Friday, March 29, 2013

Pulau Pinang kawasan Panas dikenal pasti


PRU13: 37 kawasan panas Pulau Pinang dikenalpasti
MOHD ISKANDAR OTHMAN
30 Mac 2013
PRU13
PRU13
GEORGETOWN - Polis akan memberi tumpuan kepada 37 kawasan panas yang dikenal pasti untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kawalan keselamatan akan diberi perhatian, terutama di kawasan panas dan berhampirannya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau berkata, khemah dan pondok polis juga akan diwujudkan di beberapa kawasan yang bersesuaian bagi memantau dan menjaga ketenteraman awam di kawasan berkenaan sepanjang tempoh PRU13.

"Kita sudah siap sedia untuk menjalankan tanggungjawab sepanjang tempoh pilihan raya diadakan.

“Kawalan keselamatan akan diberi tumpuan, terutama selepas pembubaran parlimen, hari penamaan calon dan semasa serta selepas proses membuang undi,” katanya kepada media selepas menyempurnakan upacara pemakaian lencana pangkat bagi anggota pangkat
rendah Kontinjen Pulau Pinang, di sini, semalam.

Pulau Pinang mempunyai 13 Parlimen dan 40 Dun yang mana sebahagian besarnya akan menyaksikan pertembungan sengit calon.

Menurutnya, sehingga kini Pulau Pinang mempunyai 6,000 anggota dan 800 anggota bantuan diperlukan bagi memantapkan lagi tugasan sepanjang PRU13.

“Polis akan mengawal keselamatan orang awam membabitkan 1,545 tempat mengundi di seluruh negeri ini,” katanya.

Sementara itu, sempena majlis berkenaan, 154 anggota rendah dinaikkan pangkat membabitkan 10 anggota dari sarjan mejar kepada sub inspektor, sarjan kepada sarjan mejar (30)  dan 114 orang dari lans koperal kepada koperal.

Jangkaan kawasan panas

Parlimen Kepala Batas
Kawasan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Selain berlaku perebutan antara calon Umno, Pas dijangka meletakkan calon yang mempunyai latar belakang agama untuk merampas kerusi ini.
~ Dun Penaga dan Pinang Tunggal mungkin berlaku persaingan sengit. Penaga akan berlaku persaingan Umno dan Pas manakala Pinang Tunggal antara Umno dan PKR

Parlimen Tasek Gelugor
Kini diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Berlaku perebutan apabila Datuk Seri Mohd Sharif Omar (bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) menuntut kembali kerusi itu dengan alasan Pak Lah minta satu penggal untuk diberikan kepada Tan Sri Nor. PKR mahu merampas kerusi ini kerana yakin dengan kekuatan dan sokongan pengundi.
~ Dun Sungai Dua sengit antara Umno vs Pas manakala Telok Ayer Tawar antara Umno vs PKR

Parlimen Permatang Pauh
Masih panas walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempertahankan kerusi di sini.
~ Dun panas adalah Seberang Jaya kerana penyandang Datuk Arif Shah Omar Shah mungkin pertahankan atau diganti muka baru. PKR mahu letak calon muda. Dun Permatang Pasir adalah kubu kuat Pas manakala Penanti (PKR) peluang sama rata antara Umno dan PKR. 

Parlimen Nibong Tebal
Kawasan ini sering bertukar tangan. Sekejap BN dan sekejap pembangkang. Kini dipegang oleh Tan Tee Beng (kini menyertai Kita selepas keluar PKR). Disebut-sebut bahawa Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman akan bertanding kerusi ini manakala BN akan meletakkan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman
~ Persaingan Dun di Sungai Bakap antara Umno dan PKR. Adun sekarang dari PKR.

Parlimen Balik Pulau
Kubu kuat Umno tetapi berjaya ditembusi PKR pada PRU12 apabila Yusmadi Yusof (PKR) menewaskan Datuk Dr Norraesah Mohamad. Kini berlaku perebutan beberapa pemimpin Umno Balik Pulau untuk jadi calon Parlimen.   
Parlimen Bayan Baru
Menjadi tumpuan kerana penyandangnya, Datuk Zahrain Mohd Hashim jadi Bebas setelah keluar PKR. Orang PKR mahu balas dendam jika Zahrain bertanding lagi. Umno juga akan meletakkan calon.

Kerusi Dun
Dun Padang Kota (Parlimen Tanjong) - Lim Guan Eng sahut cabaran untuk menentang Teng Chang Yeow (Pengerusi BN PP).

Risalah ‘Kenapa saya mesti tolak Umno BN’ diedar


Risalah ‘Kenapa saya mesti tolak Umno BN’ diedar

Harakahdaily,29 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) hari ini telah melakukan Speaker Corner penerangan kepada rakyat Malaysia khususnya di kawasan Kuala Lumpur tentang kesedaran mengundi dan menolak Umno BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.

“Speaker Corner pada hari ini sengaja kita pilih untuk buat di Masjid Negara untuk mendekati masyarakat dan rakyat menerusi kempen-kempen penerangan demi suatu perubahan dalam pilihanraya umum yang akan datang,” ujar Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Ahmad Afif Zulkipli.

Katanya, Gelombang Tolak telah dilancarkan pada 15 Mac lalu di Bangunan Umno PWTC dan turut mendapat sokongan moral daripada beberapa NGO termasuk Royalti Kelantan, Anak, Himpunan Hijau Lynas dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan sidang media yang kedua di KLSCAH pada 27 Mac lepas.

Dalam masa yang sama, katanya edaran 1,000 risalah ‘Kenapa Saya Mesti Tolak Umno BN’ berjaya diedarkan kepada masyarakat selepas selesai solat Jumaat di Masjid Negara.

Jelasnya, antara sebab Umno BN mesti ditolak yang terkandung dalam risalah tersebut ialah pengamalan politik lucah dan samseng, kos sara hidup rakyat yang tinggi, pengamalan rasuah dan kronisme dalam negara, menyekat kebebasan akademik unversiti, ketempangan sistem demokrasi dan pilihanraya, penafian hak rakyat seperti royalti rakyat Kelantan dan kegagalan mengangkat martabat kaum wanita.

“Kita harapkan maklumat kempen pada hari ini dapat disebarkan kepada seluruh masyarakat agar mereka dapat turut bersama dengan kita melakukan perubahan dalam pilihanraya yang akan datang,” katanya.

