Manifesto: Najib Janji Capati, Anwar Janji Teppanyaki
MINGGU depan, Pakatan Rakyat akan membentangkan
Manifesto Rakyat yang menyenaraikan semua komitmen Pakatan Rakyat jika Putrajaya
berjaya ditawan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana
Menteri.
Penulis sempat melihat sekali imbas
sahaja draf
Manifesto tersebut kerana berbanding dengan dokumen-dokumen lain
sebelum ini, penulis rasa inilah kali pertama tahap kerahsiaan yang begitu
tinggi diguna pakai untuk melindungi kandungan Manifesto tersebut.
Alasannya, kerana takut pihak lawan mendapat
maklumat awal dan cuba meniru apa yang cuba dilakukan Pakatan Rakyat.
Tapi apa yang boleh penulis katakan ialah,
Manifesto ini akan menjadi hadiah terbesar dari Pakatan Rakyat kepada
warganegara Malaysia ini. Dalam sejarah 55 tahun kemerdekaan negara, inilah
janji terbaik yang pernah diberikan mana-mana parti politik kepada rakyat negara
ini.
Bukan setakat menyaingi janji-janji murah
Najib, tapi juga mengatasinya dalam masa yang sama.
Antara yang boleh penulis senaraikan ini
adalah penurunan harga minyak sebanyak 70 sen,
pendidikan percuma di semua peringkat, penghapusan PTPTN, kesihatan percuma,
tol percuma, air percuma, bil elektrik percuma (bagi golongan yang layak),
kereta murah, cukai pendapatan dihapuskan, cukai pintu diturunkan, rumah murah
dan sebagainya.
Harga semua
barangan keperluan akan diturunkan, beras, gula dan minyak masak tidak akan
dinaikkan selagi Pakatan Rakyat memerintah, bas percuma untuk golongan pelajar,
orang tua dan OKU, gaji minimum sebanyak RM 1,100, elaun suri rumah, elaun
siswazah menganggur dan subsidi kerajaan untuk melahirkan anak di hospital
swasta sebanyak RM 3,000.
Bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat Felda
pula, Pakatan Rakyat akan membeli tanah-tanah milik
peneroka Felda untuk dibangunkan dengan bangunan komersial yang boleh menjana
lebih banyak peluang ekonomi dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat
Malaysia.
Pakatan Rakyat beranggapan, 10 ekar tanah untuk diusahakan satu orang peneroka adalah
pembaziran yang nyata terhadap penggunaan tanah di negara ini, adalah lebih baik
tanah itu dibangunkan bagi membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk
mengusahakannya.
Pakatan Rakyat juga
akan meneruskan pemberian wang tunai kepada rakyat sama seperti BR1M, tapi
dengan menggunakan nama lain dan jumlahnya akan dinaikkan kepada RM 1,000 atau
lebih.
Begitu juga dengan
kelayakan minimum yang sekarang terhad kepada RM 3,000 untuk satu isi rumah
dibawah BR1M, akan dinaikkan kepada RM 5,000.
Dalam masa yang sama, penulis juga tahu
penyokong BN sudah mula memperlekehkan Manifesto yang bakal ditampilkan Pakatan
Rakyat sejak pengumuman mengenainya dibuat semalam oleh Pengarah Strategik PKR,
Rafizi Ramli. Maklum sahajalah, ada beberapa kerajaan negeri dibawah pimpinan
Pakatan Rakyat yang didapati gagal melaksanakan janji manifesto PRU yang
lepas.
Untuk ini, penulis ingin mengatakan bahawa
Pakatan Rakyat meminta maaf dan berjanji akan memperbaiki keadaan tersebut
dengan lebih baik lagi selepas dipilih menggantikan BN di Putrajaya nanti.
Yang penting, kalau mahu semua janji-janji
tersebut dilaksanakan, mesti mau undi Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment