Tuesday, March 19, 2013

erita Sebenar Kes Sodomi 2 Anwar (Bhg 1)


SURAT SULIT PEGUAM ANWAR ADAKAH BENAR?

Cerita Sebenar Kes Sodomi 2 Anwar (Bhg 1)

SURAT FMT: dari Yuktes Vijay, melalui emel

Penglibatan Anwar di dedahkan oleh pihak 'asing'
Saya merasa agak marah apabila membaca berita yang bapa Saiful telah menyertai PKR. Saya sudah sedia maklum dari awal lagi bahawa parti tersebut tidak punya integriti tetapi perkhabaran terkini ini jelas menjatuhkan lagi kredibiliti mereka. Saya pernah bekerjasama dengan barisan peguam Anwar sepanjang kes Sodomi 2 dan terbabit dari A-Z dalam perbicaraan itu sendiri.
Pembabitan saya dari A-Z bermaksud berjumpa dengan pakar forensik dan DNA seterusnya mengkaji dokumen-dokumen serta mencari duluan (case laws) untuk hujahan. Saya terlibat dalam keseluruhan proses.Saya tidak berhasrat untuk menamakan peguam tersebut kerana saya sangat memuja beliau sebagai mentor saya dan tidak mahu beliau diheret ke dalam kancah kekecewaan dan kemarahan saya.
Kenapa Anwar tidak memberi keterangan?
Anwar sentiasa menyatakan bahawa beliau tidak dibicarakan secara adil.Sebenarnya beliau tidak berani untuk memberi keterangan dari kandang saksi. Beliau tidak akan mampu menahan segala soalan yang akan dilemparkan oleh Datuk Yusoff yang kini berpaling menjadi sekutu beliau. Sekiranya penyokong-penyokong Pakatan merasa sangsi, cuba tanyakan soalan-soalan berikut dan dapatkan jawapan yang benar, boleh diterimapakai dan tidak mempersoalkan logik jawapannya.
  • Kenapa Anwar secara peribadi dan spesifik meminta Ketua Kakitangan beliau, Ibrahim Yaakob supaya menghantar Saiful ke pagsapuri tersebut bersama dokumen-dokumen padahal ada kakitangan lain yang boleh ke sana;
  • Bagaimana Saiful mengetahui kod untuk memasuki pangsapuri tersebut iaitu “Mokhtar,” nama ketua keselamatan dan juga adik ipar kepada Anwar?
  • Keterangan video yang dihantar ke Gandhi Labs di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di dalam pangsapuri tersebut, namun kenapa kehadiran beliau di pangsapuri itu dipertikaikan;
  • Kenapa Saiful diberikan keistimewaan; diberikan bilik khas, keistimewaan untuk mengiringi Anwar ke luar negara sedangkan beliau adalah seorang kakitangan baru; dan
  • Najwan Halimi
  • Salah seorang pembantu Anwar, Najwan Halimi sebelum ini pernah menghantar emel kepada Anwar dan memaklumkan kecenderungan Saiful kepada BN. Kenapa perkara ini tidak diendahkan oleh Anwar?
Najwan Halimi
Pasukan pembelaan Anwar sedar bahawa Anwar tidak akan dapat menahan segala serangan oleh pihak pendakwaan, mereka membuat keputusan agar Anwar tidak memberi keterangan atas alasan yang beliau tidak akan diberikan perbicaraan yang adil. Anwar berjaya memperdaya,menipu dan membohongi rakyat dengan lagak seperti Mandela.Beliau bukannya Mandela, malahan hanya seorang penipu yang bagus.
Dana untuk pakar-pakar luar negara
Faktor yang sangat mengejutkan di sini adalah apabila tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikan yuran yang terlibat untuk membayar pakar forensik, Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka dibayar upah yang sangat tinggi untuk membela Anwar. Sewaktu mereka berada di sini, mereka menginap di Hotel Shang-ri La selama beberapa hari.
Dr Brian Macdonald
Dari manakah wang untuk membayar penginapan ini datang?Adakah Anwar bayar dengan duit poket beliau sendiri?Tidak,malahan beliau juga tidak membayar yuran guaman peguam-peguam beliau.Sebenarnya, ada Datuk-datuk yang kaya yang membiayai Anwar Ibrahim.Saya tahu nama Datuk tersebut, tetapi atas sebab peribadi saya tidak akan menyatakan namanya.
Persoalannya sekarang sekiranya PKR boleh mempertikaikan pembelanjaan perkahwinan anak Perdana Menteri, kenapa tidak mempersoalkan dana untuk membayar pakar-pakar ini? Sekiranya seorang bekas penjenayah dan ketua pembangkang ada Datuk-datuk untuk membiayai kos guaman, apa salahnya jika ada Datuk-datuk yang membiayai perkahwinan anak PM?

Apa Yang Terjadi Kepada Saiful
Saya tidak tahu banyak perkara tentang Saiful.Apa yang saya boleh katakan di sini, beliau tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya hanya kerana pegawai penyiasat, Jude Perreira tidak mengendahkan protokol Jabatan Kimia dan menjalankan tugas mengikut cara beliau tersendiri.
Jude Perreira
Jude Perreira Bersama Anwar menjadi tanda tanya
Kesan DNA Anwar ada dalam rektum beliau. Apa yang menghalang Hakim untuk mensabitkan Anwar adalah kerana wujudnya pecahan dalam rantaian keterangan “break in the chain of evidence.” Saya akan menulis berkenaan isu ini dalam masa terdekat. Drama ini perlu dijelaskan dalam satu penulisan yang lengkap.
Rektum Saiful mengandungi Air Mani Dan DNA Anwar
Secara ringkasnya, wujud keterangan yang membuktikan kewujudan air mani Anwar dalam rektum Saiful.Namun, kerana putusnya rantaian keterangan dan juga kesangsian atas integriti sampel, keterangan tersebut tidak digunakan.
Oleh itu hakim tidak ada jalan untuk mengesahkan keterangan Saiful.
Peluang Anwar terhadap Azlan, bapa Saiful
Bukan Azlan yang kena liwat
Anwar adalah seorang penipu tegar. Beliau mempergunakan bapa Saiful untuk meraih undi.Kita semua sedia maklum yang setelah beliau dibebaskan, beliau sudah hilang sedikit tarikan kerana beliau tidak ada apa untuk disuarakan lagi. Saya benar-benar berharap agar beliau menyaman saya supaya saya dapat membuktikan apa yang telah saya sebutkan di sini.
Ingat Anwar Ibrahim, saya membesar dalam memujamu. Saya tahu modus operandi kamu dan saya pernah bercita-cita untuk menjadi seperti kamu. Biar semua orang melihat Anwar Vs Anwar Klon (saya) beraksi. Ingat lagi semua emel-emel,Astroboy? Saya ada semua. Saya cabar kamu!
Penulis, bekas Anwarista terlibat dalam kes Sodomi 2 Anwar sebagai salah seorang peguambela

No comments:

Post a Comment