Status Terkini Projek Lebuhraya Rakyat Negeri Kelantan
Kebanyakan Tuan-tuan tanah telah bersetuju untuk menukar tanah masing2 dengan Tanah-tanah Kerajaan di beberapa lokasi yang nilainya sama dengan nilai Tanah kepunyaan mereka setelah dibuat penilaian.
Dengan cara ini Kerajaan
Negeri telah dapat mengurangkan banyak kos dari segi Kewangan. Untuk pembinaan
pula, Pihak Consultant telah menasihatkan supaya kerja-kerja Pembinaan tidak
dimulakan dalam masa terdekat memandangkan sudah masuk Musim Tengkujuh di Pantai
Timur.
Sekiranya diteruskan juga akan mengakibatkan
banyak masalah iaitu hakisan & pelbagai kesulitan dikawasan-kawasan sekitar
pembinaan hasil dari Hujan & kemungkinan limpahan selut akibat Hujan
Lebat.
Pihak Consultant telah mencadangkan supaya kerja-kerja pembinaan dimulakan selepas tamat Musim Tengkujuh iaitu awal tahun depan (2013) bagi melancarkan kerja-kerja tanpa gangguan Musim Tengkujuh.
Dijangkakan, Lebuhraya Rakyat akan selesai pembinaannya dalam tempoh 18 - 24 bulan dari tempoh mula pembinaan.
Jumlah Sumbangan & Wakaf yang telah diterima dari Pelbagai Pihak setakat ini keseluruhannya berjumlah lebih kurang RM1.4juta (tidak termasuk jumlah Sumbangan & Wakaf yang diterima ketika Hari pelancaran).
Jazakallah..

Haji Husam Musa
29 September 2012
29 September 2012
No comments:
Post a Comment