Friday, March 29, 2013

luahan dari seorang pengikut PAS


Saya lahir dan dibesarkan dalam keluarga PAS, di sebuah 'pondok' di kedah, ayah saya ketua pemuda pas beberapa penggal, dan saya banyak mengikuti ceramah2 PAS ini dari kecil lagi. saya tahu bagaimana PAS brainwashed saya dan orang2 kampung. Dalam ceramah2 mereka yang begitu menghasut tetapi berselindung atas nama jihad, demi Allah, demi agama, mereka akan memetik ayat2 Al Quran dan hadis tertentu yang 'ditambah perisa' supaya ayat itu menepati kehendak mereka. Tidak dihuraikan secara jelas dan telus kenapa ayat tersebut diturunkan, apa kejadiannya dan apa tafsirnya. Sebaliknya mereka sesuaikan ayat tersebut supaya selaras dgn perjuangan PAS. Ini yang saya namakan khianat ilmu.

Apa yang orang tak tahu, ceramah2 pas semasa itu sangat memberikan kebencian kepada Malaysia dan Mahathir. Apa sahaja yang berlaku, kemiskinan, kerosakan jalan raya, ketiadaan air, gangguan bekalan elektrik, semua akan dikaitkan dengan kekejaman Mahathir. Kami kanak2 membesar dalam memikirkan bahawa Mahathir lah punca segala masalah di dunia ini. Satu sahaja jalan keluar yang diberikan, hendak keluar dari kemiskinan, jangan undi Umno. Buang mahathir yang zalim. Itu sahaja jalan membaiki diri. Tidak ada jalan lain. Tidak ada istilah "mari bersyukur", "mari berusaha membaiki diri", "mari berniaga", "mari membaca", 'mari mencari ilmu untuk membangunkan diri kita", "mari bekerja", "mari berdoa untuk kebahagiaan keluarga kita"... tidak ada. Semuanya adalah salah kerajaan dan kezaliman mahathir. Kami tidak diajak melihat kedalam diri sebaliknya diajar menuding jari. Jadi saya tidak hairan kalau orang2 PAS masih miskin, daif. Lihatlah. Modus operandi PAS masih belum berubah. Kehidupan pengikut PAS pun majoritinya masih ditakuk lama. Dan saya juga tidak hairan dengan persepsi PAS bahawa asalkan tengok orang kaya sahaja, mesti mengamalkan rasuah, atau ada orang dalam/kabel dalam Umno.

Persepsi yang saya dapat ketika masih kanak2 dan remaja yang giat mengikuti ceramah/aktiviti Pas ketika itu, ialah semua aktiviti PAS adalah aktiviti agama. Ceramah Pas adalah ceramah agama. Calon Pas adalah guru agama/pendakwah agama. Menyertai Pas adalah satu2nya cara mempertahankan agama. Dan Umno penentang agama. Tidak ada cara lain bagi orang Islam jika tidak menyertai Pas. Takut kafir. Takut tak masuk syurga (berbeza sedikit dengan pandangan Umno bahawa Pas adalah tiket ke syurga, kami percaya bahawa Pas bukan jaminan ke syurga tapi penyertaan dalam Pas itu membuktikan kami adalah orang Islam, yang tidak bersekongkol dengan munafik dan kafir, dan perjuangan jkami diredai Allah, sama hebatnya seperti jihad)

Dan satu lagi yang perlu saya beritahu, ialah indoktrinasi di kampung2, dalam ceramah agama, dalam khutbah jumaat, dalam kenduri-kendara dan aktiviti sekolah agama, ditambah dengan boikot terhadap tv tertentu, berita tertentu, akhbar tertentu, menyebabkan saya yang masih kecil waktu tu, menyangkakan kami tinggal di sebuah kampung di Malaysia, yang mana kami dijajahi oleh tentera dan polis zalim pimpinan mahathir dan umno. Hari pahlawan pada kami ialah ulangtahun memali.

Saya juga membesar membenci mahathir dan kerajaan, atas sebab yang saya sendiri tak pasti, tapi saya yakin kerajaan itu zalim, kalau tak, mesti hidup kami lebih senang, mesti hidup kami tak sesusah ini.

Alhamdulillah, sekarang saya dengar dari semua pihak. Saya tak nafikan ada info yang salah dari pihak Umno juga, tapi sekarang saya tahu siapa yang menyeleweng. Siapa yang berbohong. Siapa pembohong besar. Sia-sia rasanya kehidupan waktu kecil saya dihabiskan dengan membenci Mahathir, rasa berdosa saya pada beliau, saya doakan kebahagiaan buat beliau. Moga Allah berikan kemanisan untuk beliau dan isteri menjalankan ibadah khusus pula.

No comments:

Post a Comment