Hapus AES, bukti Pakatan dengar keluhan rakyat
Harakahdaily, | 25 Feb 2013 |
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Datuk Mahfuz Omar, pengumuman tersebut menunjukkan betapa Pakatan Rakyat komited menghapuskan sistem yang dilihat lebih kepada mencari keuntungan dan pada masa sama mengainaya rakyat.
"Saya orang paling gembira dengan pengumuman ini bila isu yang Kase perjuangkan selama ini dimasukkan dalam manifesto Pakatan Rakyat.
"Pengumuman ini menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat sangat perihatin dengan keluh kesah rakyat berhubung saman AES ini," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tawaran pemansuhan sistem itu dalam manifesto Pakatan Rakyat yang diumum sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Shah Alam hari ini.
Menurut Mahfuz lagi, tawaran tersebut juga membuktikan bahawa Pakatan Rakyat benar-benar mahu membebaskan rakyat dari segala sistem yang mencengkam mereka selama ini.
Dengan tawaran ini ujarnya, rakyat boleh membezakan pihak mana yang lebih memahami penderitaan mereka berbanding pihak satu lagi yang mengambil kesempatan mempergunakan wang rakyat untuk kepentingan kroni.
No comments:
Post a Comment