Thursday, February 28, 2013

Binatangkan rakyat satu Malaysia

Binatangkan rakyat satu Malaysia

Manifesto: Najib sekali lagi diajak debat dengan Anwar

Manifesto: Najib sekali lagi diajak debat dengan Anwar

Penerima BR1M diarah bersumpah undi BN

 Pengumuman Miti tiada kesan kepada harga kereta

Mengapa Mahathir takut sangat Manifesto Rakyat?

Mengapa Mahathir takut sangat Manifesto Rakyat?

Isu balak ke SPRM, adakah MB T’ganu terlibat?

Isu balak ke SPRM, adakah MB T’ganu terlibat?

Wan Ahmad: Saya tak memihak BN atau Umno

Wan Ahmad: Saya tak memihak BN atau Umno
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
28 Februari 2013
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar
SHAH ALAM – Mana-mana parti politik diingatkan agar tidak mengaitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kempen politik mereka kerana ia satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR mahu memberi pekhidmatan yang baik untuk rakyat mengundi demik hak sama rata kepada semua orang yang bertanding.

“Saya merayu parti politik jangan kaitan SPR dalam berkempen. Kita mahu satu pilihan raya yang bebas dan adil.

“SPR tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum. SPR menguruskan pilihan raya, jangan campur adukkan urusan pilihan raya dengan berkempen, kalau mereka buat begitu nampak sangat mereka tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati undnag-undang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan taklimat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di sini, hari ini.

Menurut beliau, SPR telah sedaya upaya memberi yang terbaik dan memenuhi tuntutan-tuntutan yang dibuat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Bersih 2.0.

“Apa lagi tuntutannya? Tuntutan lain tiada kaitan dengan SPR, politik kotor, memperkasakan institutsi awam ke tiada kaitan dgn SPR,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang beliau cenderung kepada Umno-BN, Wan Ahmad berkata, itu hanya tanggapan liar kerana setiap kenyataannya adalah untuk melindungi SPR.

“Saya bercakap benda yang betul, tengok kenyataan saya berlandaskan undnag-undang dan peraturan kerana saya lama dalam SPR. Siapa yang langgar undang-undang dia terasa pedas.

“Yang langgar undang-undnag dan kritik SPR siapa? Saya jawab dan pertahankan SPR, bukan saya cenderung dengan mana-mana parti politik, sebagai seorang pengundi saya berhak. Tetapi sebagai Timbalan Pengerusi SPR saya menjelaskan undang-undang dan peraturan tidak ada niat dan kaitan untuk menghentam atau menuju mana-mana sasaran,” katanya.

Tambah beliau, dakwaan demikian hanya datang daripada orang yang melanggar peraturan.

“Saya faham kerja saya, sebab itu kita berjumpa dengan parti politik dan berjumpa pelbagai NGO termasuk Bersih.

“Tetapi mereka bercakap benda yang sama. Kita beri taklimat di Parlimen, menjawab tuduhan mereka. Kita pilih Parlimen agar mereka senang datang kalau jemput di tempat lain, mungkin mereka tak datang. Tetapi yang datang dari pembangkang adalah dalam 20 orang.

“Tetapi sampai masa mereka berkempen benda yang sama, daftar pemilih kotorlah, dan saya mesra Umnolah,” jelas beliau.

Sementarara itu, SPR turut mengingatkan kepada pengundi untuk terlebih dahulu memahami peraturan mengundi dan mendengar arahan petugas SPR yang ada di tempat mengundi.

“Kita tidak mahu ada pengundi yang cuba mencetuskan masalah di tempat mengundi. Ini penting kerana proses pengundian mesti berjalan lancar tanpa diganggu oleh sesiapa.

“Ketua tempat mengundi orang paling berkuasa di dalam tempat mengundi. Tanggungjawab ketua tempat mengundi untuk membantu rakyat yang berhak dapat mengundi,” katanya.

Ketika ditanya adakah peringatan itu dibuat kerana pihaknya mengesyaki akan berlaku kekecohan dalam PRU13, beliau berkata, peringatan itu dibuat sebagai persediaan awal kepada semua pihak terutamanya SPR agar dapat mengawal segala keadaan dengan tenang.

“Saya buat andaian kerana takut nanti pegawai kita tidak menduga, nanti ada masalah. Seramai 13.3 juta yang berdaftar sebagai pengundi, ada di antara mereka tidak faham peraturan dan mungkin ada pihak cuba buat begitu.

“Orang itu mungkin ada tujuan tertentu, ini politik ada pelbagai bahasa dan lenggok. Oleh itu, dengarlah cakap SPR, agar semua berjalan dengan baik, jika ada yang tidak mematuhi arahan SPR, tidak ada pilihan melalui ketua tempat mengundi akan meminta mereka keluar dari tempat mengundi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memberitahu yang akan memfailkan saman terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan akhbar Harakah di atas satu laporan yang memburukkan nama baiknya.

“Saya sudah baca butirannya, peguam saya akan urusan. Dia (Mohamad) fitnah saya, terang-terang dia fitnah saya. Orang yang tanpa usul periksa, kalau dia semak sedikit dia tidak celupar begitu, niat saya hanya untuk membersihkan nama saya, tiada kaitan dengan SPR,” katanya.

