Gelaran Huguan Siou Untuk Anwar Memang Wajar

Hakikatnya, Anwar selayaknya mendapat gelaran tertinggi itu (yang setakat ini hanya dianugerahkan kepada beberapa orang pemimpin asal Sabah), berdasarkan jasanya yang begitu banyak terhadap rakyat negeri tersebut, sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.
Penulis telah menerangkan beberapa hari lepas bahawa istilah ‘kadazandusun’ ini tidak wujud dari segi sejarah.
Yang ada hanyalah etnik Kadazan dan Dusun yang sepatutnya wujud berasingan. Justeru, penggabungan itu mengubah keseluruhan struktur masyarakat kadazandusun di Sabah, tidak terkecuali anugerah ‘Huguan Siou’ ini juga yang sekarang boleh dianugerahkan kepada orang selain dari kaum tersebut, tidak terkecuali Anwar.
Orang seperti Presiden PBS, Tan Sri Pairin Kitingan (juga pemegang gelaran ‘Huguan Siou) yang lantang mempertikaikan penganugerahan ini sepatutnya cermin diri sendiri dulu sebelum boleh bersuara.
Tidak ada siapa yang mahu mendengar komen dari orang yang mempunyai rasa dendam dan sakit hati keterlaluan terhadap Anwar kerana dinafikan hak menjadi Ketua Menteri Sabah pada 1994 berikutan keluarnya 3 ADUN PBS untuk menyertai BN.
Umum tahu, Pairin menyalahkan Anwar sepenuhnya kerana perkara tersebut berikutan peranan yang dimainkan Anwar pada waktu itu atas kapasiti sebagai Timbalan Perdana Menteri BN. Pairin sepatutnya melupakan sahaja perkara tersebut kerana selain sudah lama berlalu, masyarakat Kadazandusun itu juga sudah banyak berubah.
Seharusnya Pairin berlapang dada dan berbangga kerana masyarakat Kadazandusun sudah boleh menerima seorang lagi pemimpin agung dari luar, tidak setakat dari kalangan masyarakat tersebut sahaja.
Begitu juga dengan pemimpin seperti Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafei Afdal.
Jika Anwar berjaya dilantik menjadi Perdana Menteri, penghormatan itu akan turut sama dirasai masyarakat Kadazandusun, bahkan mencipta sejarah tersendiri bagi kaum hibrid tersebut. Siapa sangka seorang Perdana Menteri akan dilantik dari kalangan masyarakat kadazandusun, tak bangga ke?
Sampai mati pun penulis rasa tidak akan datang peluang itu, melainkan melalui penganugerahan seumpama ini ke atas Anwar.
No comments:
Post a Comment