Fokus PRU 13: Shah Alam kerusi panas
25 September 2012

DR MOHD AZIZUDDIN
SHAH ALAM – Pemilihan calon dikenali dalam kawasan menjadi faktor penentu kemenangan parti bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin dilihat calon sesuai bertanding mewakili parti masing-masing yang menyaksikan berlaku persaingan hebat.
Beliau berpendapat, Khalid mungkin akan dikekalkan bertanding di kerusi tersebut seiring popularitinya dalam kalangan masyarakat setempat, selain kekuatannya sebagai pemimpin kelompok profesional dalam Pas.
“Ada kemungkinan Khalid akan kekal kerana golongan profesional seperti beliau kuat dalam Pas. Beliau juga ada peluang untuk menang,” katanya.
Mengulas potensi calon BN, Dr Mohd Azizuddin berkata, merujuk merit, Ahmad Nawawi dianggap paling sesuai seiring kedudukan beliau sebagai Ketua Umno Bahagian Shah Alam.
“Memang kalau ikut merit, ketua bahagian layak untuk bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun) walaupun beliau pernah kalah ketika bertanding untuk Dun Kota Anggerik pada pilihan raya lalu.
“Jika calon yang dipilih bukan (berada) dalam kawasan bertanding, susah hendak menang sebab tiada sokongan akar umbi dan timbul elemen sabotaj sesama ahli parti,” katanya.
Ditanya kemungkinan Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Noor bakal dicalonkan BN, Mohd Azizuddin menyifatkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu ‘ada juga bayangan’.
Menurutnya, siapa pun calon tersebut, apa yang penting kerusi Parlimen Shah Alam itu perlu dimenangi parti pemerintah negeri supaya tidak timbul masalah pentadbiran di kemudian hari.
Katanya, semua parti yang bertanding perlu kreatif semasa berkempen kelak dan mereka perlu mengemukakan dasar kawasan atau negeri untuk menawan hati pengundi di Shah Alam.
“Kalau beri bantuan saja, tak jalan. Parti-parti kena fikir lebih kreatif untuk menawan hati pengundi sebab Shah Alam ini kawasan bandar dan rakyatnya pula semua mempunyai pengetahuan luas dan jaringan maklumat yang banyak,” katanya.

No comments:
Post a Comment