Manifesto Pakatan jejas bisnes kereta terpakai, kata Mahathir

Manifesto Pakatan jejas bisnes kereta terpakai, kata Mahathir

1 Mac 2013
Manifesto PR
Manifesto Pakatan Rakyat
Manifesto Pakatan Rakyat
Manifesto Pakatan Rakyat
Manifesto Pakatan Rakyat
Manifesto Pakatan Rakyat
Manifesto Pakatan Rakyat
Manifesto Pakatan Rakyat
Manifesto Pakatan Rakyat
Manifesto Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR - Langkah Pakatan Rakyat untuk mengurangkan harga kereta kepada RM25,000 sebuah, seperti dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menjejaskan industri kereta terpakai, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, apa yang terkandung dalam manifesto itu adalah satu yang mudah untuk diperkatakan, namun belum tentu ada yang sanggup melaksanakannya.
"Orang yang jual kereta terpakai tidak boleh jual lagi, bila tidak boleh jual kereta terpakai, kereta baru pun tidak boleh dijual juga.

"Orang yang mempunyai kereta, nak jual kepada peniaga kereta terpakai untuk tambah wang nak beli kereta baru. Bila peniaga kereta terpakai dah rugi, dia tutup kedai, tidak boleh hendak beli kereta baru," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan siri ketiga syarahan kepimpinan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT).

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas manifesto pakatan pembangkang yang mahu meliberalisasikan industri automotif negara bagi memastikannya berdaya saing dan nilai tambah kepada rakyat.

Pakatan Rakyat percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 selain menurunkan cukai eksais secara berperingkat dan memansuhkannya dalam tempoh lima tahun supaya harga kereta lebih berdaya saing.

Dr Mahathir berkata, dengan menjual kereta pada harga serendah RM25,000, negara khususnya di Kuala Lumpur bakal berdepan masalah kesesakan lalu lintas yang serius.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan memerlukan pendapatan hasil daripada duti import dan duti eksais bagi menjana ekonomi, sekali gus menampung jumlah subsidi.

Sementara itu, mengulas mengenai pengumuman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung penurunan cukai import kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Dr Mahathir berkata, ia tidak akan "membunuh" industri automotif tempatan.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa langkah itu memberi cabaran yang lebih hebat kepada industri tempatan.

"Industri tempatan hendak ada perlindungan, kalau ada. Sebagai penasihat Proton, sudah pasti saya mahu Proton dapat menjual lebih banyak kereta.

 Pengurangan itu akan menjejaskan jualan Proton," katanya.

Mustapa mengumumkan cukai import kenderaan CBU dari Jepun diturunkan kepada 15 peratus berkuat kuasa tahun ini berikutan hasil perjanjian kerjasama ekonomi Malaysia-Jepun.

Katanya, mengikut perjanjian itu, cukai import kenderaan CBU yang diimport dari Jepun, akan diturunkan kepada 10 peratus pada 2014, lima peratus pada 2015 dan seterusnya sifar bermula 2016. - Bernama

Wednesday, February 27, 2013

Royalti minyak: Permohonan Kelantan dapatkan dokumen ditolak


Royalti minyak: Permohonan Kelantan dapatkan dokumen ditolak
KHALILAH GUSTI HASSAN
26 April 2012
Husam (kanan) berbincang dengan peguam Kelantan, Tommy Thomas.
Husam (kanan) berbincang dengan peguam Kelantan, Tommy Thomas.
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak dua permohonan Kerajaan Kelantan dalam kes menuntut royalti minyak daripada Petronas.

Permohonan pertama menuntut Petronas menyerahkan notis penzahiran yang membolehkan Kelantan memperolehi 38 data atau dokomen seperti penyata akaun dan agihan wang minyak dari Petronas manakala permohonan kedua adalah memohon mahkamah mengguna pakai Aturan 14A dan/atau Atuan 33 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 bagi menuntut pendedahan terma penyelesian luar mahkamah yang dimeterai antara Terengganu dan Petronas berhubung saman royalti minyak yang dituntut negeri itu.

Panel tiga Hakim Datuk Ramly Ali; Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Lim Yee Lan sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati tiada asas untuk mahkamah memberi kebenaran.

