Sunday, December 30, 2012

Jakim: Tindakan pada Hadi jika pertahan 'amanat'

Jakim: Tindakan pada Hadi jika pertahan 'amanat'
12:42PM Dis 30 2012 
Ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha berkata tindakan boleh diambil ke atas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya presiden PAS itu tetap mahu mempertahankan satu amanat kontroversi pada 1981 yang didakwa mengkafirkan Umno.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, Othman berkata jabatan itu bagaimanapun akan memanggil Abdul Hadi terlebih dahulu dan mahu presiden parti tersebut menarik balik amanat berkenaan.

"Kesan amanat itu besar, mereka lepaskan kepada masyarakat dan tidak cuba memperbetulkan semula, tuduh orang Islam lain tidak boleh kawan, kafir.

"Kalau kita lihat, di negara Arab mereka berpecah-pecah soal mazhab, kita di sini soal amanat... sebenarnya mengkafirkan orang (Islam) lain itu lebih parah," katanya.

Beliau turut mengakui bahawa tindakan telah dijalankan ke atas isu berkenaan sebelum ini dan mendakwa jabatan itu mempunyai bukti berhubung elemen mengkafir itu.

"Benda ini (amanat) pun sudah lama, tindakan pun sudah diambil, tapi timbul balik... Mengikut rekod kami yang dikumpul sejak amanat itu diucapkan, elemen mengkafir itu jelas ada.

"Kami ada bukti dan simpan semua termasuk rakaman ceramah mereka. Kesan apa yang mereka ucapkan itu juga berlaku termasuk dalam majlis perkahwinan, kenduri kendara, makan sembelihan orang Umno tak boleh," katanya.

MP Shah Alam Khalid Samad pada hujung minggu lalu menjelaskan bahawa petikan ucapan Abdul Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli Umno.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi amanat itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.

Peluk Islam jika mahu guna kalimah Allah, kata Harussani

Peluk Islam jika mahu guna kalimah Allah, kata Harussani
Posted on Sunday, December 30 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori


Berita Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Mana-mana pihak selain orang Islam yang berkeras ingin menggunakan kalimah “Allah” perlu memeluk agama Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.


Ulama yang terkenal dengan sifat tegasnya itu berkata, perkataan Allah itu adalah eksklusif untuk masyarakat Islam dan penganut agama selain Islam tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu kerana ia telah dienakmenkan dalam undang-undang negeri di setiap negeri di negara ini.

“Penggunaan kalimah Allah itu telah dienakmenkan setiap negeri ... mereka sengaja mahu melakukan provokasi supaya orang Islam melatah,” tegas Harussani (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider.


Pertikaian mengenai penggunaan kalimah Allah kembali hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas baru-baru ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan penggunaan kalimah itu untuk Bible berbahasa Melayu.

“Kalau nak pakai kalimah Allah, masuk Islam,” tegas Harussani.

Beliau turut menegaskan, sekiranya perkataan Allah itu dibenarkan untuk komuniti bukan Islam, ia bakal mengundang kekeliruan kepada masyarakat Islam.

“Kalau mereka (Kristian) gunakan nanti ada kekeliruan kepada orang Islam.

“Orang Kristian jangan sibuk dengan agama Islam, jaga agama mereka sendiri,” katanya lagi.
Harussani bagaimanapun menasihati masyarakat Islam di negara ini agar tidak cepat melatah berhubung perkara itu walaupun menegaskan mereka perlu membantah tuntutan tersebut.

“Orang Islam pula perlu membantah, namun jangan cepat melatah,” tambahnya.

Adalah melanggar prinsip perlembagaan untuk menghalang sesiapa menggunakan perkataan “Allah”, kata hari ini, menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010 tidak terpakai kepada bukan Islam. 
Dalam satu kenyataan, Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) melalui presidennya Jagir Singh menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai untuk orang bukan Islam, dan majlis itu tidak mempunyai bidang kuasa langsung ke atas orang bukan Islam dan tidak boleh mengeluarkan fatwa melarang masyarakat dari menggunakan perkataan tertentu. 

Beliau juga menyebut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, yang katanya tidak membenarkan apa-apa sekatan terhadap orang bukan Islam. 

“Fatwa adalah nasihat secara semula jadi dan tidak terpakai kepada orang bukan Islam. Selain itu, mana-mana fatwa yang dikeluarkan bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara (perlembagaan persekutuan) menyalahi undang-undang dan tidak sah, “katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam. 

Setiausaha Agung DAP mencetuskan kegemparan apabila beliau menggesa kerajaan persekutuan untuk membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam Bible Kristian versi Bahasa Melayu. 
Beliau menegaskan bahawa ini dibenarkan di Sabah dan Sarawak semenjak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun. 

Tetapi rakan kongsi DAP, PAS masuk ke dalam gelanggang untuk mempertikaikan panggilan Lim, menegaskan bahawa orang Kristian tidak perlu menggunakan ia di dalam Alkitab kerana ia tidak mencerminkan makna sebenar “Tuhan” dalam teks asal. 

PAS juga berkata menggunakan perkataan “Allah” dalam Alkitab akan mengelirukan kedua-dua Kristian dan Muslim. 

Di Pulau Pinang, Mufti Negeri Hassan Ahmad memarahi Lim kerana menimbulkan isu ini dan mengingatkan beliau fatwa 2010 yang mengharamkan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam, bersama-sama dengan 39 lain. 

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mempertahankan rakan partinya mengingatkan masyarakat Muslim selain Kristian, terdapat juga agama lain menggunakan perkataan “Allah”. 

“Di dalam kitab suci Sikh, nama ‘Allah’ disebut sebanyak 37 kali, tidak ada bantahan dari umat Islam berkenaan dengan itu,” kata Karpal memberi contoh. 

Jagir juga mengingatkan hari ini keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 terhadap penerbitan Katolik Herald menggunakan perkataan itu di mana ia memutuskan bahawa undang-undang yang menghadkan bukan Islam daripada menggunakan perkataan itu akan menjadi “tidak berperlembagaan”. 

Semalam, bekas pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr Ismail Ibrahim dilaporkan mengatakan bukan Islam seharusnya berhenti untuk menuntut hak menggunakan perkataan “Allah” oleh kerana perkataan Arab itu hanya fundamental dan eksklusif kepada orang Islam. 

“Enough is enough, cukuplah dengan segala dasar yang lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk disamaratakan, diberikan hak sama rata, sama rasa di antara rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama, maka hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah direbutkan, dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa. 

“Nama Allah, dari sudut falsafah, dari segi takrif dan konsepnya tidak sama dengan ‘Tuhan’, ‘God’, ‘Lord’ dan sebagainya tidak sama dalam penggunaan agama lain,” katanya yang dipetik dari laporan muka depan Sinar Harian semalam. 

Kristian di Malaysia berjumlah 9.2 peratus dari penduduk yang berjumlah 28.3 juta orang, dengan kebanyakan di Malaysia Timur menggunakan Bahasa Melayu dan menggunakan Allah sebagai rujukan untuk Tuhan mereka. 

Beberapa tahun kebelakangan ini, kedua belah pihak telah bercanggah pendapat berkenaan dengan perkataan “Allah”, dengan umat Islam berpendapat nama tersebut haruslah ekslusif untuk mengatakan Islam ialah agama monoteistik dan Allah merujuk kepada agama untuk orang Islam. 

Dari segi undang-undang penggunaan nama Allah kekal tidak dapat diselesaikan, dengan Gereja Katolik masih dihalang dari menggunakan perkataan tersebut dalam akhbar mingguan mereka walaupun mahkamah sudah membenarkannya pada 31 Disember 2009. 

