang diperuntukkan untuk mengurangkan kebergantungan import bahan makanan telah disalahguna untuk membeli kondominium mewah.
"Sehingga hari ini menteri yang berkenaan masih lagi berkuasa, malah mendapat kekebalan dari timbalan presiden Umno.
"Di mana 'ketuanan Melayu' yang dilaungkan jika hak rakyat dirampas dan diagihkan kepada menteri untuk keluarga dan kerabat?" soalnya lagi.
Tatakelola tidak disiplin
Azmin turut menyentuh mengenai "tatakelola yang tidak disiplin dan amanah" pentadbiran BN yang menurutnya telah menyebabkan rakyat berdepan dengan hutang negara melebihi RM1 trilion, termasuk hutang isi rumah.
"Jumlah ini mewakili 53 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Inilah hasil daripada pengurusan ekonomi Umno yang cuai, tidak cekap serta ketirisan," tambahnya.

PKR juga bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos bahawa hanya Umno yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat.
"Hari ini, PKR sudah bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos ini. PKR akan menerajui Malaysia tanpa Umno," katanya.
Namun, agenda reformasi yang dibawa PKR masih terhalang dengan "politik perkauman sempit" yang dibawa Umno, kata Azmin lagi.
"Rakyat disogok dengan pelbagai propaganda jahat untuk mencetuskan rasa takut dan curiga dalam masyarakat majmuk sehingga mereka takut untuk berubah.
"Meskipun rakyat Malaysia mahukan perubahan, namun mereka tetap terpasung dalam ketakutan dan kebimbangan bahawa kaum mereka tidak lagi akan mendapat keistimewaan," katanya.
AMK lulus usul tergempar tingkat undi Melayu
Kongres Angkatan Muda PKR hari ini meluluskan usul tergempar untuk mengadakan rancangan komprehensif bagi meningkatkan undi daripada pengundi Melayu.
Usul yang diluluskan tanpa bahas itu dikemukakan oleh ketua pergerakan berkenaan, Shamsul Iskandar Md Akin dalam ucapan penggulungannya petang ini.
Shamsul berkata, usaha itu perlu memandangkan Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk menang dalam pilihan raya akan datang.
Di negeri Johor sendiri yang dipilih sebagai lokasi Kongres Nasional PKR Kelapan kali ini, PKR mempunyai peluang 40 peratus untuk menang di negeri itu, katanya.
"Kalau kita turun ceramah, gempur dan edar risalah boleh jadi 50-50," katanya lagi.
Menurut kajian berkenaan, yang tidak didedahkannya, Pakatan Rakyat turut berpeluang sehingga 65 peratus di Selangor dan 51 peratus di Perak.
"(Bacaan untuk) Wilayah Persekutuan jauh lebih hebat dan kita hendak tawan Melaka, pertahan Kelantan, tawan Pahang, Perak nak tawan semula dan paling penting tawan Putrajaya," katanya lagi.
Tambahnya, atas dasar itu jugalah PKR hadir ke negeri yang menjadi kubu kuat Umno itu dengan membawa dan membahaskan agenda Melayu.
"Sebab kita tahu bukan orang Cina dan orang India sahaja yang harus dapat keadilan.
"Sebab itu kita tidak apologetik, apa yang kita uar-uarkan adalah pengkhianatan Umno yang mendakwa menjaga kepentingan Melayu.
"Oleh itu saya usulkan supaya ada perbincangan khusus untuk rancang pelan komprehensif supaya undi Melayu pada masa akan datang kita boleh pertahan atau meningkat kepada kita," katanya lagi.
Usul yang diluluskan itu akan dimasukkan sebagai usul untuk dibahaskan di kongres nasional PKR yang berlangsung esok.
Terdahulu dalam ucapan dasarnya, Shamsul turut menuntut supaya kerajaan melakukan pindaan undang-undang untuk membolehkan hanya kaum Melayu sahaja dilantik sebagai perdana menteri.
Beliau mengemukakan cadangan berkenaan sebagai cabaran kepada Umno yang sering ke hadapan sebagai pelindung golongan Melayu.
"Hakikatnya, Umno yang membahayakan kepentingan dan kedudukan orang Melayu.
"Maka demi menjamin benteng terakhir orang Melayu - yakni kuasa politik - tidak menjadi dagangan Umno,
"AMK mencabar Umno meminda perlembagaan bagi memasukkan syarat dan jaminan bahawa jawatan perdana menteri hanya boleh disandang oleh seorang Melayu," katanya.
Tambahnya, alasan bahawa undang-undang berkenaan tidak perlu dipinda kerana penguasaan Umno pada waktu ini akan menjamin jawatan berkenaan dipegang oleh Melayu, juga tidak dapat diterima.
Malah, katanya, pindaan perlembagaan itu juga akan memberi keadilan kepada golongan bukan Melayu.
Apatah lagi, perkara itu tidak asing di Malaysia kerana hampir semua negeri mensyaratkan supaya orang Melayu dilantik sebagai ketua kerajaan, tambahnya.
"Ketiadaan jaminan perlembagaan membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi kerisauan orang Melayu terhadap masa depan mereka.
"Akibatnya wujud syak wasangka terhadap rakyat daripada etnik lain," kata Shamsul lagi yang menambah keadaan itulah yang digunakan Umno untuk mewujudkan rasa tidak selamat dan suasana tegang.
Tambahnya, Umno akan berharap supaya orang Melayu sentiasa bergantung kepada mereka sebagai wira Melayu.
"Syak dan salah sangka inilah yang menyebabkan orang Melayu merasakan hak dan peluang mereka akan direbut oleh bangsa lain," tambahnya.
Bagaimanapun, ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Shamsul tidak memberi komitmen jelas sama ada pergerakan itu akan turut meminda perlembagaan bagi usaha tersebut.
Beliau diminta menjelaskan perkara itu memandangkan PKR sendiri menganjurkan nilai meritokrasi.
Shamsul bagaimanapun sekadar mengulangi bahawa tindakan berkenaan merupakan satu cabaran kepada Umno dan AMK juga "selesa" dengan peruntukan perlembagaan sedia ada.

Martabat semula raja berperlembagaan
Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin menuntut supaya institusi raja berperlembagaan dimartabatkan semula agar tidak dipergunakan sebagai alat politik oleh parti pemerintah.
Dalam ucapan dasarnya di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini, Shamsul berkata institusi beraja harus dilihat berwibawa dan mengambil peranan aktif untuk menyekat tindakan melampau pemerintah.
Katanya lagi, raja tidak seharusnya sekadar menjadi simbol tetapi turut mengambil peranan untuk memberi perlindungan kepada golongan lemah dan membela golongan tertindas.
"Institusi raja-raja harus mampu menjadi pengimbang dan penegak ketertiban dengan mengambil peranan aktif menyekat sebarang tindakan melampau permerintah atau sebarang cubaan melibatkan istana untuk kepuasan serakah politik.
"Raja cuba diheret sama bagi memperkuatkan agenda perkauman. Tindakan ini telah mencemar fungsi dan peranan raja untuk menjadi penegak keadilan.
"Padahal, menjalankan keadilan itu merupakan tugas asasi raja sebagaimana terkandung di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi kepada lebih 2,000 perwakilan di kongres itu.
Shamsul Iskandar membangkitkan isu yang sering dianggap tabu itu dalam kongres kelapan PKR yang kali pertama diadakan di Johor Bahru, sejajar dengan usaha PKR untuk meluaskan pengaruh mereka di negeri yang menjadi kubu kuat Umno itu.
Shamsul juga berkata, soal reformasi institusi beraja tidak sepatutnya menjadi isu tabu kerana soal membincangkannya bukanlah bermakna tidak mengasihi raja.
"Hormat dan kasih kita itu membuatkan kita percaya bahawa perlu ada reformasi agar raja berperlembagaan dapat memainkan peranan yang benar-benar berkesan di negara ini," katanya.
Tambahnya, raja dan Yang di-Pertuan Agong perlu disediakan dengan ilmu dan pengalaman sebagai prasyarat sebelum diangkat ke jawatan berkenaan, memandangkan raja perlu memenuhi tuntutan jawatan berkenaan sebagai ketua agama Islam.
Katanya lagi, raja sepatutnya mampu menjadi simbol ketuanan rakyat dengan mengambil peranan sebagai "penaung kepada semua rakyat dan tidak terhad kepada orang Melayu."
Dalam ucapan dasarnya di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini, Shamsul berkata institusi beraja harus dilihat berwibawa dan mengambil peranan aktif untuk menyekat tindakan melampau pemerintah.

"Institusi raja-raja harus mampu menjadi pengimbang dan penegak ketertiban dengan mengambil peranan aktif menyekat sebarang tindakan melampau permerintah atau sebarang cubaan melibatkan istana untuk kepuasan serakah politik.
"Raja cuba diheret sama bagi memperkuatkan agenda perkauman. Tindakan ini telah mencemar fungsi dan peranan raja untuk menjadi penegak keadilan.
"Padahal, menjalankan keadilan itu merupakan tugas asasi raja sebagaimana terkandung di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi kepada lebih 2,000 perwakilan di kongres itu.
Shamsul Iskandar membangkitkan isu yang sering dianggap tabu itu dalam kongres kelapan PKR yang kali pertama diadakan di Johor Bahru, sejajar dengan usaha PKR untuk meluaskan pengaruh mereka di negeri yang menjadi kubu kuat Umno itu.

"Hormat dan kasih kita itu membuatkan kita percaya bahawa perlu ada reformasi agar raja berperlembagaan dapat memainkan peranan yang benar-benar berkesan di negara ini," katanya.
Tambahnya, raja dan Yang di-Pertuan Agong perlu disediakan dengan ilmu dan pengalaman sebagai prasyarat sebelum diangkat ke jawatan berkenaan, memandangkan raja perlu memenuhi tuntutan jawatan berkenaan sebagai ketua agama Islam.
Katanya lagi, raja sepatutnya mampu menjadi simbol ketuanan rakyat dengan mengambil peranan sebagai "penaung kepada semua rakyat dan tidak terhad kepada orang Melayu."
Thursday, November 10, 2011
Banjir Thailand punca harga barang basah di Kedah naik
Kenaikan mendadak harga barang basah terutamanya ikan dan sayur-sayuran di Kedah minggu lepas berpunca daripada akibat banjir yang melanda Thailand hampir empat bulan.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah, Mohd Sakri Saleh berkata pemborong menaikkan harga menyebabkan peruncit juga terpaksa menaikkan harga jualan.
"Harga barang basah terutamanya cili merah dan sawi naik mendadak pada Sabtu lepas, sehari sebelum raya Aidiladha. Kajian KPDNKK mendapati kenaikkan itu bermula di peringkat pemborong.
"Kira-kira 20 peratus bekalan yang dibawa masuk dari Thailand rosak kerana terbengkalai di stor simpanan di Thailand yang dilanda banjir besar.
"Pemborong yang kerugian pula menaikkan harga," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Persatuan Bertindak Harga Barang bersama Jabatan Pertanian, LKIM, Fama, LPN, Jabatan Veterinar serta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Alor Star petang semalam.
Menurut Mohd Sakri, Malaysia mengimport 70 peratus sayur-sayuran segar dari Thailand.
Bagaimanapun harga ikan tidak naik dengan ketara kerana mengimport 10 peratus sahaja bekalan itu dari Thailand.
Beliau berkata harga sayur-sayuran dijangka kembali pada harga biasa dalam tempoh dua minggu lagi manakala Fama memberi jaminan akan mengimport cili dan sayur dari China bagi menampung permintaan.
Mengenai tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga, Mohd Sakri berkata pihaknya merasa tidak begitu wajar kerana harga yang dinaikkan tidak keterlaluan walaupun mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga Barang dan Pencatutan 2011.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah, Mohd Sakri Saleh berkata pemborong menaikkan harga menyebabkan peruncit juga terpaksa menaikkan harga jualan.