Pengerusi Tolak, Mohd Azan Safar pula berkata, untuk program berikutnya, mereka akan mengadakan konvoi berkenderaan sebelum memulakan siri jelajah Tolak Umno BN ke seluruh negara.

“Ini untuk memberikan kesedaran kepada rakyat di peringkat akar umbi di samping mengumpulkan tanda tangan sokongan rakyat untuk menolak Umno BN dalam pilihanraya umum yang akan datang,” jelasnya.

Parlimen Marang lancar kenderaan khas


PRU13: Pemuda Marang lancar kenderaan khas

Khairul Azlam Mohamad,19 Mac 2013


MARANG: Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang telah melancarkan sebuah kenderaan khas pacuan empat roda jenis Toyota Landcruiser 4x4 yang akan digunakan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pelancaran kenderaan tersebut dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah pada majlis Ceramah Penerangan Isu-isu Terkini di Markaz Pemuda Unit Peti Undi (UPU) Tebakang, Kampung Pak Madah, Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Limbat, semalam. (Gambar atas)

Kenderaan khas berwarna hijau muda itu akan digunakan mulai sekarang hingga PRU13.

Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi berkata pelancaraan kenderaan khas itu merupakan inisiatif kalangan Pemuda PAS kawasan.

Ini, katanya membuktikan jentera Pemuda PAS Marang bersungguh-sungguh dalam gerak kerja bagi mempastikan keempat-empat Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Parlimen Marang kembali kepada PAS.

“Kami akan pastikan Parlimen Marang kekal di tangan PAS dan empat Dun iaitu Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Bukit Payong dan Alor Limbat ini boleh kita tawan, insya Allah,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis pelancaran tersebut Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Timbalan DHPP Terengganu, Jefri Chua.

Dun Kuala Semantan Temerloh Pahang bersedia


Fokus PRU13: Siapa lawan siapa?
WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Jun 2012
TEMERLOH – Dua ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Temerloh Abu Hanipah Majid dan Dr Siti Hawa Kasim antara calon yang digembar – gemburkan banyak pihak untuk diletakkan di Dun Kuala Semantan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Kerusi Dun Kuala Semantan yang kini disandang Syed Hamid Syed Mohamed dari Pas sejak sepenggal lalu itu turut menjadi perhatian Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Temerloh Rofaie Md Hamdan.

Nama ketiga-tiga calon itu semakin menjadi perhatian ahli-ahli Umno di bahagian ini berikutan prestasi kerja masing-masing yang bukan sahaja cemerlang dalam parti tetapi dalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Abu Hanipah adalah Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh juga ahli lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) dikagumi ramai kerana banyak membantu usahawan-usahawan tani di daerah ini.

Sementara Dri Siti Hawa pula adalah ahli politik dari golongan akademik yang turut aktif dalam Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI), manakala Rofaie calon dari Pemuda Umno yang berwawasan anak kepada bekas Adun Kuala Semantan, Datuk Md Hamdan Sudin.

Ketiga-tiga mereka adalah anak tempatan yang jika dicalonkan nanti perlu bekerja kuat untuk menghadapi calon dari Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan besar dari Pas.

Ini kerana Dun Kuala Semantan diketahui umum adalah kubu kuat Pas dengan kali terakhir BN menang di kawasan itu pada PRU ke-11 apabila calonnya Datuk Md Hamdan Sudin menang ke atas Dr Ab. Wahab Ismail dengan majoriti 1,459 undi. Pas PRU12 menerusi Syed Hamid Syed Mohamed dengan mengalahkan Khairuddin Manan dari BN.

Penyandang kerusi Dun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamed beberapa bulan lalu mengumumkan kurang minat untuk menjadi wakil rakyat lagi, tetapi dia bersedia jika parti mencalonkannya hanya untuk kerusi Kuala Semantan.

Jika Syed Hamid kurang minat, siapa lagi calon Pas yang layak di kerusi itu, tetapi dalam Pas, siapa calon tidaklah menjadi persoalan kerana bagi penyokong Pas parti adalah keutamaan, soal siapa calonnya itu yang kedua.

Antara yang layak di Kuala Semantan, ialah Hassanudin Salim, beliau pernah bertanding dalamkemudian menang semula kerusi itu pada PRU12 di Dun Kerdau dan sekali lagi dicalonkan di kerusi yang sama dalam pilihan raya kecil kerusi itu tahun lalu.

Hassanudin juga pernah kalah kepada Datuk Mohd Sharkar Shamsudin di Lanchang pada PRU ke-11 lalu. Tetapi pengalaman dan sumbangannya kepada Pas Pahang dan Temerloh tidak boleh dipertikaikan lagi.

Seorang lagi calon yang digembar-gemburkan ialah Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat mempunyai kekuatan yang tidak boleh disangkal lagi, ditambah dengan kekuatan sokongan pengundi di Kuala Semantan, peluang BN untuk menang di kerusi itu sangat tipis.

Parlimen Shah Alam kerusi Panas


Fokus PRU 13: Shah Alam kerusi panas
NURUL FATIHA MUAH & AHMAD NORMAN ABU TALIB
25 September 2012
DR MOHD AZIZUDDIN
DR MOHD AZIZUDDIN
SHAH ALAM – Pemilihan calon dikenali dalam kawasan menjadi faktor penentu kemenangan parti bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin dilihat calon sesuai bertanding mewakili parti masing-masing yang menyaksikan berlaku persaingan hebat.

Beliau berpendapat, Khalid mungkin akan dikekalkan bertanding di kerusi tersebut seiring popularitinya dalam kalangan masyarakat setempat, selain kekuatannya sebagai pemimpin kelompok profesional dalam Pas.

“Ada kemungkinan Khalid akan kekal kerana golongan profesional seperti beliau kuat dalam Pas. Beliau juga ada peluang untuk menang,” katanya.

Mengulas potensi calon BN, Dr Mohd Azizuddin berkata, merujuk merit, Ahmad Nawawi dianggap paling sesuai seiring kedudukan beliau sebagai Ketua Umno Bahagian Shah Alam.

“Memang kalau ikut merit, ketua bahagian layak untuk bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun) walaupun beliau pernah kalah ketika bertanding untuk Dun Kota Anggerik pada pilihan raya lalu.

“Jika calon yang dipilih bukan (berada) dalam kawasan bertanding, susah hendak menang sebab tiada sokongan akar umbi dan timbul elemen sabotaj sesama ahli parti,” katanya.

Ditanya kemungkinan Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Noor bakal dicalonkan BN, Mohd Azizuddin menyifatkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu ‘ada juga bayangan’.

Menurutnya, siapa pun calon tersebut, apa yang penting kerusi Parlimen Shah Alam itu perlu dimenangi parti pemerintah negeri supaya tidak timbul masalah pentadbiran di kemudian hari.

Katanya, semua parti yang bertanding perlu kreatif semasa berkempen kelak dan mereka perlu mengemukakan dasar kawasan atau negeri untuk menawan hati pengundi di Shah Alam.

“Kalau beri bantuan saja, tak jalan. Parti-parti kena fikir lebih kreatif untuk menawan hati pengundi sebab Shah Alam ini kawasan bandar dan rakyatnya pula semua mempunyai pengetahuan luas dan jaringan maklumat yang banyak,” katanya.

Parlimen Kuala Selangor belum dinamakan siapa sacon


Fokus PRU13: 'Tidak namakan siapa calon'
WARTAWAN SINAR HARIAN
28 September 2012
Amiruddin Setro
Amiruddin prihatin kebajikan pengundi.
KETUA Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Amiruddin Setro yakin Barisan Nasional (BN) akan menawan semula Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Kalau cerita siapa calon, Umno Bahagian Kuala Selangor tidak menyenaraikan mana-mana nama, bagaimanapun yakin ramai yang keupayaan dan berketerampilan yang boleh diketengahkan dan diyakini mampu menawan semula tiga kerusi yang dirampas PR.
“Namun, semua itu bergantung kepada pucuk pimpinan parti kerana kita mahukan kemenangan diraih berdasarkan kemenangan parti dan bukannya individu semata-mata,” katanya.
Berkongsi rahsia kejayaan mengekalkan kesetiaan pengundi apabila berjaya mengalahkan calon Pas, Hairi @ Maruji Darmo dengan majoriti 1,566 pada PRU12, Amiruddin berkata, beliau berpegang prinsip rakyat adalah aset parti yang perlu diutamakan dan tunjang kerajaan.
“Sudah menjadi prinsip hidup saya untuk membantu rakyat melalui mandat yang diberikan dan manifesto Umno-BN sendiri, ‘Sayangi Selangor, Yakini BN’ selain golongan tua dihormati, yang muda disayangi sekali gus merapatkan ikatan kukuh antara pemimpin dan pengundi.
“Saya juga menyokong sepenuhnya pendekatan kreatif dan berkesan untuk menyelesaikan masalah rakyat dalam era moden ini dan sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi meringankan bebanan yang ditanggung termasuk mengenal pasti permohonan baik pulih rumah, bantuan Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) dan sumbangan berbentuk kewangan untuk mangsa bencana alam.
“Malang bagi petani dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di sini kerana hanya menerima peruntukan RM100,000 sahaja kerana kawasan Parlimen Kuala Selangor dimenangi PR berbanding Parlimen lain yang dimenangi BN menerima peruntukan tambahan RM100,000.
“Hakikat ini perlu ditelan dan menjadi suntikan semangat buat rakyat khususnya golongan petani di sini supaya membantu pimpinan Barisan Nasional untuk menawan semula Selangor yang menjadi jantung negara dalam pilihan raya akan datang.
“Kita tetap melaksanakan bantuan dan sumbangan secara terus seperti wang masuk universiti sebanyak RM1,500 dan bukannya seperti PR yang hanya meuar-uarkan janji kosong yang kononnya mahu membantu rakyat dengan publisiti murahan," katanya.

Parlimen Puchong perlu berubah Imej


Fokus PRU13: Perlu ubah imej Puchong
NUR FARHANA ABDUL MANAN
11 Februari 2013
FOKUS PRU13: Perlu ubah imej Puchong
Masalah kesesakan adalah isu utama yang membebankan penduduk Puchong setiap hari.
PUCHONG – Isu kesesakan jalan, kadar tol dan pertambahan pusat maksiat menjadi antara isu besar bermain di minda pengundi Puchong ketika ini. Mereka mendakwa sudah muak melalui jalan sesak setiap hari selain dibebani tol di setiap laluan keluar masuk ke Puchong.

Pengundi masing-masing meletakkan harapan janji diberikan calon menang bertanding akan dilaksanakan dan tidak hanya menjadi sebutan ketika kempen pilihan raya.

Bagi pengundi, Mohammad Rashidi Ramli, 31, pandangan dan tanggapan orang luar terhadap Puchong menggambarkan ia sebagai satu kawasan negatif yang perlu diubah.

Menurutnya, dakwaan itu ada asasnya apabila melihat banyak tempat maksiat (rumah urut, pusat hiburan dan perjudian) dibuka di merata tempat.

"Pusat perjudian dan sebagainya mengundang kepada masalah sosial menyebabkan ramai anak muda terperangkap di dalamnya.

“Saya harap calon yang akan menjadi wakil rakyat di Puchong akan ambil kira semua isu di sini, termasuk membabitkan isu sosial dan juga kemudahan kepada warganya,” katanya.

Mohammad Rashidi berkata, pemimpin yang diinginkan biarlah muda, berpotensi dan boleh membawa perubahan positif.

Dia yang sudah dua kali mengundi di Dun Seri Serdang berkata, mahu biar muka baru diletakkan di kawasan itu.

“Mesti ada perubahan calon, saya akan tengok siapa yang layak kalau ada kriteria dimahukan, beliau (calon wakil rakyat) itu akan dipilih,” katanya.

Bagi Khairul Azri Mohd Zainal, 40, calon yang jujur, sentiasa bersemangat berkhidmat untuk rakyat dan tidak suka janji kosong menjadi pilihannya untuk pilihan raya kali ini.

Menurutnya, calon itu juga mestilah sentiasa terbuka mendengar keluhan rakyat, berintegriti, bekerja untuk rakyat dan bukannya menyapu duit rakyat.

“Saya tidak akan pilih calon yang suka berjanji  waktu pilihan raya sahaja lepas tu hilang,” katanya.

Menyentuh isu di kawasan tempatnya mengundi di Dun Kinrara, Khairul berkata, isu kesesakan jalan raya menjadi salah satu yang membelenggu rakyat sepertinya.

Bukan sahaja membazir minyak, masa ulang alik ke tempat kerja didakwa turut dipengaruhi masalah itu.