Ini kerana Menteri Dalam Negeri memfailkan rayuan pada Januari 2010 untuk menentang keputusan Mahkamah Tinggi, yang sejak hari itu tidak ada tarikh untuk sesi pendengaran. 

Tahun lalu, penghantaran kitab Injil Alkitab untuk Bumiputera beragama Kristian, dihalang dan dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan ditekan untuk membenarkan buku tersebut diedarkan.
Peluk Islam jika mahu guna kalimah Allah, kata Harussani

Saturday, December 29, 2012

Amanat Hadi Bertentangan Ajaran Islam! - MAIK

Amanat Hadi Bertentangan Ajaran Islam! - MAIK

Kota Bharu 26 Dis - 31 Tahun lepas Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah membuat teguran secara rasmi kepada Hadi Awang menerusi surat rasmi pada tahun 1981 adalah merupakan fatwa yang masih digunakan sehingga hari ini.

Teguran tersebut telah dibuat hasil daripada mesyuarat Jemaah Ulama MAIK yang telah dipengerusikan oleh Mufti Kelantan yang kelapan, Allahyarham Datuk Mohd Noor Ibrahim bagi membincangkan isu kafir mengkafir sesama islam pada 31 tahun lepas.

"Jabatan Mufti telah mengeluarkan fatwa dan telah membuat teguran terhadap amanat Hadi Awang dan selebihnya adalah tanggungjawab pihak berkuasa dan mahkamah syariah". Kata Mufti Kelantan Mohamad Syukri Mohamad.

Tindakan yang boleh dibuat oleh jabatan mufti hanya boleh mengeluarkan fatwa dan selebihnya bergantung kepada kepada penguatkuasaan dan badan kehakiman. 

Pembahagian tugas sudah dibahagikan kepada tiga iaitu badan yang mengeluarkan fatwa, badan penguat kuasa dan badan kehakiman, jadi soalan seharusnya ditanya kepada bahagian penguatkuasaan.

Keputusan fatwa Jemaah Ulama pada 15 Jamadil Akhir 1401 Hijrah telah dibahaskan menggunakan kitab-kitab tafsir dan kitab-kitab tauhid ulama muktabar. Hasil perbincangan telah memutuskan bahawa kesemua lapan perkara yang dibincangkan adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan mendatangkan bahaya kepada akidah dan perpaduan umat islam. 

Antara akibat terlalu taksub dengan amanat Hadi Awang terjadinya perkara pembayaran zakat fitrah hanya dilunaskan kepada imam yang menyokong PAS sahaja walaupun diluar mukim dan menunaikan fardhu Jumaat di masjid tertentu sahaja. perkara ini disahkan oleh Shokri Mohd. Nor, 68, Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pasir Puteh sekitar tahun 2000, ketika menceritakan perkara itu menyatakan kekesalan di atas keterlanjuran itu sepanjang bergiat aktif sebagai aktivis tegar Pas sejak 40 tahun lalu.

Turut dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah akad nikah yang dibuat oleh imam UMNO perlu diperbaharui, mayat orang UMNO tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam, jenazah orang UMNO tidak boleh disembahyangkan kerana murtad dan orang UMNO tidak boleh melakukan sembahyang jenazah terhadap orang bukan UMNO serta orang UMNO tidak perlu sembahyang atau menunaikan haji kerana amalan mereka tidak diterima Islam.

Berikut nama-nama Jemaah Ulama yang bermesyuarat pada tahun 1981.

Datuk Ismail Yusoff - Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan.

Abd. Aziz Abu Bakar - Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.

Abul Ghani Awang Chik - Pondok Kubang Bemban, Pasir Mas.

Mohamad Yusoff - 383 Jalan Atas Banggol. Kota Bahru.

Hassan bin Haji Ismail - Maahad Muhammadi,Kota Baru.

Abdullah Abd. Rahman - Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Hasbullah Mohd. Hassan - Imam Besar Masjid Muhammadi.

Hassan Idris - Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan (JASA) Lundang, Kota Bahru.

p/s - MAIK telah mengeluarkan fatwa setelah bermesyuarat pada tahun 1981 yang mengatakan amanat Hadi Awang bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh mengakibatkan kita tergelincir daripada akidah, siapakah kita untuk mempertikaikan fatwa Jabatan Mufti

Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman Menyesal Menyertai PAS!


Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman Menyesal Menyertai PAS!

Perak 21 Dis - Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping.

Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi Shaari kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. "Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"


Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi. 

“Takkan saya hendak menyertai DAP, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul."

“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan, tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,”

Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam, namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3. 

Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009,
Menteri besar Kelantan berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum. 
“Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS. 
“Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.
Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang,
“Tak payah (siasatan), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen. 
Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.

Kini Datuk Fauzi menimbulkan kembali Baiah yang disangkal oleh 2 pemimpin tertinggi PAS mengenai Baiah cerai talak 3 isteri jika meninggalkan PAS, adakah semudah itu untuk mengugurkan talak 3 terhadap isteri untuk kepentingan politik? Oleh yang demikian selama ini 2 pemimpin tertinggi PAS ini hanya berbohong sahaja mengenai Baiah cerai talak 3 ini yang sememangnya wujud dalam PAS.

“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggungjawabannya. Seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Seorang istri adalah pemimpin bagi rumah tangga suaminya dan juga anak-anaknya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Allah sudah memerintahkan kaum suami untuk menjaga keluarganya agar selalu berada di jalan yang lurus, menghindari jalan menuju neraka. Allah berfirman :

”Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka....”(at-Tahrim: 6)

p/s -  Janganlah kepentingan politik dibawa sehingga jatuhnya cerai talak 3 sewenang-wenangnya sehingga runtuhnya institusi kekeluargaan. Allah murka kepada umatnya yang bercerai berai. 

Friday, December 28, 2012

Nik Aziz minta Hadi jangan tarik balik amanat

Nik Aziz minta Hadi jangan tarik balik amanat

RANTAU PANJANG 26 Dis.- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tunduk dengan desakan pelbagai pihak supaya menarik balik amanat yang dibuatnya pada 1981.

Nik Abdul Aziz sebaliknya meminta Abdul Hadi bertemu dan berhujah dengan pihak yang mendesaknya menarik balik amanat yang dibuatnya itu.

"Agama ini bukan hak Haji Hadi seorang, agama ini hak semua, maka kerana apa pihak berkenaan tidak mahu berdepan dengan Haji Hadi, kerana apa, takut?

"Ajar puak penakut ini, takut tidak dapat duit, biar Haji Hadi tegap dengan keputusan dia," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di sekitar Rantau Panjang di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya Abdul Hadi menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO yang dibuat pada 1981.

Balak: Pas Kedah sedia bertanggungjawab

Balak: Pas Kedah sedia bertanggungjawab

JERAI 27 Dis. - Dalam mewajarkan tindakan meluluskan aktiviti penebangan balak bagi tujuan pembangunan tanah di negeri ini yang dipersoalkan banyak pihak, kepimpinan Pas Kedah sanggup bertanggungjawab atas sebarang kesan ekoran kegiatan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan Pas Kedah memahami kesan yang mungkin dihadapi daripada aktiviti pembalakan itu dan mengetahui tanggungjawab mereka mengenainya.
Pesuruhjaya Pas Kedah itu turut mengulangi dakwaan kerajaan negeri melaksanakan aktiviti pembangunan tanah dan pembalakan di Gunung Inas di Baling dan Pedu di Padang Terap mengikut garis peraturan serta panduan yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan.

“Tidak mengapalah, memang kerja kami. Kami jaga alam sekitar, kami jaga balak," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Rumah Sejahtera Rakyat Daerah Yan di Kampung Dulang Besar, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang meminta kerajaan Pas Kedah bertanggungjawab ke atas ancaman bencana alam di negeri ini ekoran kesan pembalakan tidak terkawal terutama di kawasan tadahan air.