Susulan itu, Kelantan diperintah membayar kos kepada Kerajaan Persekutuan dan Petronas masing-masing RM50,000.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pihak mencapai persetujuan untuk membuat pembayaran kos atas kos iaitu pihak kalah tanggung semua kos selepas perbicaraan penuh berakhir.
Hakim turut membenarkan penggantungan prosiding sementara menunggu Kelantan meneruskan permohonan ke Mahkamah Persekutuan bagi menuntut perkara sama.
Peguam Tommy Thomas dan Nur Ashikin Abdul Rahim mewakili kerajaan negeri Kelantan; Tan Sri Cecil Abraham dan Rishwant Singh mewakili Petronas, dan Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi, dari Pejabat Peguam Negara, mewakili kerajaan persekutuan.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa.
Pada 3O Ogos tahun lalu, Kelantan menyaman Petronas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti yang dianggarkan RM800 juta setahun sejak 2005.
Dalam samannya, kerajaan negeri itu antara lain menuntut supaya dikeluarkan perintah terhadap Petronas agar membuat bayaran penuh dan mendedahkan semua fakta berkaitan tunai yang patut dibayar kepada Kelantan; termasuk sepanjang tempoh petroleum diperoleh di luar pesisir Kelantan; kawasan atau blok dari tempat petroleum diperolehi.
Kerajaan negeri itu juga memohon semua bayaran wang tunai tertunggak yang ditentukan oleh mahkamah perlu dibayar dalam masa sebulan dari tarikh perintah mahkamah dikeluarkan.
Selain itu, Kelantan juga memohon dikeluarkan perintah bahawa semua bayaran wang tunai pada masa depan seperti ditetapkan dalam perjanjian Petroleum itu, perlu dibayar kepada negeri oleh Petronas.
Dalam saman itu, kerajaan negeri menjelaskan Perjanjian Petroleum Kelantan yang dimeterai pada 9 Mei 1975, jelas menyatakan Petronas perlu membayar secara tunai lima peratus pengeluaran minyak sama ada daripada cari gali di pesisir atau luar pesisir.
Kelantan hanya menamakan Petronas sebagai responden tunggal namun, pada 22 Mac Kerajaan Persekutuan telah memohon untuk menjadi responden ke dua dalam kes itu dan dibenarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada prosiding, Tommy menghujahkan Petronas perlu mendedahkan terma penuh penyelesian luar mahkamah yang dimeterai dengan Terengganu kepada Kelantan.
“Ini kerana perjanjian antara kedua-dua negeri dengan Petronas adalah 100 peratus sama,” katanya.
Pada 2002, Terengganu yang dipimpin Pas ketika itu menyaman Kerajaan Persekutuan dan Petronas kerana tidak memberikan wang royalti minyak lima peratus kepada kerajaan negeri.
Terengganu kemudian menggugurkan kes dan mencapai penyelesaian bersama luar mahkamah.
Apabila Terengganu mencapai persetujuan luar mahkamah dengan Petronas, Kelantan memfailkan prmohonan di mahkamah menuntut penzahiran dokumen mengenai penyelesaian itu didedahkan.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dan Kelantan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan, di sini.

Isu royalti: Kesilapan dalam manifesto selesai


Isu royalti: Kesilapan dalam manifesto selesai, kata Pakatan
WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Februari 2013
Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar
SHAH ALAM – Isu kesilapan dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) berkaitan tuntutan royalti minyak untuk negeri pengeluar minyak yang dikatakan 'terlepas pandang' dianggap telah selesai.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan, perkara itu adalah kesilapan teknikal dalam manifesto versi cetakan yang tidak perlu dijadikan isu lagi.

“Kita telah sedari kesilapan itu dan perkara itu dibetulkan menerusi iklan yang keluar di dalam akhbar Sinar Harian.

“Cuma tertinggal perkataan sahaja, bukan kita pinggirkan pengeluar minyak di Kelantan atau Terengganu,” katanya semalam.

Menerusi iklan Manifesto Rakyat itu menyebut, menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5 peratus ke 20 peratus.

“Kita sebut negeri-negeri pengeluar minyak, kerana tidak mahu ada negeri yang tertinggal nanti, mungkin ada lagi nanti negeri lain yang temui minyak,” katanya.

Menurut Mahfuz, perkara itu dibetulkan terlebih dahulu sebelum NGO Royalti minyak membangkitkan perkara itu.

Kelmarin, Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) Nazri Deraman, mengucapkan syabas kepada pimpinan PR kerana berfikiran terbuka dan sedia mengakui kesilapan serta sanggup memperbaikinya demi menjaga kepentingan rakyat

Pakatan cabar BN debat manifesto


Pakatan cabar BN debat manifesto
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
28 Februari 2013
Pakatan cabar BN debat manifesto
Rafizi (dua, kiri) bersama pimpinan Pakatan Rakyat di sidang media, semalam. Foto Foto: SAFWAN MANSOR
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mencabar Barisan Nasional (BN) terutamanya Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat mengenai sumber kewangan manifesto pihaknya yang didakwa tidak relevan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, apa yang dibentangkan dalam manifesto PR, yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat, adalah berdasarkan kajian dan kiraan pakar ekonomi bukannya hanya janji manis untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kita sedia debat dengan pemimpin BN mengatakan manifesto kita tidak bagus, dan mereka juga perlu berani bentangkan aliran perbelanjaan dalam manifesto mereka seperti mana kami lakukan.

“Manifesto ini berbeza dengan sebelum ini, kita ubah strukturnya tetapi memberi kesan kepada semua. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan ‘gula-gula’ kerajaan BN kerana ia merangkumi pelbagai pihak termasuk peminat K-Pop sekali pun,” kata beliau semalam.

Menurut Rafizi, setiap program dalam manifesto PR telah dikira anggarannya berdasarkan aliran tunai tahunan.