“Saya  minta yang jadi wakil rakyat nanti akan selesai masalah berbangkit rakyat di Puchong,” katanya.

Parlimen Wangsa Maju Panas


Fokus PRU13: Kerusi panas Wangsa Maju
WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Februari 2013
Fokus PRU13: Kerusi panas Wangsa Maju
Muka depan Sinar Harian Edisi Selangor.
WANGSA MAJU - Tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menjadi wakil Bebas merancakkan lagi senario politik Wangsa Maju yang sememangnya panas dengan kontroversi.

Lebih menarik, kelibat wakil rakyat itu yang dilihat mesra Barisan Nasional (BN) seterusnya mengundang kemarahan kepada rakan parti angkatnya, PKR setelah beliau bertanding di atas tiket parti tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) apabila menewaskan calon BN dari MCA, Datuk Yew Teong Look.

Samada tindakan Choo Keong itu memberikan kelebihan kepada parti lawan pada PRU13 adalah sesuatu yang sukar diramal apabila BN dan PKR telah mengatur strategi awal bagi menambat hati pengundi.

Tewas dengan majoriti tipis sebanyak 150 undi pada PRU12, BN masih mencongak untuk merampas kembali kerusi Wangsa Maju manakala PKR tenang dalam usaha untuk mempertahankan kerusi Wangsa Maju sekali lagi setelah perjuangan parti itu didakwa dikhianati oleh Choo Keong.

Meskipun tiada isu besar di Wangsa Maju namun pengundi  semakin bijak menilai samada mereka cenderung memilih berdasarkan faktor calon atau kepartian selepas kontroversi yang dicipta Choo Keong.

Teka-teki calon

Kemenangan majoriti lebih 10,000 undi pada PRU11 langsung tidak memberi kelebihan kepada penyandangnya ketika itu, Datuk Yew Teong Look yang rebah mengejut kepada Choo Keong dengan kekalahan tipis 150 undi.

Kekalahan tersebut menyebabkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu terlepas kepada tangan pembangkang pertama kalinya setelah persempadanan semula kawasan itu pada 2004 menyaksikan MCA hanya bertahan sepenggal selepas Umno memberi laluan kepada MCA untuk bertanding pada PRU11.

Bagi Umno dan BN, kekalahan rentetan tsunami politik ketika itu harus dijadikan pengajaran setelah tewas kepada percaturan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan kepercayaan kepada Choo Keong yang juga bekas ahli DAP itu akhirnya membuahkan hasil walaupun calon itu kurang dikenali dan berkempen kurang seminggu.

Meskipun PRU13 adalah misi BN menebus kekecewaan lalu, namun begitu, teka teki siapakah ‘winnable candidate’ masih menjadi tanda tanya setelah Umno dan MCA masing-masing menyatakan hasrat untuk meletakkan calon untuk bertanding.

Di sebalik itu, PKR dilihat lebih bijak mengatur strategi dan membuat percaturan awal mendekati rakyat dengan pelbagai program apabila dikatakan sudah mempunyai calon boleh menang menghadapi pilihan raya sengit kali ini.

Setelah mendakwa parti telah dikhianati, PKR menyerahkan kepercayaan kepada bekas Ahli Parlimen Segambut, Datuk Dr Tan Kee Kwong bagi menggalas harapan Pakatan Rakyat (PR).

Pada masa yang sama, Choo Keong yang bergelar Ahli Parlimen Bebas turut melahirkan hasrat untuk bertanding di Wangsa Maju sekali lagi dan dijangkakan pertembungan tiga penjuru bakal berlaku di Wangsa Maju.

Umno atau MCA?

Bukan satu rahsia apabila Umno dan MCA melahirkan hasrat untuk meletakkan calon masing-masing untuk bertanding di Wangsa Maju.

Kedua-dua parti komponen BN itu mempunyai kelebihan dan kekuatan parti untuk membawa cabaran BN setelah melakukan pelbagai gerak kerja menawan kembali kerusi itu setelah tewas mengejut pada 2008.

Sebelum persempadanan semula pada 2004, kerusi parlimen itu adalah milik Umno tetapi diserahkan kepada MCA apabila Teong Look yang memenangi selesa pada PRU11  tewas kepada PKR pada 2008.

Melihat situasi itu, kebanyakan penyokong Umno kini mahu kerusi yang sebelum ini dimiliki Umno dikembalikan kepada mereka kerana yakin dapat mengembalikan semula keyakinan pengundi kembali ke pangkuan BN.

Jelas gerak kerja dan program turun padang yang diketuai Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri dan juga Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah menunjukkan kesungguhan Umno membawa perubahan dan pembaharuan di Wangsa Maju sejak 2008.

Shafei yang juga Pengerusi BN Wangsa Maju dilihat sebagai ‘calon boleh menang’ di kerusi Parlimen itu apabila menggerakkan seluruh jenteranya dengan pelbagai pendekatan mendekati hati rakyat.

Bagi MCA pula, kerusi yang dimiliki sepenggal setelah memenangi PRU11 turut menyatakan hasrat untuk menembus semula kekecewaan setelah tewas tipis pada PRU12.

Kesungguhan MCA jelas apabila pemimpinnya iaitu Datuk Yew Teong Look terus berkhidmat dengan membuka Pusat Khidmat Rakyat sendiri bagi meneruskan khidmat karier politiknya.

Khidmat tanpa jemu, Teong Look yang pernah menjawat sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan kepada rakyat di Wangsa Maju adalah petunjuk jelas bahawa pemimpin itu bersiap sedia untuk kembali bertanding.

Meskipun timbul tanda tanya dalam kalangan pengundi di Wangsa Maju berhubung calon BN nanti, namun komitmen Umno dan MCA yang terus melakukan pelbagai pendekatan untuk merampas semula kerusi itu dilihat cerah sekiranya kekuatan kedua-dua parti komponen BN itu bersatu hati menghadapi pilihan raya getir ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong turut memberi isyarat jelas akan bertanding di Wangsa Maju bagi meneruskan khidmatnya setelah menang di atas tiket PKR pada PRU12.

Choo Keong yang kini bergelar Ahli Parlimen Bebas setelah keluar PKR pada 2010 dilihat masih mempunyai sokongan rakyat apabila beberapa isu tempatan seperti kampung tradisi telah diselesaikannya dengan cemerlang.