Utusan Malaysia menerusi siri laporan khas sebelum ini mendedahkan Kedah kini berdepan ancaman bencana alam khususnya banjir lumpur dalam skala besar ekoran pembalakan berleluasa di kawasan tadahan air.

Dalam pada itu, Azizan menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sengaja menimbulkan isu pembalakan bagi menggambarkan kelemahan pentadbirannya.

“Ini sebenarnya UMNO dan BN sudah tahu mereka dulu tebang balak dapat RM8 juta, sekarang saya tebang kawasan sama dapat RM80 juta. Jadi nak discredit (merosakkan nama) saya kata rakus," ujarnya.
Beliau turut mengaitkan Kerajaan Persekutuan dalam tindakan kerajaan negeri menjalankan aktiviti penerokaan hutan di Gunung Inas untuk memajukan 5,000 hektar tanah bagi pelaksanaan projek Ladang Sejahtera manakala lebih 400 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu diteroka bagi tujuan projek agropelancongan.

Katanya, tindakan itu selaras hasrat Kerajaan Pusat mengembangkan sektor pertanian di negara ini.
“Kami sedang melakukan apa yang Kerajaan Persekutuan mahu kita lakukan, menjadikan Kedah sebagai hab pertanian di negara ini," katanya.

Ditanya dakwaan Kerajaan Pas Kedah terlalu bergantung kepada sumber balak, Azizan berkata, mereka menebang balak untuk menambah pendapatan negeri.

“Tebang balak dapat duit, lepas itu tanam pokok buah-buahan, itu tambahlah," katanya.
Sementara itu, dalam isu berasingan, Azizan mengakui, kerajaan Pas Kedah kurang membina rumah kos rendah dengan memberi alasan kononnya berdepan kekangan tertentu selain usia pentadbiran yang baru sepenggal di negeri ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121228/po_05/Balak-Pas-Kedah-sedia-bertanggungjawab#ixzz2GSvLQmtU
© Utusan Melayu (M) Bhd

Fakwa Nik Aziz, amanat Hadi helah politik

Fakwa Nik Aziz, amanat Hadi helah politik

KOTA BHARU 27 Dis. - 'Fatwa' yang dikeluarkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Amanat Haji Hadi oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat adalah helah politik semata-mata.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, fatwa Nik Abdul Aziz yang mendakwa UMNO murtad serta Amanat Haji Hadi mengkafirkan UMNO bukan sahaja mendatangkan kesan buruk malah turut mengelirukan umat Islam di negara ini.

"Fatwa dan amanat yang dikeluarkan kedua-dua pemimpin itu bukannya fatwa Islam sebaliknya hanya fatwa dan helah politik semata-mata.

"Nik Abdul Aziz dan Hadi kena tarik balik. Apa benda ini sekejap UMNO murtad sekejap mungkar. Ia beri kesan buruk kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong di sini, semalam.

Tambah Ahmad, Pas juga tidak mempunyai pendirian tetap mengenai perjuangan sebenar parti itu yang mahu menubuhkan negara Islam.

Katanya lebih teruk, Pas sanggup menggadaikan pendirian mereka semata-mata untuk memenangi pilihan raya umum dan memuaskan hati rakan pakatannya iaitu Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

"Lihat sahaja dari mahu menubuhkan negara Islam, kini telah berubah kepada kebajikan malah lebih teruk peraturan-peraturan Islam yang dilaksanakan khususnya di Kelantan sebelum ini turut telah berubah.

"Sekejap tak benarkan perempuan menggunting rambut lelaki, sekejap benarkan pula, sekejap perempuan tidak boleh memasuki tilawah, sekarang boleh pula. Perubahan 360 darjah itu sering kali Pas lakukan," katanya.

Di NIBONG TEBAL, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mendesak Abdul Hadi bersuara dan menjelaskan kepada umum pendirian mengenai amanatnya pada 1981.
Beliau berkata, biarpun amanat tersebut dikeluarkan hampir 31 tahun lalu, masih ada sebahagian kecil pengikut Pas berpegang kepada amanat itu.

"Sehingga kini Abdul Hadi masih membisu mengenai perkara itu sehingga menimbulkan keresahan dan kekeliruan dalam kalangan masyrakat yang terlalu fanatik dengan amanat tersebut.

"Abdul Hadi perlu menjelaskan sama ada amanat berkenaan masih terpakai atau tidak kerana ada pemimpin Pas mendakwa ia dibuat mengikut kesesuaian dalam konteks politik pada masa itu," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121228/po_04/Fakwa-Nik-Aziz-amanat-Hadi-helah-politik#ixzz2GSut6Ujo
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pas tak hargai perpaduan sesama Islam

Pas tak hargai perpaduan sesama Islam - Che Min

PASIR PUTEH 27 Dis. - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tunduk kepada desakan pelbagai pihak menarik balik amanatnya, nyata menunjukkan sikap pemimpin Pas yang tidak menghargai nilai perpaduan sesama umat Islam.

Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) (Bahagian Operasi), Datuk Che Min Che Ahmad berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu bermotifkan politik keperibadian dan tidak berlandaskan pendekatan profesional ke arah merungkai perpecahan sesama umat Islam di negara ini kesan daripada amanat tersebut.

Beliau berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu juga seolah-olah menyokong Amanat Haji Hadi dan meneguhkan semula pegangan ahli-ahli Pas terhadap amanat tersebut.

"Amalan memulau imam, memutuskan persaudaraan kerana perbezaan anutan politik, sembahyang dua imam dan sebagainya akhirnya melemahkan kekuatan umat Islam di negara ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pencabulan kepada agama Islam

Pencabulan kepada agama Islam

KOTA BHARU 27 Dis. - Sebuah pertubuhan yang mewakili pengajian pondok di negeri ini, Minda Pondok menyifatkan tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu amanat mengkafirkan UMNO, sebagai satu pencabulan kepada agama Islam.

Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof al-Hafiz berkata, ini kerana amanat tersebut jelas bercanggah dengan al-Quran, sunnah dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata, rakyat seharusnya berpegang teguh pada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak Amanat Haji Hadi.

"Tindakan Nik Abdul Aziz mempertahankan Abdul Hadi adalah satu pencabulan kepada Islam. Semua ini berpunca daripada perjuangan Pas yang tersasar jauh kerana kepentingan politik kepartian untuk menawan Putrajaya bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada masa sekarang mereka hanya 'meratib' Putrajaya,

Saya kebumi jenazah isteri di birai rumah - Mokhtar

Saya kebumi jenazah isteri di birai rumah - Mokhtar

MARANG 27 Dis. - Gara-gara tidak mahu berkongsi tanah perkuburan dengan penyokong UMNO kerana berpegang dengan Amanat Haji Hadi, Mokhtar Ismail, 58, sanggup mengebumikan jenazah isterinya di pinggir rumah di Banggol Katong, Serada dekat sini.

Walaupun anggota keluarga dan sebilangan saudara-maranya menganggap tindakan itu keterlaluan, dia tidak mengendahkan mereka dan cukup yakin langkahnya betul.

"Apabila arwah isteri, Azizah Abdullah meninggal pada 1990, saya memutuskan menggali kubur tidak sampai tiga meter dari rumah. Tiada siapa yang syor dan tegah. Saya cukup yakin mereka yang tidak bersama Pas tidak boleh bercampur termasuk tanah kubur.