"Kira-kira 20 peratus bekalan yang dibawa masuk dari Thailand rosak kerana terbengkalai di stor simpanan di Thailand yang dilanda banjir besar.
"Pemborong yang kerugian pula menaikkan harga," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Persatuan Bertindak Harga Barang bersama Jabatan Pertanian, LKIM, Fama, LPN, Jabatan Veterinar serta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Alor Star petang semalam.

Bagaimanapun harga ikan tidak naik dengan ketara kerana mengimport 10 peratus sahaja bekalan itu dari Thailand.
Beliau berkata harga sayur-sayuran dijangka kembali pada harga biasa dalam tempoh dua minggu lagi manakala Fama memberi jaminan akan mengimport cili dan sayur dari China bagi menampung permintaan.
Mengenai tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga, Mohd Sakri berkata pihaknya merasa tidak begitu wajar kerana harga yang dinaikkan tidak keterlaluan walaupun mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga Barang dan Pencatutan 2011.
Buku Jingga mempertumpul perjuangan PAS?
ULASAN Benarkah polis mengambil kesempatan daripada isu Seksualiti Merdeka 2011 untuk “mengasak” Datuk Ambiga Sreenevesan, pengerusi dan jaguh pergerakan BERSIH 2.0?
Benarkah ini satu cara polis “memperketat” seliaannya terhadap wanita berhati waja ini dengan tujuan membungkamkan idealisme beliau?
Perkara ini cuba dibayangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melontarkan kemungkinan itu apabila mengulas mengenai isu kontroversi Seksualiti Merdeka 2011. Soalnya, wajarkah Anwar berbuat demikian?
Atau, adakah Anwar cuma cuba hendak mengalih pandangan masyarakat Islam-Melayu khususnya daripada isu yang tidak akan memberi laba politik kepada Pakatan Rakyat yang dipimpinnya?
Tidak mungkinkah Anwar “terpaksa” memutar pandangan orang Melayu-Islam “atas pagar” untuk memberi fokus kepada cara Ambiga diperlakukan oleh polis demi mengelak masyarakat berkenaan berterusan membincang dan meneliti persoalan sebenar di sebalik isu Seksualiti Merdeka itu?
Akidah umat
Tidakkah ada kemungkinan jika isu itu disangkutkan dengan soal akidah umat, pegangan Anwar, PKR pimpinannya dan PAS yang menjadi kerabatnya dalam Pakatan Rakyat akan mula dipersoalkan oleh rakyat beragama Islam?
Tambahan pula, beberapa pemimpin kanan PAS seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, awal-awal lagi sudah memberi isyarat jelas bahawa dalam soal Seksualiti Merdeka ini, PAS tidak boleh menyokong Ambiga. Mungkinkah ini sebabnya Anwar merasakan perlu beban isu ini cepat-cepat dipindahkan kepada bahu polis?
Jika tidak, Anwar mungkin bimbang isu Seksualiti Merdeka ini akan mendedahkan betapa rapuhnya perjuangan dan perkongsian politik dalam Pakatan Rakyat? Pergeseran PAS-DAP dalam isu keinginan PAS melaksanakan hukum hudud di Kelantan tetapi ditentang oleh DAP belum selesai, kini timbul pula soal Seksualiti Merdeka.
Maka, sebagai “pengetua” Pakatan Rakyat Anwar perlu bertindak “meredakan” isu “seks pelik” ini.
Jika fokus dapat diberikan kepada tindakan polis terhadap Ambiga dan hujah peguam itu bahawa “setiap minoriti pun ada hak” serta betapa kerajaan BN telah melanggar hak asasi manusia, maka Anwar mungkin mencongak soal peganganya sendiri dan PKR tidak akan dipertikaikan oleh orang Melayu-Islam “atas pagar”.
Malah, Anwar mungkin berkira perbedaan pandangan beliau, PKR dan DAP dengan PAS dalam isu ini tidak akan terdedah kepada umum.
Jika dalam tempoh tidak sampai sebulan “pergeseran PAS-DAP” yang mencakup soal akidah ini dihidu rakyat, ia mungkin menerbitkan kegelisahan di kalangan pengundi Melayu “atas pagar” bahawa Anwar dan PKR sudah kurang berkesan menjadi tali pengikat hubungan DAP dan PAS.
Lebih membimbangkan Anwar pengundi bukan Melayu yang kini sudah semakin jelas kecenderungan dan pola pemikiran politik mereka untuk mengundi DAP dalam pilihan raya umum ke-13 nanti akan mula teruja untuk memikir semula sokongan mereka kepada Pakatan yang nampaknya semakin “dibelah” oleh isu agama.
Ghairah menolak
Bertambah buruk lagi ialah, jika isu ini berlarutan Anwar mungkin bertambah khuatir nanti ada pihak dalam PAS yang akan bangkit mempersoalkan mengapa pimpinan parti itu terlalu kerap beransur sedangkan DAP (dan PKR dalam beberapa hal tertentu) terlalu ghairah menolak dan mengagungkan soal hak asasi manusia hingga semakin jelas tidak menghormati prasarana pemikiran Islam PAS.
Bagi orang yang mahu berpegang kepada ajaran agama, tidak mungkin wujud hak asasi manusia yang mutlak. Tiada insan atau kehidupan yang mempunyai kebebasan mutlak, selain Tuhan.
Panggillah Tuhan dengan nama apa sekalipun, penganut setiap agama hanya akan bersetuju Tuhan sembahan mereka sahaja yang mempunyai kuasa mutlak. Dia bebas melakukan apa sahaja yang disukaiNya.
Hanya Tuhan sahaja yang berhak untuk menentukan sempadan kebebasan yang diberikan kepada setiap kehidupan atau insan yang diciptakanNya.
Ini adalah peraturan utama dan paling asas dalam mana-mana perbincangan atau dialog berhubung hak kebebasan. Justeru, jika manusia membincangkan soal hak asasi, ia mesti bermula dengan penerimaan secara total kefahaman bahawa cuma Tuhan berkuasa dan mempunyai hak mutlak akan kuasaNya.
Selebihnya, apabila manusia membicarakan soal hak asasinya maka ia mesti dilingkari pula oleh hak masyarakat untuk mengawal kebebasan setiap anggotanya terlebih dahulu demi mengawal dan menjamin kesejahteraan dalam masyarakat.
Ini bererti manusia sendiri yang harus menentukan sempadan kebebasan yang harus diizin dan dikurniakan kepada setiap anggota masyarakat. Ini meliputi semua aspek kehidupan – ekonomi, politik, sosial dan hidup cara beragama. Sesiapa yang melanggar sempadan ini boleh dihukum bersalah. Ertilnya, bagi individu tidak mungkin ada kebebasan mutlak.
Sopan, lucah, jijik
Demikian hukum kehidupan. Masyarakat menentukan apa yang boleh, tidak boleh, sopan, lucah, jijik dan sebagainya. Khulasahnya masyarakatlah penentu soal kebebasan setiap insan yang menjadi anggota kelompok mereka. Maka tersusunlah adat, protokol dan resam masyarakat.
Setiap gelagat dan amalan manusia adalah tertakluk kepada kehendak masyarakat. Lantas apabila manusia buntu untuk menentukan piagam kehidupan masing-masing, kepada Tuhanlah mereka merujuk.
Justeru jika masyarakat Melayu amnya merujuk kepada Allah dalam menangani perangai, kecenderungan dan gelagat sekumpulan ahli masyarakat yang menuntut kebebasan untuk hidup di luar kebiasaan masyarakat seperti mahu hak mereka menjalin hubungan seks bebas sesama jenis dihormati, jawapan yang ditemui pasti ialah, masyarakat perlu menggunakan hak “kawalan masyarakat” (societal control) mengekang kecenderungan ini.
Umat Islam mendapati Allah mengutus Rasul khususnya untuk memperbetulkan pemikiran dan keserakahan nafsu seks songsang sebegini. Nabi Luth dipersenda dan diherdik kerana mahu mengajak umatnya kembali kepada fitrah – bahawasanya Allah menjadikan lelaki dan wanita – demi menyambung kerukunan hidup.
Begitu juga dalam kitab Injil dikisahkan pengalaman yang sama. Dek nafsu serakah lesbian (seks sesama wanita) dan homoseksual (hubungan seks sesama lelaki) dan biseksual (seks rambang dengan lelaki dan wanita) Sodom dan Gomorah diranapkan oleh Allah.
Allah ada kuasa untuk menjadikan umat yang menzalimi atau melanggar peraturanNya pupus. Maka apabila kuasa sudah diperturunkan kepada manusia untuk mengawal masyarakat , wajiblah masyarakat mengekang perbuatan yang telah ditetapkan Allah sebagai sesuatu yang tergelincir dari jadi amalan yang dihitungNya sesuai untuk manusia.
Di celah-celah fitrah yang ditentukan Allah ini, manusia juga diuji dengan beberapa kejadian pelik dalam isu adab, norma dan kesucian seks ini dengan dijadikannya insan-insan yang mempunyai kecenderungan dan memiliki organ seks yang pelik. Soal khunsa dan pondan jadi cabaran betapa Allah menghadkan kemampuan pertimbangan manusia kepada ketundukan hanya pada petunjukNya.
Dilahirkan cacat
Soalnya, apakah Allah jadikan ini semua dengan sia-sia sahaja? Sebenarnya, sama juga dengan hakikat ada manusia dilahirkan cacat atau kurang upaya, ia pukal menjadi tanggungjawab masyarakat (dan kerajaan Islam) untuk menanganinya.
Tidak kira menerusi penyelidekan dan rawatan perubatan, kaunseling atau bantuan seadanya, yang penting minoriti sebegini tidak boleh diabaikan. Itu tanggungjawab masyarakat dan pemerintah. Lantas jika ada pihak mahu membantu golongan “seks pelik” ini, ia perlu dibuat menerusi kaedah yang lebih serius dan bukan sekadar meraikan gejala yang ternyata luar tabii.
Menganjurkan acara hampir seminggu seolah-olah mencabar kesiuman masyarakat. Apakah selama ini mereka yang berperangai seks pelik ini dianiayai di segi peluang mendapat pekerjaan, pendidikan dan beragama ? Jika ada, adakah ia sesuatu yang dilakukan secara terancang? Jika demikian, itu penganiayaan!
Sebaliknya, apabila pihak berkuasa secara “low key” dan senyap-senyap cuba membantu golongan ini, ia sekali lagi dijadikan isu politik. Kononnya, kerajaan tidak bermoral sahaja yang cuba membantu melurus dan mensucikan orientasi dan selera seks golongan Mak Nyah, pondan, khunsa, lesbian, serta pelacur. Jika pihak penganjur berlaku jujur, ia pasti mengakui usaha ini pernah dan masih dilakukan.
Namun entah apa sebabnya, tiba-tiba di ambang pilihanraya umum ke-13, usaha meraikan nasib minoriti berorientasi “seks pelik” ini dijadikan agenda besar-besaran. Maka pasti ia akan mengusik sensitiviti umat beragama, khususnya orang Islam. Malangnya, ini semua dilakukan atas nama hak asasi dan kebebasan manusia.
Apabila segolongan rakyat dicabar oleh persoalan yang sensitive seperti Seksualiti Merdeka ini, natijahnya ialah emosi akan meluap. Ia boleh mencetuskan agama dan menular menjadi sengketa bangsa pula. Sebab itu, ia dianggap ancaman kepada keharmonian dalam negara.
Persoalan yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim mengenai cara polis menyiasat kes ini dan Ambiga tetapi pada masa yang sama keberatan pula mengambil kenyataan penganjur ialah soal kewibawaan dan gelagat polis. Anggapan itu terserah kepada mereka yang memang mempunyai banyak pengalaman dengan pihak polis.
Pendirian Anwar
Namun perkara lebih pokok ialah, mengapa Anwar tidak menjawab apakah natijah yang diharapkan daripada besar-besaran Seksualiti Merdeka. Lebih tepat lagi ialah, apakah pendirian Anwar?
Soalnya, tidak bolehkah umat Islam menunjukkan reaksi terhadap tindakan yang melampaui sfera pemikiran agama mereka? Dan, tidak wajarkah mereka mula melayan kecurigaan terhadap apa yang mungkin tersirat dalam persekongkolan yang dinamakan Pakatan Rakyat?
Yang mereka lihat dalam isu hudud ada DAP dengan protes berapinya; dalam soal Seksualiti Merdeka ada Ambiga dengan imej BERSIH 2.0nya; dan dalam soal kesejahteraan Melayu, ada syor supaya majoriti Melayu dalam perkhidmatan awam “dinganggurkan”. Ini semua dalam ikatan ruang pemikiran Pakatan rakyat yang kononnya berteraskan soal keadilan, kesaksamaan dan hak asasi manusia!
Maka pertanyaan yang adil ialah, mengapa Anwar Ibrahim cuba mengelak daripada isu Seksualiti Merdeka sedangkan kawan-kawannya yang cukup taribiyah dalam PAS cukup rimas dan marah dibuatnya?
Bolehkah sebagai pemimpin Islam Anwar berkata oleh kerana tiada dalam dokumen persefahaman yang dipanggil Buku Jingga, maka soal hudud dan Seksualiti Merdeka bukan terangkum perjuangan Pakatan Rakyat?
Jika demikian di mana berdirinya PAS? Apakah seperti Anwar Ibrahim, PAS juga terjerat dengan Buku Jingga? Yang sudah nyata, Buku Jingga membelakangkan hudud dan “kelu” seperti Anwar Ibrahim dalam soal “seks pelik” ini.
Apakah PAS juga terkedu?
Dengan siapakah sebenarnya PAS bermuafakat? Bukankah PAS tahu pedoman perjuangan dan cara menangani isu yang bersangkut soal akidah ini cukup jelas ada dalam sunnah Rasul dan kalam Allah?
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Zainal Salleh adalah bekas penjawat awam dan aktif dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Beliau sekarang menjadi seorang penulis bebas.
Benarkah ini satu cara polis “memperketat” seliaannya terhadap wanita berhati waja ini dengan tujuan membungkamkan idealisme beliau?