Bagaimanapun, tindakan Choo Keong meninggalkan PKR tidak menjejaskan parti itu di Wangsa Maju yang bersiap sedia awal dengan kehadiran bekas Ahli Parlimen Segambut dan bekas Timbalan Menteri Tanah, Galian dan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong apabila diberi kepercayaan untuk bertanding.

Parlimen Arau dalam genggaman PAS


Fokus PRU13: Parlimen Arau dalam genggaman PAS

Salmiyah Harun,29 Mac 2013
ARAU: Parlimen Arau (P003) antara yang paling awal memutuskan calon-calon yang akan bertanding pada PRU13 nanti.

Pembahagian kerusi PAS ini sedikit sebanyak membuatkan Umno BN di negeri itu tidak senang duduk malah dimaklumkan mereka masih lagi bertelagah sesama sendiri untuk menentukan calon yang akan bertanding ekoran masalah dalaman Umno yang semakin kritikal.

Parlimen Arau mempunyai lima Dun iaitu N11 Pauh, N12 Tambung Tulang, N13 Guar Sanji, N14 Simpang Empat dan N15 Sanglang.

Pada PRU12, calon PAS, Datuk Dr Haron Din yang memperolehi 16,451 undi tewas kepada calon BN dengan majoriti hanya 300 undi.

Jumlah pengundi P003 pada PRU13 adalah 43,061 orang di mana pengundi kaum Melayu seramai 37,044, Cina (3,437), India (686), dan Siam (1,078).

Bagi mengetahui sejauh mana persiapan jentera PAS di Parlimen Arau, ikuti temubual wartawan Harakahdaily bersama Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan, Khairuddin Che Mat (gambar) yang ditemui di Pejabat MTD Simpang Empat,  baru-baru ini.

Sehingga hari ini, bagaimana persiapan jentera pilihan raya di peringkat kawasan Arau? Berapa peratus persiapan yang telah bergerak?

Pertukaran pengarah pilihan r
aya kerap berlaku, dan saya adalah pengarah yang keempat untuk tempoh ini.  Kali ini banyak kita gabungkan tenaga muda dengan tenaga veteran, seingga kini sudah 95 peratus persiapan yang dilakukan. Sekarang ini masuk ke peringkat memperkemaskan portfolio calon di mana akan digerakkan oleh kawasan masing-masing. Misalnya pihak pengurusan calon akan memberi taklimat kepada wakil calon, kemudian wakil calon akan bagi taklimat kepada pencadang dan penyokong . Seterusnya jawatankuasa logistik akan memanggil portfolio logistik di peringkat Dun. Bermakna di peringkat portfolio sudah bergerak bagi kawasan masing-masing. Macam media baru pun kita sudah gerakkan dan mereka berjalan dengan kumpulan merekalah, yang baru kita tubuhkan. Sekarang persiapan yang terkini kita sedang mempersiapkan video di mana video menjelaskan manifesto Pakatan Rakyat Perlis, video rayuan kepada pengundi-pengundi oleh calon-calon mereka antaranya rayuan untuk balik mengundi.  Kita juga akan memulakan ceramah berkelompok oleh calon-calon yang bertanding untuk menerangkan manifesto 7 agenda awal Pakatan Rakyat Negeri Perlis. Untuk di Arau calonnya Datuk Haron Din akan memanfaatkan perubatan Islam Darul Syifa' untuk berkempen pada PRU nanti.

Mengapa PAS Arau lebih teruja menggunakan media baru untuk berkempen adakah ini merupakan medium utama untuk menarik pengundi-pengundi muda?

Ya. Ini adalah antara sebab utamanya. Saya ingat penggunaan media baru ini akan mendapat sambutan khususnya kepada pengundi-pengundi muda. Misalnya kita sudah wujudkan laman Facebook Arau La Ni, baru seminggu kita tubuhkan. Nampaknya mendapat maklum balas yang baik oleh para pengundi muda.  Dan daripada sini kita akan kembangkan lagi misalnya kita cuba hidupkan suasana berkempen misalnya kita ketengahkan calon-calon untuk bercakap sendiri dengan para pengundi mereka. Malah video Arau yang kita muat naik telah disukai lebih 6,000 pengguna Facebook dan Youtube.

Dalam saat-saat genting ini, apakah isu-isu yang sering dimainkan oleh Umno BN dalam menyerang Pakatan Rakyat di Perlis khususnya di Arau?

Di sini isu yang sering dicanangkan oleh Umno BN adalah isu DAP (pemerintah). Apabila mereka masuk kampung akan bawa isu inilah. Umno BN akan mencanangkan apabila DAP menang dalam PRU ini mereka akan bergabung dengan MCA, dan Cina yang akan memerintah negara ini. Baru-baru ini saya ada jumpa Umno Padang Besar,  dan bertanya dengannya apa isu untuk Umno menghentam PAS mereka kata "kalau boleh biar PAS sebut Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri" Umno minta sebab mereka hendak buat isu untuk melagakan PAS dengan Anwar Ibrahim. Malangnya PAS tidak pernah menyebut perkara ini.  Jadi Umno mahu isu ini dijadikan umpan untuk mereka melaga-lagakan PKR dengan PAS.

Selain itu, isu yang lama masih lagi didendangkan Umno BN untuk meraih undi rakyat Perlis khususnya adalah isu fitnah Anwar iaitu liwat, di mana pendedahan bapa Saiful didakwa dibayar oleh Anwar, inilah yang sering dibawa dalam ceramah-ceramah Umno BN. Selian itu isu kalimah Allah dan pemberian BR1M, di mana Umno BN memutarbelitkan apa yang diungkapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu dengan mengatakan Nik Abdul Aziz menghina penerima BR1M. Di sini kami menerangkan semula kepada pengundi-pengundi apa maksud sebenar yang hendak disampai oleh Mursyidul Am PAS.

Daripada isu-isu yang cuba dimainkan oleh Umno BN ini, sejauh mana ianya boleh mempengaruhi pengundi-pengundi di sini?

Isu BR1M memang terjejas bagi Melayu Perlis. Isu jawapan kepada Nik Abdul Aziz ini sukar untuk mereka fahamkan. Inilah yang dijadikan modal untuk Umno hentam PAS di pentas ceramah mereka, dan keadaan ini cukup mempengaruhi pengundi Melayu. Di sinilah peranan jentera PAS untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan oleh Umno BN. Melayu Perlis ini susah untuk terima sebab 'termakan budi' banyak sangat. Kaum Cina...Insya Allah. Kaum Cina kita berani kata 50 peratus menyokong Pakatan
Rakyat.