"Sedangkan tanah perkuburan tidak sampai suku kilometer dari rumah. Semasa hidupnya juga arwah terkongkong kerana saya tidak benarkan dia bergaul dengan penyokong UMNO yang kebanyakannya anggota keluarga terdekat saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Karpal mahu orang ramai bertenang mengenai isu ‘Allah’

Karpal mahu orang ramai bertenang mengenai isu ‘Allah’
 
Karpal mahu orang ramai bertenang mengenai isu ‘Allah’
 
KUALA LUMPUR,— Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mahu umat Islam bertenang dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mahu kerajaan persekutuan membenarkan perkataan “Allah” digunakan dalam Kitab Injil berbahasa Melayu, dengan berkata perkataan tersebut digunakan oleh masyarakat Kristian di Malaysia Timur tanpa bantahan orang ramai.

Menurut Karpal, penggunaan perkataan “Allah” tidak seharusnya mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Di dalam kitab suci Sikh, nama ‘Allah’ disebut sebanyak 37 kali, tidak ada bantahan dari umat Islam berkenaan dengan itu.

“Perkataan ‘Allah’ juga ada dalam bahasa Bengali.

“Masyarakat Orang Asli dan masyarakat Baba di Melaka juga menggunakan perkataan yang sama,” kata Karpal dalam kenyataan media yang dihantar ke The Malaysian Insider.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim menyerang Lim adalah sesuatu yang mengejutkan.

“Apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri (Pulau Pinang) kata pada hari Krismas yang lalu tidak seharusnya melukakan hati umat Islam.

“Tidak ada niat jahat dalam apa yang beliau katakan,” kata Karpal lagi.

Menurut Karpal, tuntutan maaf yang dituntut ahli Exco Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi berkenaan dengan kenyataan Lim tidak perlu dibangkitkan.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kedua belah pihak telah bercanggah pendapat berkenaan dengan perkataan “Allah”, dengan umat Islam berpendapat nama tersebut haruslah ekslusif untuk mengatakan Islam ialah agama monoteistik dan Allah merujuk kepada agama untuk orang Islam.

Dari segi undang-undang penggunaan nama Allah kekal tidak dapat diselesaikan, dengan Gereja Katolik masih dihalang dari menggunakan perkataan tersebut dalam akhbar mingguan mereka walaupun mahkamah sudah membenarkannya pada 31 Disember 2009.

Ini kerana Menteri Dalam Negeri memfailkan rayuan pada Januari 2010 untuk menentang keputusan Mahkamah Tinggi, yang sejak hari itu tidak ada tarikh untuk sesi pendengaran.

Tahun lalu, penghantaran kitab Injil Alkitab untuk Bumiputera beragama Kristian, dihalang dan dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan ditekan untuk membenarkan buku tersebut diedarkan.
-themalaysianinsider.com

Umno tegas tolak Syiah, kata Fathul Bari

Umno tegas tolak Syiah, kata Fathul Bari
Wartawan Sinar Harian
27 Disember 2012
Fathul Bari

Fathul Bari Mat Jahaya
 
SHAH ALAM – Umno secara tegas dan terang-terangan menolak Syiah sedangkan Pas didakwa berdolak-dalik dengan menerima golongan itu di dalam parti mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas secara jelas dilihat tidak istiqamah dan celaru dalam mengeluarkan kenyataan yang suatu ketika dahulu sekitar 90-an Presidennya, Datuk Seri

Abdul Hadi Awang secara terang menyatakan Pas tidak menerima Syiah.

“Kemudian baru-baru ini Abdul Hadi menyebut secara terang juga dalam kenyataannya bahawa Syiah dibenarkan masuk Pas. Ini bermakna Pas membuka ruang kepada Syiah. Bahkan dia kata secara terang kalau khawarij nak masuk Pas masuk dan pernah memuji Presiden Syiria, Bashar al-assad secara terbuka.

“Ini jelas menunjukkan kecelaruan dalam kenyataan mereka (Pas) dan sering bertembung dengan kenyataan yang dikeluarkan. Sekejap tolak sekejap terima,” katanya semalam.

Beliau turut mendesak pimpinan tertinggi Pas membersihkan terlebih dahulu keahlian Pas sebelum mempersoal keanggotaan Umno.

“Sebelum Nik Aziz beri hukuman, fatwa bahawa sertai Umno itu haram, adakah sertai Pas itu boleh? Adakah Pas bawa kebenaran secara keseluruhannya dalam parti mereka sedangkan isu Syiah pun mereka masih tidak berterus terang.

“Sebelum hukum orang lain mungkar, bicara dulu siapa di dalam Pas. Keluarkan dulu fatwa orang Melayu yang masuk DAP dan PKR,” katanya.

Fathul turut mencadangkan agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjemput Abdul Hadi bermuzakarah untuk membentangkan kewajaran sama ada amanat beliau itu perlu diteruskan atau ditarik balik.

"Amanat Hadi ini memberi implikasi besar dan ianya negatif sehingga membawa kepada perpecahan umat Islam. Hasil dan kesan amanat ini menonjolkan perbuatan kafir mengkafirkan sesama umat Islam.

"Sebagai contoh wujud situasi di mana pernikahan dengan orang Umno tidak sah. Makan daging sembelihan orang Umno haram, solat berimamkan orang Umno tidak sah serta ziarah jenazah orang Umno tidak sah. Malah pimpinan Pas tahu hal ini," katanya

Dewan Ulama: Keluarkan semula Amanat Hadi

Dewan Ulama: Keluarkan semula Amanat Hadi
SAPINAH ABD GHANI
28 Disember 2012
Hassan Mahmood
Hassan Mahmood
KOTA BHARU- Di sebalik desakan supaya Amanat Haji Hadi ditarik balik, Dewan Ulama Pas Kelantan memberi sokongan penuh sekiranya dikeluarkan semula kenyataan berkaitan, yang berusia tiga dekad, kepada rakyat.

Timbalan Ketua Ulama Pas Negeri, Hassan Mahmood berkata, saranan itu dibuat memandangkan suasana dan realiti umat Islam yang suka mempermudah serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama Islam.

“Amanat Haji Hadi sebenarnya tidak merosakkan akidah tapi sebaliknya amanat pemimpin Umno yang mempermainkan hukum Islam boleh merosakkan akidah. Oleh kerana ramai yang suka mempermainkan isu Islam, adalah tepat dikeluarkan semula pada hari ini(sekarang),” katanya, semalam.

Sebelum ini pelbagai pihak termasuk mufti mendesak Presiden Pas itu menarik balik amanat dikeluarkan pada tahun 1981 itu yang didakwa boleh memecahkan perpaduan umat Islam.

Bagaimanapun, pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahakan tindakan Hadi dan mahu amanat itu tidak ditarik balik.

Hassan yang juga Adun Tawang berkata, Umno secara jelas menolak pelaksanaan hukum Islam sedangkan ia sebagai cara hidup manusia termasuk melibatkan pemerintahan dalam negara.

Dakwanya, Umno sehingga kini sanggup menerima selain perundangan Islam sebagai perlembagaan, bererti parti itu menolak tuntutan Islam.

”Jika diteliti dengan pengalaman pemerintahan Umno di peringkat pusat, mereka yang menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan selama ini.

"Apabila Umno tidak mahu menerima pelaksanaan undang-undang Islam sejak 50 tahun lalu sebenarnya umno telah mengkhianati umat Melayu Islam yang sebelum ini berpegang kepada undang-undang Islam,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Hassan berkata, pihaknya bersedia untuk berdebat dan berhujah supaya semua pihak jelas dengan isu berkenaan.

“Sekiranya Umno mahu dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Islam, Dewan ulama Pas Kelantan sudi berdebat dan berhujah dengan mana-mana ulama parti itu, dan ditayangkan di media kerajaan agar rakyat mendapat penjelasan yang sewajarnya,” katanya.

Pemuda Pas kecam kalendar 'hina' hudud

Pemuda Pas kecam kalendar 'hina' hudud
Wartawan Sinar Harian
28 Disember 2012
Pemuda Pas kecam kalendar 'hina' hudud

 Muka depan kalendar yang menyentuh skop kesan hukum hudud ke atas bukan Islam jika dilaksanakan.
 
SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor mengecam tindakan memperkecilkan undang-undang hudud dengan membawa mesej mengelirukan orang bukan Islam menerusi penerbitan kalendar 2013.

Sayap muda Pas itu mendakwa penerbitan kalendar dalam dwibahasa iaitu Mandarin dan Inggeris itu secara jelas membawa mesej mahu menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud.

“Dewan Pemuda Pas Selangor merasakan tindakan biadap ini adalah suatu tindakan bacul dan pengecut pihak-pihak yang pastinya mempunyai akal fikiran yang tidak waras," kata Ketua Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan.

Katanya, tindakan itu juga satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam negara ini.

Justeru, kata beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan itu ditaja oleh parti tertentu negara ini, yang juga merupakan sekutu rapat kepada kerajaan pusat yang memerintah.

Menurut Habbullah, cukup jelas penerbitan itu juga merupakan tindakan terdesak puak tersebut untuk meraih simpati masyarakat bukan Islam yang telah menolak mereka di dalam pilihanraya umum lalu.

“Dewan Pemuda Pas Selangor dengan ini mendesak pihak polis dan jabatan agama dapat mengambil tindakan segera untuk melakukan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang cuba untuk mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama dengan isu ini,” ujarnya.

Idris Jusoh nasihat ahli Pas tinggalkan parti

Idris Jusoh nasihat ahli Pas tinggalkan parti

28 Disember 2012
Idris Jusoh

$entry.content.caption.value
 
BESUT - Ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menasihatkan anggota Pas yang bermaruah dan mempunyai prinsip supaya meninggal parti itu segera, mendakwa ia sudah tidak lagi relevan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Idris yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata pemimpin Pas kini sudah terlalu banyak menyeleweng daripada prinsip asal perjuangan parti terutamanya sejak bersama dalam pakatan pembangkang yang termasuk DAP dan PKR.

"Bukan sahaja telah melakukan banyak “kerosakan” kepada agama sejak dahulu tetapi kini “penyakit” yang dialami oleh Pas semakin parah hingga sanggup mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan agama semata-mata untuk menjaga
kepentingan politik," katanya.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata demikian ketika berucap kepada penerima Dana Pemutihan Kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh di Dewan Gong Kemuntong di sini, hari ini.

Katanya, amanat dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah itu kini cuba dihidupkan semula oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menuduh orang Umno murtad.

Beliau mengingatkan bahawa amanat yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin Pas itu jelas mempunyai kesan mendalam yang akan membawa kepada perpecahan umat Islam yang lebih serius sekiranya ianya tidak diperbetulkan.

Idris juga menasihatkan anggota Pas supaya tidak mengikut telunjuk pemimpin mereka secara membabi buta kerana ia boleh merugikan umat dan agama Islam untuk jangka masa panjang.

Pada majlis itu, seramai 270 penerima terdiri daripada orang kelainan upaya, golongan miskin, ibu tunggal dan remaja menerima RM300 tiap seorang. - Bernama

Thursday, December 27, 2012

MB Selangor dikecam sanggup tunggu 100 tahun selesai isu air

MB Selangor dikecam sanggup tunggu 100 tahun selesai isu air

27 Disember 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikecam oleh seorang pemimpin persatuan pengguna negeri ini ekoran kenyataannya baru-baru ini bahawa beliau (Khalid) sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata kenyataan Khalid itu "tidak profesional" dan mengesahkan beliau mahu satu 'perang politik' di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat berhubung isu air.

"Sebagai menteri besar, beliau harus lebih sensitif kerana yang menanggung kedukaan dan kelukaan daripada masalah air ialah pengguna di Selangor sendiri," katanya dalam satu temubual.

Dr George berkata apa yang terjadi ekoran pendirian yang diambil oleh Khalid berhubung isu air ialah "gajah berlawan dengan gajah tetapi pelanduk yang mati di tengah-tengah", iaitu rakyat, pengguna negeri Selangor dengan masalah pemotongan air dilaporkan di beberapa kawasan ekoran kekurangan bekalan.

Sebagai contoh, minggu lepas, beberapa kawasan di sekitar Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar di Cheras mengalami gangguan bekalan air berikutan penurunan paras kolam utama yang dikesan sejak awal minggu.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ia berpunca daripada permintaan bekalan air yang meningkat mendadak sejak kebelakangan ini dan melibatkan lebih 9,000 pengguna.

"Sebelum mereka datang memerintah negeri ini, mereka buat banyak kenyataan bahawa mereka nak mesra rakyat dan sebagainya. Tetapi dari 2008 sampai sekarang kita nampak sudah ada satu penukaran fikiran dalam cara mereka membuat kerja dan lakukan tanggungjawab.

"Mereka dah jadi tidak sensitif lagi, mereka ingat sudah berkuasa, boleh buat apa-apa (sahaja), tak payah dengar (suara rakyat). Ini mendukacitakan bila mereka keluar kenyataan iaitu 100 tahun pun mereka akan melengah-lengahkan walaupun mereka tahu pada tahun 2015 kita akan berhadapan dengan masalah bekalan air yang begitu besar," katanya.

Beliau berkata kekurangan bekalan air di Selangor bukan sahaja berpunca daripada permintaan pengguna biasa tetapi lebih kepada industri-industri, projek-projek perumahan yang tumbuh seperti cendawan yang mengakibatkan pertambahan jumlah penduduk dengan mendadak.

Menurut Dr George, beliau perhatikan setiap kali pihak seperti kerajaan pusat berbincang atau melaksanakan langkah-langkah mengatasi isu air di Selangor, kerajaan negeri akan membawa masuk isu-isu baru yang tidak ada kaitan dengan isu-isu asal.

Beliau berkata, kerajaan pusat sudah membuka banyak ruang kepada kerajaan Selangor sama ada secara langsung atau tidak langsung, termasuk sedia membantu dari segi kawangan dan teknikal dan malah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pun setuju untuk turun padang.
- Bernama

Umno tegas tolak Syiah, kata Fathul Bari

Umno tegas tolak Syiah, kata Fathul Bari
Wartawan Sinar Harian
27 Disember 2012
Fathul Bari
Fathul Bari Mat Jahaya
SHAH ALAM – Umno secara tegas dan terang-terangan menolak Syiah sedangkan Pas didakwa berdolak-dalik dengan menerima golongan itu di dalam parti mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas secara jelas dilihat tidak istiqamah dan celaru dalam mengeluarkan kenyataan yang suatu ketika dahulu sekitar 90-an Presidennya, Datuk Seri

Abdul Hadi Awang secara terang menyatakan Pas tidak menerima Syiah.

“Kemudian baru-baru ini Abdul Hadi menyebut secara terang juga dalam kenyataannya bahawa Syiah dibenarkan masuk Pas. Ini bermakna Pas membuka ruang kepada Syiah. Bahkan dia kata secara terang kalau khawarij nak masuk Pas masuk dan pernah memuji Presiden Syiria, Bashar al-assad secara terbuka.

“Ini jelas menunjukkan kecelaruan dalam kenyataan mereka (Pas) dan sering bertembung dengan kenyataan yang dikeluarkan. Sekejap tolak sekejap terima,” katanya semalam.

Beliau turut mendesak pimpinan tertinggi Pas membersihkan terlebih dahulu keahlian Pas sebelum mempersoal keanggotaan Umno.

“Sebelum Nik Aziz beri hukuman, fatwa bahawa sertai Umno itu haram, adakah sertai Pas itu boleh? Adakah Pas bawa kebenaran secara keseluruhannya dalam parti mereka sedangkan isu Syiah pun mereka masih tidak berterus terang.