Atau, adakah Anwar cuma cuba hendak mengalih pandangan masyarakat Islam-Melayu khususnya daripada isu yang tidak akan memberi laba politik kepada Pakatan Rakyat yang dipimpinnya?
Tidak mungkinkah Anwar “terpaksa” memutar pandangan orang Melayu-Islam “atas pagar” untuk memberi fokus kepada cara Ambiga diperlakukan oleh polis demi mengelak masyarakat berkenaan berterusan membincang dan meneliti persoalan sebenar di sebalik isu Seksualiti Merdeka itu?
Akidah umat
Tidakkah ada kemungkinan jika isu itu disangkutkan dengan soal akidah umat, pegangan Anwar, PKR pimpinannya dan PAS yang menjadi kerabatnya dalam Pakatan Rakyat akan mula dipersoalkan oleh rakyat beragama Islam?
Jika tidak, Anwar mungkin bimbang isu Seksualiti Merdeka ini akan mendedahkan betapa rapuhnya perjuangan dan perkongsian politik dalam Pakatan Rakyat? Pergeseran PAS-DAP dalam isu keinginan PAS melaksanakan hukum hudud di Kelantan tetapi ditentang oleh DAP belum selesai, kini timbul pula soal Seksualiti Merdeka.
Maka, sebagai “pengetua” Pakatan Rakyat Anwar perlu bertindak “meredakan” isu “seks pelik” ini.
Jika fokus dapat diberikan kepada tindakan polis terhadap Ambiga dan hujah peguam itu bahawa “setiap minoriti pun ada hak” serta betapa kerajaan BN telah melanggar hak asasi manusia, maka Anwar mungkin mencongak soal peganganya sendiri dan PKR tidak akan dipertikaikan oleh orang Melayu-Islam “atas pagar”.
Malah, Anwar mungkin berkira perbedaan pandangan beliau, PKR dan DAP dengan PAS dalam isu ini tidak akan terdedah kepada umum.

Lebih membimbangkan Anwar pengundi bukan Melayu yang kini sudah semakin jelas kecenderungan dan pola pemikiran politik mereka untuk mengundi DAP dalam pilihan raya umum ke-13 nanti akan mula teruja untuk memikir semula sokongan mereka kepada Pakatan yang nampaknya semakin “dibelah” oleh isu agama.
Ghairah menolak
Bertambah buruk lagi ialah, jika isu ini berlarutan Anwar mungkin bertambah khuatir nanti ada pihak dalam PAS yang akan bangkit mempersoalkan mengapa pimpinan parti itu terlalu kerap beransur sedangkan DAP (dan PKR dalam beberapa hal tertentu) terlalu ghairah menolak dan mengagungkan soal hak asasi manusia hingga semakin jelas tidak menghormati prasarana pemikiran Islam PAS.

Panggillah Tuhan dengan nama apa sekalipun, penganut setiap agama hanya akan bersetuju Tuhan sembahan mereka sahaja yang mempunyai kuasa mutlak. Dia bebas melakukan apa sahaja yang disukaiNya.
Hanya Tuhan sahaja yang berhak untuk menentukan sempadan kebebasan yang diberikan kepada setiap kehidupan atau insan yang diciptakanNya.
Ini adalah peraturan utama dan paling asas dalam mana-mana perbincangan atau dialog berhubung hak kebebasan. Justeru, jika manusia membincangkan soal hak asasi, ia mesti bermula dengan penerimaan secara total kefahaman bahawa cuma Tuhan berkuasa dan mempunyai hak mutlak akan kuasaNya.
Selebihnya, apabila manusia membicarakan soal hak asasinya maka ia mesti dilingkari pula oleh hak masyarakat untuk mengawal kebebasan setiap anggotanya terlebih dahulu demi mengawal dan menjamin kesejahteraan dalam masyarakat.

Sopan, lucah, jijik
Demikian hukum kehidupan. Masyarakat menentukan apa yang boleh, tidak boleh, sopan, lucah, jijik dan sebagainya. Khulasahnya masyarakatlah penentu soal kebebasan setiap insan yang menjadi anggota kelompok mereka. Maka tersusunlah adat, protokol dan resam masyarakat.
Setiap gelagat dan amalan manusia adalah tertakluk kepada kehendak masyarakat. Lantas apabila manusia buntu untuk menentukan piagam kehidupan masing-masing, kepada Tuhanlah mereka merujuk.

Umat Islam mendapati Allah mengutus Rasul khususnya untuk memperbetulkan pemikiran dan keserakahan nafsu seks songsang sebegini. Nabi Luth dipersenda dan diherdik kerana mahu mengajak umatnya kembali kepada fitrah – bahawasanya Allah menjadikan lelaki dan wanita – demi menyambung kerukunan hidup.
Begitu juga dalam kitab Injil dikisahkan pengalaman yang sama. Dek nafsu serakah lesbian (seks sesama wanita) dan homoseksual (hubungan seks sesama lelaki) dan biseksual (seks rambang dengan lelaki dan wanita) Sodom dan Gomorah diranapkan oleh Allah.
Allah ada kuasa untuk menjadikan umat yang menzalimi atau melanggar peraturanNya pupus. Maka apabila kuasa sudah diperturunkan kepada manusia untuk mengawal masyarakat , wajiblah masyarakat mengekang perbuatan yang telah ditetapkan Allah sebagai sesuatu yang tergelincir dari jadi amalan yang dihitungNya sesuai untuk manusia.

Dilahirkan cacat
Soalnya, apakah Allah jadikan ini semua dengan sia-sia sahaja? Sebenarnya, sama juga dengan hakikat ada manusia dilahirkan cacat atau kurang upaya, ia pukal menjadi tanggungjawab masyarakat (dan kerajaan Islam) untuk menanganinya.
Tidak kira menerusi penyelidekan dan rawatan perubatan, kaunseling atau bantuan seadanya, yang penting minoriti sebegini tidak boleh diabaikan. Itu tanggungjawab masyarakat dan pemerintah. Lantas jika ada pihak mahu membantu golongan “seks pelik” ini, ia perlu dibuat menerusi kaedah yang lebih serius dan bukan sekadar meraikan gejala yang ternyata luar tabii.

Sebaliknya, apabila pihak berkuasa secara “low key” dan senyap-senyap cuba membantu golongan ini, ia sekali lagi dijadikan isu politik. Kononnya, kerajaan tidak bermoral sahaja yang cuba membantu melurus dan mensucikan orientasi dan selera seks golongan Mak Nyah, pondan, khunsa, lesbian, serta pelacur. Jika pihak penganjur berlaku jujur, ia pasti mengakui usaha ini pernah dan masih dilakukan.
Namun entah apa sebabnya, tiba-tiba di ambang pilihanraya umum ke-13, usaha meraikan nasib minoriti berorientasi “seks pelik” ini dijadikan agenda besar-besaran. Maka pasti ia akan mengusik sensitiviti umat beragama, khususnya orang Islam. Malangnya, ini semua dilakukan atas nama hak asasi dan kebebasan manusia.