Bergantung harap kepada undi Cina sahaja tidak mencukupi? Bagaimana PAS dan Pakatan Rakyat mahu memastikan kemenangan berpihak kepada PAS dalam PRU ini?

Pengundi muda insya Allah akan memihak kepada Pakatan Rakyat. Berdasarkan culaan kita 70 peratus pengundi muda memihak kepada kita manakala 100 peratus pengundi luar yang pastinya balik mengundi turut berpihak kepada PAS. Saya yakin. Sebab itulah kita dalam usaha untuk memastikan pengundi luar balik mengundi dalam PRU nanti. Sebelum ini, calon Parlimen Arau P003 Datuk Haron Din pernah menyebut pada PRU 2004 dia kalah dengan majoriti 3,000 lebih, PRU 2008 dia kalah majoriti 300 lebih, dan PRU13 dia akan menang. Bila dia cakap begitu kita kenalah bekerja kuat bagi memastikan kemenangan ini.

Isu 'pergaduhan' dalaman Umno BN membabitkan bekas menteri besar masih berlarutan, sejauh mana isu ini boleh memberi kredit kepada PAS dan Pakatan Rakyat?

Isu pergaduhan YB Tambung Tulang dengan YB Guar Sanji sehingga ada yang sanggup memberi upah ratusan ringgit untuk melakukan kekerasan, memandangkan YB Guar Sanji dikatakan memihak kepada Menteri Besar Perlis sedangkan kedudukan beliau hari ini hasil pelobian YB Tambun Tulang. Malah perkara itu dimaklumkan oleh YB Tambung Tulang ketika di dalam satu mesyuarat, semua orang tahu isu ini. Jadi inilah permusuhan diantara Umno BN sendiri sehingga menjejaskan proses untuk memilih calon di kalangan mereka bagi PRU nanti. Dan saya lihat PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil peluang atas masalah dalaman Umno BN ini menjelang PRU ke-13 nanti. Sikap samseng di kalangan Umno BN tidak pernah berubah, misalnya apa yang berlaku belon panas yang dilancarkan PAS dua minggu lalu dikianati, mereka yang tidak bertanggungjawab memotong tali belon tersebut. Kita telah membuat laporan polis.

luahan dari seorang pengikut PAS


Saya lahir dan dibesarkan dalam keluarga PAS, di sebuah 'pondok' di kedah, ayah saya ketua pemuda pas beberapa penggal, dan saya banyak mengikuti ceramah2 PAS ini dari kecil lagi. saya tahu bagaimana PAS brainwashed saya dan orang2 kampung. Dalam ceramah2 mereka yang begitu menghasut tetapi berselindung atas nama jihad, demi Allah, demi agama, mereka akan memetik ayat2 Al Quran dan hadis tertentu yang 'ditambah perisa' supaya ayat itu menepati kehendak mereka. Tidak dihuraikan secara jelas dan telus kenapa ayat tersebut diturunkan, apa kejadiannya dan apa tafsirnya. Sebaliknya mereka sesuaikan ayat tersebut supaya selaras dgn perjuangan PAS. Ini yang saya namakan khianat ilmu.

Apa yang orang tak tahu, ceramah2 pas semasa itu sangat memberikan kebencian kepada Malaysia dan Mahathir. Apa sahaja yang berlaku, kemiskinan, kerosakan jalan raya, ketiadaan air, gangguan bekalan elektrik, semua akan dikaitkan dengan kekejaman Mahathir. Kami kanak2 membesar dalam memikirkan bahawa Mahathir lah punca segala masalah di dunia ini. Satu sahaja jalan keluar yang diberikan, hendak keluar dari kemiskinan, jangan undi Umno. Buang mahathir yang zalim. Itu sahaja jalan membaiki diri. Tidak ada jalan lain. Tidak ada istilah "mari bersyukur", "mari berusaha membaiki diri", "mari berniaga", "mari membaca", 'mari mencari ilmu untuk membangunkan diri kita", "mari bekerja", "mari berdoa untuk kebahagiaan keluarga kita"... tidak ada. Semuanya adalah salah kerajaan dan kezaliman mahathir. Kami tidak diajak melihat kedalam diri sebaliknya diajar menuding jari. Jadi saya tidak hairan kalau orang2 PAS masih miskin, daif. Lihatlah. Modus operandi PAS masih belum berubah. Kehidupan pengikut PAS pun majoritinya masih ditakuk lama. Dan saya juga tidak hairan dengan persepsi PAS bahawa asalkan tengok orang kaya sahaja, mesti mengamalkan rasuah, atau ada orang dalam/kabel dalam Umno.

Persepsi yang saya dapat ketika masih kanak2 dan remaja yang giat mengikuti ceramah/aktiviti Pas ketika itu, ialah semua aktiviti PAS adalah aktiviti agama. Ceramah Pas adalah ceramah agama. Calon Pas adalah guru agama/pendakwah agama. Menyertai Pas adalah satu2nya cara mempertahankan agama. Dan Umno penentang agama. Tidak ada cara lain bagi orang Islam jika tidak menyertai Pas. Takut kafir. Takut tak masuk syurga (berbeza sedikit dengan pandangan Umno bahawa Pas adalah tiket ke syurga, kami percaya bahawa Pas bukan jaminan ke syurga tapi penyertaan dalam Pas itu membuktikan kami adalah orang Islam, yang tidak bersekongkol dengan munafik dan kafir, dan perjuangan jkami diredai Allah, sama hebatnya seperti jihad)

Dan satu lagi yang perlu saya beritahu, ialah indoktrinasi di kampung2, dalam ceramah agama, dalam khutbah jumaat, dalam kenduri-kendara dan aktiviti sekolah agama, ditambah dengan boikot terhadap tv tertentu, berita tertentu, akhbar tertentu, menyebabkan saya yang masih kecil waktu tu, menyangkakan kami tinggal di sebuah kampung di Malaysia, yang mana kami dijajahi oleh tentera dan polis zalim pimpinan mahathir dan umno. Hari pahlawan pada kami ialah ulangtahun memali.

