Jemaah masjid protes isu kalimah ALLAH
4 Februari 2013

Ahli jemaah Masjid Sura dan ahli ISMA berhimpun selepas solat Isyak bagi menyatakan bantahan berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab Bible.
DUNGUN – Lebih 100 ahli jemaah Masjid Sura mengadakan bantahan terbuka terhadap penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab Bible yang mencetuskan kontroversi.
Bantahan yang diketuai Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Dungun (ISMA), Jailani Ibrahim itu antara lain mendesak agar penggunaannya dihentikan serta merta kerana dikatakan mencemarkan kesucian agama Islam, selain merendahkan martabat ALLAH.
Jailani berkata, pihaknya juga mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
“Kita kesal dengan apa yang berlaku, seolah-olah mereka tidak menghormati kesucian agama kita dengan mempermainkan kalimah suci ini,” katanya.
Ahli jemaah yang mengadakan protes selepas solat Isyak itu turut membawa poster yang mengecam perbuatan berkenaan yang disifatkan biadab dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
ISMA difahamkan turut mengadakan protes dengan menghantar petisyen kepada pihak terbabit berkaitan isu kalimah suci itu.

No comments:
Post a Comment