“Sebelum hukum orang lain mungkar, bicara dulu siapa di dalam Pas. Keluarkan dulu fatwa orang Melayu yang masuk DAP dan PKR,” katanya.

Fathul turut mencadangkan agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjemput Abdul Hadi bermuzakarah untuk membentangkan kewajaran sama ada amanat beliau itu perlu diteruskan atau ditarik balik.

"Amanat Hadi ini memberi implikasi besar dan ianya negatif sehingga membawa kepada perpecahan umat Islam. Hasil dan kesan amanat ini menonjolkan perbuatan kafir mengkafirkan sesama umat Islam.

"Sebagai contoh wujud situasi di mana pernikahan dengan orang Umno tidak sah. Makan daging sembelihan orang Umno haram, solat berimamkan orang Umno tidak sah serta ziarah jenazah orang Umno tidak sah. Malah pimpinan Pas tahu hal ini," katanya.

Pemandu teksi penggerak khas Pakatan

Anwar: Pemandu teksi 'penggerak khas' Pakatan tawan Putrajaya
NIZAM ZAIN
28 Disember 2012
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemandu teksi seluruh negara akan bertindak sebagai 'penggerak khas' dalam menyampaikan mesej kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya untuk menyelamatkan Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Pembangkang ini berkata, langkah itu diambil kerana golongan pemandu teksi merupakan mereka yang sering bertemu dengan rakyat dan boleh menjadi penyebar maklumat kepada agenda perubahan landskap politik negara kelak.

"Peranan mereka penting untuk menyedarkan rakyat dan penyokong Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa taraf kehidupan semakin terpinggir jika terus mengekalkan kerajaan sekarang.

"Sudah sampai masanya pemandu teksi juga membantu Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya akan datang setelah nasib mereka berpuluh tahun tidak mendapat pembelaan daripada BN," katanya di hadapan lebih 200 pemandu teksi pada himpunan raksasa di Dewan Sivik, malam tadi.

Selain itu, Anwar yang juga Ketua Umum PR menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai gagal memahami kehendak pemandu teksi apabila pemberian permit yang dijanjikan gagal ditunaikan malah dimonopoli pula oleh pemimpin tertinggi Umno-BN untuk dijadikan perniagaan.

"Tak cukup rompak elektrik, air, tepung, gula, dan sebagainya, titik peluh orang miskin pun Najib sanggup rompak.

"Permit disewakan kepada pemandu, mereka untung berbilion ringgit kerana niagakan permit yang sepatutnya diberikan kepada pemandu yang layak," katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Tegasnya pemandu teksi saban tahun ditindas dan hak mereka untuk mendapatkan permit sendiri dan perlindungan Perkeso turut dinafikan kerajaan BN.

"Setiap hari mereka keluar rumah mempertaruhkan nyawa mereka untuk mencari rezeki untuk anak dan isteri.
"Saya berasa pelik pemimpin BN tak boleh fikirkan keselamatan dan kebajikan golongan ini jika ditimpa musibah," ujarnya.
Tambah beliau, Umno-BN masih tidak berubah, malah terus menerus membudayakan semangat kronisme yang kian menebal dan mementingkan kemewahan hidup pemimpin mereka.
"Saya dimaklumkan ada ketua bahagian Umno itu mempunyai sehingga 250 permit, jadi kita nak suruh taukeh dia pandu teksi sendiri, jika tak boleh pulangkan balik permit itu," tegasnya.
Anwar turut membidas Najib yang cuba mengalih isu dengan pemberian tayar percuma kepada pemandu teksi baru-baru walhal isu permit sehingga kini masih gagal diselesaikan.
"Najib gagal beri permit teksi kepada pemandu atau individu, hanya tahu beri tayar yang TR1M yang hanya boleh bertahan enam bulan.

"Dia (Najib) gagal fahami kesusahan pemandu teksi untuk dapatkan permit bukannya tayar," katanya.

SU Agung Pas: Saya optimistik PR akan kekal

SU Agung Pas: Saya optimistik PR akan kekal
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
28 Disember 2012
mustafa ali
Mustafa... 'realiti politik Malaysia, tidak ada satu parti boleh menang sendiri untuk perintah'. - Foto Sinar Harian Zulfadli Ahmad Zaki
SHAH ALAM - Cakap-cakap bahawa Pakatan Rakyat (PR) sebuah perikatan longgar yang berada dalam keadaan retak menanti belah disanggah keras oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sambil berkata, perikatan itu tidak akan "berpatah arang berkerat rotan" dalam apa jua keadaan sekali pun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mengakui bahawa kerjasama ketiga-tiga parti menguntungkan mereka dalam situasi "menang-menang", kata beliau, tidak timbul soal gabungan itu hanya bersama kerana cita-cita politik untuk menakluk Putrajaya.

"Tidak. Saya optimistik bahawa kita bersama, kita bersatu, tubuh kerajaan pun bersama, kita akan bersatu, Insya-ALLAH. Itu keyakinan saya.

"Persefahaman di antara ketiga-tiga parti ini yang memahami bahawa kita mesti bergerak sebagai satu. Realiti politik di Malaysia, tidak ada satu parti yang boleh menang sendiri untuk perintah. Tidak ada," katanya dalam satu wawancara khas baru-baru ini.

Walaupun tidak menafikan adakalanya berlaku perbedaan pendapat dalam hal-hal tertentu, namun ujarnya, lebih banyak kebersamaan yang menyatukan perikatan itu selepas ia dibentuk pada 2008.
"Saya sebut acapkali perkara ini. Kita bukan seratus peratus sama," tegas beliau.

Pada pilihan raya lalu, pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga kerajaan Umno-Barisan Nasional sekali gus menzahirkan rekod terburuk parti itu sejak mentadbir negara ini.

Namun perkembangan politik semasa didendangkan bahawa tsunami politik 2008 telah berlalu dan tidak mungkin berulang.

Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengepalai teraju Umno-Barisan Nasional dilihat berjaya menarik semula sokongan rakyat terhadap parti pemerintah.

Di sebalik itu dilaporkan pula PR berhadapan dengan krisis dalaman yang boleh membawa kepada perpecahan gabungan itu.
Pas, parti paling lama dalam perikatan itu disifatkan sudah lari daripada landasan asal perjuangannya dan dilaporkan sudah hilang taji apabila berhadapan dengan PKR dan DAP.

DAP pula digambarkan sebagai parti perkauman yang sering meminggirkan masyarakat Melayu sementara PKR dibelit dengan krisis identiti dan isu moral Ketua Umumnya.
Isu jawatan Perdana Menteri yang meletus dalam muktamar Pas baru-baru ini dilihat penganalisis sebagai gambaran paling jelas kepada perpaduan yang rapuh dalam gabungan parti yang baru setahun jagung itu.
Pas mahu presiden mereka dilantik sebagai Perdana Menteri, sementara DAP bertegas, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu paling layak.
Anwar selaku Ketua Pembangkang pula berkata, jawatan PM bukan "satu masalah" dan "boleh bincang" katanya.
Mustafa yang menafikan perkara-perkara seperti itu mampu menggugat perpaduan dalam PR menegaskan, perikatan itu punya iltizam dan arah tuju yang cukup jelas.
"Persamaan yang saya sering sebut kita sedang menghadapi situasi di mana kita sedang berhadapan dengan rasuah yang melampau, kezaliman, ketidakadilan...

"Jadi sebab itu kita sekarang ini hendak perjuangkan untuk keadilan, keadilan ini adalah asas kepada pejuangan kita dan bila tadbir ini kita mahukan tadbir urus yang baik, kita tidak mahu lagi rasuah seperti yang berlaku sekarang ini," katanya.

Nik Aziz Serupa Macam 'Firaun'

Nik Aziz Serupa Macam 'Firaun'


Di akhir dekad 1990-an dulu, gerombolan pembangkang yang terdiri daripada penyokong PAS dan pemuja Anwar Ibrahim cukup seronok memanggil Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan gelaran mahafiraun.

