ULASAN Cara ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba “mengkuburkan” isu desakan barisan pimpinan parti itu supaya Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai Menteri Besar adalah terlalu hambar dan amat mengecewakan.
Dengan hanya mengeluarkan kenyataan bahawa desakan wakil-wakil rakyat yang mahu Khalid ditukar sudah selesai sebenarnya mengesahkan sebuah hakikat – memang ada tuntutan seumpama ini dibuat.
Justeru, hujah Anwar bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan silap mentafsir sikap Khalid yang “tegas” sebagai tidak peka adalah meleset dan membayangkan bahawa sebenarnya ada
perkara lain yang lebih besar cuba dikaburkan Anwar.
Luahan hati Pengerusi Biro Aduan Rakyat PKR, Manikavasagam bahawa Khalid tidak peka dengan harapan wakil-wakil rakyat dan merasakan Menteri Besar itu tidak banyak membantu mereka melaksanakan tugas bukanlah merujuk kepada perkara yang telah lama berlaku.
Malah, beliau membicarakan status terkini layanan Khalid terhadap mereka dan yang tidak banyak berubah sejak mengisi kerusi Menteri Besar.
Virus perpecahan
Sekaligus komen Anwar ini pasti mengundang kekecewaan yang mendalam di kalangan pimpinan pusat PKR dan akar umbi berhubung hakikat sikap dan cara kepemimpinan Khalid sebenarnya jika Anwar cuba meremehkan persoalan ini ia sebenarnya menggalakkan virus perpecahan dalam parti semakin menular.
Sesungguhnya sikap sebegini tidak akan banyak membantu Anwar mendepani persoalan atau persepsi umum terhadap mutu kepemimpinan bukan sahaja Khalid malah beliau sendiri.
Adakah ini membayangkan tahap keyakinan diri Anwar semakin meningkat atau sebaliknya?
Lazimnya pemimpin yang semakin gerhana mutu dan nilai kepemimpinannya akan bersikap demikian.
Atau, mungkin Anwar masih dibuai mimpi yang panjang nan sentiasa mahu menggilap kegemilangan silam (pilihanraya umum 2008)? Jika sekadar menutup kelemahan Khalid kerana bimbang ia akan mencerminkan kelemahan PKR menjelang PRU 13, itu memang mudah difahami.
Namun jika penafian bantrakan mulai berlaku di negeri pimpinan PKR itu bersandarkan keyakinan diri nan melampau dek landaan tsunami politik 2008, maka pertimbangan Anwar mungkin tersasar.
Kesasaran inilah mungkin agaknya yang diintai oleh Najib dan Umno yang semakin rajin menziarahi pengundi Selangor!
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tusukan politik paling bisa terhadap Umno dan Barisan Nasional sehingga kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kehilangan kuasa mentadbir di lima buah negeri digerakkan oleh bekas Timbalan Presiden parti itu sendiri -- Anwar Ibrahim.
Ketika pemerhati dan parti-parti politik Malaysia sendiri tidak dapat membayangkan ini akan berlaku dan sebelum gagasan Pakatan Rakyat lahir, Anwar telah bekerja keras untuk merapatkan jurang pemikiran politik dua parti pembangkang utama Negara – PAS dan DAP – untuk mahu duduk semeja memikirkan strategi menumbangkan Barisan Nasional.
Usaha Anwar ini berbaloi. Rentetan itu, PAS dan DAP semakin ghairah untuk bermuafakat.
Sifir politik baru
Umno dan BN semakin goyah dan politik Malaysia memasuki era baru – sistem persaingan dua parti di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Anwar Ibrahim adalah pengikat sifir politik baru ini.
Sebab itu, Umno-BN tidak pernah lengah dan leka dalam menghadapi Anwar Ibrahim. Segala ruang dan peluang digunakan untuk menggagalkan usaha Anwar terus menganyam kesatuan dan jatidiri Pakatan Rakyat. Segala wadah dan media digunakan untuk melebur citra unggul Pakatan Rakyat yang disulam untuk Anwar Ibrahim.
Lantaran itu Anwar perlu mengekalkan keluhuran dan keunggulan jatidirinya sendiri. Fokusnya ialah terus memenangi dan menambat hati penyokong dan sahabat politiknya dan bukan mengambil sikap serba tahu dan mudah rimas dengan isu-isu yang kurang senang didengarinya.
Bukankah sikap sebegini yang mengubah perwatakan Dr Mahathir yang pernah berjaya menambat hati Anwar Ibrahim dan melamarnya menyertai Umno 30 tahun lalu?
Percambahan maklumat hari ini begitu pesat. Tidak sukar bagi mana-mana pemimpin mengumpul maklumat berhubung prestasi para panglima, penasihat dan penyokongnya.
Menggunakan neraca politik lama yang hanya bersandar naluri mungkin kurang berkesan kerana ia boleh ditenggelami maklumat baru yang begitu cepat berubah. Sebagai pemimpin Anwar tentu akur hakikat ini.
Cuma jangan ulangi cara Mahathir.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.
Jasbant Singh adalah seorang wartawan dan editor yang berpengalaman luas. Pernah berkhidmat di TV3 dan kemudiannya dengan stesen televisyen antrabangsa Al-Jazeera. Beliau juga pernah berkhidmat dengan TV Selangor sebelum meninggalkan organisasi itu bulan lalu.

