Bantuan terus yang ditawarkan dalam bajet alternatif Pakatan Rakyat dijangka tidak akan membesarkan lagi bajet berjumlah RM220 bilion itu, menurut anggota jawatankuasanya.
Program bantuan berkenaan juga tidak akan disalahguna kerana ia disasarkan kepada kumpulan khusus dengan kriteria yang ketat, kata pengarah stretegi PKR, Rafizi Ramli.
Katanya, bantuan berkenaan – termasuk bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1.7 bilion setahun dan kepada surirumah sebanyak RM2 bilion setahun – akan disasarkan kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan bantuan.
"Kriteria khusus disenaraikan dalam dokumen bajet tersebut," kata Rafizi (kanan) ketika bercakap dalam satu program untuk menjelaskan intipati tawaran Pakatan itu di bangunan parlimen semalam.
Selain warga emas dan surirumah, Pakatan turut menawarkan bayaran tambahan kepada golongan miskin tegar supaya setiap keluarga berkenaan menerima pendapatan sekurang-kurangnya RM550 sebulan.
Pakatan juga menawarkan untuk membayar elaun sebanyak RM500 kepada golongan guru dan juga memperuntukkan sejumlah RM5.7 bilion untuk meningkatkan bayaran gaji kakitangan awam.
Beliau yang terlibat dalam jawatankuasa merangka bajet bayangan itu juga berkata, bantuan berkenaan berbeza dengan dasar bantuan oleh BN yang didakwa telah disalahguna dan memberi keuntungan kepada golongan yang tidak sepatutnya.
Tegasnya, Pakatan akan berjaya mendapatkan wang untuk menunaikan janji berkenaan dengan mudah kerana bajet tersebut lebih kecil daripada bajet kerajaan BN pada 2011 yang berjumlah RM227 bilion.
Pakatan menjangkakan bahawa Bajet 2012 yang akan dibentangkan perdana menteri esok mungkin akan mencecah RM238 bilion – RM18 bilion lebih banyak daripada bajet Pakatan.
"Kalau mereka kata tiada wang untuk biaya bajet kami, saya kata ini lucu dan tidak masuk akal kerana BN akan mengemukakan bajet yang lebih besar," katanya yang menambah, bajet berkenaan dibentuk untuk kepentingan majoriti rakyat Malaysia yang boleh dikategori dalam kumpulan miskin.
Jelasnya lagi, Pakatan bukan berhasrat untuk membelanjakan wang yang tidak dipunyainya demi mendapatkan undi tetapi berdasarkan objektif ekonomi.
Tambahnya, Pakatan berhasrat untuk memperkukuhkan ekonomi demi kepentingan kumpulan sasar golongan 60 peratus terbawah itu dengan meningkatkan kuasa beli mereka.
Pengarah strategi PAS, Dr Dzukefly Ahmad pula berpendapat pembelian oleh golongan itu akan meningkatkan permintaan dalam negeri dan seterusnya membantu ekonomi, tidak seperti projek mega yang sering diusahakan BN.
Malang sekali, projek mega tersebut hanya menyalurkan wang ke dalam poket kroni mereka, kata Dr Dzulkefly lagi.
Kritikan ke atas bajet Pakatan telah disuarakan pemimpin BN termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabelkan bajet itu sebagai satu imaginasi dan tidak dapat dibiaya secara praktikal.

No comments:
Post a Comment