Friday, March 23, 2012

Sokong yahudi - pendirian PAS

Perniagaan: PAS hanya kecam Zionis


Harakahdaily, 24 Mac 2012


KUALA LUMPUR, 23 Mac: Isu perniagaan dengan orang Yahudi yang diketengahkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan perkara yang sukar difahami oleh umat Islam, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Dalam satu kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa Abdul Hadi hanya menjelaskan fakta sejarah dari perspektif sirah Rasullullah di mana baginda menjalankan muamalah urusniaga dengan orang Yahudi di Madinah kerana perkara ini jelas disebut dalam banyak buku-buku sirah.

“PAS dukacita dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan pelbagai pihak yang menganggap kenyataan Presiden PAS bermotif politik kerana beliau menjelaskan dari sudut ilmiah perbezaan antara bangsa Yahudi dan gerakan Zionis, yang telah merampas tanah umat Islam di Palestin dan sentiasa memberi amaran kepada umat Islam,” kata beliau.

Dalam satu makan malam minggu lalu, Abdul Hadi berkata, aktiviti urusniaga dengan Yahudi dibenarkan, tetapi bukan dengan Zionis kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

“Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Kenyataan Abdul Hadi telah diserang oleh pemimpin Umno dan para mufti yang pro-kerajaan sebagai kenyataan politik semata-mata.

PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan timbalan presiden Mohamad Sabu turut menyokong kenyataan Abdul Hadi dengan menyatakan bahawa Yahudi merupakan bangsa seperti bangsa-bangsa lain di dunia sedangkan Zionis sebagai ‘parti’ dalam Yahudi itu sendiri.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, hakikatnya menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi.

"Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka. Demikian juga dengan mereka yang mengaku Muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan.

"Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Sabu pula berkata umat Islam boleh bermuamalah dengan Yahudi, tapi menegaskan bahawa urusniaga dengan Yahudi Israel tidak boleh sama sekali kerana mereka jelas berfahaman Zionis.

Menurut Tuan Ibrahim pula, Yahudi adalah bangsa yang disebut dalam al-Quran. Al Quran banyak menyatakan kecaman dan juga pujian kepada Bani Israel.

“Bangsa adalah ketentuan Allah. Manakala yang kita tentang ialah gerakan Zionis yang sentiasa mewujudkan tindakan huru-hara dalam dunia, khususnya tindakan ganas mereka terhadap umat Islam di Palestin.

Lantaran itu, PAS mengecam tindakan kerajaan berurus niaga dengan negara Israel kerana tindakan itu nyata bercanggah dengan dasar dan polisi negara yang tidak mengiktiraf tanah rampasan Zionis yang dijadikan negara Israel,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.



____________________________________________________________________


Rupanya kapal Israel dibenarkan berlabuh di Malaysia
Written by Angkasanuri   
Dalam sibuk-sibuk penduduk di seluruh dunia mengecam yahudi israel laknatullah kerana menyekat kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza rupa-rupanya kapal-kapal dagang israel dibenarkan menggunakan kemudahan pelabuhan di Malaysia.

Pelabuhan yang terlibat ialah Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia yang dikatakan bagi tujuan berdagang.

Kapal-kapal israel dibenarkan menggunakan pelabuhan berkenaan sejak 1998 lagi!Kebenaran menggunakan pelabuhan di Malaysia dilakukan melalui Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Israel Navigation Company (Zim Lines).

Perkara ini disahkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Kong Cho Ha dalam satu kenyataan semalam.

Kapal-kapal dari Israel dikenakan beberapa syarat seperti tidak boleh menaikkan bendera negara berkenaan apabila memasuki atau berada di sempadan Malaysia dan anak-anak kapal tidak dibenarkan meninggalkan kapal apabila berada di dalam perairan Malaysia kecuali jika berlaku kecemasan.

Pengumuman ini sekaligus mendedahkan sikap hipokrit kerajaan 1Malaysia yang kononnya anti israel dan yahudi.

Saya masih teringat lagi sekumpulan rakyat di negara ini pernah di belasah polis dan ditembak dengan gas pemedih mata semata-mata kerana menentang kemasukan pasukan kriket israel tidak lama dahulu.

Justeru itu, saya menggesa agar kerajaan 1Malaysia menuntut maaf kepada rakyat di negara ini kerana menyembunyikan kerjasama hubungan perdagangan Malaysia-Israel serta menamatkan serta merta semua bentuk kerjasama dan hubungan dengan negara haram yahudi.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

  ______________________________________________________________



Apco serlahkan Umno tali barut Israel
Written by Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia menyerlahkan Umno sebagai tali barut Israel, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).
Beliau berkata demikian kerana Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel.
"Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco)," jelas beliau petang tadi.
Tidak cukup dengan itu, kata beliau, tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.

"Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan.

"Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menyuarakan rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).

"Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih," jelasnya.

"Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib."

Ekoran itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan kerajaan itu seolah-olah tidak mengiktiraf kelayakan beberapa syarikat perunding tempatan yang sebenarnya mempunyai kelayakan dan wajar diberi peluang.

Bercakap di Dewan Rakyat, beliau turut menasihatkan kerajaan supaya tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada syarikat yang dipercayai umum pro zionis Israel itu.

Ini kerana, beliau berkata, Israel pernah menggunakan maklumat komunikasi daripada agensi komunikasi Amerika Syarikat  untuk turut serta secara tidak langsung dalam Perang Teluk pada 1988 lalu, bagi mengenakan Iraq.


___________________________________________________________________



Memperingati ulang tahun ke-10 Ops kriket Israel
Seramai dua ribu pencinta Islam telah mengadakan demonstrasi membantah kehadiran pasukan kriket Israel yang berkesudahan dengan adegan liar pihak keselamatan menyuraikan para demonstran yang sebahagiannya pelajar universiti yang sedang bergelut dengan musim peperiksaan.

Kini peristiwa itu telah genap 10 tahun dan menjadi sebahagian daripada sejarah gerakan Islam negara ini. Memandangkan isu kezaliman regim Israel terhadap umat Islam Palestine masih berterusan dan kiblat pertama umat Islam yang masih terjajah, maka Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan memperingati peristiwa ini pada 7 April di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

Peristiwa kemuncak bantahan pada 4 April di hadapan pintu masuk Universiti Malaya adalah lanjutan daripada beberapa siri bantahan sebelum daripada itu.

Lokasi masjid Ar Rahman Universiti Malaya sebagai tempat berhimpun sangat sesuai kerana masjid itu sentiasa menjadi medan demonstrasi pelajar-pelajar universiti terutama dari Universiti Malaya serta PAS Lembah Pantai yang sentiasa menjadi ‘tuan rumah’ demonstrasi pada dekad 90-an.

Pada hari Jumaat 4 April, Masjid Ar Rahman menampung kehadiran solat Jumaat yang begitu ramai malah diisi dengan tazkirah dan khutbah yang berkaitan dengan isu Yahudi dan Palestine yang sentiasa berkubang.
Penulis saat itu masih belum tamat pengajian Diploma Pendidikan Universiti Malaya dan menjawat jawatan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai (yang menguruskan logistic acara demo 4 April) masih membayangkan wajah-wajah teruja para demonstran.

Selesai solat Jumaat, teriakan takbir mula menerjah ruang sekitar masjid dan peserta demonstrasi mula berarak ke hadapan pintu masuk UM. Pihak keselamatan telah melakukan persiapan awal untuk menghalang bantahan ini dengan kerahan ratusan anggota polis berpakaian preman, FRU, malah yang beruniform.

air kimia dan gas pemedih mata

Trak-trak polis dan water canon telah ditempatkan di perkarangan Balai Polis Jalan Pantai Baru sejak awal pagi 4 April 1997.

Laungan slogan dan takbir peserta jam 2 petang 4 April mula galak di hadapan pintu masuk UM walaupun matahari begitu menyengat ubun-ubun.

Mahfuz, Salahuddin Ayub, Misbahul Munir dan beberapa pemimpin Pemuda PAS yang kebetulan menghadiri satu tamrin anjuran Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai turut hadir.

FRU mula mengeluarkan amaran bersurai namun tak sempat pamitan doa yang dibaca oleh YDP PAS Lembah Pantai, pancutan air kimia telah dihalakan kepada peserta demo tanpa belas kasihan walaupun muslimat dan mahasiswi adalah sebahagian daripada peserta perhimpunan.

Gas pemedih mata yang dijamu kepada peserta demo juga agak lumayan pedihnya telah mewarnai sekitar lokasi perhimpunan, dalam masa yang sama pihak keselamatan UM telah bertindak menutup pintu masuk Universiti dengan tujuan untuk menghalang peserta –peserta demo masuk ke dalam UM bagi meloloskan diri daripada tangkapan polis yang mula menyerbu, menangkap malah menggasari peserta demo dengan hayunan belantan.