Persoalan yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim mengenai cara polis menyiasat kes ini dan Ambiga tetapi pada masa yang sama keberatan pula mengambil kenyataan penganjur ialah soal kewibawaan dan gelagat polis. Anggapan itu terserah kepada mereka yang memang mempunyai banyak pengalaman dengan pihak polis.
Pendirian Anwar
Namun perkara lebih pokok ialah, mengapa Anwar tidak menjawab apakah natijah yang diharapkan daripada besar-besaran Seksualiti Merdeka. Lebih tepat lagi ialah, apakah pendirian Anwar?
Soalnya, tidak bolehkah umat Islam menunjukkan reaksi terhadap tindakan yang melampaui sfera pemikiran agama mereka? Dan, tidak wajarkah mereka mula melayan kecurigaan terhadap apa yang mungkin tersirat dalam persekongkolan yang dinamakan Pakatan Rakyat?
Maka pertanyaan yang adil ialah, mengapa Anwar Ibrahim cuba mengelak daripada isu Seksualiti Merdeka sedangkan kawan-kawannya yang cukup taribiyah dalam PAS cukup rimas dan marah dibuatnya?
Bolehkah sebagai pemimpin Islam Anwar berkata oleh kerana tiada dalam dokumen persefahaman yang dipanggil Buku Jingga, maka soal hudud dan Seksualiti Merdeka bukan terangkum perjuangan Pakatan Rakyat?

Apakah PAS juga terkedu?
Dengan siapakah sebenarnya PAS bermuafakat? Bukankah PAS tahu pedoman perjuangan dan cara menangani isu yang bersangkut soal akidah ini cukup jelas ada dalam sunnah Rasul dan kalam Allah?
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Zainal Salleh adalah bekas penjawat awam dan aktif dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Beliau sekarang menjadi seorang penulis bebas.
Selangor dahului Pusat laksana gaji minimum
| Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong usaha kerajaan Selangor dalam melaksanakan gaji minimum dengan menetapkan RM1,500 sebagai gaji permulaan di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri mulai tahun depan. “DPPWP menganggap langkah kerajaan Selangor sebagai langkah kehadapan bagi mendahului kerajaan Persekutuan yang dianggap lembap dalam membuat keputusan berhubung penetapan gaji minimum,” kata Timbalan ketuanya, Mohd Suhaimi Abdul Aziz. Katanya, dalam keadaan pelbagai desakan oleh banyak pihak, kerajaan persekutuan sehingga sekarang masih belum menetapkan gaji minimum. Sebaliknya, ujar beliau kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membuktikan mereka walk the talk dengan melaksanakan apa yang mereka perjuangkan selama ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan gaji minimum itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2012, semalam. “Usaha ini selari dengan kehendak rakyat yang mahukan gaji minimum ditetapkan pada suatu kadar yang munasabah,” ujar Suhaimi lagi. Menurutnya, rakyat dihimpit dengan kesempitan hidup ekoran kenaikan harga barang serta kos hidup yang serba meningkat, lantaran itu penetapan gaji minimum amat wajar dilaksanakan. Ini, katanya kerana masih ramai kakitangan bawahan mendapat gaji yang sangat rendah dan berada di bawah paras kemiskinan. Menurutnya lagi, mereka tidak mampu menampung kehidupan serta keluarga mereka sehingga akhirnya terpaksa melakukan pelbagai kerja sampingan bagi menampung kehidupan. “Usaha kerajaan Selangor menjadi bukti bahawa Pakatan Rakyat benar-benar memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat tanpa mengira warna kulit, bangsa, keturunan ataupun ideologi politik mereka,” katanya. Beliau menambah, Kerajaan Pakatan Rakyat mencipta rekod bersih dalam pentadbiran serta sering mendahului kerajaan Persekutuan dalam memikirkan permasalahan rakyat. Ujarnya, penetapan gaji minimum mampu melegakan kehidupan kakitangan awam atau swasta yang selama ini bergelut dengan masalah kemiskinan. “DPPWP mengharapkan langkah kerajaan Selangor dapat dicontohi oleh kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat dengan penetapan gaji minimum buat kakitangan kerajaan negeri mahupun syarikat-syarikat milik kerajaan negeri,” ujarnya. Bahkan, katanya DPPWP mengesyorkan juga kepada kerajaan negeri-negeri lain agar meneladani langkah kerajaan Selangor dalam menetapkan gaji minimum kakitangan di negeri masing-masing. |
ROS nafi Pakatan kemuka permohonan baru
Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman menafikan bahawa Pakatan Rakyat telah menghantar wakil untuk memfailkan permohonan baru untuk mendaftar gabungan itu.
Dalam temu bual dengan Utusan Malaysia, Abdul Rahman (kiri) membidas pemimpin-pemimpin Pakatan - Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke yang mendakwa terdapat ‘muslihat politik’ apabila ROS enggan meluluskan permohonan pendaftaran mereka untuk menjadi satu parti.
Sebaliknya, dalam temu-bual dengan akhbar milik Umno itu, katanya, Pakatan tidak bersungguh-sungguh bagi mendaftarkan gabungan itu.
Menurut Abdul Rahman, permohonan pertama yang dibuat oleh bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim adalah terbatal secara automatik selepas beliau keluar PKR pada November tahun lalu.
“Dia (Saifuddin) sendiri pun tak faham bahawa bila Datuk Zaid tidak lagi jadi ahli PKR (pada 14 November 2010 setelah umumkan keluar daripada PKR) dan tidak ada kedudukan lagi dalam parti itu, maka permohonan itu terbatal dengan sendirinya.
“Bila tak faham, dia bising pada press (surat khabar). ROS tak boleh bagi kelulusan sebab individu yang memohon (untuk dibentuk gabungan) itu sudah meletak jawatan,” katanya.
Bagaimanpun Abdul Rahman mengakui ‘buruknya ROS’ sebab tidak menasihatkan Pakatan berhubung apa yang perlu dilakukan selepas Zaid berpaling tadah.
“Maksudnya yang pertama ialah kalau kita luluskan, kita sebenarnya luluskan kepada Datuk Zaid kerana dialah pemohon. Ini bermakna, kelulusan kepada Datuk Zaid tetapi kalau kita bagi, jadi bodohlah kita sebab kita tahu dia bukan lagi ahli PKR.
“Yang kedua, kita tolak sahaja permohonan itu. Tetapi bila tolak nanti, pembangkang akan kata ‘kami nak buat rayuan pada menteri’. Sedangkan realitinya, permohonan itu sudah tidak ada locus standi,” katanya.
Mengulas dakwaan Pakatan bahawa ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar telah ditugaskan bagi mendaftarkan gabungan itu, Abdul Rahman berkata pemimpin PAS itu tidak pernah datang ke jabatannya.
“Mereka ada dakwa bahawa Datuk Kamaruddin telah datang dan kononnya saya tak mahu terima.
“Eh! takkanlah seorang Ahli Parlimen datang saya boleh tolak macam itu sahaja. Ini cerita baru yang ditimbulkan Saifuddin. Saya sudah check dengan jabatan saya, memang tak pernah Datuk Kamaruddin datang untuk hantar permohonan yang baru,” katanya lagi.

Sebaliknya, dalam temu-bual dengan akhbar milik Umno itu, katanya, Pakatan tidak bersungguh-sungguh bagi mendaftarkan gabungan itu.
Menurut Abdul Rahman, permohonan pertama yang dibuat oleh bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim adalah terbatal secara automatik selepas beliau keluar PKR pada November tahun lalu.
“Dia (Saifuddin) sendiri pun tak faham bahawa bila Datuk Zaid tidak lagi jadi ahli PKR (pada 14 November 2010 setelah umumkan keluar daripada PKR) dan tidak ada kedudukan lagi dalam parti itu, maka permohonan itu terbatal dengan sendirinya.

Bagaimanpun Abdul Rahman mengakui ‘buruknya ROS’ sebab tidak menasihatkan Pakatan berhubung apa yang perlu dilakukan selepas Zaid berpaling tadah.
“Maksudnya yang pertama ialah kalau kita luluskan, kita sebenarnya luluskan kepada Datuk Zaid kerana dialah pemohon. Ini bermakna, kelulusan kepada Datuk Zaid tetapi kalau kita bagi, jadi bodohlah kita sebab kita tahu dia bukan lagi ahli PKR.
“Yang kedua, kita tolak sahaja permohonan itu. Tetapi bila tolak nanti, pembangkang akan kata ‘kami nak buat rayuan pada menteri’. Sedangkan realitinya, permohonan itu sudah tidak ada locus standi,” katanya.

“Mereka ada dakwa bahawa Datuk Kamaruddin telah datang dan kononnya saya tak mahu terima.
“Eh! takkanlah seorang Ahli Parlimen datang saya boleh tolak macam itu sahaja. Ini cerita baru yang ditimbulkan Saifuddin. Saya sudah check dengan jabatan saya, memang tak pernah Datuk Kamaruddin datang untuk hantar permohonan yang baru,” katanya lagi.
Pakatan jamin tiada kakitangan awam dipecat
Pakatan Rakyat menjelaskan bahawa tiada kakitangan awam akan dipecat jika gabungan itu berkuasa, tetapi sebaliknya tumpuan akan diberikan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.
Pada sidang media bersama di Parlimen, semalam, pemimpin Pakatan cuba mengendurkan kebimbangan terhadap lebih 1.2 juta kakitangan awam di negara ini bahawa mereka akan diberhentikan kerja.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (kanan) berkata Pakatan dalam cadangan bajet alternatif hanya menggariskan bahawa perkhidmatan awam akan dijadikan lebih cekap dan tidak menyebut mengenai mengurangkan jumlahnya itu.
"Pakatan Rakyat sedar bahawa campur tangan politik adalah satu faktor mengapa mutu perkhidmatan awam telah terhakis.
"Kedudukan 1.2 juta pegawai dan kakitangan awam adalah terjamin seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di bawab perkara 132: Perkhidmatan-perkhidmatan Awam dan Perkara 135: Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat," katanya.
Sidang akhbar itu diadakan bagi meredakan kebimbangan yang dicetuskan oleh setiausaha publisiti DAP, Tony Pua (kiri) kerana dilaporkan berkata bagi mengurangkan bajet negara, Pakatan akan menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China.
Kakitangan awam di negara ini telah sekian lama dikritik kerana jumlahnya yang terlalu ramai sedangkan perkhidmatannya dianggap cekap.
Hadir bersama pada sidang akbar ini adalah naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.
Pendirian itu disokong oleh naib presiden PKR Tian Chua dan pemimpin DAP Liew Chin Tong.
Menurut Salahuddin lagi, akhbar harian Utusan Malaysia yang memanipulasikan kenyataan Pua itu sebagai usaha jahat dan rasis.
"Jelas apa yang dimainkan media Umno BN menjelang pilihan raya umum menjurus ke arah memujudkan kebencian orang Melayu terhadap DAP.
"Sedangkan dalam mana-mana dokumen Pakatan Rakyat tidak pernah sebut mengenai perkara ini," katanya.
Tambahnya, Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 mengiktiraf peranan utama yang dimainkan pegawai dan kakitangan awam dalam merealisasikan dasar yang ditetapkan.
Pada sidang media bersama di Parlimen, semalam, pemimpin Pakatan cuba mengendurkan kebimbangan terhadap lebih 1.2 juta kakitangan awam di negara ini bahawa mereka akan diberhentikan kerja.