Saya juga membesar membenci mahathir dan kerajaan, atas sebab yang saya sendiri tak pasti, tapi saya yakin kerajaan itu zalim, kalau tak, mesti hidup kami lebih senang, mesti hidup kami tak sesusah ini.

Alhamdulillah, sekarang saya dengar dari semua pihak. Saya tak nafikan ada info yang salah dari pihak Umno juga, tapi sekarang saya tahu siapa yang menyeleweng. Siapa yang berbohong. Siapa pembohong besar. Sia-sia rasanya kehidupan waktu kecil saya dihabiskan dengan membenci Mahathir, rasa berdosa saya pada beliau, saya doakan kebahagiaan buat beliau. Moga Allah berikan kemanisan untuk beliau dan isteri menjalankan ibadah khusus pula.

Video Eksklusif kebenaran tentang memali


VIDEO EKSKLUSIF YANG BELUM PERNAH DITONTON OLEH RAKYAT MALAYSIA!

Video di bawah sekaligus telah memalukan parti PAS yang selama ini berbohong tentang isu besar yang pernah berlaku di negara ini.

Video eksklusif ini belum pernah tersiar. Tujuannya ialah untuk menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.

Seperti yang kita tahu, pemimpin pembangkang telah meracuni minda rakyat dengan memperlekeh-lekehkan anggota keselamatan. Yang terbaru ialah tindakan mereka yang menghina anggota keselamatan yang berjuang di Sabah.

Di antara isu di dalam video PART 1 ini:

1. Menjadikan wanita & kanak2 sebagai perisai bahagian hadapan (menyonsang dari prinsip peperangan dalam islam, sepatutnya lelaki di hadapan)

2. Jelas dalam video polis bertindak tenang untuk menyuraikan org kampung, tapi mereka yg mula bertindak aggresif.

3. Kita akan lihat suasana di dalam madrasah Ibrahim Libya yang penuh dengan pengaruh PAS, Syiah di Iran & Muammar Ghadafi dari Libya.

4. Manakala AMANAT HAJI HADI MENJADI SUMBER RUJUKAN PERJUANGAN MEREKA yang turut memecahbelahkan umat Islam dengan sembahyang dua imam dan sebagainya.

5. Yang paling menariknya ialah temubual dengan bapa Ibrahim Libya: Bapanya sangat kecewa kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yg berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi.
Video eksklusif Tragedi Berdarah Memali

Dan segala yang berlaku adalah yang benar-benar berlaku, bukannya seperti rekaan oleh PAS kerana kandungan 'Kertas Putih' telah dibentang & disahkan di Parlimen dengan kehadiran wakil PAS & pembangkang sendiri.

Anda lihat juga 'KERTAS PUTIH MEMALI' http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf 

Dan sehingga ke hari ini, parti PAS masih tidak dapat menjawab persoalan rakyat tentang Tabung Memali. Berapa dan kemanakah perginya tabung tersebut?

MiM percaya rakyat sedar dengan propaganda dan permainan politik kotor pakatan pembangkang selama ini. Dan PRU13 adalah masa yang terbaik untuk menolak pakatan pembangkang.

Kita nantikan video eksklusif Part 2 tidak lama lagi.


VIDEO EKSKLUSIF (PART II) YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA!

Sebelum ini MiM telah menyiarkan satu video eksklusif yang belum pernah disiarkan kepada umum.

Dan seperti yang dijanjikan, di bawah adalah video bahagian II.

Tujuannya ialah untuk menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.

Seperti yang kita tahu, pemimpin pembangkang telah meracuni minda rakyat dengan memperlekeh-lekehkan anggota keselamatan. Yang terbaru ialah tindakan mereka yang menghina anggota keselamatan kita yang berjuang di Sabah.

Anda saksikan video terbaru bahagian II :


Video : Bukti pembohongan pemimpin PAS dan pembangkang
Untuk video bahagian 1 : KLIK SINI

Yang lebih memalukan dan menjatuhkan maruah parti PAS ialah apabila Zainon Ismail yang juga dikenali sebagai CN Al-Afghani telah mendedahkan penganiayaan terhadap balu Memali yang diarahkan membayar sejumlah kos guaman pada tahun 2007, sedangkan kutipan dana daripada orang awam sudah lebih daripada mencukupi.
Selain itu, Zainon juga mempersoalkan 'kehilangan' wang berjumlah RM30 ribu hasil jualan mesin jahit kepunyaan bengkel jahit Memali. 
Zainon yang juga bekas aktivis tegar dan ahli seumur hidup PAS sebelum ini telah beberapa kali mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit. 
Namun desakannya tidak diendahkan sebaliknya beliau dipecat daripada PAS dan buku tulisannya diharamkan oleh PAS. 
Zainon adalah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali.seterusnya
Sungguh memalukan!

Lihat juga keterangan di dalam video di bawah :


p/s : Betulkah akan keluar video puak-puak DAP yang melonjak menjerit menimbulkan ketegangan sesama rakyat Malaysia hingga berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969?

Episode 3 - Video Anwar Ibrahim Terkam & Sodom Mahsiswa 19 tahun


Episode 3 - Video Anwar Ibrahim Terkam & Sodom Mahsiswa 19 tahun

SATURDAY, MARCH 30, 2013

 


Bisu dan terus membisu itulah Anwar Bin Ibrahim ketua Umum Pakatan Pembangkang berhubung video yang didedahkan oleh Papa Gomo.

Sepanjang pendedahan oleh Papa Gomo mengenai video terbaru Anwar Ibrahim ini Gomo memerhatikan gelagat para penyokong Anwar Ibrahim yang beriya iya mempertahankan Anwar Ibrahim ketua mereka dengan bermacam macam alasan dan jawapan paling sadis pada Gomos etakat hari ini adalah jawapan dari mulut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli yang menyatakan Anwar Ibrahim seorang yang peramah.

Gomo boleh terima jawapan dari Rafizi yang Anwar Ibrahim ini seorang yang peramah namun Gomo musykil bagaimana seorang yang berjawatan tinggi dalam parti iaitu Ketua Umum Pakatan Pembangkang dengan gelaran Dato Sri begitu peramah dengan seorang lelaki berpewatakan lembut duduk berdua duaan didalam sebuah bilik hotel dengan membahasakan diri sebagai "I" dan memanggil remaja tersebut sebagai "U".

