Sunday, March 10, 2013

Suaram Salur RM6 Juta Untuk Jamalul Kiram Serang Sabah.


Suaram Salur RM6 Juta Untuk Jamalul Kiram Serang Sabah.


Yang mati mempertahankan negara sekarang ini tarafnya tak lebih kepada anjing Umno dan kerajaan,sana sini kita dapat lihat penghinaan yang berterusan dan konsisten oleh haprak pakatan.Institusi keselamatan negara harus diserang,burukkan persepsi kononnya negara ini tidak selamat dibawah pemerintahan BN. Negara ini hanya akan selamat jika Anwar menjadi PM dan pakatan haprak memerintah Putrajaya.chua siva
Baru baru bekas pengasas Parti Keadilan Nasional atau sekarang ini dikenali sebagai PKR mendedahkan Suaram terbabit secara langsung dalam insiden pencerobohan Lahad Datu.Suaram yang kita semua tahu mengakui menerima wang daripada CIA untuk menjatuhkan kerajaan dalam operasi mereka.
Dalam artikel sebelum ini :klik sini,Tian Chua dan Sivarasa didedahkan terbabit secara langsung dalan insiden pencerobohan di Lahad Datu. Ironinya ini bukan kali pertama mereka ini terlibat.Sebaliknya mereka juga pernah terlibat dalam satu operasi yang didalangi oleh CIA untuk memisahkan Timor Timur,Indonesia.
Seperti yang pernah didedahkan oleh YB Zul Nordin;
Berbalik kita kepada pendedahan media Filipina mengenai peranan pimpinan pembangkang Malaysia sebagai dalang pencerobohan dan serangan anasir subversif asing daripada Filipina, sudah pasti jika tuntutan Kiram III dibenarkan untuk mendapatkan semula Sabah untuk mengembalikan Kesultanan Sulu akan menyebabkan Sabah “hilang” daripada peta Malaysia!
Jelas tuntutan ini tidak menasabah. Rakyat Sabah sendiri melalui referendum Suruhanjaya Cobbolt telah memilih untuk menyertai Persekutuan Malaysia. Tidak ada paksaan, tidak ada peperangan, tidak ada rampasan. Ianya pilihan rakyat Sabah sendiri untuk menyertai Persekutuan Malaysia.
Kalau tuntutan Kiram III dibenarkan, bermakna Selatan Thai wajib diserahkan semula kepada Kerajaan Malaysia, Singapura wajib dipulangkan kepada Kerajaan Johor-Riau, Pulau Pinang wajib diserahkan kembali kepada Kerajaan Kedah; malah Israel wajib diserahkan semula kepada Kerajaan Palestin!
Persoalannya ialah, apa atau siapa dalang yang menyebabkan atau mendorong Kiram III memilih menceroboh dan menyerang Sabah? Apa tujuan dan matlamat dalang-dalang ini?
Teman tertarik dengan penglibatan Tianchua dan Sivarasa dalam isu Sabah ini. Sekarang sudah terbongkar kedua-dua orang kanan Anwar ini telah pergi ke Filipina. Ini diakui sendiri oleh Anwar (yang mendakwa kedua-dua Naib Presiden PKR ini pergi ke Manila untuk tujuan lain kononnya). Apa tujuan mereka? Siapa yang mereka temui?
Malah kini sudah terbongkar Anwar pernah beberapa kali bertemu dengan Nur Misuari, pemimpin Moro Nationalist Liberation Front (MNLF). Dan kini terbukti Nur Misuari adalah penyokong tegar kepada Kiram III. Dan kita tahu dalam memainkan peranan mendamaikan Bangsamoro dengan Kerajaan Filipina, Kerajaan Malaysia menggunakan networking Moro Islamic Liberation Front (MILF) dan bukan MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari!
Tian Chua dan Sivarasa? Apa penglibatan mereka dalam isu pencerobohan, serangan dan pembunuhan kejam anggota keselamatan Malaysia di Sabah? Teman mendesak Kerajaan menyiasat dengan terperinci kegiatan kedua pembangkang ini. Adaklah mereka terlibat?
Mungkin ada yang sudah lupa, inilah dua karektor antara mereka yang yang terlibat secara langsung dalam isu pemisahan Timor Timur daripada Indonesia sekitar tahun 1990an.
Pada 09 Nov 1996, kedua-dua karektor ini adalah antara mereka yang menggunakan platform pertubuhan yang tidak berdaftar Suaram menganjurkan sidang Asia Pacific Conference on East Timur 2 (dikenali dengan singkatan Sidang APCET II). Sidang ini dianjurkan di Hotel Asia di Chow Kit, Kuala Lumpur. Ianya adalah susulan daripada Sidang APCET I yang diadakan di Manila pada bulan Mei 1994.
APCET adalah forum yang digunakan untuk membawa isu pembebasan Wilayah Timor Timur daripada Indonesia. Dan gerakan ini bermula dengan pelancaran serangan bersenjata oleh pemimpin etnik Timor Timur bernama Gusmao. Serangan ini berjaya ditumpaskan oleh ABRI dan Kerajaan Indonesia. Gusmao dihadapkan ke Mahkamah Indonesia dan dihukum penjara 20 tahun.
Insiden ini dijadikan modal untuk membawa isu kemerdekaan Timor Timur. Dalang-dalang gerakan ini menggunakan tekanan antarabangsa. Antaranya mereka berjaya mempengaruhi Nelson Mandela, dan Ramos Horta untuk bersama menyokong gerakan ini. Hinggakan Gusmao diberikan anugerah Nobel untuk kononnya menghargai perjuangannya.
Kerajaan Indonesia sangat tidak berpuashati dengan tindakan Suaram dan beberapa NGO lain mengadakan Sidang APCET II di Kuala Lumpur. Indonesia merasakan sebagai negara saudara kembar yang serumpun, Malaysia tidak wajar membenarkan isu kedaulatan Indonesia dan wilayahnya dibincangkan di Kuala Lumpur.
Namun Kerajaan Malaysia yang mengamalkan sikap terbuka dan memberi kebebasan bersuara kepada rakyatnya, dan tidak mengenakan halangan untuk Sidang APCET II diadakan.di Kuala Lumpur. Namun diperingkat rakyat, jelas penentangan terhadap campurtangan asing dalam hal kedaulatan Indonesia membangkitkan rasa marah rakyat Malaysia.
Maka rakyat Malaysia, dipelopori oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menggerakkan massa dengan menubuhkan Barisan Bertindak Rakyat Malaysia yang diketuai oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO masa itu Saifuddin Nasution Ismail.
BBRM telah mengadakan protes besar-besaran pada 09 Nov 1996 dihadapan Hotel Asia diwaktu Sidang APCET II sedang berjalan. Apabila penganjur dan hadirin sidang itu enggan bersurai, Saifuddin Nasution Ismail dan gerombolan BBRM telah merempuh masuk kedalam bilik sidang dan cuba menghentikan sidang tersebut. Habis kerusi meja terbalik, malah ada antara mereka berdiri diatas meja dan melaung-laungkan bantahan.
Sidang APCET II akhirnya terpaksa bersurai. Pihak polis telah membuat beberapa tangkapan, termasuk ke atas Saifuddin Nasution Ismail. Mereka dihadapkan ke Mahkamah dan dikenakan hukuman.
Hari ini Saifuddin Nasution Ismail adalah Setiausaha Agong PKR merangkap Ahli Parlimen Macang! Tianchua dan Sivarasa pula adalah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu & Subang bagi PKR.
Betapa ironisnya dunia politik ini. Dahulu bermusuhan sehingga bersepak terajang, hari ini bercium sekatil; sebantal!
Akhir kalam, wilayah Timor Timur diberi kemerdekaan oleh Kerajaan Indonesia pada 20 Mei 2002, setelah rakan baik Anwar Ibrahim iaitu Pak Gusdur yang buta menjadi Presiden Indonesia!
Indonesia hilang sebuah wilayah!
Tianchua dan Sivarasa adalah antara karektor yang terlibat secara langsung dalam APCET. Dan Pak Gusdur, rakan baik Anwar akhirnya memberikan kemerdekaan kepada wilayah Timor Timur dengan nama baru Timor Leste. Gusmao akhirnya menjadi Presiden pertamanya, dan Timur Leste berubah menjadi sebuah negara kristian dengan bantuan ketenteraan daripada Australia!
Apakah lirik lagu “Sabah kan hilang” yang sentiasa didendangkan oleh Anwar Ibrahim dalam siri-siri ceramahnya dimerata tempat dinegara ini sebagai satu tanda dan isyarat bahawa ada satu konspirasi jahat dan halus untuk menyebabkan Malaysia kehilangan Wilayah Sabah, sebagaimana Indonesia kehilangan Wilayah Timor Timur? – ZulNordin