"Pakatan Rakyat sedar bahawa campur tangan politik adalah satu faktor mengapa mutu perkhidmatan awam telah terhakis.
"Kedudukan 1.2 juta pegawai dan kakitangan awam adalah terjamin seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di bawab perkara 132: Perkhidmatan-perkhidmatan Awam dan Perkara 135: Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat," katanya.

Kakitangan awam di negara ini telah sekian lama dikritik kerana jumlahnya yang terlalu ramai sedangkan perkhidmatannya dianggap cekap.
Hadir bersama pada sidang akbar ini adalah naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.
Pendirian itu disokong oleh naib presiden PKR Tian Chua dan pemimpin DAP Liew Chin Tong.

"Jelas apa yang dimainkan media Umno BN menjelang pilihan raya umum menjurus ke arah memujudkan kebencian orang Melayu terhadap DAP.
"Sedangkan dalam mana-mana dokumen Pakatan Rakyat tidak pernah sebut mengenai perkara ini," katanya.
Tambahnya, Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 mengiktiraf peranan utama yang dimainkan pegawai dan kakitangan awam dalam merealisasikan dasar yang ditetapkan.
PM: Tiada had umur asalkan calon boleh menang
Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya dalam pilihan raya umum ke-13, asalkan mereka boleh menang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, perdana menteri berkata apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk BN.
"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.
"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," katanya ketika menyampaikan amanat di majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.
Turut hadir presiden Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dan ketua penerangan Mubarak yang juga pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman.
Najib berkata beliau memerlukan semua tenaga yang ada dan ia merupakan gandingan antara yang baru dan lama bagi sama-sama bergabung tenaga berjuang pada pilihan raya nanti.
Katanya, yang penting sekali ialah mendokong calon boleh menang yang ditentukan oleh parti kerana pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai sengit.
'Jangan pandang mudah'
"Dulu mereka takde (tiada) negeri, sekarang ada empat buat negeri, ada tapak, ada pangkalan. Dulu mereka takde (tiada) tapak, bila ada tapak, macam-macam boleh buat.
"Dari segi kemampuan pun lebih berbanding dulu, sebab itu kita jangan pandang mudah pada pilihan raya ini," katanya.
Sehubungan itu, katanya, beliau amat mengalu-alukan peranan Mubarak bagi menguatkan kepimpinan parti berikutan perubahan landskap sosial politik pada masa ini yang berubah dengan pantas.
Najib berkata perubahan itu berlaku berdasarkan tiga faktor iaitu taraf pendidikan yang semakin meningkat, revolusi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan fenomena globalisasi atau dunia tanpa sempadan.
Katanya ini bermakna generasi yang baru pada hari ini adalah generasi yang berbeza dan anggota parti diingatkan supaya tidak mendabik dada ketika turun padang, sebaliknya meyakinkan mereka bahawa kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang terbaik untuk rakyat.
Selain itu, katanya, anggota parti mesti membawa label atau jenama bahawa BN merupakan pemangkin dan pencetus kepada pembaharuan dan perubahan yang telah dilaksanakan sejak dahulu lagi.
"Kita dah buat banyak perkara yang mendahului zaman, kitalah parti sebenarnya yang berhak untuk dinamakan sebagai parti yang mencetus pembaharuan dan perubahan dalam negara.
Hubungan dengan NGO
"Dengan kita punya Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan sekarang ini GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (program Transformasi Ekonomi) dan sebagainya. Kita konsisten untuk terus menjadi parti yang jenamanya ialah parti yang membawa kepada pembaharuan dan perubahan," katanya.
Najib berkata beliau bersetuju dengan peranan yang dimainkan oleh Mubarak dengan tidak meniru apa yang dilakukan oleh pimpinan sedia ada terutama sekali pimpinan di peringkat negeri dan bahagian yang semestinya memberi tumpuan kepada struktur parti.
Katanya Mubarak melihat kepada kumpulan sasar tertentu dengan menjalin hubungan strategik dengan NGO yang mempunyai pengaruh tersendiri untuk menentukan kejayaan parti pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata hubungan seperti itu perlu dijalin dengan kumpulan atau badan-badan tertentu yang sudah sedia wujud seperti Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Bekas Tentera, Persatuan Bekas Polis dan kumpulan lain.
"Begitu juga dengan persatuan kaum lain seperti persatuan kaum Cina dan India yang mempunyai pengaruh besar. Kumpulan ini amat penting sebenarnya yang perlu dijadikan sebagai sahabat kita yang boleh membantu apabila sampai masanya pada pilihan raya akan datang," katanya.
Sambil menghargai peranan Mubarak, Najib berkata dengan memilih pendekatan sedemikian, maka tidak akan berlaku pertembungan dan salah faham yang tidak disengajakan yang boleh berbangkit di kawasan yang taukenya sudah ada dalam susunan bahagian.
Katanya yang penting ialah untuk kejayaan parti dan sekarang anggota parti perlu menguatkan kepimpinan parti dengan kumpulan tersebut kerana politik adalah siapa yang mendapat lebih undi, mereka yang akan menang.
Beliau berkata sejarah politik tanahair telah menunjukkan bahawa politik adalah tidak kekal, suatu bidang yang dinamik iaitu siapa yang lebih berkesan mesejnya kepada rakyat dan penerimaan pemimpinnya yang semulajadi disayangi rakyat, maka parti itu yang akan dipilih.

"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.
"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," katanya ketika menyampaikan amanat di majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.
Turut hadir presiden Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dan ketua penerangan Mubarak yang juga pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman.
Najib berkata beliau memerlukan semua tenaga yang ada dan ia merupakan gandingan antara yang baru dan lama bagi sama-sama bergabung tenaga berjuang pada pilihan raya nanti.
Katanya, yang penting sekali ialah mendokong calon boleh menang yang ditentukan oleh parti kerana pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai sengit.
'Jangan pandang mudah'
"Dulu mereka takde (tiada) negeri, sekarang ada empat buat negeri, ada tapak, ada pangkalan. Dulu mereka takde (tiada) tapak, bila ada tapak, macam-macam boleh buat.
"Dari segi kemampuan pun lebih berbanding dulu, sebab itu kita jangan pandang mudah pada pilihan raya ini," katanya.

Najib berkata perubahan itu berlaku berdasarkan tiga faktor iaitu taraf pendidikan yang semakin meningkat, revolusi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan fenomena globalisasi atau dunia tanpa sempadan.
Katanya ini bermakna generasi yang baru pada hari ini adalah generasi yang berbeza dan anggota parti diingatkan supaya tidak mendabik dada ketika turun padang, sebaliknya meyakinkan mereka bahawa kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang terbaik untuk rakyat.

"Kita dah buat banyak perkara yang mendahului zaman, kitalah parti sebenarnya yang berhak untuk dinamakan sebagai parti yang mencetus pembaharuan dan perubahan dalam negara.
Hubungan dengan NGO
"Dengan kita punya Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan sekarang ini GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (program Transformasi Ekonomi) dan sebagainya. Kita konsisten untuk terus menjadi parti yang jenamanya ialah parti yang membawa kepada pembaharuan dan perubahan," katanya.
Najib berkata beliau bersetuju dengan peranan yang dimainkan oleh Mubarak dengan tidak meniru apa yang dilakukan oleh pimpinan sedia ada terutama sekali pimpinan di peringkat negeri dan bahagian yang semestinya memberi tumpuan kepada struktur parti.

Beliau berkata hubungan seperti itu perlu dijalin dengan kumpulan atau badan-badan tertentu yang sudah sedia wujud seperti Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Bekas Tentera, Persatuan Bekas Polis dan kumpulan lain.
"Begitu juga dengan persatuan kaum lain seperti persatuan kaum Cina dan India yang mempunyai pengaruh besar. Kumpulan ini amat penting sebenarnya yang perlu dijadikan sebagai sahabat kita yang boleh membantu apabila sampai masanya pada pilihan raya akan datang," katanya.
Sambil menghargai peranan Mubarak, Najib berkata dengan memilih pendekatan sedemikian, maka tidak akan berlaku pertembungan dan salah faham yang tidak disengajakan yang boleh berbangkit di kawasan yang taukenya sudah ada dalam susunan bahagian.

Beliau berkata sejarah politik tanahair telah menunjukkan bahawa politik adalah tidak kekal, suatu bidang yang dinamik iaitu siapa yang lebih berkesan mesejnya kepada rakyat dan penerimaan pemimpinnya yang semulajadi disayangi rakyat, maka parti itu yang akan dipilih.
PKR: Buku bukti ada cubaan gulingkan Najib
Sebuah buku berjudul ‘Kesilapan-kesilapan Najib’ yang memaparkan apa yang didakwa sebagai kegagalan Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri kini berada di pasaran.
Buku yang ditulis bekas pemimpin Umno, Wangsa Maju, Shahbudin Husin menuntut supaya Najib mengorbankan dirinya dan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.
Mengulas buku itu, naib presiden PKR N Surendran (kanan) berkata adalah jelas cubaan menikam dan menggulingkan Najib semakin menjadi lebih berani.
"Adalah jelas daripada penerbitan buku ini menunjukkan ada percubaan menikam Najib dari kalangan dalaman Umno serta menjatuhkannya. Gerakan itu semakin kuat dan menjadi semakin berani.
"Semakin jelas bahawa Umno/BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang dan pemimpin serta kumpulan Umno cuba mencari kambing hitam untuk dipersalahkan kernan gagal merampas kuasa untuk diri mereka sendiri.
"Tidak dinafikan Najib bertanggungjawab terhadap kepincangan yang berlaku dalam Umno hari ini. Namun ini adalah akibat kegagalan jangka panjang kolektif yang telah membawa mereka ke keadaan sekarang," kata Surendran dalam satu kenyataan akhbar.
Antara kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Najib dalam buku itu adalah pengenalan dasar 1Malaysia, menghapuskan Kementerian Usahawan Pembangunan, mempunyai jemaah menteri yang lemah dan dianggotai terlalu ramai senator, mengurangkan subsidi dan melantik Apco.
Turut dibidas adalah kegagalan Najib mengawal gaya hidup mewah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, gagal menangani secara berkesan gelagat parti-parti komponen dan jemaah menteri serta keputusan ‘flip-flop’.
Buku yang ditulis bekas pemimpin Umno, Wangsa Maju, Shahbudin Husin menuntut supaya Najib mengorbankan dirinya dan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

"Adalah jelas daripada penerbitan buku ini menunjukkan ada percubaan menikam Najib dari kalangan dalaman Umno serta menjatuhkannya. Gerakan itu semakin kuat dan menjadi semakin berani.
"Semakin jelas bahawa Umno/BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang dan pemimpin serta kumpulan Umno cuba mencari kambing hitam untuk dipersalahkan kernan gagal merampas kuasa untuk diri mereka sendiri.
"Tidak dinafikan Najib bertanggungjawab terhadap kepincangan yang berlaku dalam Umno hari ini. Namun ini adalah akibat kegagalan jangka panjang kolektif yang telah membawa mereka ke keadaan sekarang," kata Surendran dalam satu kenyataan akhbar.