Seorang peserta, Haji Zakri (AU4) cedera parah dipukul, serban dan baju beliau disimbah warna merah darah malah puluhan peserta cedera. Dalam keadaan rusuh dan tegang itu ada peserta demo yang terjun ke dalam sungai yang terletak berhampiran dengan Masjid Ar Rahman.

Masjid Ar Rahman telah di kepung sehingga hampir masuk waktu Isyak, para peserta telah melakukan pelbagai aktiviti seperti membaca Surah Yaasin secara beramai-ramai, makanan telah dimasak di dapur Masjid oleh Pak Amjal serta dibantu yang lain.

lorong tikus

Dalam tempoh antara Asar dan pertengahan Maghrib puluhan pelajar telah berjaya dikeluarkan melalui ‘lorong tikus’ hutan belakang Masjid Ar Rahman, terutama pelajar yang akan mengambil peperiksaan akhir mereka.

Pihak polis telah menyerbu ke dalam Masjid menjelang waktu Isyak dan mula menangkap peserta-peserta yang berada di masjid secara rambang malah dengan memakai kasut yang disarung beg plastik - satu tindakan biadap yang tidak menghormati kesucian masjid.

Akhirnya, 250 orang penunjuk perasaan ditahan oleh pihak polis termasuklah pemimpin Dewan Pemuda PAS Pusat yang ditahan reman. Antaranya Setiausaha, Haji Mahfuz Omar dan Ketua Penerangan, Salehudin Ayub. Sementara dua lagi ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Minghat Mahmud dan Haji Jamaluddin Manaf (Pak Amjal), Ketua Cawangan PAS Flat UDA, Lembah Pantai.

demo depan balai polis

Peserta demo telah dibawa ke beberapa buah balai polis di sekitar Kuala Lumpur di Balai Polis Pantai Baru dan Brickfield. Keesokannya pada 5 April satu lagi demonstrasi kecil telah dibuat dihadapan Balai Polis Brickfield bagi membantah layanan polis terhadap tahanan termasuk tahanan beramai-ramai ini mengaku agak kelaparan.

Dalam demonstrasi ini pelbagai jalur latarbelakang peserta telah ditahan seperti pendakwah, pensyarah (Prof. Dr. Hamirdhin Ithnin), korporat (Haji Ghazali Ismail), wartawan (Adnan Ibrahim) serta kelompok mahasiswa. Daripada 24 orang yang ditahan, hanya 19 daripadanya dijatuhkan hukuman denda.
Sembilan darinya didenda RM200, sembilan lagi didenda antara RM50 ke RM150 dan hanya seorang diberi amaran.

Urutan peristiwa bantahan sebelumnya

Sebelum daripada bantahan kemuncak pada 4 April, telah berlaku beberapa siri bantahan menentang kedatangan pasukan kriket Israel.

Demonstrasi pertama membantah kehadiran pasukan kriket Israel ke negara ini, telah diadakan di Dataran Merdeka yang dihadiri lebih 2,000 orang. Ia dipimpin Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berarak menuju ke Jabatan Perdana Menteri bagi menghantar memorandum bantahan kepada PM (tiada dalam negara pada waktu itu).

Perarakan itu juga dihadiri oleh pemimpin Pemuda PAS Pusat seperti Ketua Pemuda Ustaz Abu Bakar Chik, Naib Ketua Haji Muhamad Sabu, Setiausaha Haji Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Salahuddin Ayub, Dr. Hatta Ramli. Beberapa pemimpin PAS negeri turut datang memeriahkan bantahan seperti Allahyarham Zainuddin Abdullah (Abang Din Kubur Maras),Ustaz Fauzi Husain (Kedah), pemimpin pelajar universiti tempatan.

bantahan di peringkat negeri

Di peringkat negeri pula, Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Tan Sri Isa Abdul Samad oleh Ketua Pemudanya, Rahman Abdul Jalil.

Di Pahang pula, Menteri Besar Pahang, Tan Sri Khalil Yaakob juga menerima memorandum bantahan yang disampaikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Abdul Rahim Latif.

Manakala Dewan Pemuda PAS Kelantan pula menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Mahyuddin Yassin dan Menteri Luar Negeri pada waktu itu, Dato’ Abdullah Badawi.
Di peringkat kampus, beberapa persatuan pelajar turut membantah kedatangan pasukan kriket Israel. Antaranya, Persatuan Mahasiswa Islam UM (UM menjadi pusat gerakan kebangkitan pelajar Islam dalam dekad tersebut), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (MPPUIA) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Pertanian Malaysia (PMIUPM).

PMUM yang diterajui oleh NADI turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid Megat Ayub. Ternyata isu kriket ini telah menjadi momentum kepada kebangkitan pelajar yang sebelumnya turut bergelumang dengan isu-isu rakyat di Pantai Kundur, Kerpan, menentang maksiat di kampus-kampus universiti.

Demontrasi berikutnya telah dianjurkan oleh lebih 500 siswa-siswi kampus tempatan diperkarangan jalan masuk utama Universiti Malaya. Ia diadakan selepas solat Jumaat.

Minggu berikutnya, demontrasi secara aman turut diadakan di perkarangan Masjid Negeri Ipoh, Perak yang disertai lebih 500 orang. Di negeri-negeri lain juga bantahan yang serupa telah diadakan termasuk menyerahkan nota bantahan kepada pihak berwajib.

papan iklan Carlsberg diruntuh

Dewan Pemuda PAS Pusat juga sekali lagi telah mengadakan bantahan, di tapak permainan kriket, Kelana Jaya. Beberapa papan iklan jenama Carlberg diruntuhkan oleh pelajar-pelajar UM dalam keghairahan bantahan itu.

Demontrasi di Dataran Merdeka telah mendapati liputan meluas mass media antarabangsa samada media cetak atau elektronik. Kesan daripada demontrasi anjuran Dewan Pemuda PAS telah menyebabkan imej pemimpin Malaysia telah jatuh menjunam di kalangan pemimpin negara-negara umat Islam sejak isu kedatangan pasukan kriket Israel ke Malaysia.

Malaysia yang cuba menonjol di pentas antarabangsa dalam isu ummat Islam telah mendapat tamparan yang hebat dari dunia luar.Kemunafikan pemimpin negara telah terserlah dalam isu kriket Israel ini dan telah melonjakkan nama PAS kepada gerakan Islam lain di luar negara.

Reaksi masyarakat

Demonstrasi ini telah mengundang reaksi yang pelbagai daripada khalayak masyarakat dalam dan luar negara serta menjadi subjek yang diperkatakan terutama kebangkitan pelajar Islam memandang demonstrasi ini mengingatkan rakyat tentang ‘student power’ yang pernah menjadi fenomena pada awal dekad 1970-an.

Demo yang disifatkan sebagai demo kedua terbesar pembabitan pelajar selepas kebangkitan gerakan pelajar 1974 telah diulas oleh Ketua Pemuda UMNO, Zahid Hamidi dengan penuh emosional mendakwa "PAS telah melacurkan pelajar demi kepentingan politik". Nah, inilah “true colour” Pemuda UMNO dalam melihat isu ini yang sememangnya hanya menjadi pak angguk kepada pemimpin UMNO.

Zahid seterusnya mendesak Kementerian Pendidikan “jangan bertolak ansur dengan pelajar yang terbabit dalam demonstrasi itu, termasuk menggantung pengajian atau menyingkirkanya". Ketua Pemuda Umno itu juga mendakwa ada guru terbabit dalam demo dan seterusnya, “meminta Menteri Pendidikan, Najib Tun Razak mengambil tindakan tatatertib, termasuk memecat guru berkenaan daripada menjalankan tugas sebagai pendidik”. Di antara guru penjawat awam yang terlibat dengan bantahan itu ialah Ustaz Misbahul Munir dari Bagan Datoh (Kubu Zahid Hamidi Sendiri).

Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) telah membidas kenyataan Zahid yang tidak peka kepada isu ummah ini. “Sebagai Muslim, pelajar mempunyai hak menyatakan perasaan benci terhadap regim Yahudi yang penuh kezaliman dan keganasan itu,” ujar pimpinan PUM yang turut terusik dengan kenyataan Zahid.
Seorang Pengamal sosial tersohor, Rustam A. Sani memberikan pandangan yang menarik dalam menyikapi isu ini dalam kolumnya:

“Saya kira, pihak penganjur kejuaraan kriket tersebut tentulah amat kuat pengaruhnya terhadap pemerintah. Mereka bukan sahaja berhasil memperoleh keizinan membawa pasukan kriket Israel ke negara ini, tetapi tindakan mereka itu malah dipertahankan oleh Perdana Menteri."

Bantahan pasukan kriket Israel itu kini telah berputar selama 10 tahun dalam sejarah dan masa yang pantas ini juga telah merakamkan banyak cerita suka dan duka. Ramai juga pelajar yang terlibat dengan bantahan kriket ini telah menjadi pemimpin PAS atau pun aktivis parti pada hari ini.

