Friday, February 15, 2013

PKR, tiada isu dengan logo genggaman putih, kata PSM


PKR, tiada isu dengan logo genggaman putih, kata PSM
8:10PM Feb 15 2013 
Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyangkal kenyataan pemimpin utama Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kemungkinan berlaku kekeliruan berkaitan logo parti itu dan menegaskan bahawa tiada isu berhubung dengan simbol genggaman putih tersebut.

Sebaliknya, Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan (kanan) berkata, PAS percaya ketua umum PKR itu mungkin terserempak dengan beberapa penyokong PKR yang tidak puas hati semasa lawatannya ke Sungai Siput, yang mahu bertanding di situ atau untuk PSM menggunakan logo PKR.

"Secara jujur, saya tidak nampak penduduk luar bandar mempersoalkan PSM tentang siapa Che Guevara atau Mao (Zedong)," kata Arutchelvan dalam satu kenyataan hari ini.
PSM secretary-general S Arutchelvan at bar council forum 2"Mereka (majoriti rakyat) hanya mahu tahu sama ada anda dengan 
BN atau tidak? Asal bukan Umno."

Malam tadi, Anwar yang juga ketua pembangkang berpendapat logo PSM mungkin tidak sesuai untuk digunakan dalam pilihan raya umum akan datang.

Anwar dilaporkan berkata semasa ke Sungai Siput bulan lalu, beliau lihat ada sentimen di bawah yang sangat runsing untuk menerima lambang baru itu yang dianggap 'macam-macam'.

"Tahu-tahulah dalam propaganda sekarang ini, (dianggap) komunislah, (Che) Guevara-lah, Mao Zedong-lah," kata Anwar lagi.

Mengulas lanjut, Arutchelvan berkata simbol genggaman itu popular di kalangan NGO semasa Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur bulan lepas.

"Genggaman itu juga digunakan oleh kumpulan anti-Lynas, kumpulan pelajar, Asalkan Bukan Umno (ABU) dan yang lain-lainnya, tetapi mereka tidak dituduh sebagai komunis."

Beliau mengingatkan bahawa walaupun saingan politiknya, kerajaan BN, cuba mencemarkan PSM semasa tangkapan Ordinan Darurat (EO) pada 2011, tetapi ia gagal kerana "rakyat tidak termakan cerita tersebut".

Enam pemimpin PSM ditangkap semula polis di bawah Ordinan Darurat selepas mereka dibebaskan daripada tahanan reman semasa siasatan berhubung tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Adalah dipercayai bahawa tangkapan tersebut berkaitan dengan tindakan polis sebelum perhimpunan Bersih 2.0.

No comments:

Post a Comment