Turut dibidas adalah kegagalan Najib mengawal gaya hidup mewah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, gagal menangani secara berkesan gelagat parti-parti komponen dan jemaah menteri serta keputusan ‘flip-flop’.
BN: MB salah-guna aset GLC untuk dasar populist
Ketua Pembangkang Selangor Datuk Satim Diman mendakwa kerajaan negeri menjual aset negeri bagi membiayai dasar gaji minimum untuk pekerja-pekerja yang berkhidmat di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri mulai tahun depan.
Apabila diminta menghuraikan dakwaannya itu, ADUN Sri Serdang berkata, kerajaan negeri melalui Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor telah "mlelong" aset-aset miliknya dalam tempoh tiga tahun tujuh bulan pentadbiran mereka.
"Akaun negeri ini seolah-olah baik, tetapi adakah ia dijana daripada pendapatan pelaburan? Kita patut menilai sama ada atau tidak syarikat-syarikat milik kerajaan negeri melabur mengikut enakmen yang dikenakan ke atas mereka?
"PKNS membayar tujuh bulan bonus kepada kakitangan. Dari mana mereka mendapat wang itu," soalnya.
Beliau mengulas habuan yang ditaburkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan bajet 2012 di Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.
Peruntukan RM5 juta bagi program pengukuhan demokrasi juga dibidas oleh Satim, yang menyifatkan ia sebagai "pembaziran wang".
Program itu melibatkan aktiviti kesedaran proses pilihan raya dan latihan sukarelawan agen serta pemantau pilihan raya dan mendidik peraih undi dalam memainkan peranan mereka semasa pilihanr aya berlangsung.
Satim memberi alasan bahawa ini adalah tidak perlu kerana proses pilihan raya di negara ini sudah bersih, dan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menang besar semasa pilihan raya umum lalu jika proses itu dicemari.
"Adakah ini bermakna pilihan raya negeri sentiasa tidak telus? Jika ya kenapa mereka masih menang di Kedah, Kelantan dan Selangor? " soalnya.

Tuesday, November 8, 2011
Anwar sokong hak penganjuran Seksualiti Merdeka 2011
Oleh : SH NASIONAL/ MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
Tarikh : November 8, 2011
Tarikh : November 8, 2011

Menurutnya, pada masa sama beliau membidas pihak-pihak yang mengecam penganjuran festival ini terutamanya mereka yang berterusan menghina penganjur dan individu yang menyokongnya.
Katanya lagi, Parti Keadilan Rakyat (PKR)bagaimanapun secara tegas tidak menyokong penganjuran program berkenaan kerana ajaran Islam mahupun agama-agama lain jelas dalam isu ini,
"Kenapa kita nak menghukum mereka di atas hal-hal yang mereka tidak sebut? Kita bantah cara kumpulan berkenaan (LGBT) dimalukan dan
dihina.
"Pendekatan kita sebaiknya mendekati dan memberi penjelasan kepada mereka, tapi bukannya dengan mencerca," katanya di lobi Parlimen di sini semalam.
Ditanya mengenai penglibatan Pengerusi bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang didakwa merasmikan festival ini, Anwar mempersoalkan kenapa Ambiga dilayan seperti penjenayah.
"Tapi kenapa serang dan layan Ambiga seperti penjenayah? Sokong ataupun tidak bukan lagi isu, tapi isunya ialah serangan kepada golongan LGBT," katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mendakwa, liputan yang keterlaluan oleh media
tertentu berkaitan program sebenarnya bertujuan menutup kelemahan dan masalah lain yang berlaku dalam negara.
"Ini semua sengaja dibuat bagi menutup permasalahan lain. Nak alih pandangan daripada isu-isu besar yang lain.
"Jadi kita amat bimbang kerana ia mungkin akan mendorong golongan yang membantah untuk menyerang kumpulan ini," katanya.
Pihak polis sebelum ini mengharamkan semua aktiviti dalam program Seksualiti Merdeka 2011 yang didakwa dianjurkan bagi mempromosikan kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang termasuk yang diadakan secara tertutup berikutan bantahan pelbagai pihak.
Malah pihak polis turut mengambil keterangan empat individu termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga bagi membantu siasatan.
Ambiga sebelum ini turut mengesahkan bersetuju merasmikan program itu hari ini (Rabu) atas kapasiti peribadi.
Utusan rasis, Pakatan iktiraf kakitangan awam
| Print | |
Hazayani Zakaria |
![]() Sebaliknya, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, cadangan untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam tidak terkandung dalam Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012. Umno BN dakwanya tidak cuba memahami kenyataan penuh Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua minggu lalu sebaliknya cuba memanipulasi kenyataan tersebut. "Jelas apa yang dimainkan media Umno BN menjelang pilihan raya umum menjurus ke arah memujudkan kebencian orang Melayu terhadap DAP. "Sedangkan dalam mana-mana dokumen Pakatan Rakyat tidak pernah sebut mengenai perkara ini," kata Salahuddin pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Menafikan tuduhan jahat media milik Umno BN itu, Salahuddin menjelaskan, Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 mengiktiraf peranan utama yang dimainkan pegawai dan kakitangan awam dalam merealisasikan dasar yang ditetapkan. Namun katanya, pegawai dan kakitangan awam mestilah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan piawaian yang diaspirasikan oleh rakyat Malaysia, iaitu mereka perlu bertugas dengan gigih serta berkualiti tinggi, membantu melaksanakan dasar-dasar dengan penuh iltizam serta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh peraturan kakitangan perkhidmatan awam. "Kedudukan 1.2 juta pegawai dan kakitangan awam adalah terjamin seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di bawab perkara 132: Perkhidmatan-perkhidmatan Awam dan Perkara 135: Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat," jelasnya. Menyokong penjelasan tersebut, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara tersebut disebutkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Program Transformasi Kerajaan. "Perkara 266 Fasa 31 ada disebutkan mengurangkan saiz kakitangan awam. Jadi jelas media punya niat jahat sedangkan perkara ini disebut sendiri secara hitam putih oleh Perdana Menteri," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor sambil menunjukkan buku Program Transformasi Kerajaan itu. Justeru Salahuddin meminta Jabatan Perdana Menteri menerangkan maksud Perdana Menteri untuk mengurangkan saiz kakitangan awam itu. "Saya minta JPM beri definisi apa maksud mengecilkan saiz kerajaan seperti yang terkandung dalam buku ini. Jangan lari daripada tajuk," katanya. Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai. |
Musang Berbulu Ayam II: Sejarah Melayu bakal berulang
Zaini Hassan
BAGUSLAH DAP mahu mengurangkan 1.2 juta kakitangan awam yang rata-rata orang Melayu kepada separuh sahaja.
DAP ialah parti sekongkolan Pas dan PKR. Ramai juga kakitangan awam Melayu yang memuja mereka. Bagi kakitangan awam Melayu itu, perkembangan tersebut bukan sesuatu yang merisaukan.
Sebelum ini saya ada mencuit mengenai kisah ‘musang berbulu ayam’ dalam sektor-sektor strategik kerajaan. Maka itu, tidak hairanlah sekiranya DAP mahu memasukkan bangsa lain pula ke dalam sektor perkhidmatan awam, kerana ia disokong penuh orang musang-musang itu.
Pada pilihan raya umum lalu, saya difahamkan ramai kakitangan awam kerajaan negeri yang kaki lawan kerajaan.
Mereka ini sanggup melawan kerajaan, walaupun kerajaan yang membayar gaji, elaun, bonus dan pelbagai imbuhan kepada mereka. Jika hati sudah benci, maka apa pun boleh jadi, termasuk memakan tangan tuan sendiri.
Ada yang memberitahu saya, pada ketika itu (PRU-12) rata-rata kakitangan kerajaan di bangunan SUK Selangor contohnya, yang menyokong dan menjadi pembangkang.
Sekarang saya tidak tahulah sama ada masih ramai yang menyokong DAP yang memimpin negeri itu?
Ketika mendengar cerita itu saya bertanya kepada diri sendiri, mengapa tindakan tidak diambil walaupun ada antara ketua-ketuanya mengetahui anak-anak buah mereka itu membawa bendera bulan, biji mata Anwar dan roket?
Namun, itulah perkhidmatan awam Malaysia. Mereka tidak peduli dengan anutan politik kakitangannya. Mereka take for granted bahawa semua kakitangan adalah pendokong setia kerajaan semasa.
Itulah satu baiknya kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka menganggap semua kakitangannya adalah penyokong mereka. Namun mereka silap. Ada juga kakitangan tingginya di peringkat atasan yang membawa bendera selain daripada dacing.
Banyak juga dosen-dosen (pensyarah) di institusi pengajian tinggi awam yang secara terang-terangan menyokong pembangkang. Sama ada mereka ini taksub habis kepada Anwar Ibrahim atau pun Nik Aziz. Ada juga yang taksub kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
Semasa zaman Tun Mahathir dulu, pensyarah-pensyarah ini yang dikatakan golongan intelektual di menara gading rata-ratanya menentang kerajaan. Mahathir dituduh mereka sebagai MahaFiraun.
Namun, mereka ini terus naik pangkat menjadi profesor madya dan profesor penuh, ketua-ketua jawatan dan fakulti. (Perlu diingat gaji seorang profesor penuh, campur elaun di tangga gaji JUSA C yang terendah ialah sekitar RM15,000).
Itu pun kerajaan semasa tidak peduli. Kerajaan BN memang baik. Orang boleh menikam mereka sedikit demi sedikit, tapi tiada tindakan diambil. Sehinggalah kemuncaknya apabila kelakuan Profesor Dr. Aziz Bari terserlah, dan tikaman itu sudah mulai terasa parah sedikit (dan dibesar-besarkan pula oleh media) barulah semua orang mula kecoh. Sedangkan semua tahu siapa itu Aziz Bari selama bertahun-tahun?
Kerajaan semasa BN ini memang baik. Mereka tidak memilih bulu. Malah gaji kepada kakitangan perkhidmatan awam Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Adakah kerana kerajaan sudah terlalu selesa atau yakin?
Berbalik kepada kerajaan negeri pembangkang sekarang, mana-mana penjawat awam yang menyokong BN di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor kini terpaksa menikus. Kerana jika diketahui mereka ini menyokong atau secara terbuka memuji dacing, maka siaplah sama ada akan “dipetisejukkan” atau ditukar jauh-jauh atau tidak diberi apa-apa kerja.
Jadi setiap hari datang kerja macam orang bodoh, kerana tiada kerja yang boleh dibuat, atau tiada mesyuarat yang boleh dihadiri. Akhir sekali mereka ini akan bersara awal, atau cabut lari.
Sebaliknya, semasa negeri-negeri itu di bawah BN dulu, musang-musang itu bermaharajalela tanpa sebarang sekatan, kerana bukan menjadi polisi perkhidmatan awam untuk menghukum kakitangannya yang memegang bendera bulan mahupun biji mata Anwar, dan roket.
Maka itu, janganlah kita semua meloncat apabila Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua berani mengeluarkan kenyataan mengenai hasrat DAP mahu mengurangkan sejumlah penjawat awam sekiranya menang pilihan raya ke-13 kelak. Perlu disebut pada masa ini 90 peratus penjawat awam adalah orang Melayu.
Difahamkan di Pulau Pinang, sebuah lagi negeri naungan DAP selain Selangor, usaha mengecilkan kakitangan Melayu sudah mula dilakukan.
Pekerja Melayu tidak dibuang, tapi mana-mana yang bersara, pengambilan baru akan membabitkan bukan Melayu. PDC (Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang) kini difahamkan, pun sudah melakukan eksesais pengambilan bukan Melayu, menggantikan kakitangan Melayu yang sudah bersara.
Timbalan Ketua Menteri Guan Eng, P. Ramasamy pernah berkata enam, tujuh bulan dulu bahawa Barisan telah meletakkan terlalu ramai penjawat awam Melayu dan sudah tiba masanya keadaan itu diperbetulkan.
Polisi kerajaan DAP Pulau Pinang adalah jelas. Sehinggakan bahasa Melayu yang didewa-dewa oleh orang Melayu pun sudah ditambah dengan tiga bahasa lain di papan-papan tanda dan nama-nama jalan, inikan pula kakitangan awam.
Bahasa Melayu bukan lagi bahasa mutlak, ia dicairkan dengan tulisan Cina, Tamil dan Inggeris. Seorang lagi Timbalan Ketua Menteri Guan Eng, Mansur Osman dengan bangga berdiri di bawah papan tanda baru itu semasa merasmikannya.
Oleh itu, jika DAP berjaya ke Putrajaya kelak, tidak salah sekiranya mereka mahu menukar itu dan ini. Ini adalah kerana orang Melayu sendiri telah memberi kebenaran kepada DAP untuk memerintah.
Bagi saya, saya tidak salahkan DAP. DAP adalah parti politik yang bijak. Menggunakan orang Melayu - Pas, PKR dan lain-lain Melayu – untuk kepentingan mereka adalah bijak.
Nampaknya, sejarah kejatuhan Melayu bakal berulang. Tapi sebagai orang Melayu yang menghuni lebih 60 peratus negara ini, saya tidak salahkan orang lain.
Anwar: Hudud tak ada tempat dalam dasar Pakatan
Walaupun PAS berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, tetapi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Rakyat.
Semasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada
kira-kira 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi, ketua pembangkang itu berjanji untuk menyampaikan kebimbangan masyarakat berkenaan mengenai perkara itu kepada parti Islam tersebut.
Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.
Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan.
"Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan 'tricky'. Jika anda menjawab 'tidak', maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab 'ya', maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi 'Anwar sokong undang-undang hudud'," katanya.
Sebagai seorang Muslim, ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mesti menerima Al-Quran yang memperuntukkan undang-undang hudud. Tetapi pelaksanaan dan konsensus Pakatan mengenainya adalah isu yang berasingan.
Menjawab komen dari hadirin bahawa pemimpin PAS perlu memahami bahawa undang-undang hudud terus menjadi kebimbangan masyarakat tersebut, Anwar memberi jaminan beliau akan sampaikan mesej itu kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam mesyuarat Pakatan yang dijadual hari ini (Rabu).
Anwar menegaskan bahawa, sepertimana perasaan orang Cina
berhubung kenyataan mengenai Islam, masyarakat Melayu-Islam juga bimbang dengan komen-komen yang dibuat oleh beberapa pemimpin muda DAP.
Anwar juga menyentuh tentang kenyataan yang disensasikan oleh akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang Pakatan akan mengurangkan jumlah penjawat awam jika gabungan itu memerintah.
Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta pemimpin gabungan itu supaya membuat pembetulan bahawa Pakatan tidak akan mengganggu penjawat awam, kerana mereka (penjawat awam) bimbang mungkin diberhenti dan menganggur jika Pakatan mengambil alih kerajaan pusat.