Ustaz Hilmi Ghazali (Ketua Pemuda PAS Sungai Petani), Ustaz Kamal Ali (Terengganu),Roslan Mohd Zain (Kelantan), ratusan yang lain aktif di peringkat kawasan dan cawangan yang tidak mampu disenaraikan dalam tulisan singkat ini.

Ada juga alumni demonstrasi ini mula membina nama dalam NGO seperti Jamaluddin Elias (YAM), malah cukup mengharukan ada pihak polis yang diberi hidayah selepas peristiwa tersebut malah akhirnya aktif sebagai penggerak PAS. Beberapa tahun lepas penulis dijemput berceramah di sebuah Surau di Seri Kembangan, selepas membicarakan sejarah Perang Khaibar yang berlaku di zaman Nabi s.a.w., perang Islam dan Yahudi serta mengimbas tragedi Ops Kriket.

Dua orang bekas polis (termasuk bekas SB) telah mendedahkan bahawa mereka di antara polis yang terlibat dalam peristiwa 4 April itu. Ramai juga alumni yang telah berkelana ke alam abadi, antaranya Pak Din Hancur, Abang Din Kubur Maras, malah ada yang setia dengan setiap demo seperti Dr. Hatta dan Pak Amjal.

Ayuh para alumni 4 April 1997, kita berhimpun di Melewar pada 7 April ini untuk mempertautkan kembali ukhuwwah dan mengilas kembali ingatan silam sebagai cerminan kepada kita hari ini.

Ridhuan M. Nor ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (1999-2006) dan graduan Universiti Malaya.


__________________________________________________________________________



Sokong Yahudi – Pendirian PAS Dipuji

LAMAN ini menyambut baik kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang bahawa PAS akan menyokong perhubungan perniagaan dengan yahudi (sebut Israel) asal sahaja tidak dengan zionis.

Pendirian yang sangat-sangat dinanti ini hadir pada masa yang tepat. Kebetulan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang hebat ditekan banyak pihak dalam negara lanjutan dari kenyataannya yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (TWSJ) pada Januari.

Walaupun dalam masa yang sama masyarakat antarabangsa menerima dengan positif kenyataan tersebut..
Yang lebih penting lagi, kenyataan Anwar dalam TWSJ itu juga telah menyebabkan kerekahan dalam perhubungan antara komponen Pakatan Rakyat terutama dengan PAS.

Sekurang-kurangnya dengan kenyataan terbaru Hadi ini dapat mengurangkan sedikit tekanan yang dialami Anwar dan mengembalikan semua kerjasama Pakatan Rakyat ke atas landasannya yang betul.

Tidaklah nanti perbezaan berterusan ini digunakan penyokong UMNO dan Barisan Nasional untuk menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai gabungan politik yang gagal (sudahlah tidak didaftarkan), yang mana akan memberi kesan yang bukan sedikit kepada sokongan rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Jika semua pembaca sedar, inilah yang kami perjuangkan selama ini dalam menyokong kenyataan Anwar dalam TWSJ tersebut. Yahudi adalah sama seperti etnik lain di dunia yang terbahagi kepada beberapa kumpulan tertentu. Bangsa Melayu sendiri pun ada beberapa bahagiannya seperti Melayu Champa, Jambi dan sebagainya.

Dalam kerajaan Israel sekalipun bukan semua yang berfahaman zionis, hanya segelintir tapi mereka ini yang kelihatan terlebih vokal.

Menolak Yahudi, apatah lagi meminta penghapusannya dari muka bumi ini adalah satu pendekatan yang berlawanan dengan firman Allah swt yang bermaksud “Dan berbuat baiklah kamu kepada sesama manusia sebagaimana Allah telah berbuat baik terhadap kamu”.

Penulis secara peribadi menganggap, kenyataan terbaru Hadi ini adalah kemenangan kepada perjuangan laman ini yang sering kali disalah tafsir cuba melaga-lagakan komponen di dalam Pakatan Rakyat dengan menyokong kenyataan Anwar tersebut, termasuk dari pengamal media sosial/baru yang mengaku condong kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Kenyataan Hadi ini sebenarnya adalah selari dengan keputusan dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, sehari sebelum sidang Parlimen bermula pada minggu lepas. Penulis kurang pasti kenapa Hadi menunggu beberapa hari sebelum mengumumkannya.

Tidak mengapalah, yang penting ia telah diumumkan dan respon rakyat yang penulis terima berikutan kenyataan tersebut, rata-ratanya adalah positif.

Tambahan pula masing-masing sedar bahawa semakin banyak negara Islam sudah dan akan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi tersebut, dan Malaysia (dibawah Pakatan Rakyat) tidak seharusnya tertinggal di belakang.

Penulis sangat berharap semua penyokong Pakatan Rakyat yang selama ini begitu sensitif dengan isu Israel ini agar mengubah pendirian masing-masing. Ambil kenyataan Haji Hadi ini sebagai pedoman dan tauladan dalam penulisan masing-masing.

Syabas Hadi, Syabas PAS.

Sumber Petikan : suarapakatanrakyat.com


_____________________________________________________________________



Kerjasama Dengan Yahudi Tak Haram Dalam Islam – Nik Aziz

    March 23, 2012
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, kerjasama dan urus niaga dengan golongan berbangsa Yahudi tidak diharamkan dalam Islam selagi mereka tidak mempunyai agenda jahat.

Beliau berkata, faktor bangsa semata-mata tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang sebarang hubungan kerana ia bukan penentu kepada dosa dan pahala, sebaliknya perbuatan jahat yang diambil kira seperti merampas tanah dan membunuh penduduk tidak bersalah seperti mana dilakukan oleh puak Zionis.

“Kerajaan yang dia (Yahudi Israel) sekarang ini kerajaan yang dibentuk parti Zionis, yang ini kita tidak boleh berurusan dengan dia, apa sahaja pun urusan dengan kerajaan Zionis sekarang ini ertinya kita berurusan dengan kerajaan haram.

“Kalau kita bersekongkol dengan yang haram maka berdosalah, seperti budak mencuri motosikal, kalau kita membeli motosikal dia, ertinya kita bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan jahat mencuri,” katanya selepas kuliah Jumaat di pekarangan pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini, hari ini. – UTUSAN



____________________________________________________________________



Saturday, March 17, 2012


Apa Bila Anwar Ibrahim Sokong Yahudi, Hadi Awang Tumpang Sekaki " Boleh Bekerja Sama Dengan Yahudi"....!!!!!


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin Pas anjuran Dewan Muslimat Pas Malaysia di sini, malam tadi.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan Pas yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan Pas ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.

Matlamat menghalalkan cara..? Kita tunggu penjelasan dari Pok Nik dalam masa terdekat!!

Suara Politik
Taminsari

____________________________________________________________________



Nik Aziz Halalkan Anwar Jual Negara Pada Yahudi.

Filed Under ( ) by pisau on 24.3.12

Sebelum ini tidak pernah timbul mengenai hubungan dengan Israel atau pun Yahudi,isu yahudi menjadi panas apabila Anwar melobi pihak yahudi Amerika untuk mendapatkan wang pilihanraya ke 13 nanti.

Anwar secara terbuka menyokong keselamatan sebuah negara haram Israel.Tindakan Anwar menyokong Israel menyebabkan seluruh negara membantah dan menyebabkan rating Anwar merudum teruk.

Melihat akibat daripada tindakan Anwar,gerembolan haprak pakatan mula memainkan isu kononnya negara Malaysia mempunyai pertalian perniagaan dengan Israel .Mereka mula mengeluarkan pelbagai fakta dan dakyah palsu semata mata mahu menutup tindakan Anwar mendapatkan bantuan pihak yahudi Amerika.

Anwar yang semua orang tahu mempunyai agenda membawa fahaman liberalisme dan pluralisme,dalam masa yang sama beliau turut memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara versi barat.Kesemua ini menjadi punca apabila hubungan sesama sejenis dikatakan sebagai hak asasi manusia,murtad juga sebagai hak individu dan sama ratakan agama Islam yang syumul dengan agama yang lain.

Anwar juga membuat perjanjian dengan Amerika jika beliau dibantu untuk menjatuhkan kerajaan BN,beliau menjanjikan sebuah pengkalan tentera Amerika untuk ditempatkan dinegara Malaysia.

Untuk menghalalkan cara,Kegampangan politik pakatan terutamanya khawarij PAS sanggup melakukan apa saja.PAS pada mulanya turut menyerang kerajaan kononnya mempunyai hubungan perniagaan sebaliknya dipatahkan dengan pelbagai bukti dan fakta.

Hasil lacuran politik menghalalkan cara,khidmat Hj Hadi dan Nik Aziz digunakan untuk menghalalkan Anwar berurus niaga menjual negara kepada Yahudi Neo Con.