Dakwaan ini dikuatkan dengan pendedahan Ng Lum Yong,Suaram telah menyalurkan wang RM2juta USD kepada pihak pengganas untuk menyerang Sabah.
Tindakan Tian Chua yang secara terbuka menghina institusi keselamatan negara tak lebih kepada satu provokasi,Anwar pula sejak beberapa bulan yang lalu turut membayangkan sesuatu yang besar akan berlaku di Sabah .
Hari ini Malaysiakini menyiarkan NGO pro pakatan yang mendesak agar Kerajaan Malaysia meletak senjata dan menerima gencatan senjata yang ditawarkan oleh Jamalul Kiram.Tahukah anda selepas ini Anwar akan tampil kedepan kononnya beliaulah penyelamat konflik Sabah,manakala kumpulan penceroboh yang dipergunakan oleh pakatan secara tiba tiba akan membuat pengumuman berdamai setelah berunding dengan Anwar.
Soal memisahkan Sabah dari Malaysia adalah cukup mustahil,tetapi menawarkan Sabah sebagai pengkalan Tentera Amerika bagi mengantikan pengkalan Clark di Cebu Filipina pernah didedahkan oleh Dr Chandra Muzafar 4 tahun yang lalu. Rujuk artikel ini :klik sini
Anwar juga membuat perjanjian dengan Amerika jika beliau dibantu untuk menjatuhkan kerajaan BN,beliau menjanjikan sebuah pengkalan tentera Amerika untuk ditempatkan dinegara Malaysia dan ini menjadi salah satu punca kenapa Dr Chandra Muzafar keluar parti pada ketika itu.
Bagi Anwar,Tian Chua da pemimpin pakatan,apalah sangat dengan nyawa anggota keselamatan,mereka cuma anggap ini sebagai coleteral damage dalam perjalanan untuk mendapatkan kuasa politik. Ringan mulut mereka untuk memperlekehkan pengorbanan yang dilakukan oleh para anggota keselamatan kerana pada anggapan mereka selama ini Polis dan Tentera tak lebih kepada anjing Umno dan Kerajaan BN.

No comments:

Post a Comment