Justeru, hujah Anwar bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan silap mentafsir sikap Khalid yang “tegas” sebagai tidak peka adalah meleset dan membayangkan bahawa sebenarnya ada
perkara lain yang lebih besar cuba dikaburkan Anwar.
Luahan hati Pengerusi Biro Aduan Rakyat PKR, Manikavasagam bahawa Khalid tidak peka dengan harapan wakil-wakil rakyat dan merasakan Menteri Besar itu tidak banyak membantu mereka melaksanakan tugas bukanlah merujuk kepada perkara yang telah lama berlaku.
Malah, beliau membicarakan status terkini layanan Khalid terhadap mereka dan yang tidak banyak berubah sejak mengisi kerusi Menteri Besar.
Virus perpecahan
Sekaligus komen Anwar ini pasti mengundang kekecewaan yang mendalam di kalangan pimpinan pusat PKR dan akar umbi berhubung hakikat sikap dan cara kepemimpinan Khalid sebenarnya jika Anwar cuba meremehkan persoalan ini ia sebenarnya menggalakkan virus perpecahan dalam parti semakin menular.

Adakah ini membayangkan tahap keyakinan diri Anwar semakin meningkat atau sebaliknya?
Lazimnya pemimpin yang semakin gerhana mutu dan nilai kepemimpinannya akan bersikap demikian.
Atau, mungkin Anwar masih dibuai mimpi yang panjang nan sentiasa mahu menggilap kegemilangan silam (pilihanraya umum 2008)? Jika sekadar menutup kelemahan Khalid kerana bimbang ia akan mencerminkan kelemahan PKR menjelang PRU 13, itu memang mudah difahami.
Namun jika penafian bantrakan mulai berlaku di negeri pimpinan PKR itu bersandarkan keyakinan diri nan melampau dek landaan tsunami politik 2008, maka pertimbangan Anwar mungkin tersasar.
Kesasaran inilah mungkin agaknya yang diintai oleh Najib dan Umno yang semakin rajin menziarahi pengundi Selangor!
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tusukan politik paling bisa terhadap Umno dan Barisan Nasional sehingga kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kehilangan kuasa mentadbir di lima buah negeri digerakkan oleh bekas Timbalan Presiden parti itu sendiri -- Anwar Ibrahim.
Usaha Anwar ini berbaloi. Rentetan itu, PAS dan DAP semakin ghairah untuk bermuafakat.
Sifir politik baru
Umno dan BN semakin goyah dan politik Malaysia memasuki era baru – sistem persaingan dua parti di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Anwar Ibrahim adalah pengikat sifir politik baru ini.
Sebab itu, Umno-BN tidak pernah lengah dan leka dalam menghadapi Anwar Ibrahim. Segala ruang dan peluang digunakan untuk menggagalkan usaha Anwar terus menganyam kesatuan dan jatidiri Pakatan Rakyat. Segala wadah dan media digunakan untuk melebur citra unggul Pakatan Rakyat yang disulam untuk Anwar Ibrahim.
Lantaran itu Anwar perlu mengekalkan keluhuran dan keunggulan jatidirinya sendiri. Fokusnya ialah terus memenangi dan menambat hati penyokong dan sahabat politiknya dan bukan mengambil sikap serba tahu dan mudah rimas dengan isu-isu yang kurang senang didengarinya.

Percambahan maklumat hari ini begitu pesat. Tidak sukar bagi mana-mana pemimpin mengumpul maklumat berhubung prestasi para panglima, penasihat dan penyokongnya.
Menggunakan neraca politik lama yang hanya bersandar naluri mungkin kurang berkesan kerana ia boleh ditenggelami maklumat baru yang begitu cepat berubah. Sebagai pemimpin Anwar tentu akur hakikat ini.
Cuma jangan ulangi cara Mahathir.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.
Jasbant Singh adalah seorang wartawan dan editor yang berpengalaman luas. Pernah berkhidmat di TV3 dan kemudiannya dengan stesen televisyen antrabangsa Al-Jazeera. Beliau juga pernah berkhidmat dengan TV Selangor sebelum meninggalkan organisasi itu bulan lalu.
No comments:
Post a Comment