Gelaran tersebut dipopularkan oleh mereka bagi merujuk pada Tun Dr Mahathir yang dikatakan begitu gilakan kuasa seakan mahu menongkat langit dan enggan melepaskan jawatan duniawi selama-lamanya.

Menyedari sentimen tika itu dilihat kuat menyebelahi pakatan pembangkang, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bongkaknya pernah terlanjur membuat cabaran bahawa sekiranya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan PM, Nik Aziz berjanji keesokan harinya beliau pula yang akan melepaskan jawatan MB Kelantan.

Masa akhirnya bersilih ganti membawa ke zaman millenium, kini di penghujung tahun 2012 sudah berlalu lebih 9 tahun Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM dengan senang hati sekalipun diawal pengumumannya untuk berundur masih agak ramai yang mendambakan khidmatnya.

Namun demikian, sehingga detik-detik akhir tahun 2012 ini mahu melabuhkan tirainya, MB Kelantan masih juga orang yang sama yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tidak nampak sedikit pun riak-riak keinginannya untuk melepaskan jawatan sebaliknya yang makin kelihatan nafsu masih membuak-buak mahu berpaut pada kuasa duniawi.

Bermati-matian Nik Aziz berusaha mencipta seribu satu alasan untuk mempengaruhi penyokong dan pemimpin PAS supaya terus meyakini kepimpinan dan kemampuannya untuk bertanding lagi dalam PRU 13 kelak semata-mata ingin terus menikmati kerusi empuk MB disamping mahu kekal disanjung sebagai pemimpin utama PAS.

Kata Nik Aziz, untuk menjadi pemimpin dan terus bertanding dalam pilihanraya tidak memerlukan tubuh badan yang sihat sebaliknya cukup dengan akal yang cerdas sahaja.

Entah di mana fahaman tersebut dipelajarinya, walhal dalam Islam untuk seseorang itu menjadi pemimpin yang baik selain mesti berakal dan berilmu, pemimpin itu juga wajib memiliki tubuh badan yang sihat bagi melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat.

Tapi dengan tubuh badan Nik Aziz yang ibarat kereta buruk asyik semput memanjang dan kerap keluar masuk hospital agaknya macam manalah beliau mahu memberi khidmat terbaik kepada rakyat Kelantan?

Kalau dah sepanjang menjawat kedudukan MB asyik bergantung harap pada EXCO atau si baju kotak merah sahaja yang menguruskan tugasan MB, lebih baik Nik Aziz serah saja jawatan tersebut pada orang berkenaan daripada terus makan gaji buta berpuluh ribu ringgit sebulan tanpa manfaat pada rakyat.

Lagi pun apa sangatlah akal fikiran Nik Aziz yang dikatakan cerdas dan masih sihat itu, balik-balik siang malam yang beliau tahu cuma asyik memerah otak untuk merapu meraban menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri sambil menghukum orang ini tidak islamik, si polan itu tolak Islam, tak begitu?

Sebetulnya Nik Aziz agak bimbang kot kalau-kalau nasib yang menimpa bekas Presiden PAS, Allayarham Asri Muda yang pernah dihina dan dikhianatinya dulu bakal berulang pula pada dirinya bila segala jawatan eksekutif peringkat negeri dan kedudukan dalam parti tidak lagi dalam cengkamannya.

Jadinya, mahu tidak mahu Nik Aziz gagahkan juga diri untuk terus bertanding dalam pilihanraya kelak disamping berharap akan kekal menjadi MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Dengan demikian akan ada lagilah para penyokong parti yang terpaksa terus memuja-muji 'ketokohannya' itu.

Maka jadilah Nik Aziz serupa macam 'firaun' terus menongkat langit mengharapkan kuasa duniawi akan terus utuh ditangannya.

Dulu Tun Dr Mahathir telah digelar oleh penyokong pembangkang sebagai mahafiraun, akhirnya kini mereka terpaksa menerima hakikat gelaran tersebut sebenarnya lebih cocok dengan watak dan pembawaan pemimpin mereka sendiri, yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Amanat hj hadi

UMNO Kafir ... Saya Serahkan MACAI Nik Aziz Untuk Jawab Bagi Pihak - Hadi Awang

| Thursday, December 27, 2012
Pelik ... Nik Aziz tuduh Ulama dan UMNO takut bersemuka dengan Hadi sedangkan bagaimana hendak bersemuka dengan Hadi jika Hadi menyembunyikan diri?


Amanat Hadi terus menjadi isu hangat yang menggelegak walaupun Hadi Awang sengaja ‘menghilangkan diri’ dengan harapan ia akan dilupakan dan basi begitu saja.

Walaubagaimanapun, kita percaya yang beliau sedia maklum bahawa mendiamkan diri tidak akan melepaskan dirinya dari akibat memecahbecahbelahkan ummah, termasuk suami isteri serta ibu bapa dan anak.

Usaha pihak media, terutamanya Utusan Malaysia untuk menghangatkan dan membongkar pengakuan mereka-mereka yang telah mengkafirkan sanak saudara sendiri akibat berpegang kepada amanat tersebut patut dipuji.

Ini kerana amanat ini bukan perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah.


Ia merupakan soal rohaniah, soal kepercayaan, soal akidah, soal hidup mati dan perpaduan ummah. Adalah tidak wajar bagi mana-mana umat Islam untuk meremeh atau memperkecilkan, apatah lagi melupakannya.

Lagipun, ini adalah soal ‘hutang’ di mana Hadi Awang terhutang dengan mereka-mereka yang terlibat itu, satu bentuk penjelasan kalaupun tidak permohonan maaf atas apa yang berlaku.

Lebih-lebih lagi apabila Nik Aziz pula menyeru agar Hadi mempertahankan amanat tersebut dan tidak sekali-kali menariknya kembali seperti desakan para Ulama.


Dalam ertikata lain, Nik Aziz meminta Hadi tampil mengesahkan secara jelas dan lantang bahawa orang UMNO itu kafir dan bahawa semua mereka yang terlibat mengkafirkan saudara seagama kerana berpegang kepada amanat tersebut adalah berada di jalan yang benar, serta tidak perlu meminta ampun kepada sesiapa.

Pelik juga kita apabila Nik Aziz menuduh kita takut bersemuka dengan Hadi sedangkan bagaimana hendak bersemuka dengan Hadi jika Hadi menyembunyikan diri?

Sudah jenuh kita menjerit memanggil Hadi sehingga kering tekak. Malah ada juga yang melaung-laung mencabar Hadi sehingga terdengar oleh Nik Aziz, tetapi malangnya, masih juga tidak didengar oleh Hadi sendiri.



Apapun, kita perlu bersangka baik terhadap ulama, dan kita percaya tidak mungkin ‘Ulama besar’ seperti Hadi adalah pengecut.

Mungkin Hadi sekadar ‘tidak sudi’ untuk melayan jeritan media, dan bukannya takut berhadapan dengan amanatnya. Kita harus faham ‘pe’el’ Ulama-celebrity seperti Hadi.

Tetapi, kalaupun Hadi tidak sudi menyahut panggilan kita, sekurang-kurangnya sahutlah seruan Nik Aziz untuk berhadapan dengan amanatnya.


Kasihan Nik Aziz terpaksa berbelit-belit, berpusing-pusing membela Hadi. Sudahlah orang tua itu nyanyuk, bertambah nyanyuklah dia jika terpaksa menipu diri sendiri.

Kasihan juga pada kita semua iaitu rakyat yang memerhati kerana terpaksa tergelak-gelak hingga berguling-guling melihat gelagat pemimpin parti Islam meraban hanya kerana gila nak ke Putrajaya.

