Hina Permaisuri Agung: PR Akan Pastikan Keadilan Untuk Leong Pei Koe

TINDAKAN seorang ahli DAP Pulau Pinang, Leong Pei Koe yang di dakwa menunjukkan isyarat lucah kepada DYMM Raja Permaisuri Agung semalam telah benar-benar memberikan kesan yang buruk kepada DAP, Pakatan Rakyat dan masyarakat cina di negeri tersebut.
Dikhabarkan Pei Koe telah mengakui perbuatannya itu semasa sesi soal siasatan dengan pihak polis.
Sudah cukup teruk Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN pada hari sama yang turut menampilkan penyanyi popular, Psy, mendapat sambutan dari ratusan ribu rakyat Pulau Pinang, kejadian seumpama ini hanya menguatkan lagi tanggapan salah yang berlegar selama ini bahawa DAP adalah sebuah parti rasis dan pro republik.
Bagaimanapun, selaras dengan konsep keadilan sejagat, innocent until proven guilty (tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah), Pakatan Rakyat malam semalam telah memutuskan untuk menyediakan khidmat guaman yang secukupnya untuk Pei Koe – secara percuma.
Walau apa pun yang dikatakan orang tentang Pei Koe, dia masih layak mendapat keadilan dibawah undang-undang. Tidak ada siapa pun yang berhak menafikan hak tersebut.
Lagipun Pakatan Rakyat berpendapat, walaupun tindakan itu memang kurang ajar dan melanggar undang-undang, tapi ia masih lagi satu kesalahan yang dikirakan cukup kecil berbanding dengan lebih banyak kebobrokan yang dilakukan UMNO dan Barisan Nasional selama mereka memerintah negara ini.
Terlalu kecil.
Begitu juga dengan sifat perkauman yang dituduh kepada Pei Koe ini, ia juga wujud dalam mana-mana masyarakat dan individu bukan dikalangan orang cina sahaja, cuma tidak ditunjukkan secara terang-terangan seperti dalam kejadian semalam.
Secara tak langsung, ia juga menunjukkan Pei Koe seorang yang berani, berani untuk menyatakan pendirian walaupun dengan cara yang mungkin salah dari pandangan undang-undang dan separuh masyarakat kita.
Bagaimanapun, ini bukan soal berani atau tidak, ini soal ‘pelanggaran’ undang-undang dan seharusnyalah ia ditangani dengan cara undang-undang juga.
Penulis juga merasakan pihak polis perlu memberikan perlindungan keselamatan ke atas Pei Koe sepanjang menanti pengurusan kesnya ini. Dibimbangi ada pihak-pihak dari pelampau Melayu yang akan mengancam keselamatan Pei Koe dan mungkin juga keluarganya.
No comments:
Post a Comment