Masakan para yahudi ini sanggup membantu dari segi kewangan dan bantuan teknikal terhadap PKR,DAP dan PAS jika mereka tidak mendapat imbuhan.Segalanya terbukti,pengkhianat seperti Anwar dibantu oleh ulama longkang seperti Nik Aziz dan Hj Hadi mereka sanggup melakukan apa saja.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, kerjasama dan urus niaga dengan golongan berbangsa Yahudi tidak diharamkan dalam Islam, selagi mereka tidak mempunyai agenda jahat. Menurutnya, faktor bangsa semata-mata tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang sebarang hubungan kerana ia bukan penentu kepada dosa dan pahala.
Sebaliknya, kata beliau, perbuatan jahat yang diambil kira adalah seperti merampas tanah dan membunuh penduduk tidak bersalah seperti mana dilakukan oleh puak Zionis.
"Kerajaan yang dia (Yahudi Israel) sekarang ini iaitu kerajaan yang dibentuk oleh parti Zionis, yang ini kita tidak boleh berurusan dengan dia, apa sahaja pun urusan dengan kerajaan Zionis sekarang ini ertinya kita berurusan dengan kerajaan haram.-Utusan

Pisau kata " khidmat si tua nyanyok digunakan untuk selamatkan Anwar"
_________________________________________________________________



Sikap PAS Tentang Murtad : Dulu Lain, Sekarang Lain

Filed Under ( ) by pisau on 23.3.12


AIDC/Dr Rahman Kadir – Saya mula didedahkan dengan isu murtad seawal tahun 1997 iaitu semasa masih di Asasi Sains Universiti Malaya lagi. Ketika itu, saya didedahkan dengan forum-forum yang diadakan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).


Saya pernah menyaksikan di dalam salah satu forum tersebut, wakil UMNO dibelasah teruk oleh wakil PAS, seorang ADUN dari Kelantan. Wakil UMNO tersebut ada hati menafikan wujudnya isu murtad. Saya melihat UMNO seperti tidak serius dengan isu murtad, dan hanya PAS sebagai sebuah parti Islam yang mampu mempertahankan aqidah umat Islam.


Ini ditambah lagi dengan kes Aishah Bukhari, seorang yang hafal Yasin dan mempunyai asas agama yang baik, tetapi boleh murtad ke agama Kristian Katolik hanya kerana bisikan cinta. Dia dikatakan lari ke Australia bersama kekasihnya tersebut meninggalkan ibu-bapa dan sanak-saudara.


Ditambah pula dengan pendedahan bekas Paderi Joseph tentang usaha sulit gereja memurtadkan orang Melayu di Malaysia yang terkandung dalam kaset-kaset yang dijual di pinggir Masjid Ar Rahman.


Selepas saya berbai’ah dengan PAS, isu ini semakin hangat. Amir ketika itu Ustaz Zaharuddin Abd Rahman telah berjaya mempakejkan isu murtad sinonim dengan dirinya kerana kehebatannya berpidato dan juga pandai menulis artikel-artikel serta berani berjumpa dengan pimpinan negara untuk bercakap tentang isu murtad.


Di zamannya, beberapa siri demonstrasi diadakan berkenaan isu murtad. Kami mahu kerajaan melihat isu murtad dengan serius. Ikutkan kami, jika kerajaan tidak mahu laksanakan hukum murtad yakni faqtuluh (bunuhlah si murtad) itu, kerajaan yang ada ini tidak layak kerana tidak menjalankan hukum Allah.


Sudah berapa kali saya berdemo dan bersabung nyawa berhadapan dengan polis dan pihak keselamatan Universiti Malaya bersama-sama rakan-rakan. Ini tanda kami benar-benar serius dalam isu ini.


Bertambah parah, apabila seorang sahabat tuisyen saya mengajak saya masuk agama Kristian dan bermulalah siri debat saya dengan dia. Mungkin dia menyangka bahawa orang Islam ini lemah dan tidak tahu apa kandungan dalam agamanya.


Kami berdebat melalui tulisan dan dari situ kami menggunakan fakta-fakta dari Syeikh Ahmad Deedat dalam perbandingan ugama. Saudara Nashrul banyak membantu dalam debat tersebut.


Nashrul telah dilantik menjadi Exco PMIUM disebabkan isu murtad ini, kerana kebolehannya mencanai maklumat dalam Bible dan juga dia pernah berdebat secara semuka dengan Presiden Persatuan Kristian Varsiti sebanyak 3 kali.


Isu murtad semakin dimainkan di dalam jemaah. Malah, Ustaz Zaharuddin melalui Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) telah berjaya menjadikan isu ini sebagai panji utama PAS memalukan UMNO dan BN sebelum berlakunya kes pemecatan Anwar Ibrahim.


Anwar Ibrahim sewaktu baru dipecat menyalahkan Tun Abdul Hamid Othman kerana gagal dalam isu murtad kata Ust Zaharuddin. Benar atau tidak, hanya Allah, Anwar Ibrahim dan Hamid Othman sahaja yang mengetahui.


Apabila timbul reformasi, isu murtad hilang serta merta. Yang utama sekarang ini bagi jamaah, ialah menyambut mereka yang baru murtad dari UMNO dan memeluk PAS dan Keadilan.


Tetapi, saya dan sahabat-sahabat saya masih beristiqamah dengan isu murtad.


Program Ziarah Mesra (PZM) telah diadakan di mana saya terlibat secara langsung dalam penubuhannya. PZM diadakan untuk mengimbangi gerakan missionary Kristian yang cuba berdakwah kepada pesakit-pesakit terutamanya pesakit Islam.


Pihak PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) cuba menghalang aktiviti kristianisasi dijalankan secara termampu tetapi sokongan perlu diberikan oleh kakitangan, pelajar dan juga pesakit (serta keluarga). PZM dianjurkan bersama PMI (Persatuan Mahasiswa Islam) dan juga SAHABAT PPUM setiap minggu. Oleh itu, terubat hati pesakit-pesakit menerima kunjungan kami.


Isu murtad kembali hangat apabila Mufti Perak kembali bising tentang hal ini. Ketika ini, PAS dalam keadaan lemah. Terengganu ditawan kembali oleh UMNO dan Abdullah Badawi yang membawa imej sebagai anak cucu ulamak dari Pulau Pinang menyebabkan bekas jemaah saya itu bertambah sakit. Tiada isu untuk PAS, dan isu murtad ini kembali dimainkan sebagai ubat kuat parti tersebut yang sudah mandul pada saat itu seolah-olah meminta nyawa pada pengundi sekitar tahun 2006-2007.


Oleh itu, umat masih menaruh harapan bahawa PAS mampu menjaga umat jika berpeluang memerintah. Saya dengan hukum yang saya belajar, tidak ada masalah. Kita wajib taat kepada pemerintah tidak kisah siapa yang naik, selagi mana Muslim dan masih bersolat. Ini kepercayaan Ahli Sunnah Wal Jamaah bukan khawarij.


Namun, selepas tahun 2008, semuanya sudah terbalik.


PAS sudah menjadi Parti cinta dunia dan takut mati. Jika UMNO dan Utusan buat salah, hatta tersilap masuk masjid dengan kaki kiri pun sudah dianggap menghina Islam. Tetapi, jikalau DAP mengarahkan arak dipulangkan, malam-malam Ramadhan dihidupkan dengan kelab malam, itu tidak menghina Islam.


Malah, apa yang kami perjuangkan yakni penubuhan negara Islam cuma tinggal negara berkebajikan. Dahulu menegakkan negara Islam itu wajib, tetapi sekarang tidak wujud istilah negara Islam di dalam Al Quran. Nanti, apabila jadi kerajaan, tidak ada pula istilah negara kebajikan dalam sunnah pula alasan yang mungkin diberikan.


Tercatat dalam sejarah, Damansara Utama Methodist Church(DUMC) telah mengadakan upacara Thanksgiving. 12 orang Islam berada di dalam majlis itu. Berikutan dengan itu, pihak JAIS telah melakukan pemeriksaan.


Pihak JAIS mendapati ada dokumen-dokumen seperti kuiz kefahaman Islam, nyanyian Alhamdulillah dan Allahuakbar di gereja tersebut.


Pihak JAIS telah melakukan tuntutan dalam ugama, iaitu cuba menyelamatkan aqidah umat Islam. Dr Hassan Ali telah dikritik kerana berdiri teguh di belakang JAIS oleh MB Selangor dan PAS Selangor yang berjaya menggulingkan Dr Hassan mula membedil beliau. Malang sekali, yang giat membedil usaha menyelamat ugama ini, seorang yang masa mudanya mengetuai gerakan pelajar Suara Islam di UK katanya. Sekarang bunyinya seperti Suara Kafir.


Saya berasa sedih. Dahulunya, kita bermati-matian tentang isu murtad. Dahulu, kita tidak pernah dengar bunyi-bunyi hendak mendengar keterangan gereja, pakwe Aishah Bukhari dan sebagainya, kita terus berdemo di jalan raya. Faqtuluh, faqtuluh dan faqtuluh, bunuhlah orang yang murtad itu kata mereka suatu masa dahulu.