Takut juga kita akan dosa mengetawakan ‘Ulama’.

Lebih dari itu, kita kasihan pada mereka yang terlibat secara langsung dengan Amanat Hadi. Pastinya mereka tidak melihat semua ini sebagai lawak jenaka.



Mereka perlukan kepastian, apakah benar saudara mereka di dalam UMNO itu kafir kerana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC.

Mereka juga perlu kepastian sekali lagi akan perbezaan kerjasama UMNO-MCA-MIC dengan kerjasama PAS-DAP yang ingin membentuk negara sekular.



Hadi wajib menjawab semua kemusykilan mereka. Tidak mungkin ia begitu sukar sekali bagi Hadi lebih-lebih lagi bila Nik Aziz sudah pun memberi ‘tips’ jawapan iaitu ‘Ya, UMNO itu kafir bagi PAS’.

Justeru, jika Hadi terus mendiamkan diri, tidak menarik balik dan tidak pula menafikan, maka persoalan ini akan terjawab sendiri iaitu PAS mengambil pendirian untuk mempertahankan Amanat 1981 yang mengkafirkan orang UMNO, sehingga ke titisan darah yang terakhir dan seterusnya ... yakni sehingga ke akhirat.



Inilah hakikat yang perlu diterima dan ditelan serta dipegang oleh semua orang-orang PAS selagi mereka berdiri di belakang Hadi Awang dan Nik Aziz.

Penganut Kristian Tidak Wajar Disekat Guna Kalimah Allah

Guan Eng : Penganut Kristian Tidak Wajar Disekat Guna Kalimah Allah.

E-mail Print
alt

KUALA LUMPUR 24 Dis. - DAP menyatakan pendirian bahawa Penganut Agama Kristian di Negara ini tidak sewajarnya disekat dari menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kitab Bible edisi Bahasa Melayu.

Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) disaran mengkaji semula isu tersebut seterusnya membenarkan kalimah Allah dijadikan panduan kitab suci Agama Kristian tersebut.

“Selain membenarkan perkataan Allah seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.

“Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena Sambutan Hari Natal pada 25 Disember ini.

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu merujuk kepada keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan melarang kalimah Allah digunakan penganut Agama Kristian di Negara ini susulan ketidakpuasan hati masyarakat Islam di Negara ini.

Ianya dikuatkuasa KDN susulan kes melibatkan satu laporan yang dikeluarkan Akhbar The Herald sekitar tahun 2009 yang telah membangkitkan isu tersebut.

Anwar akan bertemu pemimpin Pakatan mengenai isu kalimah 'Allah'

Anwar akan bertemu pemimpin Pakatan mengenai isu kalimah 'Allah'
 
Satu mesyuarat di kalangan ketua parti komponen Pakatan Rakyat akan diadakan untuk membincangkan percanggahan pandangan mengenai penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam.

Bercakap di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia masih berulang walaupun telah diselesaikan sebelum ini.

"Isu ini telah diselesaikan. Kami bukan sahaja telah mengadakan mesyuarat tetapi dihuraikan dalam perbincangan mengenai subjek ini, dan merujuk kepada teks, termasuk teks Al-Quran.

"Kini ia telah timbul semula, maka ia akan memerlukan satu mesyuarat segera," katanya kepada pemberita hari ini.

Perkara itu timbul semula apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dalam perutusan Krismasnya, menggesa Putrajaya membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah 'Allah' dalam Bible versi Bahasa Malaysia.

DAP kemudiannya menjelaskan bahawa gesaan itu hanya supaya kalimah itu dibenar diguna di Sabah dan Sarawak.

Dalam reaksinya, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kalimah 'Allah' tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Malaysia kerana terjemahan yang betul bagi perkataan 'God' adalah 'Tuhan'

PAS: Siasat dakwaan Deepak atau kami hantar memo pada Agong

 
PAS: Siasat dakwaan Deepak atau kami hantar memo pada Agong
 
 

PAS mengulangi gesaannya supaya pihak berkuasa menyiasat dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishin terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib serta ahli keluarganya berhubung kontroversi kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Jika tidak, saya akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (kiri).

NONEBercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala
Lumpur hari ini, Mahfuz mengecam Jabatan Peguam Negarak, Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa berdiam terhadap tuduhan yang serius itu.

Perkara itu, tegasnya, membabit maruah perdana menteri, keluarga beliau, negara dan juga Yang di-Pertuan Agong.
Deepak sebelum ini dalam temuramahnya dengan beberapa media antaranya Malaysiakini mendakwa Najib mempunyai peranan dalam isu penarikan balik pengakuan berkanun (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam pada tahun 2008 yang mengaitkan Najib dengan Altantuya.

Deepak juga sebelum ini mendedahkan beberapa perkara antaranya melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Nazim Razak. 

Zakat fitrah tidak boleh diberikan kepada imam UMNO

Zakat fitrah tidak boleh diberikan kepada imam UMNO?

PASIR PUTEH 25 Dis. - Perasaan taksub terhadap Amanat Haji Hadi menyebabkan pembayaran zakat fitrah oleh ahli Pas suatu ketika dahulu tidak disempurnakan melalui imam UMNO yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kerana mendakwa penyokong UMNO kafir.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pasir Puteh di sekitar tahun 2000, Shokri Mohd. Nor, 68, ketika menceritakan perkara itu menyatakan kekesalan di atas keterlanjuran itu sepanjang bergiat aktif sebagai aktivis tegar Pas sejak 40 tahun lalu.

Beliau berkata, ketika aktif dalam perjuangan Pas, bayaran zakat fitrah dilunaskan kepada imam yang menyokong Pas sahaja biarpun di luar mukim selain menunaikan fardu Jumaat di masjid tertentu sahaja.
Menurutnya, dia dan sebilangan penyokong Pas turut mengeluarkan zakat fitrah secara terus kepada golongan miskin dalam kalangan penyokong parti itu sahaja.

Presiden Pas jangan terus membisu

Amanat: Presiden Pas jangan terus membisu

KOTA BHARU 25 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak supaya tidak terus membisu terhadap isu tuntutan masyarakat supaya beliau menarik kembali amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981.

Tokoh ilmuwan Islam, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, menurut prinsip Islam, Abdul Hadi perlu memperbetulkan semula kesalahannya supaya masyarakat tidak terus keliru.

Beliau berkata, Pas sendiri telah melanggar amanat yang dibuatnya kerana menjalinkan kerjasama dengan DAP atas dasar tahaluf.

"Kita minta supaya Abdul Hadi respons kepada tuntutan masyarakat supaya dia membetulkan balik apa yang salah. Itu prinsip Islam, kalau kita buat sesuatu yang salah maka kita perlu betulkan balik.

"Kalau dia kata dahulu tidak boleh kerjasama dengan kafir, kemudian dia buat kerjasama dengan DAP, dia kata dalam parti dia boleh atas dasar tahaluf, jadi sekarang dia kena betulkan masyarakat semua, jangan betulkan dalam parti dia sahaja, itu yang kita minta," katanya.

Istilah tuhan lebih tepat ganti God - pas

Istilah tuhan lebih tepat ganti God dalam kitab Injil versi bahasa Melayu - Pas

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Pas berpendirian kitab Injil versi bahasa Melayu harus menggunakan istilah God dalam merujuk kepada tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal kitab itu.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, memandangkan kitab Injil versi bahasa Melayu adalah terjemahan teks asal bahasa Inggeris sewajarnya istilah God tidak diterjemah sebagai Allah kerana terjemahan tepatnya ialah tuhan.

"Menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.

"Bagaimanapun, Pas boleh menerima penganut Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan Pas sebelum ini," katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi portal rasmi Pas, Harakahdaily.net hari ini.