"PR amalkan 'open book' yang mana menjelaskan setiap aliran tunai yang dibelanjakan dan kita cabar BN dedahkan aliran tunai seperti mana yang dilakukan PR," katanya.

Beliau berkata, tiga sumber utama kewangan manifesto ini adalah berdasarkan perbelanjaan berhemah, perbelanjaan dengan membanteras rasuah menyusun keutamaan perbelanjaan, dan peningkatan hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

“Angka yang tepat penting bagi tujuan diskusi yang bermakna, bukan angka yang menakut-nakutkan rakyat,” katanya.

Rafizi berkata, PR gembira apabila ada pihaknya bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati dengan manifesto yang dibentangkan itu, kerana tidak menyentuh kumpulan-kumpulan tertentu.

“Ini maknanya mereka juga mahu sertai kami dalam melangkah ke arah Malaysia Baru,” katanya.

Melalui pembentangan itu, PR  menyasarkan penjimatan RM49.5 bilion setahun untuk menampung perbelanjaan program dan projek kerajaan yang berjumlah RM45.8 bilion setahun daripada perolehan keseluruhan RM206.4 bilion jika berjaya menawan
Putrajaya.

Menurut Rafizi, jumlah itu adalah penjimatan sebanyak 24 peratus perbelanjaan pembinaan jalan raya di Selangor dari Januari hingga September 2012.

Dalam manifesto yang dilancarkan PR Isnin lalu, PR menyasarkan pendapatan RM4,000 per purata isi rumah dalam tahun pertama pemerintahan.

Selain itu, PR juga mahu menghapuskan tol, memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menurunkan harga kereta, caruman wanita nasional dan 20 peratus dividen kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Sementara itu, Rafizi juga menyebut, akan menyingkirkan polisi ekonomi Dasar Ekonomi Baru (DEB) jika PR berjaya menawan Putrajaya kerana polisi yang ada tidak lagi relevan.

“Kita akan bergerak dari dasar berasaskan kaum kepada dasar berasaskan keperluan yang seterusnya tidak akan menggunakan DEB.

“Akan tiba masanya apabila semua dasar ekonomi berasaskan kaum tidak lagi relevan,” katanya.

Turut hadir Naib Presiden PKR, Tian Chua; ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Zulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran.

Tuesday, February 26, 2013

Kad keahlian pr baru boleh tol free


Awang Adek: Manifesto Pakatan boleh jejas ekonomi negara

26 Februari 2013
Datuk Dr Awang Adek Hussin
Datuk Dr Awang Adek Hussin
KOTA BHARU - Manifesto pakatan pembangkang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara yang kini berkembang pesat, kerana pelaksanaan manifesto itu melibatkan implikasi ekonomi yang besar, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
"Semua janji-janji itu melibatkan perbelanjaan yang begitu besar. Keduanya pengurangan hasil kepada kerajaan kerana sumber-sumber cukai dimansuhkan umpamanya harga kereta dan ini memberi  kesan yang begitu besar terhadap kewangan negara.   
"Soal kewangan ini adalah soal yang paling penting. Seperti contoh ada negara di Eropah yang bankrap dan hampir bankrap kerana kegagalan menguruskan soal kewangan dengan baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 'Evaluation of Learning for Performance Improvement International Postgraduate Colloquium' di sini, hari ini.
Semalam pakatan pembangkang melancarkan manifesto 10 perkara menjelang PRU 13, antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keanggotaan DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS yang boleh diguna di semua
plaza tol untuk mendapat tol percuma selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.
Awang Adek berkata ini berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti berjaya membangunkan negara walaupun ketika berlaku kegawatan ekonomi pada satu ketika dahulu.
"Kerajaan BN mempunyai pengalaman menangani apa jua keadaan dan ketika negara lain  terpaksa menghadapi tekanan dan tunduk terhadap IMF tetapi kita berjaya menanganinya dengan sangat  baik. Kerana pengalaman itu kita telah berjaya melonjak ekonomi negara di tahap 5.6 peratus. Ini satu  kejayaan," katanya.
"Saya mempunyai sedikit pengalaman dan bimbang dengan janji-janji politik yang boleh  merosakkan tradisi kita dalam pengurusan yang baik ini. Saya bimbang rakyat termakan dengan janji-janji yang akhirnya akan merosakkan mereka," katanya lagi. - Bernama

Monday, February 25, 2013

BR1M Umpama Habuan Firaun Kepada Orang Mesir - Hadi Awang


25 February 2013

BR1M Umpama Habuan Firaun Kepada Orang Mesir - Hadi Awang

KUALA LUMPUR 25 Feb - Selepas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengumpamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai haiwan,hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyifatkan BR1M itu mirip habuan yang diberikan oleh Firaun kepada orang Mesir.

Menurut Abdul Hadi, pemberian BR1M ini bukan satu isu baru dan menyifatkan tindakan ini sama seperti Firaun yang menggunakan kekayaan untuk menyesatkan.

"Cerita BR1M ini bukan cerita baru, Firaun pernah bagi BR1M. Kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat.