Tetapi, hari ini kita pandai pula menggunakan perkataan kita akan rujuk kedua-dua belah pihak. Fatabayyanu kata mereka, seolah-olah baru sahaja perkataan itu mereka jumpa dan diwahyukan dalam Al Quran. Tidak pula mereka rujuk dan bertanya kepada Saiful Bukhari, Datok Eskay, Utusan dan sebagainya dalam pelbagai isu atas dasar fatabayyanu.


Soalnya, adakah begitu murah aqidah Islam hanya untuk mendapatkan undi? Di manakah ustaz-ustaz anti murtad di kampus dahulu? Di manakah mahasiswa Islam? Bolehkah mereka berdiri sendiri dengan tulang belakang mereka tanpa diremote control?


Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1q04nrAi8



__________________________________________________________________



Kenyataan Hadi bukan jawapan politik
Susulan kenyataan Profesor Mahmud Zuhdi dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang mengulas jawapan presiden PAS ketika menjawab persoalan hadirin dalam majlis makan malam Dewan Muslimat PAS di Shah Alam tempoh hari, suka untuk saya jelaskan beberapa perkara.

Pertamanya kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tersebut selari dengan pendirian rasmi Dr Yusuf Al Qardhawi, pengerusi Persatuan Ulama Dunia, bahawa kita menentang Israel bukan kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka menjajah tanah umat Islam Palestin dan fahaman zionis mereka.

Penubuhan negara haram Israel bukan sahaja melibatkan Yahudi tetapi juga adanya konspirasi melibatkan Kristian Evangelis. Bermakna Zionis itu bukan melibatkan kesemua Yahudi, tetapi sebahagian Yahudi dan segelintir Kristian mazhab Evangelis.

Keduanya, di kalangan penganut Yahudi salah satu cabang dalam mazhab ortodoks sendiri menentang Zionisme dan dianggap sesat daripada agama Yahudi yang sebenar. Mereka menganggap penubuhan negara Israel di atas tanah umat Islam Palestin ibarat menggali kubur besar kepada orang Yahudi sendiri.

Yahudi sebegini terlibat sama dalam banyak muktamar pembebasan Palestin yang diadakan di Beirut, Istanbul, London dan Tehran. Malah ada di antara mereka dipenjarakan oleh rejim Zionis Israel kerana menentang penubuhan negara tersebut.

Saya keliru kenyataan Prof Mahmud Zuhdi menyatakan bahawa Yahudi zaman Rasulullah berbeza dengan Yahudi hari ini kerana mereka berakhlak mulia. Sedangkan Yahudi di zaman Rasulullah pun ramai yang jahat dan menyeleweng daripada kitab Taurat.

Namun ada yang bermuamalah dengan Nabi. Teladan Nabi ini akan terus berlaku sepanjang zaman.

Begitu juga hari ini, wujud Yahudi berfahaman Zionis yang zalim menjajah dan membunuh umat Islam dan wujud juga Yahudi yang menolak dan menentang penubuhan penjajahan dan kezaliman tersebut.

Mereka banyak tinggal di Amerika dan Eropah. Malah di zaman ini ada antara mereka memeluk Islam dan menjadi pendakwah terkenal seperti Muhamad Asad daripada Austria dan Mariam Jamilah daripada Amerika.

Prof Mahmud Zuhdi juga mengatakan bahawa jawapan Hadi tergelincir daripada landasan Islam dan bertujuan politik untuk menjaga hati pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi Zionis adalah tuduhan yang berat.

Mungkin beliau tidak membaca kenyataan rasmi presiden PAS dan disambut oleh mursyidul am secara tegas bahawa PAS menolak kewujudan negara haram Israel.

Malah presiden PAS juga tegas menyatakan jika kesemua negara Arab bersetuju pembahagian wilayah Palestin dan Israel, kita tetap menentangnya kerana Palestin bukan milik Arab, tetapi milik umat Islam.

Oleh itu tidak timbul soal presiden PAS memberi jawapan politik untuk menjaga hati sesiapa tetapi berasaskan fakta, sejarah dan hukum di dalam agama Islam.


Penulis bertugas sebagai setiausaha akhbar kepada presiden PAS.


________________________________________________________________________

Friday, March 16, 2012

Spr tukar tempat mengundi MB Selangor

Khalid hairan ditukar kawasan mengundi
Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

NONESemakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB?

Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

NONEMohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang
hanya boleh berlaku jika menteri besar itu  menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua.

______________________________________________________________




SPR: Zon mengundi sama, sempadan p'raya diperbetul
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

kuala terengganu parliament by election spr ec announcement 051208 wan ahmad wan omarMenurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar,
langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.

Kes yang sama di Hulu Selangor

Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di

kawasan Selayang sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Terdapat banyak kekeliruan dan parti-parti politik telah mengeksploitasi kekeliruan ini. Jadi kami membuat keputusan pada tahun 2011 untuk membekukan pembetulan sempadan itu," katanya.

Wan Ahmad berkata pembetulan sempadan akan dilakukan serentak dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Pada ketika itu, kita akan mempamerkan semua perubahan yang dibuat dan pengundi terlibat boleh membuat bantahan.

"Kita perlu membuat perubahan itu, atau jika tidak pengundi akan terus mengundi di kawasan pilihan raya yang salah," katanya

Wan Ahmad berkata, selain Selangor, beberapa negeri lain telah melakukan pembetulan sempadan sebelum ia dibekukan, termasuk Kelantan dan Perak.

Malaysiakini melaporkan awal hari ini bahawa Khalid hairan tentang perubahan kawasan mengundinya sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat dan alamat pada kad pengenalan beliau kekal di Pasir Tuntung di Kuala Selangor, yang merupakan bandar kelahirannya.
__________________________________________________________________


Kejahatan SPR makin menjadi-jadi


Mohd Sayuti Omar, 15 Mac 2012


Pemindahan tempat mengundi MB Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dari Petaling Jaya ke Lembah Pantai mengesahkan kerja jahat dan tidak bertanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjalankan amanah dan amanah rakyat.

Perpindahan nama Khalid tanpa pengetahuan itu adalah perbuatan paling jahat dan tidak bertanggungjawab. Tindakan itu membenarkan dakwaan Bersih dan pembangkang selama ini yang SPR adalah komponen ke 14 atau 15 Barisan Nasional.

Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf akan membuat seribu dalih termasuk soal teknikal berhubung perpindahan nama Khlid itu. Adalah dipercaya perpindahan haram itu untuk sebotaj PKR dan sekaligus menghalang Khlid bertanding di mana-mana kerusi di Selangor.

Niat lebih busuk dari itu ialah untuk menafikan hak Khalid dilantik menjadi MB Selangor sekiranya PKR menguasai Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Kejadian seperti itu bukan baru dan hanya berlaku ke atas Khalid Ibrahim tetapi menimpa ramai lagi pengundi. Saya dan isteri juga ada pengalaman tersendiri di dalam hal ini. Pada tahun 1993 nama saya dipindah ke kawasan lain tetapi nasib baik saya sempat membuat bantahan. Manakala dalam tahun 1999 nama isteri saya dihantar ke lokasi lain menyebabkan dia terpaksa mengundi jauh dari kawasan asal kami.

Perpindahan saya dan isteri di luar pengetahuan kami dan seingat kami tidak pernah memohon untuk membuat perpindahan ke mana-mana kawasan. Adalah dipercayai kerja pindah memindah secara haram ini dilakukan oleh egen Umno kerana pada masa itu ada pegawai dari ibu pejabat Umno berdekatan kediaman kami datang ke rumah meminta no kad pengenalan atas alasan untuk bancian penduduk.

SPR tidak boleh lari dari tanggungjawab ini dan wajar menerima cacian dan sumpah seranah dari rakyat terutamanya mereka yang terlibat dengan pertukaran itu. Mungkin borang permohonan tukar kawasan mengundi dikemukakan, tetapi SPR seharusnya terlebih dahulu kena mengesahkan apakah ia palsu atau benar.

Mungkin setiap kesalahan seperti ini hukuman sewajarnya perlu dikenakan ke atas pegawai terlibat kerana ia membabitkan hak asasi seseorang dan kerja jahat biadap ini satu pencerobohan hak asasi dan sekaligus merudumkan integriti kepada badan bebas itu.

Sehubungan ini para pemimpin perlu mengemaskini nama masing-masing dalam pendaftaran bagi memastikan nama tidak dilempar ke kawasan lain oleh SPR. Tektik menukar kawasan mengundi ini adalah tektik terbaru SPR dalam membantu UBN bagi menghalang pemimpin bertanding di kawasan asal. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

 


Wednesday, March 14, 2012

Najib Salah guna Duit Rakyat Sambbut Pertunangan Anak

Hantar bil kepada PMO bukan bukti salah-laku
Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' sebagai bukti menunjukkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) membiayai perbelanjaan pertunangan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak.