Monday, October 31, 2011
Sekatan Terhadap Hudud Bukti Islam Tidak Bebas Di Amalkan Dalam Negara Kita
Oleh: Tok Janggut
Banyak pemimpin dalam negara kita memperkatakan tentang Perlembagaan Negara yang membenarkan semua agama mengamalkan amalan agama masing-masing tanpa sebarang halangan dengan syarat tidak mengganggu atau menghina agama lain. Agama Islam diletakan sebagai agama rasmi negara tanpa diketahui apakah keistimewaan dan kelebihanya yang dikatakan sebagai agama rasmi itu.
Agama-agama lain pula bebas mengamalkan apa yang diperintahkan oleh agama mereka. Ada yang memukul gendang ketika ada kematian dikalangan mereka samada di rumah si mati dan ada yang bermain muzik di tempat ibadah mereka dengan kuat tanpa dibantah oleh penganut Islam kerana itu adalah cara agama mereka. Umat Islam tidak boleh menghalang kerana Nabi telah memberi amaran supaya kita sebagai umat Islam tidak mengganggu orang bukan Islam untuk mengamalkan apa yang diajar oleh agama mereka.
Tetapi adakah bagi penganut agama Islam bebas pula untuk mengamalkan sepenuhnya ajaran agama mereka? Melaksanakan arahan dan perintah tuhan mereka yakni Allah? Melaksanakan amanah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW? Jawapanya tidak dan tidak sekali-kali. Terlalu banyak bukti dan fakta untuk menguatkan hujah ini.
Syariat Allah yang didalamnya termasuk melaksanakan hukum hudud, qisas dan sebagainya masih lagi dihalang, dibantah malahan diburuk-burukan samada oleh kalangan penganut bukan Islam malahan dikalangan umat Islam sendiri.
Ustaz-ustaz, tok guru, alim ulama pula disekat dari menyampaikan ilmu-ilmu di rumah-rumah Allah dengan berbagai sekatan seperti perlukan tauliah sedangkan mereka-mereka itu dikenali umum akan ilmu dan akhlaknya. Ini mengakibatkan sebahagian besar umat Islam terus jahil terhadap agama mereka sendiri. Sekiranya alasan yang berikan untuk menghalang kuliah ilmu atas sebab ajaran yang dibawa bercanggah dengan Quran dan Hadis Nabi, itu bolehlah diterima tetapi alasan yang diberi ialah tidak ada tauliah. Halangan ini dibuat oleh umat islam sendiri, oleh jabatan yang kononya menjaga hal ehwal agama Islam.
Mengapa pihak yang mengajar ajaran yang jelas sesat dan syIrik tidak pula dihalang atau diambil tindakan tegas? Ayah Pin di Terengganu, sudah bertahun-tahun mengajar di markasnya di Besut, tidak pula diambil tindakan kecuali setelah kesesatanya telah merebak keluar dan diketahui umum, barulah pejabat agama bertindak. Apakah selama ini Ayah Pin itu mempunyai tauliah dari Pejabat Agama. Tindakan pun hanya sekadar meroboh markasnya sahaja sedangkan Ayah Pin bebas kesana kemari dan mungkin akan buat markasbarunya di tempat lain pula. Begitunya dengan ajaran Cikgu Kahar, Kasim Ahmad yang menentang hadis Nabi, semuanya hidup selesa tanpa gangguan. Jika ada pendakwaan pun, itu hanyalah sebagai lakunan sahaja untuk mengaburi mata rakyat. Yang pastinya, mereka semua adalah penyokong tegar UMNO dulu, kini dan selamanya dan sebab itulah tiada tindakan diambil terhadap mereka.
Halangan melaksanakan syariat Allah seperti hudud, menyampai ilmu di rumah-rumah Allah membuktikan bahawa tidak ada kebebasan sebenarnya buat umat Islam dalam negara kita ini untuk melaksanadan mengamalkan ajaran agama kita sedangkan penganut agama lain bebas tanpa ada sekatan pun bagi mereka untuk mengamalkan ajaran agama mereka. Hudud bukan sahaja di fitnah sebagai undang-undang yang zalim, tidak adil, tidak sesuai, kolot, ketinggalan zaman dan sebagainya oleh orang bukan Islam tetapi lebih hebat lagi fitnah itu keluar dari mulut orang yang mengaku beragama Islam. Mereka dengan sombong dan angkuh membuat fitnah terhadap Allah dan Rasul. Ada yang mempertikaikan hukuman hudud itu dengan mendakwa mengapa hanya dikenakan ke atas umat Islam sahaja sedangkan jika berlaku zina antara lelaki bukan Islam dengan wanita Islam, hanya wanita itu sahaja dihukum hudud sedangkan lelaki bukan Islam hanya mungkin didenda atau dipenjara sahaja.
Ingatlah, hudud adalah syariat Allah untuk orang Islam dan tidak ada kena mengena dengan penganut agama lain. Hanya orang yang sudah rosak aqidah nya sahaja yang akan menentang dan akan memberikan beribu alasan supaya hudud tidak berjaya dilaksanakan. Mengapakah ketika dibulan Ramadhan ada umat Islam ditangkap kerana makan atau minum disiang hari bersama rakan mereka yang bukan beragama Islam di restoran milik bukan Islam dan didakwa di pejabat agama?
Persoalanya, mengapa orang bukan Islam yang sama-sama minum atau makan itu tidak ditangkap dan didakwa sama dipejabat agama? Jawapanya mudah, ini adalah kerana puasa itu tidak diwajibkan kepda penganut bukan Islam, puasa hanya wajib ke atas umat Islam. Begitu juga orang bukan Islam yang tidak solat lima waktu, tidak bayar zakat dan sebagainya, mengapa tidak ditangkap dan didakwa oleh pejabat agama? Kerana solat, zakat dan sebaginya hanya untuk orang Islam dan wajib bagi orang Islam sahaja tetapi tidak ada kaitan dengan orang bukan Islam. Samalah seperti hukum HUDUD dan QISAS. Hukuman ini hanya wajib ke atas umat Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak ada kena mengena denganya. Jika kita libatkan mereka juga bermakna kita telah memaksa mereka supaya mematuhi ajaran Islam dan ini bercanggah dengan ajaran Nabi. Mengapa jahil sangat?
Bagi umat Islam yang menghalang perlaksanaan hudud dan qisas ini apatah lagi cuba menghasut umat Islam dan bukan Islam supaya menentang syariat Allah dari dilaksanakan ini dengan gambaran yang buruk ialah merupakan golongan penyesat yang cuba untuk menyesatkan umat Islam yang lain supaya terus menentang perintah Allah dan Rasul. Mereka setaraf dengan Ayah Pin, Cikgu Kahar dan golongan anti hadis itu. Tetapi yang peliknya, tidak pula pejabat agama menangkap dan mendakwa mereka atas tuduhan menghina syariat Allah! Malahan mereka ini disanjung dan bebas bercakap menghina syariat Allah ini kesana dan kemari. Pejabat agama dan pihak tertentu sibuk mengutuk agama lain kononya ingin memurtadkan umat islam sehinggakan diadakan perhimpunan kononya untuk menjaga kesucian Islam tetapi bila ada pemimpin besar mereka menghina dan mempersendakan syariat Allah, mereka diam dan bisu pula! Apakah ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin besar mereka yang menghina syariat dan meracuni pemikiran umat Islam supaya menentang dan menghalang syariat Allah dari dilaksanakan itu tidak termasuk dalam jalan mudah untuk murtad?
Oleh itu, bukalah hati dan celikan mata wahai umat Islam semua. Sebenarnya kita masih lagi belum dan tidak bebas untuk melaksanakan ajaran dan tuntutan agama kita dalam negara kita ini. Kebebasan kita sentiasa dihalang dan disekat untuk kita mendalami ilmu Allah ini. Kebebasan yang diberikan sekarang hanyalah sekadar menuruti apa yang dibenarkan dan ditinggalkan oleh penjajah dahulu bukanya kebebasan dalam erti kata yang sebenar seperti yang diajarkan oleh Nabi kita. Maka sedarilah bahawa kita sebagai umat Islam yang tinggal dalam negara kita sendiri sebenarnya tidak bebas bukan sahaja dalam bab kebebasan mengamalkan ajaran agama bahkan dalam aspek lain juga kita turut dikongkong.
Kita hanya akan terlepas dari kongkongan ini dan menikmati semua kebebasan yang berasaskan Quran dan Sunnah hanya akan kita perolehi sepenuhnya sekiranya kita berjaya menumbangkan kerajaan yang sedang berkuasa sekarang ini dalam PRU13 nanti. Wallahualam.
Sunday, October 30, 2011
PAS kecam Soi Lek cetus polemik agama
Harakahdaily |
