Saturday, February 2, 2013

Nasha nak terus perjuangkan Islam dan membela melayu?

Nasha nak terus perjuangkan Islam dan membela melayu?
Posted on Sunday, February 03 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

ResponOleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Ustaz Nasha ketika ditanya mengenai kedudukannya berkata beliau akan terus bersama Pas untuk memperjuangkan Islam dan "MEMBELA MELAYU", ada bau budu UMNO dalam kenyataan ini. Kalau nak bela Islam kenapa dikaitkan dengan membela melayu? 


Agak agak Nasha akan kekal dalam Pas kalau begini cara beliau bersuara? Begitu juga ketika menjustifikasikan lawatannya ke Mekah dan Gaza bersama rombongan Najib, beliau berkata demi perjuangan Islam. Katanya lagi BN/UMNO menerima pendiriannya sacara terbuka tanpa mengambil kira keahlian partinya.

Betul kah begitu? Bagaimana pula pendirian Nasha mengenai kewajiban UMNO sebagai ulul amri yang enggan melaksanakan peraturan hidup Islam seluruhnya? Apakah Nasha juga secara terbuka menerimanya? Apakah kerana tidak setuju dengan cara Pas bekerjasama dalam PR, Nasha mempunyai hak untuk bersama UMNO dalam perjuangan Islam? Rasanya lebih tepat kalau Nasha tidak menyebut perjuangan Islam cukup sekadar untuk "MEMBELA MELAYU" untuk menjustifikasikan hubungannya dengan UMNO.

Nasha juga berjangkit penyakit parasit Hassan Ali. Siapakah parasit yang sebenarnya? Apakah Mat Sabu yang mengalahkannya dalam pertandingan Timbalan Presiden?

Malang sungguh Nasha boleh berjangkit penyakit Hassan Ali yang sudah kehilangan arah.

Kalau benar Nasha mahu meneruskan perjuangan Islam, tidak ada sebab baginya untuk bersama UMNO dalam apa jua alasan sekalipun. Masakan Nasha tidak sedar bagaimana seorang demi seorang pemimpin UMNO menghina Islam, enggan malah menentang usaha melaksanakan hukum jinayah Islam seperti yang berlaku di Kelantan dan Terengganu. Masakan Nasha sudah lupa bagaimana UMNO dengan megahnya menganjur konsep k-pop yang penuh dengan maksiat dan kemungkaran.

Nasha satu ketika dulu pernah mengetuai satu pasukan yang ditubuhkan oleh Pas untuk berinteraksi dengan non-muslim sebagai satu usaha Pas memperkenalkan Islam yang sebenarnya kepada non muslim. Ketika itu kalau tak silap masih belum ada PR, jadi ketika adanya PR di mana peluang untuk memperkenalkan Islam kepada non muslim terbuka luas, kenapa Nasha menyalahkan PR pula?

Kenapa Nasha berkata Pas sekarang melebihi politik dari ugama? Masakan Nasha lupa Islam itu adalah carahidup yang di dalamnya termasuk juga politik. Apakah selama ini Nasha tidak sedar bagaimana Pas terlibat dalam politik sekalipun tidak bersama PR? Atau apakah Nash ingin memberitahu kita semua bahawa Pas sebelum ini hanya duduk di surau masjid bertahajud tanpa terlibat dengan isu isu politik yang berlaku? Kalau begitu buat apa Pas terlibat secara besar besaran ketika Mohd Azman dan Suwandi ditembak di Batu Buruk? Kenapa Pas terlibat secara besar besaran di kuala Terengganu sejurus ditewaskan secara kotor pada PRU 2004? Apakah ketika ini sudah ada PR? Begitu juga ceramah ceramah Pas tidak pernah lekang di adakan sejak sebelum adanya PR lagi. 


Oleh itu, kalau sekarang Pas terlibat dengan perhimpunan BERSIH, terlibat dengan HKR serta terlibat dengan ceramah ceramah politik bersama rakan rakan PRnya, dikatakan sudah mengikut telunjuk DAP dan PKR? Lagipun Ust. Nasha turut terlibat dengan BERSIH di peringkat awalnya semat mata untuk melihat keadilan ditegakkan di bumi Malayia. Tapi kenapa sekarang Ust. Nasha sudah tidak menghiraukan lagi aspek keadilan yang pernah diperjuangkannya dan kosistant dengan ajaran ISLAM?

Begitu juga dalam isu isu yang sengaja dibangkitkan oleh UMNO seperti isu kalimah ALLAH dan isu Islam liberal Nurul Izzah, Ust. Nasha beriya iya membantah seperti UMNO sedangkan Ust. Nasha tahu ianya hanyalah provokasi yang dialunkan oleh pencacai UMNO sahaja. Pelik!

Nasha hanya membohongi dirinya sendiri ketika berkata Pas sudah melencong kerana parasit dan PR. Ini adalah kerana Pas menjadi semakin kuat dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat termasuk artis. Pas menjadi semakin kuat kerana PR dan kekuatan yang ada pada Pas tidak sedikitpun kelihatan menjejaskan perjuangan asal mereka kecuali sedikit haru biru yang disebabkan oleh Hassan Ali dan Ustaz Nasha.

Ust. Nasha mula bercakap tentang pembelaan melayu yang ada bau budu UMNO. Ust Nasha sekarang sudah pandai mengaitkan Islam dengan melayu. Sejak bila Ust. Nash jadi pembela melayu? Apakah sejak beliau berbaik baik dengan Najib dan UMNO?

Ust. Nasha juga menafikan beliau menerima sebarang habuan kerana bersama Najib dan UMNO tetapi tidak pula dinyatakan siapakah yang membiayai perbelanjaannya ketika bersama Najib di Mekah dan Gaza. Apakah dengan wang poketnya sendiri?

Lagi pula apakah relevennya lawatan ke Mekah dan Gaza bersama Najib kepada perjuangan Islam?

Sedar atau tidak, Ust. Nasha sekarang hanyalah radio UMNO samada dibayar atau tidak! Trade marknya,

1-PERJUANGAN ISLAM DAN MEMBELA MELAYU. 

2-Pas sekarang melebihkan kepentingan politik dari ugama. 

No comments:

Post a Comment