NONEKatanya, borang yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli itu, tidak boleh disamakan dengan penggunaan dana awam untuk parti.

"Mereka menggariskan perkataan 'dibilkan kepada PMO' dalam merah (dalam BEO) ... bil kepada PMO bermakna menghantar bil kepada PMO. Ia tidak bermakna PMO membayar bil-bil. Di mana Pejabat Perdana Menteri? Di PMO.

"Sebagai contoh, jika saya menandatangani perjanjian untuk membeli sebuah kereta dan mereka tanya di mana bil perlu dihantar dan saya beritahu mereka ke ke pusat perkhidmatan saya.

"Adakah ini bermakna pusat perkhidmatan saya perlu membayar? Pejabat saya di sana," kata Rahman (kanan) selepas taklimat kepada ahli-ahli parlimen dari BN di Kuala Lumpur malam tadi.

Rahman, yang sebelum ini bertengkar dengan Rafizi di laman Twitter, membidas pemimpin PKR itu yang menuntut Najib mengemukakan bukti bagi menunjukkan dirinya tidak bersalah.

NONE"Di dunia mana ada situasi seperti ini, oarang yang menuduh, tetapi tertuduh diminta memberikan bukti?" katanya.

Katanya, jika Rafizi, melalui NGO Jingga 13, sengaja mengelirukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan dokumen berkenaan, Rafizi boleh dihukum denda RM100,000 penjara 10 tahun atau kedua-dua mengikut Seksyen 27 Akta SPRM.

[Baca berita penuh]

  NONE

























___________________________________________________________



Majlis tunang anak: PM tetap salahguna kuasa, kata PKR
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli tetap berpandangan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam isu tempahan jamuan bankuet pertunangan anak perempuannya.

NONEKatanya, beliau tetap berpandangan demikian walaupun kenyataan daripada hotel penyedia katering bahawa jamuan berkenaan dibayar oleh perdana menteri.

"Ini jelas sekali satu penyalahgunaan kuasa kerana anda menggunakan kemudahan pejabat untuk majlis peribadi.

"Fakta bahawa tempahan itu dibuat melalui pejabat perdana menteri untuk majlis peribadinya, itu sudah merupakan satu penyalahgunaan kuasa," katanya.

Beliau mengambil contoh dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dihadapi bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

"Malah dalam kes Anwar sendiri yang didapati bersalah atas tuduhan menyalahguna kuasa, hanya dengan fakta bahawa beliau telah mengarahkan polis untuk menemubual," katanya.

NONEBeliau berkata demikian ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini.
Tambahnya, perdana menteri kini perlu menjelaskan mengapa tempahan itu dibuat melalui akaun pejabat perdana menteri dan bukannya melalui akaun peribadi Najib.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Hotel Shangri-La Kuala Lumpur hari ini bahawa majlis berkenaan berkenaan dibiaya Najib dan bukannya kerajaan persekutuan.

Menjawab pertanyaan Malaysiakini, pengurusan hotel itu bagaimanapun mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.

Menurut dokumen itu, PMO dikenakan bayaran RM409,767 oleh Hotel Shangri-La untuk perkhidmatan katering, yang membekalkan udang karang dan daging lembu Wagyu, untuk kira-kira 900 tetamu.

Menurut hotel itu, pesanan untuk acara katering di Seri Perdana, Putrajaya, diterima pada 2 Jun 2011.



_________________________________________________________


Bil majlis bertunang anak dibayar oleh Najib, kata hotel
Bil katering bagi majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Abdul Razak dibiayai oleh perempuan  Perdana Menteri dan bukannya oleh kerajaan persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

"Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO)," katanya.

NONEMenjawab pertanyaan Malaysiakini, pengurusan hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.

Menurut dokumen itu, PMO dikenakan bayaran RM409,767 oleh Hotel Shangri-La untuk perkhidmatan katering, yang membekalkan udang karang dan daging lembu Wagyu, untuk kira-kira 900 tetamu.
Menurut hotel itu, pesanan untuk acara katering di Seri Perdana, Putrajaya, diterima pada 2 Jun 2011.

"Pesanan nombor 1,451 dikeluarkan pada 13 Jun, untuk majlis itu," katanya.

Pada bahagian bil itu, majlis berkenaan ditandakan sebagai 'majlis makan malam OCS' dan dibilkan kepada ‘Pejabat Perdana Menteri'.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevBernama sebelum ini melaporkan bahawa anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dan warga Kazakh Daniar Nazarbayev, kedua-dua mereka 23, tberlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, pada 17 Jun tahun lalu.

PMO telah menafikan bahawa bil majlis pertunangan itu dibayar oleh pihak kerajaan tetapi sebaliknya ia dibiayai oleh oleh Najib dan keluarganya.
[Baca berita penuh]
NONE























NONE























___________________________________________________________




PKR: PMO dibilkan RM80,000 sambut hari jadi PM
PKR telah membuat dakwaan terbaru bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah dibilkan bagi urusan peribadi Datuk Seri Najib Razak, kali ini melibatkan RM79,053 untuk majlis sambutan hari jadi beliau.
Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menunjukkan tempahan majlis bankuet dari Hotel Shangri-La kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut dokumen itu, majlis tersebut diadakan untuk 100 orang pada 24 Julai tahun lepas di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya.

Di majlis itu, kata Rafizi, 47 hidangan antarabangsa disajikan, termasuk daging panggang yang diimport dari New Zealand, hidangan Jepun dan masakan Barat.




TERAS: Majlis bertunang mewah undang kemarahan rakyat
Pertubuhan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) hari ini memberi ingatan berhubung sentimen rakyat pada waktu ini yang dilihat semakin resah dan marah dengan gaya hidup mewah yang ditunjukkan keluarga perdana menteri.

Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perkara itu dilihat apabila rakyat pada waktu ini masih bergelut untuk menampung kos sara hidup namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berbelanja "super mewah" untuk majlis pertunangan anaknya dengan kos mencecah RM409,767.

"Inikah teladan seorang pemimpin yang beria-ia mewujudkan sebuah institusi bernama Institut Wasatiyyah untuk menyampaikan kempen kesederhanaan kepada seluruh dunia dalam semua aspek kehidupan," soal Mohd Azmi dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, TERAS amat terkejut dengan pendedahan mengenai perbelanjaan berkenaan, seperti yang disahkan oleh Hotel Shangri-La Kuala Lumpur – penyedia katering untuk jamuan bankuet yang berlangsung pada 17 Jun tahun lalu.

"Bukan sahaja ini akan menimbulkan persoalan di kalangan rakyat, malah Islam sama sekali melarang berbelanja secara membazir dalam majlis peribadi mereka," katanya lagi.

Tambahnya, perdana menteri tidak boleh sekadar memberi alasan untuk menonjolkan kemewahan keluarganya dengan mengatakan bahawa "ini wang peribadinya."

"TERAS ingin mengingatkan, inilah punca kebangkitan rakyat di Asia Barat yang telah menjatuhkan pemimpin mereka akibat tidak lagi dapat menerima gaya hidup keluarga pemimpin yang serba mewah sedangkan rakyat berkais-kais pagi, petang dan malam untuk hidup.

"Mungkin di peringkat awal tidak ada siapapun yang berani bangkit mempersoalkan kemewahan hidup pemimpin, tetapi bila kesabaran rakyat sudah sampai ke kemuncak, ledakan amarah rakyat telah menyaksikan satu demi satu pemimpin (negara berkenaan) tumbang," katanya.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menafikan dakwaan bahawa bil majlis pertunangan itu dibayar oleh pihak kerajaan.

Bil berkenaan sebaliknya telah dibayar oleh Najib dan keluarga perdana menteri itu, menurut PMO dalam satu kenyataan.


__________________________________________________

Umno dakwa kempen PKR hasil dana Yahudi

Umno Selangor hari ini mendakwa PKR mendapat bantuan dan sokongan daripada sebuah pertubuhan yang berhubung kait dengan Yahudi bagi menghadapi pilihan raya umum pada tahun 2008.

NONEKoordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan, Konrad Adeneur Foundation (KAF) yang berkait rapat dengan Christian Democratic Union of German merupakan antara pertubuhan yang bertanggungjawab menyalurkan dana dan latihan modal insan kepada petugas PKR.

Menurut Mohd Zain lagi, KAF juga membantu PKR menyediakan manual menghadapi pilihan raya menggunakan kaedah menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.

"KAF merupakan think tank terbesar kepada parti pemerintah di Jerman... KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC).

"Ini ialah pendekatan yang diambil oleh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dengan guna bantuan saluran asing yang tidak demokratik untuk bersaing dengan kita. Mereka menggunakan kaedah dengan cara menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara...

“Usaha ini sebenarnya bermula selepas PRU pada tahun 2004 bagi menghadapi PRU tahun 2008," katanya pada sidang media di bangunan Umno Selangor di Shah Alam, hari ini.
Turut disertakan salinan dokumen surat-surat yang ditanda tangani oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diedar kepada semua wartawan.