![]() ![]() Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, Chua akhir-akhir ini telah banyak mencerobah dasar-dasar Islam dalam komentarnya yang melampaui batas susila bermasyarakat yang menjamin kebebasan beragama dan saling menghormati antara agama. Lebih malang kini, kata Tuan Ibrahim ialah sikap Umno yang menjadi tulang belakang BN yang diam membisu terhadap beberapa kritikan melampau parti-parti dalam komponen BN terhadap ajaran Islam. “Sikap lepas tangan Perdana Menteri dan para pemimpin Umno menggambarkan Umno hanya berminat menjaja isu agama sebagai modal politik daripada menjamin sikap hak beragama dilaksanakan,” kata beliau. PAS, katanya menyangkal keras kenyataan Chua bahawa dengan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan pelabur tidak akan datang dan menakutkan masyarakat bukan Islam. Tambahnya, sedangkan Arab Saudi yang melaksanakan sistem perundangan Islam menjadi rakan pelabur utama China dan negara Barat. “Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam. “Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara. Namun PAS kesal sikap campurtangan melampau beliau akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama,” terang Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga menyelar kejahilan Chua dengan memberikan contoh kemajuan negara Iran yang turut melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbirannya. "Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu. "Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya. Menurut Tuan Ibrahim, apa yang mendukacitakan dalam kenyataan Chua ialah kebimbangan beliau kepada pelaksanaan hukum Islam yang hanya akan dikenakan kepada umat Islam sahaja; yang bertujuan menyelamatkan masyarakat dan negara dari kejahatan penjenayah samada terhadap harta atau nyawa dan keselamatan masyarakat. “Kejahilan akibat berkawan dengan Umno menyebabkan beliau yang gagal menyelesaikan masalah dalaman MCA, beliau kini cuba menyembunyikan kelemahan pentadbirannya dan menarik sokongan masyarakat Cina dengan menyerang hukum Islam,” kata beliau. Tuan Ibrahim juga menambah tindakan bacul Chua hanya menambah kebencian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap MCA. “Sebab sebahagian rakyat sudah tidak terkejut kerana umum mengetahui ia datang daripada seseorang yang mempunyai latar belakang yang tidak melayakkan seseorang menjadi pemimpin berwibawa,” terang beliau. |
Friday, October 28, 2011
Kembalikan monorel Putrajaya
RENCANA
ARKIB : 27/10/2011
Oleh Zulkifli Jalil
KALAU diikutkan hati, mahu sahaja diminta semua penjawat awam yang tinggal di kuarters-kuarters di Putrajaya berbasikal ke ofis.
Tapi kasihan pula. Nanti sebaik sahaja sampai di pintu masuk ofis, sudah berpeluh-peluh. Itu belum masuk ke bilik ber‘aircond’, nanti badan berbau pula. Ketika ini sasaran Perbadanan Putrajaya menerusi kempen bandar hijaunya mahu mengurangkan suhu panas sebanyak dua peratus daripada 35 darjah celsius sedia ada.
Dengan adanya pokok hujan-hujan yang cepat tumbesarannya, sekurang-kurangnya dapat menyejukkan suhu di Putrajaya. Tetapi dari hari ke hari, jumlah kenderaan yang berada atau memasuki Putrajaya kian bertambah. Di pusat pentadbiran persekutuan itu sahaja ketika ini terdapat 26,000 buah rumah. Jika purata sebuah rumah ada dua buah kereta, maka darabkanlah = 52,000 buah kereta. Pada masa ini kenderaan di Putrajaya menyumbang 25.9 peratus pelepasan karbon dioksida manakala pembinaan sekitar 30 peratus.
Memang kenderaan di Putrajaya kian bertambah. Bukan sekali tambah, tapi berganda dari tahun ke tahun. Jika sebelum ini, sejumlah 1,000 petak letak kereta disediakan di Parcel D untuk penjawat awam, kenderaan yang memasukinya kini mencecah 13,000 buah. Staf ramai dengan kereta sesak bertali arus pada awal pagi. Menjelang pukul 5 petang, bertambah sesak lagi sehingga terpaksa menunggu dalam kereta hampir dua jam sebelum jalan ‘clear’.
Itu sebabnya timbul rasa terkilan di hati apabila melihat landasan monorel separuh siap berdekatan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya semalam. Kalaulah dulu projek bernilai RM400 juta ini diteruskan, sudah pasti Putrajaya tidak mengalami masalah tempat letak kereta kronik seperti sekarang. Tetapi jika sekarang hendak dibina, bayangkanlah berapa mahal kosnya.
Bayangkan monorel bergerak di sekitar Putrajaya . Tidakkah itu suatu yang indah dan kelihatan maju? Tetapi projek ini terbengkalai dengan jejambat untuk menempatkan relnya terjuntai di stesen LRT di antara Kuala Lumpur dan KLIA.
Hakikatnya, masa depan pengangkutan manusia di seluruh dunia terutama di kawasan urban adalah sistem rel.
Jika diimbau kembali, projek pengangkutan monorel Putrajaya yang meliputi jarak rel sepanjang 18 kilometer sebelum ini dijadualkan siap pada penghujung 2004. Tetapi ia ditangguhkan pada pertengahan tahun tersebut kerana ketiadaan peruntukan. Pembangunan fasa pertama projek itu melibatkan pewujudan sistem pengangkutan monorel bawah tanah dan jejantas sepanjang lapan kilometer menghubungkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Presint 3 ke Kementerian Pelajaran di Kompleks E.
Ketika itu (2004), MTrans Monorail Sdn. Bhd. (MTrans) diberi tanggungjawab melaksanakan projek itu, yang dijadual mengambil masa 30 bulan bagi membina 12 stesen termasuk tujuh di bawah tanah dan landasan.
Jika projek monorel ini diteruskan, maka penduduk atau pengunjung luar Putrajaya, akan dibekalkan dengan dua laluan. Laluan yang hendak dimulakan dulu itu adalah line 1. Ia bersambung daripada Putrajaya Sentral dengan depotnya di atas sedikit dari situ. Dari situ (stesen 1), ia dihubungkan ke stesen dua di kawasan perumahahan Putra Harmoni ke Putrajaya Sentral (stesen 3) dan stesen 4 di depan hospital. Kemudian, disambungkan ke stesen 5 di kawasan komersial yang sedang dibina di Presint 8 dan naik melalui jambatan masuk ke terowong yang memang ada laluan dibina. Dari situ ke Presint 4 di Wisma Tani, kemudian ke Kementerian Kewangan. Kelak, akan ada beberapa stesen ke situ dan mempunyai lingkungan belasan stesen dan semuanya berada di bawah tanah. Laluan seterusnya adalah sehingga ke kompleks E di mana stesen berada di atasnya dan kemudian ke Alamanda dengan stesen bersebelahan tempat letak kereta bahagian selatan. Dari situ akan ke setakat Presint 15 (Diplomatik) dengan pelan perancangan dihubungkan ke Kampung Abu Bakar Baginda.
Line dua pula akan melalui Presint 17 dan 18 sebelum bercantum kembali di Presint 4 yang kemudian dihubungkan ke PICC, Pullman dan ke Cyberjaya.
Hasrat untuk meneruskan projek monorel yang tergendala ini pernah ditimbulkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini, Datuk Zulhasnan Rafique pada 2007 yang antaranya mahu memperincikan kaedah pelaksanaannya selain merujuk kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Malah, Perbadanan Putrajaya sendiri melantik sebuah syarikat perunding tempatan untuk menyiapkan kajian mengenai model kewangan yang sesuai bagi meneruskan projek pengangkutan monorel ini.
Namun akhbar ini difahamkan, hasrat itu muncul kembali kerana ia dikatakan akan menjadi pelengkap kepada kejayaan bandar hijau Putrajaya. Dan dikatakan kos untuk menyiapkan satu line memakan belanja RM1 bilion.
Harap-haraplah projek ini diteruskan. Kelak, Putrajaya nampak urban dengan park & ride ‘naik sama’ dengan digunakan semaksimum mungkin seperti mana contoh Park & Ride terbaik dunia di Stockholm, Hull City, Oxford City dan Prague.
Subscribe to:
Posts (Atom)