Firaun berucap, 'aku sebagai raja di Mesir, air sungai yang mengalir ke kampung, ini adalah projek aku'. "BR1M adalah hak rakyat, bukan duit BN," kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Shah Alam, hari ini.

Tambahnya,BR1M merupakan hak rakyat dan Barisal Nasional (BN) tidak berhak untuk menuntut nama melalui pemberian itu.

Sebelum ini, Abdul Hadi turut mendakwa bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bertujuan untuk memancing undi selain menyifatkan penerima bantuan tersebut sebagai bodoh.

Abdul Hadi turut menuduh BN menafikan hak demokrasi kepada rakyat melalui sekatan maklumat sehingga mengakibatkan pentadbiran negara tidak dapat dinilai secara adil.

"Sekiranya kita menang, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak berlagak menjadi tuhan, PR bersedia untuk dihukum oleh rakyat melalui demokrasi yang adil.

Kita tidak mahu memerintah sepanjang hayat," tambahnya. Manifesto PR kali ini menumpukan empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

Tun Mahathir-Punca Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible


Monday, February 25, 2013

Tun Mahathir-Punca Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Bible mengandungi perkataan ‘Allah’ sedangkan Bible asal yang ditulis dalam Bahasa Greek dan Latin tidak mengandungi perkataan tersebut.

“Bible asal bukan ditulis dalam Bahasa Inggeris. Ia ditulis dalam Bahasa Greek dan Latin dan dalam Bahasa Greek dan Latin tidak ada perkataan Allah,”katanya.

Menurutnya, perkataan Allah dalam Bible bermula setelah Kitab Kristian itu diterjemahkan di negara-negara Islam di mana penterjemahnya menggunakan perkataan Allah bersesuaian dengan Tuhan Yang Disembah oleh masyarakat setempat.

“Sedangkan orang Kristian anggap ‘Jesus’ sebagai Tuhan. Ia ada Triniti, The Father, The Son dan Holly Ghost. Orang Yahudi pula menggunakan perkataan ‘Yahweh’, Tak ada sebut Allah langsung.

“Tetapi untuk mengembangkan agama mereka di kalangan orang yang lazim memanggil Tuhan sebagai Allah, mereka menggunakan Allah.

“Sebab itu di Indonesia, memang perkataan Allah diguna dan di Malaysia juga zaman sebelum Merdeka, di Sabah dan Sarawak, mereka menggunakan Bible yang sama yang menggunakan perkataan Allah.

“Kalau kita kata Allah itu boleh diguna untuk sebarang agama, itu tidak tepat. Yang tepat adalah perkataan Allah bermula dengan agama Islam, “katanya.

Beliau juga turut mempersoalkan motif sebenar tuntutan kalimah Allah digunakan dalam terjemahan Bible di Malaysia.

“Kalau ada pihak lain yang nak menggunakan nama Allah apa tujuannya selain daripada untuk menipu pemikiran supaya orang itu anggap agama itu sama.

“Unsur penipuan itu memang ada. Sebab itu kita tidak boleh terima penggunaan perkataan Allah,”katanya lagi-ANWARAIDC

Peralat warga Thailand berlakon sertai Umno


Peralat warga Thailand berlakon sertai Umno

Yaakub Dasan,25 Feb 2013
RANTAU PANJANG: Tanpa mengira seseorang itu berasal dari mana, Umno di sini terpaksa memperalatkan pihak berkenaan bagi menjayakan program penyokong PAS menyertai Umno baru-baru ini.

Itulah yang berlaku kepada beberapa penama yang didakwa kononnya bekas penyokong PAS, menyerah borang menyertai Umno kepada ketua bahagian Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.

Noraini Dollah kini menetap di Kampung Tasik Bakong yang disebut menyertai Umno sebenarnya berasal dari Thailand dan tidak berdaftar sebagai pengundi.
Begitu juga Rahmah Che Noh kini tinggal di Kampung Tok Pelandok juga berasal dari Thailand.
Penghulu Mukim Padang Licin, Tasik Bakong, Wan Mohd Zain Wan Jaafar berkata, kedua-dua wanita berkenaan yang disebut media dan televisyen kononnya bekas ahli PAS adalah tidak benar.

Katanya, mereka tidak berdaftar sebagai pengundi kerana berasal dari negara jiran.

"Dakwaan Noraini kononnya dia keluar PAS kerana kesal dengan kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz mengenai pemberian BR1M tidak betul sama sekali.
”Percakapannya seperti disiarkan televisen malam 22 Februari diajar seseorang yang berada di sebelahnya. Semua orang kampung tahu lakonan itu dibuat tergesa-gesa bagi menutup kemelut dalaman Umno Rantau Panjang sekarang,” katanya di sini.

Baru-baru ini media tajaan Umno melaporkan seramai 78 ahli dan penyokong PAS menyertai Umno selepas kecewa dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan BR1M.

Wan Mohd Zain berkata, warga dari negara jiran itu diperalatkan oleh Umno semata-mata bagi menghodohkan Menteri Besar dan kerajaan PAS Kelantan.
Menurutnya seorang lagi yang didakwa ahli PAS iaitu Zulkepli Mohd Don berasal dari keluarga Umno di kawasan Felda di Johor.