Antara surat yang disertakan ialah surat Anwar kepada bekas Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick pada tahun 2007.

Selain itu, Mohd Zain berkata, selain KAF, National Democratic Institute for International Affairs (NDI) turut menyediakan manual pilihan raya yang dinamakan 'Buku panduan perancangan kempen politik' yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang dibuat khusus untuk proses pilihan raya di Malaysia.

Sehubungan itu, Mohd Zain mempersoalkan tujuan NDI menghasilkan buku panduan tersebut dan apakah keperluannya.

"Antara kandungan buku panduan itu ialah menyebarkan dakyah bahawa Malaysia ini kononnya tiada kebebasan media, tiada kebebasan beragama. Pihak PKR anggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk hadapi pilihan raya nanti.

"Perkara ini dikukuhkan lagi dengan temuramah akhbar The Sun bersama wakil KAF di Malaysia, Peter Schier beberapa tahun lepas yang mengakui bahawa organisasinya menaja kursus-kursus kepimpinan untuk PKR," katanya lagi.

Mohd Zain berkata lagi, KAF secara terbuka telah menaja PKR. Justeru, katanya, BN tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan Pakatan pada pilihan raya akan datang.

"Menggunakan sentimen agama dan wujudkan kebencian dalam kalangan rakyat bagi rampas kerajaan adalah kaedah paling primitif dan tidak bertamadun.

"Umno dan seluruh rakyat Malaysia yang berfikiran matang pastinya tidak dapat menerima penjajahan kuasa asing melalui kaedah ini," ujarnya.

Thursday, March 8, 2012

Mansuh SBPA apa jadi dengan bajet 2012

Tarik balik SBPA: Apa jadi Bajet 2012?

Harakahdaily,08 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 8 Mac: PAS meminta Perdana Menteri menjelaskan, apa berlaku kepada Bajet 2012 yang telah diluluskan tahun lalu ekoran penarikan balik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Ini kerana, SBPA adalah salah satu kompenan yang telah dibentangkan dalam Bajet 2012 tahun lalu dan telah diluluskan, kata anggota Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof (gambar).

"Bagi saya, pentadbiran Najib jelas terburu-buru ketika membentangkan SBPA dalam Bajet 2012 untuk menghasilkan feel good factor dan kini dia terpaksa tarik balik skim ini dan terus menggunakan skim SSM.

"Ini sesuatu yang memalukan dan saya yakin bajet 2012 itu telah terganggu," kata beliau ketika menghubungi Harakahdaily.

Beliau yakin, ketika membentang SBPA dahulu, Najib telah gagal berbincang dengan pihak-pihak berkaitan termasuk Ceupacs sebelum ia dibentangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan, kerajaan membatalkan rancangan untuk menggunakan SBPA berikutan bantahan kakitangan awam.

Najib berkata, kerajaan akan menggunakan skim yang sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan penambahbaikan.

Najib juga mengumumkan, satu suruhanjaya khas dibentuk bagi mengkaji perkhidmatan awam negara.

Mujahid juga tidak berpuashati dengan jumlah kenaikan gaji ekoran penyelarasan gaji yang diperkenalkan oleh Najib hari ini.

"Kalau dilihat jumlahnya, peratusannya nampak tinggi antara 7 hingga 13 peratus tetapi ia sebenarnya hanya antara RM65 hingga RM1,000 sahaja," katanya.

Bagi Mujahid, jumlah kenaikan itu tidak memadai dengan kenaikan harga barang yang melonjak ekoran pengumuman 'kenaikan' gaji kakitangan awam sebelum ini.

"Harga barang telah naik sejak bajet 2012 dibentangkan dahulu lagi. Namun, kini SBPA tak jadi dan gaji hanya naik sikit je, tetapi harga dah naik," katanya kesal.

Batal SBPA mainan politik

Pembangkang anggap batal SBPA mainan politik
Walaupun menyambut baik pembatalan skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA), pembangkang beranggapan tindakan itu secara tidak langsung membuktikan kepimpinan perdana menteri menjadikan dasar negara sebagai mainan politik.

Timbalan Ketua Penerangan PKR (AMK) Najwan Halimi (bawah) mendakwa, pengumuman Datuk Seri Najib Razak hari ini bertujuan menjadikannya modal bagi meraih sokongan demi pilihan raya umum yang akan datang.

timbalan ketua penerangan amk najwan halimi"Justeru, dalam pada kita meraikan keputusan kerajaan pada hari ini, AMK tegas berpandangan bahawa polemik SBPA ini secara tidak langsung menzahirkan kelemahan kepimpinan perdana menteri dalam mengurus serta melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan dengan kepentingan perkhidmatan awam negara," katanya.

Najwan juga berkata, pembatalan dasar selepas diumumkan penguatkuasaan pelaksanaannya juga tidak pernah berlaku dalam sejarah perkhidmatan awam di negara ini.

"Mengapa SBPA sebelum ini diumumkan pelaksanaannya meski pun masih belum ada konsensus menyeluruh daripada golongan penjawat awam?" soalnya.

Najib pagi tadi mengumumkan SBPA dibatalkan dan Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan.

Dalam perjumpaan khas dengan ribuan penjawat awam di Putrajaya, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

Laksana kembali lepas p'raya?

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor pula menyifatkan pembatalan itu sebagai kejayaan rakyat memperjuangkan hak sehingga kerajaan terpaksa mengalah.

riduan mohd nor"Pemuda PAS melihat mungkin juga pembatalan SBPA adalah tanda terdesaknya perdana menteri dalam meraih simpati rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13," katanya.

Riduan (kanan) juga mengingatkan, belum tentu SBPA tidak akan dilaksana sekali lagi jika BN mendapat mandat lagi selepas pilihan raya umum yang akan datang.

"Pembatalan SBPA menjadi suatu pengajaran kepada perdana menteri dan kerajaan supaya setiap dasar yang melibatkan golongan bawahan, ianya perlu dibincangkan dahulu kepada mereka," katanya lagi

PAS dan Masyarakat Majmuk

PAS dan masyarakat majmuk
Posted on Tuesday, March 06 @ 23:19:32 PST
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Kenyataan Media

Blog TKOBloglist

Masih ramai di kalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP, yang dituduh setengah pihak sebagai fanatik atau chauvinis.

Seterusnya mereka ini bertanya: Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS? Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR? Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat!


Persoalan di atas boleh difahami jawapannya dengan mempunyai fikiran yang tenang dan terbuka dalam menekuni tulisan ringkas ini.

Syarat pertamanya ialah kita mestilah memahami kaedah ajaran Islam dalam menangani masyarakat majmuk bersama pendekatannya. Perlu difahami juga bahawa Islam pula bukannya agama yang terikat dan terbelenggu dengan semangat kebangsaan, walaupun peranan bangsa tidak boleh dinafikan wujudnya. Dalam amalan politik Islam pula terdapat ajaran dan hukum yang berkait dengan pendekatan yang adil terhadap masyarakat majmuk termasuklah layanan Islam dalam aspek kepelbagaian agama. Risalah atau mesej Islam adalah bersifat sejagat, kerana kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dan makhluk yang lain. Kerasulannya adalah kepada seluruh rumpun manusia, tidak terikat dengan bangsanya sendiri, tanahair dan zaman. Maka yang dikira termasuk dalam kerasulannya juga adalah dalam aspek politik menegakkan dan mentadbir sesebuah negara.

Islam tetap didahulukan, manakala fahaman kebangsaan pula hanyalah satu perasaan yang tidak boleh menjadi akidah. Peranan kebangsaan menjadi baik apabila Islam menjadi akidah dan petunjuknya. Hanya Islam menjadi petunjuk kepada bangsa, hanya bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja boleh menunaikan amanahnya.

Adalah menjadi hikmah terbesar, bahawa musuh pertama Islam di kalangan Nabi Muhammad SAW di Semananjung Tanah Arab ialah dari kalangan bangsa Arab Makkah dan yang awal menerima Islam dan memperjuangkannya pula adalah mereka juga. Rasulullah SAW memulakan kemerdekaan bangsanya dengan menentang kongkongan jahiliyah daripada bangsanya sendiri, walaupun di masa itu ramai kabilah Arab dan wilayahnya dijajah oleh kuasa besar Rom dan Parsi.

Walaupun mesej Islam itu kepada seluruh manusia, tetapi konsep berdakwah menekankan bahawa kita sekali-kali tidak boleh memaksa pihak lain supaya menganut Islam. Dalam masa yang sama Islam menerima konsep masyarakat majmuk yang menjadi naluri manusia yang menjadikan mereka wajib bermasyarakat madani, walaupun berbeza bangsa dan agama. Di sinilah betapa hebatnya firman Allah SWT :

Maksudnya :
Wahai manusia, Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (hawwaa) dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Meliputi Ilmunya.

