Royalti minyak: Permohonan Kelantan dapatkan dokumen ditolak
26 April 2012

Husam (kanan) berbincang dengan peguam Kelantan, Tommy Thomas.
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak dua permohonan Kerajaan Kelantan dalam kes menuntut royalti minyak daripada Petronas.
Permohonan pertama menuntut Petronas menyerahkan notis penzahiran yang membolehkan Kelantan memperolehi 38 data atau dokomen seperti penyata akaun dan agihan wang minyak dari Petronas manakala permohonan kedua adalah memohon mahkamah mengguna pakai Aturan 14A dan/atau Atuan 33 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 bagi menuntut pendedahan terma penyelesian luar mahkamah yang dimeterai antara Terengganu dan Petronas berhubung saman royalti minyak yang dituntut negeri itu.
Panel tiga Hakim Datuk Ramly Ali; Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Lim Yee Lan sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati tiada asas untuk mahkamah memberi kebenaran.
Susulan itu, Kelantan diperintah membayar kos kepada Kerajaan Persekutuan dan Petronas masing-masing RM50,000.
Bagaimanapun, ketiga-tiga pihak mencapai persetujuan untuk membuat pembayaran kos atas kos iaitu pihak kalah tanggung semua kos selepas perbicaraan penuh berakhir.

Hakim turut membenarkan penggantungan prosiding sementara menunggu Kelantan meneruskan permohonan ke Mahkamah Persekutuan bagi menuntut perkara sama.
Peguam Tommy Thomas dan Nur Ashikin Abdul Rahim mewakili kerajaan negeri Kelantan; Tan Sri Cecil Abraham dan Rishwant Singh mewakili Petronas, dan Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi, dari Pejabat Peguam Negara, mewakili kerajaan persekutuan.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa.
Pada 3O Ogos tahun lalu, Kelantan menyaman Petronas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti yang dianggarkan RM800 juta setahun sejak 2005.
Dalam samannya, kerajaan negeri itu antara lain menuntut supaya dikeluarkan perintah terhadap Petronas agar membuat bayaran penuh dan mendedahkan semua fakta berkaitan tunai yang patut dibayar kepada Kelantan; termasuk sepanjang tempoh petroleum diperoleh di luar pesisir Kelantan; kawasan atau blok dari tempat petroleum diperolehi.
Kerajaan negeri itu juga memohon semua bayaran wang tunai tertunggak yang ditentukan oleh mahkamah perlu dibayar dalam masa sebulan dari tarikh perintah mahkamah dikeluarkan.
Selain itu, Kelantan juga memohon dikeluarkan perintah bahawa semua bayaran wang tunai pada masa depan seperti ditetapkan dalam perjanjian Petroleum itu, perlu dibayar kepada negeri oleh Petronas.
Dalam saman itu, kerajaan negeri menjelaskan Perjanjian Petroleum Kelantan yang dimeterai pada 9 Mei 1975, jelas menyatakan Petronas perlu membayar secara tunai lima peratus pengeluaran minyak sama ada daripada cari gali di pesisir atau luar pesisir.
Kelantan hanya menamakan Petronas sebagai responden tunggal namun, pada 22 Mac Kerajaan Persekutuan telah memohon untuk menjadi responden ke dua dalam kes itu dan dibenarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada prosiding, Tommy menghujahkan Petronas perlu mendedahkan terma penuh penyelesian luar mahkamah yang dimeterai dengan Terengganu kepada Kelantan.
“Ini kerana perjanjian antara kedua-dua negeri dengan Petronas adalah 100 peratus sama,” katanya.
Pada 2002, Terengganu yang dipimpin Pas ketika itu menyaman Kerajaan Persekutuan dan Petronas kerana tidak memberikan wang royalti minyak lima peratus kepada kerajaan negeri.
Terengganu kemudian menggugurkan kes dan mencapai penyelesaian bersama luar mahkamah.
Apabila Terengganu mencapai persetujuan luar mahkamah dengan Petronas, Kelantan memfailkan prmohonan di mahkamah menuntut penzahiran dokumen mengenai penyelesaian itu didedahkan.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dan Kelantan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan, di sini.
No comments:
Post a Comment