Kata beliau Zulkepli tidak pernah berdaftar sebagai ahli PAS dan tidak terbabit dengan sebarang aktiviti PAS di sini.

“Dia berasal dari keluarga Umno di Johor baru berhijrah ke sini,” ujarnya.

(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

MB: K'jaan Kedah tak terbabit pembalakan


MB: K'jaan Kedah tak terbabit pembalakan di Wang Perah
 
Pembersihan hutan Bukit Perangin dalam kompartmen tujuh di Wang Perah dalam daerah Kubang Pasu dilakukan oleh pemiliknya dan kerajaan negeri tidak terbabit, kata Menteri Besar Datuk Seri
Azizan Abdul Razak.

Katanya, tanah hutan simpan kekal itu seluas 142.76 hektar diberi hak milik kepada 40 orang pegawai kanan dari kalangan Pegawai Tadbir Negeri (KCS) atau 3.569 hektar seorang pada 2010.

"Mereka membuat permohonan kepada kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) yang meluluskannya. Bagaimanapun kita dapati kawasan yang hendak diberikan tidak sesuai dan menggantikannya dengan kawasan dalam kompartmen tujuh di Wang Perah kerana ia bukan kawasan tadahan hujan.

"Pembersihan yang dibuat sehingga kawasan itu licin bukan tanggungjawab kerajaan negeri. Pengeluaran balak dilesenkan oleh Jabatan Perhutanan," kata Azizan pada sidang media di pejabatnya di Alor Setar, hari ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman yang turut hadir pada sidang media itu menjelaskan pembersihan kawasan tersebut dibenarkan mengikut undang-undang. 

Beliau mengulas pendedahan oleh pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah yang juga anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom dalam akhbar hari ini mengenai 'pembalakan rakus' di Wang Perah sejak awal tahun ini.

Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kecewa kerana aktiviti pembalakan itu bakal menyebabkan Sungai Kecil, Sungai Badak dan Sungai Wang Perah tercemar dan menjejaskan alam sekitar selain tiada laporan kesan terhadap alam sekitar (EIA).

Azizan turut menafikan dakwaan Mohd Johari bahawa kerajaan telah meluluskan seluas 780 hektar lagi dalam kompartmen lapan untuk diberikan kepada KCS.

Katanya, walaupun undang-undang menghendaki laporan EIA dikemukakan bagi pembangunan hutan melebihi 50 hektar, dalam kes ini ia tidak penting kerana pemiliknya mungkin melaksanakannya serentak.

Menteri Besar itu yang ditanya mengenai pemberian tanah kepada kakitangan kerajaan negeri dari kalangan bukan pegawai berkata: "Mereka yang memohon akan dipertimbangkan kerana kita ada menyediakannya". 

Azizan berkata seluas 300,000 hektar hutan telah diwartakan sebagai hutan simpan dan 90,000 lagi kawasan tadahan hujan termasuk 60,000 hektar yang diwartakan baru-baru ini.

"Kawasan yang diwartakan ini tidak boleh diganggu atau diambil balak. Sekarang inipun kawasan-kawasan yang dibalak tidak melebihi lima peratus," tambahnya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata seluas 3,000 hektar kawasan hutan telah dikenalpasti di beberapa daerah untuk dianugerahkan kepada persatuan-persatuan Sekolah-Sekolah Cina, India dan Agama (Islam) untuk dibangunkan bagi menjana sumber pendapatan mereka.

-Bernama

Manifesto PR: Sejuta peluang kerja, gaji minima RM1,100


Manifesto PR: Sejuta peluang kerja, gaji minima RM1,100 antara ditawar

Harakahdaily,25 Feb 2013
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat dalam manifesto mereka berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Manifesto ini dibacakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi ni.

Berikut antara yang diumumkan:

1-Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.

2-Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.

3-Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.

4- Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional

5- Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.

6- Henti operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan.

7- Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.

8- Memberi permit terus kepada pemandu teksi

9- Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.

10- Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.

Ali Rustam kata manifesto Pakatan tak menarik


Ali Rustam kata manifesto Pakatan tak menarik
 
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan manifesto pilihan raya umum ke-13 pakatan pembangkang sebagai lemah dan tidak menarik.

Beliau berkata janji-janji dalam manifesto bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' tersebut sebenarnya telah dilaksanakan kerajaan BN sejak dulu lagi.

"Hapus tol, BN pun ada mengurangkan dari masa ke semasa dan akhirnya esok (nanti) tidak ada tol juga...pendidikan percuma, sekarang pun dah percuma," katanya dalam satu kenyataan di Melaka, hari ini.

Sebaliknya beliau berkata pembangkang gagal mengambil kira keperluan utama rakyat yang kini diperjuangkan kerajaan BN.

"Perlu difikirkan ialah kediaman, makan minum, pengangkutan, belanja harian...ini pembangkang tidak sentuh, harap (rakyat) jangan keliru. Nampak manifesto ini lemah dan tidak menarik, ternyata pembangkang tidak ada pakar ekonomi," katanya

Dalam pada itu, Mohd Ali yakin pembangkang juga tidak mampu melaksanakan segala janji yang dibuat berdasarkan rekod mereka memerintah beberapa negeri.