Manusia itu wajib bermasyarakat di peringkat setempat dan antara bangsa, kerana mereka tidak mampu menghasilkan keperluan hidupnya secara bersendirian atau individu, satu keluarga dan satu bangsa sahaja tanpa berhubung di antara satu sama lain. Sehelai kain untuk pakaian memerlukan penanam kapas, pelombong besi dan tukang besi untuk alat tanaman, penenun kain dan seterusnya. Begitulah juga keperluan makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

Ibnu Khaldun (1332M – 1406M) menyebut manusia itu bersifat dengan sifat Madani, iaitu kemestian untuk berkumpul dan berhubung secara berpusat dengan adanya penempatan yang memerlukan pertukaran kemahiran dan hasil kerja yang berbeza. Tempat berhimpun itu dinamakan Bandar (Madinah) dan pekerjaan mereka mestilah dimajukan secara ilmu, menerusi kajian dan pengalaman dengan menggunakan akal yang berkembang sehingga berlakunya kemajuan dan pencapaian yang dinamakan sebagai "Tamaddun". Walaupun mereka berbeza agama dan bangsa, namun keperluan berhubung tetap wujud secara fitrah. Dalam masyarakat yang bersifat madani mereka perlu kepada cara hidup berkonsepkan politik dan berekonomi disemua peringkat, negeri dan antarabangsa.

Kedua, bagi merealisasikan aspek ini maka Rasulullah SAW melaksanakan konsep madani dengan mengadakan "tahaluf" atau kerjasama di kalangan yang boleh bekerjasama dari aspek kemanusiaan dengan kalangan manusia yang menyedari hakikat ini, dan negara pertama itu dinamakan Madinah. Rasulullah SAW melaksanakan tugas serampang dua mata yang ditunjuk oleh Allah menjadi tujuan kerasulannya untuk seluruh manusia dengan menyatukan umat manusia yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Pertama - dinamakan "umat Ijabah", mereka ialah penganut Islam yang menyahut seruan menganut agama. Kedua - umat dakwah, mereka termasuk kalangan bukan Islam berbagai bangsa dan agama, namun diajak bersama melihat sifat kemanusiaan sejagat yang ada dalam Islam secara amali (praktikal) bagi menghasilkan keperluan hidup secara nalurinya.

Pelaksanaan secara amali terhadap manusia majmuk itu ditemukan dengan menegakkan keadilan mutlak yang diwajibkan oleh Allah mengikut firman Allah SWT:
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu melaksana dan mentadbir dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.

Diriwayatkan dalam Hadith Qudsi bahawa Allah SWT berfirman :

يا عبادي إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرماً فلا تظالموا

(رواية مسلم ).

Maksudnya: (Wahai hamba-hamba ku , sesungguhnya aku telah mengharamkan zalim itu berlaku ke atasku dan aku jadikan ia diharamkan di kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu berlaku zalim).

Dalam pendekatan yang kedua Rasulullah SAW berhubung dengan kalangan bukan Islam yang ada sifat kemanusiaan, dalam keadaan orang Islam pula kosisten dan iltizam berpegang kepada prinsip dan konsep Islam. Pelaksanaanya dilakukan ketika tanpa negara dan bernegara. Ketika di Makkah, Rasulullah SAW menerima perlindungan bapa saudaranya Abu Tholib yang tidak menganut Islam, dengan konsep yang dinamakan "Himayah" (perlindungan ). Ianya juga dilakukan dengan Mut'im bin Adi iaitu seorang bukan Islam, ketika Rasulullah SAW masuk ke Makkah daripada Thaif. Ciri persamaan adalah kebencian terhadap kezaliman. Rasulullah SAW juga menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit, juga seorang bukan Islam bagi memandu unta ketika berhijrah dengan penuh kerahsiaan dan memerintah menantunya Saidina Ali KWJH supaya memulangkan simpanan amanah kalangan penduduk Makkah daripada kalangan bukan Islam yang mempercayainya.

Ketika di Madinah pula Rasulullah SAW mengadakan Tahaluf (persefahaman politik) dengan pihak kalangan bukan Islam dan melakukan muamalah berhutang dan bergadai dengan mereka, seterusnya menerima beberapa kabilah musyrikin bernaung di bawahnya dalam perjanjian Hudaibiyyah. Dalam kedua-kedua keadaan tersebut Rasulullah SAW teguh dengan dasar dan menunjukkan akhlak mulia Islam terhadap bukan Islam yang ada persamaan dari segi kemanusiaan. Dasar dan konsep ini dilaksanakan oleh sepanjang generasi di zaman keemasan dan kejayaan, ditinggalkan di zaman kelemahan dan kejatuhan sehinggalah Negara umat Islam dijajah.

Pendekatan PAS yang berdasarkan Islam, dalam hubungan dengan bukan Islam sangat berbeza dengan UMNO yang berfahaman kebangsaan mengatasi Islam secara sekularisme. Di bawah pemerintahan BN, Islam tidak berkuasa mentadbir tetapi berada di bawah tadbir, dalam keadaan menerima hakikat yang sama wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia yang tidak ditangani secara Islam yang sebenarnya.

Lihat sahajalah contoh kejadian terkini yang berlaku terhadap Encik Frusis Lebi, seorang OKU yang juga merupakan seorang pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa dari Bahagian Sri Aman yang dinafikan bantuan Kerajaan di atas alasan menyokong pembangkang di Sarawak (rujuk Surat Menteri Muda Pertanian Sarawak, KPP/MM/31 bertarikh 8 Disember 2011 yang disiarkan melalui portal berita Malaysiakini). Inilah antara siri ketidakadilan layanan kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat, sedangkan mereka juga adalah rakyat yang turut sama menyumbang kepada pendapatan Negara. Inikah rupa bentuk kerajaan bertanggungjawab yang mahu ditegakkan ?

PAS berpegang dengan konsep yang ditunjuk oleh al Quran, bahawa bumi adalah kepunyaan Allah, bukan kepunyaan mana-mana bangsa. Seluruh manusia adalah pemegang amanah di mana bumi mereka berpijak, adalah wajib melaksanakan keadilan Ilahi tanpa mengira bangsa. Apatah lagi, bagi umat Islam tuntukan melaksanakan keadilan adalah tersangat penting untuk dilaksankan kepada semua.

Maka PAS berbeza pendekatan dengan UMNO bagi mengolah politik masyarakat majmuk yang diwujudkan oleh penjajah. Kita mestilah memahami bahawa penjajah telah melonggokkan berbagai kaum untuk diperhamba bagi kepentingan mereka dan di adu domba untuk menjadi lemah supaya terus bernaung di bawah mereka selama-lamanya.

Pendekatan PAS ialah pemimpin Islam teguh berpegang dengan prinsip dan akhlak contoh dan menegakkan keadilan untuk semua tanpa memaksa dalam perkara yang berbeza, serta memanfaatkan kebolehan berbagai kaum secara bersama dan saksama bagi membina negara. Bangsa Melayu ada keistimewaannya dari segi kebolehan, begitu juga bangsa Cina, India dan lain-lain. Kalau diselaras secara saksama nescaya dapat dimanafaatkan untuk membina negara dengan baik.

PAS tidak berganjak dalam perkara halal dan haram, serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain. PAS mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin. Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli PAS yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti. PAS pernah memecat ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk. Apabila memerintah kerajaan negeri dan PAS memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum Syarak. Penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.

UMNO pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli UMNO yang mengerjakan maksiat, kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya. Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam, bukannya kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam UMNO tidak mampu menjadi model Islam dan UMNO gagal mendidik melayu Islam menjadi contoh yang baik. PAS pernah bersama kerajaan campuran dengan UMNO di awal tahun tujuh puluhan dan bersama menubuh BN di pertenghannya, dengan syarat PAS tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.

Presiden MCA secara terbuka dalam debatnya menyatakan kejayaannya menundukkan UMNO dalam isu pelaksanaan hukum hudud, sebaliknya Lim Guan Eng menegaskan itu adalah hak PAS yang berbeza dengan DAP.

UMNO tidak konsisten dalam mempertahankan kawasan melayu dan Islam apabila sanggup menyerahkan kawasan majoriti melayu Islam kepada MCA, Gerakan dan MIC bagi menyelamatkan rakannya yang kalah di kawasan majoriti bukan Islam.

PAS telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN. Contohnya Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong UMNO melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC. Begitulah juga juga kemenangan Kamarul Bahrain di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah.

PAS juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walau pun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan Demokrasi.


Dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada UMNO memimpin negara dengan gagasan Barisan Nasional yang banyak kelemahan dan penyelewengan, serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.

Sudah tiba masanya khususnya melayu Islam memberi kepercayaan kepada PAS menggantikan UMNO dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat.

*Kenyataan media oleh Hj Abdul Hadi Awang (gambar kanan) selaku Presiden PAS.

_____
http://tkobloglist.blogspot.com