Sekalipun terdapat perbezaan pandangan dan sikap atas perkara itu oleh kedua pihak, keduanya bersetuju, bahawa mereka tidak setuju atas satu perkara itu secara nyata tetapi mereka bersetuju dalam banyak perkara lain bagi menegakkan kerajaan bersama dan membina negara dan masyarakat yang adil dan kukuh.
Komponen Pakatan Rakyat dan penyokongnya berkongsi banyak yang boleh menjadikan Pakatan Rakyat satu muafakat politik yang kuat yang mampu mengambil alih tampuk pemerintahan dan sudah bersedia menjadi alternative kepada Barisan Nasional baik sebagai parti politik yang bertenaga dan sudah pun kerajaan yang menunggu.
Pada masa bersetuju mengadakan kerjasama pilihan raya menjelang PRU 1999 dulu dan membentuk Pakatan Rakyat selepas PRU 12 tahun 2008 dulu, DAP dan PKR sudah pun tahu bahawa hudud adalah satu cita-cita PAS sejak mula, dan PAS juga tahu bahawa DAP tidak tertarik dengannya lama sebelum kedua-dua pihak boleh duduk semeja.
Perbezaan itu telah wujud sejak awal tetapi perbezaan itu tidak menghalang kedua pihak untuk mengadakan kerjasama politik yang besar hingga kini Pakatan Rakyat berjaya melayakkan Malaysia menyamai negara-negara demokrasi dan maju di dunia mempunyai lebih dari satu kerabat parti poliltik alternatif yang kuat.
Britain dan Amerika ada parti pemerintah dan parti pembangkang yang menjadi kerajaan yang menunggu. Begitu juga Perancis, Jerman, Australia dan lain wujud lebih dari satu parti yang bergilir-gilir menjadi kerajaan atau menjadi pembangkang mengikut keputusan rakyat dalam pilihan raya.
Malaysia sejak merdeka tahun 1957 dan sejak pembentukan Malaysia tahun 1963 tidak ada kedewasaan politik yang kondusif seperti itu, hingga meletakkan BN yang dulunya Periktan parti yang monopoli kuasa dan menapikan hak rakyat membuat pilihan.
Sekalian ahli fikir dan penggiat politik tahu bahawa kuasa itu korap dan kuasa sepenuhnya terdedah kepada korap sepenuhnya. Sekalipun Tunku Abdul Rahman Putra dan Umno memperkenalkan amalan demokrasi kepada masyarakat negara, justeru monopoli politik yang tidak dapat dipecahkan, menjadikan negara dan kerajaan rasuah sepenuhnya dan menyeleweng seadanya.
Rakyat sedar segala kepincangan itu dan rakyat jugalah yang menuntut supaya diwujudkan satu pakatan alternatif yang kuat yang boleh mencabar monopoli kuasa itu. Rakyat juga yang menuntut supaya parti-parti pembangkang yang banyak dan tidak cukup tenaga itu mengenepikan perbezaan atau mengurangkan perbezaan bagi membentuk satu gabungan parti alternatif yang kuat yang berupaya memecahkan monopoli kuasa yang rasuah dan menyeleweng itu. PAS, PKR dan DAP telah menyambut cabaran rakyat itu. Mereka sudah melupakan berbezaan itu kecuali dalam satu isu iaitu hudud. PAS tahu DAP tidak setuju hudud dan DAP tahu PAS tidak setia mengggurkan hudud. Kalau tidak boleh bersetuju dalam semua perkara, janganlah semua perkara tidak disetujui.
Lalu mereka bersetuju satu dua perkara yang tidak disetujui, tidak menghalang mereka mengadakan pakatan kerana mereka sudah bersetuju dalam banyak perkara.
Yang tidak bersetuju dengan hudud itu bukanlah DAP saja. Umno telah menzahirkan tidak setujunya lama sebelum DAP dan PAS mengadakan muafakat. Umno menganut Islam tidak bersetuju dengan hudud dan ia juga tidak setuju dengan banyak perkara yang PAS perjuangkan. DAP tidak menganut Islam, maka ia tidak setuju dengan hudud tetapi ia setuju dengan banyak perkara yang diperjuangkan oleh PAS.
PAS mengemukakan konsep negara berkebajikan yang mendukung cita-cita dan ajaran Islam. DAP menerimanya. PAS mahu hisbah, DAP tidak menolaknya. DAP mahu sebuah pemerintahan bersih dari rasuah, reaksi PAS pula ia juga yang PAS cita-cita.
Jika PAS terus bercakap tentang hudud dalam kontek adanya kerjasama dengan DAP dan lain, bukan ia tidak pelayan pendirian DAP tetapi adalah untuk menerangkan kepada masyarakat umum dalam dan luar negara betapa indahnya hudud dan hudud tidak mengancam keamanan dan anutan mana agama lain.