"Warga emas RM1,000 dijanjikan pada pilihan raya dulu dan pelajar tadika dapat elaun tetapi tidak ditunaikan," katanya.

Sementara itu di Georgetown, Pemuda BN Pulau Pinang hari ini menyifatkan janji pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 adalah tidak masuk akal dan kebudak-budakan. 

Timbalan Ketuanya Shaik Hussein Mydin berkata, antara janji seperti memberikan pendidikan percuma, memberi rumah percuma kepada ibu tunggal adalah satu janji palsu kerana mereka tidak melaksanakannya walaupun telah memegang tampuk kerajaan di Pulau Pinang dan beberapa buah negeri lain.

"Walaupun mereka berkuasa di Pulau Pinang, kerajaan pakatan pembangkang itu tidak pun memberi pendidikan percuma dan membina rumah untuk golongan miskin di negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama di Georgetown.

Beliau berkata, janji-janji karut itu dibuat kerana pakatan pembangkang kini tertekan dengan kejayaan program transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ditambah dengan kerja keras BN yang dapat melaksanakan semua janji-janji.

Pakatan pembangkang hari ini melancarkan sepuluh manifesto menjelang PRU-13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad ahli DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapatkan tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Shaik berkata pakatan pembangkang seharusnya melaksanakan terlebih dahulu kesemua manifesto itu di setiap negeri yang ditadbir mereka bagi menunjukkan kemampuan mereka dalam menepati semua janji itu.

Sementara itu, Ketua Biro Penerangan BN negeri Tan Cheng Liang berkata rakyat tidak akan terpedaya untuk kali kedua dengan manifesto itu memandangkan janji-janji pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 belum ditunaikan.

Beliau menyifatkan manifesto itu sebagai retorik dan percaya kesemua manifesto itu tidak akan dilaksanakan.

"Mereka tidak akan laksanakan kerana track record mereka dalam menunaikan semua janji tak ada, dulu punya janji pun tak kotakan. Macam mana rakyat nak percaya mereka. Satu kali ditimpa tangga cukup la, tidak ada kali kedua," katanya.

Tan yang juga Ketua Wanita MCA berkata rakyat kini semakin bijak untuk menilai parti mana yang benar-benar ikhlas menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

Bernama

Hapus AES, bukti Pakatan dengar keluhan rakyat


Hapus AES, bukti Pakatan dengar keluhan rakyat

Harakahdaily,25 Feb 2013
SHAH ALAM: Pengumuman tawaran pemansuhan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan pembatalan semua saman berkaitannya dalam manifesto Pakatan Rakyat hari ini mengembirakan banyak pihak.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Datuk Mahfuz Omar, pengumuman tersebut menunjukkan betapa Pakatan Rakyat komited menghapuskan sistem yang dilihat lebih kepada mencari keuntungan dan pada masa sama mengainaya rakyat.

"Saya orang paling gembira dengan pengumuman ini bila isu yang Kase perjuangkan selama ini dimasukkan dalam manifesto Pakatan Rakyat.

"Pengumuman ini menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat sangat perihatin dengan keluh kesah rakyat berhubung saman AES ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tawaran pemansuhan sistem itu dalam manifesto Pakatan Rakyat yang diumum sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Shah Alam hari ini.

Menurut Mahfuz lagi, tawaran tersebut juga membuktikan bahawa Pakatan Rakyat benar-benar mahu membebaskan rakyat dari segala sistem yang mencengkam mereka selama ini.

Dengan tawaran ini ujarnya, rakyat boleh membezakan pihak mana yang lebih memahami penderitaan mereka berbanding pihak satu lagi yang mengambil kesempatan mempergunakan wang rakyat untuk kepentingan kroni.

Doa, ikrar akhiri Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4


Doa, ikrar akhiri Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4

Hazayani Zakaria,25 Feb 2013

SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Harapan Rakyat hari ini berakhir dengan bacaan ikrar daripada pimpinan ketiga-tiga parti dan seluruh perwakilan.

Bacaan ikrar diketuai Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Teresa Kok (DAP) dan Darell Leiking (PKR).

Berikut adalah Ikrar Pakatan Rakyat:

1. Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat

2. Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat

3. Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat

4. Akan terus mengukuhkan jati diri dan menghindari segala sogokan yang mendorong ke arah pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat

5. Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Bacaan ikrar kemudiannya diserahkan kepada tiga pemimpin parti iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP).

Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa mengakhiri konvensyen.

Muhyiddin cabar Hadi umum fatwa BR1M haram


Muhyiddin cabar Hadi umum fatwa BR1M haram
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada berani mengeluarkan fatwa mengharamkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh turut mencabar pemimpin tertinggi PAS itu mengeluarkan satu lagi fatwa bahawa mereka yang menerima BR1M juga haram.

"Jika mereka tidak haramkan ini bermakna apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah kerja amal dan untuk membantu rakyat supaya lebih sejahtera, bahagia, dan boleh gunakan bantuan itu untuk menguruskan keperluan keluarga mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menghadiri majlis penyampaian BR1M untuk orang bujang (RM250 seorang) di Kompleks Sukan Pagoh di Muar hari ini yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang Datuk Tahir Taat. 

Muhyiddin mengulas kenyataan Hadi dalam konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam, Selangor hari ini yang mengibaratkan pemberian BR1M sama dengan amalan di zaman Firaun yang menggalakkan rakyat bergantung kepada kerajaan dan membuat rakyat hidup seperti pengemis. 

"Saya tahu bahawa ia bukan hukum bertentangan akidah, menyalahi syariat agama, saya tak tahu dua tokoh agama ini (Abdul Hadi dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) boleh keluar kenyataan bercanggah dengan agama, kata perjuangkan Islam. 

"Apakah mereka akan minta penyokong dan ahli mereka untuk pulangkan wang bantuan, sanggupkah mereka buat fatwa atau menghukum penerima harus pulangkan balik, ia perbuatan haram, bagi kita ia tidak bertentangan," katanya. 

Katanya ramai tokoh agama dan yang tidak berpengaruh lebih rasional dan bersandar dengan syariat berhubung soal itu. 

Bagi kerajaan katanya, pemberian BR1M ini adalah satu amalan baik sebab ia dapat membantu kumpulan sasar dengan lebih tepat terutama yang memerlukan bantuan seperti ini.

"Bagi kita ia amalan yang baik...sebab ada negara buat ini, menjurus kepada kumpulan sasar amat perlukan bantuan ini.

"Melalui transformasi nasional yang kita lakukan, kita kumpul data dan maklum balas daripada rakyat pendapatan kecil, sederhana, nyatakan bagaimana kerajaan dapat bantu. Atas dasar prihatin kita bantu," katanya.

Sebelum itu dalam ucapan beliau, Muhyiddin berkata PAS tercabar dengan tindakan BN memberikan BR1M dan jelas menunjukkan parti itu lebih mengutamakan politik kepartian daripada kebajikan rakyat.

"Beliau (Nik Abdul Aziz) kata kita beri BR1M macam bagi ayam makan, bagi lembu makan, adakah kita ini sama seperti binatang?" katanya.

Katanya, BR1M adalah satu amalan murni dan usaha kerajaan untuk membantu rakyat miskin yang amat memerlukan bantuan, sekali gus mampu memperbaiki kualiti hidup dan mengurangkan bebanan rakyat.

"Hal ini menyebabkan pembangkang risau anak muda akan menyokong BN. Orang lama akan terus menyokong BN sebab bantuan berterusan, kerana itu mereka tercabar dan keluar kenyataan yang tidak sepatutnya datang dari seorang ulama," katanya.

Katanya orang Melayu terutamanya cukup faham dengan perumpamaan yang digunakan oleh Mursyidul Am PAS itu.

Bernama

Pakatan buktikan perpaduan, tolak perkauman -TG Hadi


Pakatan buktikan perpaduan, tolak perkauman -TG Hadi

Salmiyah Harun,25 Feb 2013
SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Pakatan Rakyat telah membuktikan perpaduan dan muafakat yang erat walaupun kadang-kadang berbeza pendapat.

"Kita buktikan perpaduan walaupun bertelingkah, berdebat, boleh berbalah, tetapi kacau gula, kopi dan teh tidak memecahkan cawan itu," katanya yang diikuti tepukan gemuruh lebih 1,500 perwakilan yang memenuhi dewan SACC.

Bagaimanapun beliau mengingatkan agar Pakatan Rakyat memelihara perpaduan yang dibina selama ini kerana parti lawan sedia untuk mengambil kesempatan.

"PAS, DAP dan PKR bergaduh, yang kenyang BN," katanya.

Abdul Hadi juga, turut menegaskan lima perkara yang menjadi harapan rakyat di mana Pakatan Rakyat mesti melaksanakannya.
Lima perkara tersebut, perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan perlembagaan dan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih.

"Inilah harapan rakyat, kita perlu sedar dan faham lima perkara ini yang menjadi harapan rakyat," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat.

Jelas Abdul Hadi, semua kaum yang ada di Malaysia telah menerima hakikat masyarakat majmuk melalui Pakatan Rakyat yang telah diterjemahkan melalui PRU-12 pada 2008 lalu.

"Apabila orang Melayu Islam yang kuat PAS boleh mengundi calon DAP dan PKR dari kalangan bukan Islam. Apabila orang kuat DAP dan berbagai kaum dan agama boleh undi calon PAS dan PKR dari kalangan Melayu Islam. Mereka sedia mengalahkan calon dari bangsa mereka sendiri," katanya.

Senario ini, katanya, Pakatan Rakyat telah berjaya memecahkan fanatik perkauman yang dihidupkan oleh BN selama ini, sudah dianggap tidak relevan lagi.

"Kita terima berbagai kaum satu adunan yang baik, pelbagai budaya dan pengalaman disatukan. Kita boleh bina kekuatan Pakatan Rakyat dengan satukan berbagai kaum di atas konsep dalam perlembagaan yang tak mampu dibuat oleh BN,"katanya.