Cara PAS dan DAP menyelesaikan perbezaan dalam isu hudud itu membayang cara dan keupayaan mereka mengatasi segala masalah yang berbangkit kiranya rakyat memberi mandad mentadbirkan Putrajaya nanti.
Bagaimana kerajaan DAP di Pulau Pinang melayan isu Islam dan orang Islam mencerminkan sikapnya jika Pakatan diizinkan membentuk kerajaan pusat, dan bagaiama kerajaan Kelantan dan Kedah melayalan orang bukan Islam membayangkaan keadilan yang akan serlahkan dalam kerajaan bersama di Putrajaya nanti.
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

KUALA LUMPUR, 31 Okt: PAS mengecam tindakan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar kecil) yang cuba mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama dalam kenyataannya memburukkan undang-undang Islam, terutamanya hudud.
ama DAP telah diselesaikan dengan baik mengikut semangat muafakat Pakatan Rakyat. 
n Barisan Nasional yang cuba menjadikan Malaysia sebagai ‘tong sampah dunia’ melalui projek pembangunan nadir bumi oleh Lynas di Kuantan, Pahang.
Dengan hanya mengeluarkan kenyataan bahawa desakan wakil-wakil rakyat yang mahu Khalid ditukar sudah selesai sebenarnya mengesahkan sebuah hakikat – memang ada tuntutan seumpama ini dibuat.
Sesungguhnya sikap sebegini tidak akan banyak membantu Anwar mendepani persoalan atau persepsi umum terhadap mutu kepemimpinan bukan sahaja Khalid malah beliau sendiri.
Bukankah sikap sebegini yang mengubah perwatakan Dr Mahathir yang pernah berjaya menambat hati Anwar Ibrahim dan melamarnya menyertai Umno 30 tahun lalu?
Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.
“Di bawah undang-undang atau sistem undang-undang mana-mana sekalipun, jika tiada bukti, kes ditutup. Tohmahan dan dakwaan lanjut dan sebagainya, mesti dielakkan, khususnya di negara seperti Malaysia,” katanya.
"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi," kata Kementerian Luar dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua.
Lawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.
Bagaimanapun, tambahnya, YAB perdana menteri mengambil peluang bertemu pelajar Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Muslim di sana.
Keadaan itu berlaku sebaik saja ketua cabang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor selesai menyampaikan ucapan pembukaan.
Lagi pun, tindakan pusat melarangnya juga akan menyebabkan kemarahan orang ramai, katanya kepada sebuah portal berita.
Namun persoalan yang timbul ialah, apakah penangguhan untuk mengambil tindakan tuntas terhadap isu itu benar-benar membayangkan anutan dan komitmen setiap anggota gabungan tiga parti itu terhadap jiwa dan semangat demokrasi tulen?
Pendek kata, pimpinan Pakatan mahu menangguhkan pertembungan dua pandangan berbeza kerabatnya sehingga selepas pilihanraya umum ke-13; jika Pakatan itu berjaya menumbangkan Umno-BN nanti.
Rakyat perlu kepastian! Penangguhan itu boleh dianggap satu dalih.
Peraturan satu ahli satu undi dan hak setiap ahli memilih pemimpin hingga ke peringkat tertinggi yang mula dipraktikkan oleh PKR tahun lalu masih meninggalkan banyak persoalan berhubung kesungguhan politik parti di bawah naungan Anwar Ibrahim itu.
Jika keputusan majoriti pimpinan parti sendiri tidak dihormati bagaimana Anwar dan Wan Azizah akan dapat meleraikan tuntutan DAP dan PAS dalam kemelut hudud?
Laman web berita AntaraPos.com melaporkan, ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah, akur dengan desakan itu dan telah meminta supaya isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti melaksanakan tuntutan pimpinan itu.
"Apa yang jelas di Selangor ialah keghairahan Khalid mengumumkan program-program rakyat dengan begitu gah namun pelaksanaan ibarat melepaskan batuk di tangga sepanjang tiga tahun yang lepas," kata sumber-sumber dalaman parti.
Menurut sumber itu lagi, pada Mei lalu, wakil rakyat PKR mengemukakan memorandum kepada Anwar meminta beliau memecat Khalid sebagai menteri besar demi memelihara kedudukan PKR sebagai paksi Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.
Mereka juga merujuk kepada tindakan Khalid untuk mencantas beberapa program kemasyarakatan yang diatur oleh parti tetapi meluluskan program-program di peringkat negeri yang berupaya meningkatkan populariti beliau secara peribadi.
"Sebagai salah seorang pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian.
Bagaimanapun, titah baginda, bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.
Faekah bagaimanapun mengakui terdapat sesetengah pemimpin dalam Pakatan yang tidak biasa dengan cara Khalid mentadbir negeri seperti mengurus syarikat korporat.
“Kita telah membelanjakan lebih RM500 juta untuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan setakat Ogos 2011 seramai 1,181,109 rakyat Selangor telah menikmati hasil program-program yang kita laksanakan.