Sehingga ke hari ini juga Anwar Ibrahim terus berdiam diri dalam isu ini walaupun asakkan dari rakyat Malaysia mahukan jawapan dari beliau untuk menjelaskan siapa remaja lelaki yang bersama beliau didalam bilik hotel. Malah rakyat juga ingin tahu atas kapasiti apa remaja lelaki tersebut berjumpa Dato Sri Anwar Ibrahim secara berdua didalam bilik hotel?

Apakah remaja lelaki tersebut yang merupakan seorang Mahasiswa berdua duaan dengan Anwar Ibrahim kerana mahu meminta bantuan Biasiswa? Ataupun Mahasiswa tersebut berjumpa Anwar Ibrahim untuk berbincang tentang PTPTN? Segala persoalan ini tidak dijawap oleh Dato Sri Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini.

Sepertimana yang Gomo maklumkan sebelum ini Remaja lelaki berumur 19 tahun itu sudahpun Gomo temui pada bulan Febuari yang lalu dan mahasiswa tersebut mengakui LIWAT antara beliau dan Dato Sri Anwar Ibrahim adalah faktor suka sama suka yang mana pada tarikh tersebut mahasiswa itu diliwat pertama kali dalam sejarah hidup beliau.

Segala kronologi mengenai kejadian Anwar Ibrahim meliwat mahasiswa ini telah pun Gomo jelaskan sedikit sebanyak melalui artikel artikel terdahulu:

RM 100 Juta - Demi Agama Bangsa Dan Negara Perilaku Anwar Ibrahim Didedahkan



EKSKLUSIF - Modus Operandi Anwar Ibrahim Meliwat Mahasiswa Didedahkan



Anwar Ibrahim Seorang Yang Peramah - Rafizi Ramli



Episode 2 - Video Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa 19 Tahun



Paling jelas apa yang Gomo nyatakan adalah melalui surat terbuka buat isteri Dato Sri Anwar Ibrahim:

Eksklusif - Surat Buat Datin Sri Dr Wan Azizah Isteri Anwar Ibrahim



Segala pendedahan yang dilakukan Papa Gomo masih lagi belum dijawap oleh Anwar Ibrahim malah Wan Azizah, Nurul Izzah serta suami Nurul Izzah Raja Shahrir juga tidak menafikan akan kenderaanKia Spectra yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk keluar menjalankan kerja jijik beliau.

Rakyat perlu sedar mengenai pekara ini, isu yang Gomo tampilkan disini adalah tindakan Anwar Ibrahim yang duduk berdua duaan dengan remaja lelaki lembut didalam bilik hotel . Rakaman video yang Gomo pamerkan adalah JELAS dan ianya juga berwarna serta mempunyai Audio yang jelas untuk paparan rakyat menilai jenis macam apakah seseorang pemimpin itu boleh duduk berdua duaan dengan lelaki lembut didalam bilik hotel?

Gomo nak nyatakan disini kepada semua bahawa Gomo bukan MENFITNAH Dato Sri Anwar Ibrahim kerana apa yang ada pada Gomo malah pengakuan mangsa liwat adalah merupakan satu keterangan yang tidak boleh disangkal oleh Anwar Ibrahim. Gomo sendiri masih lagi menunggu tindakan Anwar Ibrahim untuk membuat Laporan Polis mengenai video yang Gomo paparkan ini kerana jika laporan Polis dibuat oleh Anwar Ibrahim pastinya siasatan akan dijalankan dan segala galanya akan terdedah.

Untuk artikel kali ini Gomo tayangkan video dibawah ini untuk rakyat Malaysia menilai siapa manusia bernama Anwar Bin Ibrahim yang sekarang ini sedang bercita cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Lihat sendiri dan renungkan sendiri video dibawah ini:




Babak terakhir didalam video ini Dato Sri Anwar Ibrahim MENERKAM remaja lelaki berumur 19 tahun itu. TERKAMAN yang datang secara tiba tiba dan disinilah yang menariknya kerana rakaman melalui TALIFON Bimbit remaja lelaki itu masih lagi terpasang dan memaparkan adengan yang begitu JIJIK untuk dijadikan Anwar Ibrahim sebagai contoh pemimpin rakyat Malaysia.

Berbalik kenyataan Rafizi Ramli yang menyatakan Anwar Ibrahim seorang yang PERAMAH, Gomo juga ingin bertanya kepada Rafizi Ramli apakah Rafizi Ramli sendiri pernah diterkam oleh Dato Sri Anwar Ibrahim?

Kesalahan Rafizi Ramli Jambu Anwar Ibrahim dalam mempertahankan Video ini :

"Saman terhadap Papa Gomo adalah keseluruhan, kita (orang Islam), ayat Quran cukup jelas, apabila sesuatu berita itu dibawa oleh orang yang fasikh, KITA PERLU TOLAK BERITA itu," - Rafizi Ramli PKR

Rafizi Ramli cuba bermain dengan hadis Al Quran sedangkan beliau sendiri begitu FASIK apabila tidak memeriksa dengan tuan punya badan Dato Sri Anwar Ibrahim dengan apa yang Papa Gomo dedahkan. Malah beliau telah memutarbelitkan surah Al Quran walhalkan dalam hadis:

[Al Hujuraat:6]
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka PERIKSALAH DENGAN TELITI agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” 



Rakyat tidak bodoh terutamanya rakyat Malaysia yang bukan pengikut LGBT Seks sesama Jenis. Dan Gomo yakin serta pasti paparan video yang Gomo tayangkan ini memberikan banyak bukti jelas bahawa Anwar Ibrahim seorang pengamal HOMOSEKSUAL. Periksalah dengan hati dan minda yang terbuka dalam isu ini dan Gomo harap anda semua mampu berfikir secara waras.

Kepada mereka yang mendesak Papa Gomo untuk menayangkan video selanjutnya yang mana aksi Anwar Ibrahim selepas menerkam remaja lelaki tersebut. Gomo minta anda semua bersabar kerana ianya akan dibongkarkan tidak lama lagi.

Rakyat seharusnya meminta Anwar Ibrahim untuk menjawap segala persoalan berikut:

1) Siapa Remaja Lelaki yang bersama Dato Sri?
2) Dimana Dato Sri Anwar Ibrahim pada 6/2/2012?
3) Apakah Dato Sri kenal mahasiswa tersebut?
4) Benarkan Menantu Dato Sri menggunakan kenderaan Kia Spectra?
5) Apakah benar Dato Sri seorang yang peramah?
6) MENGAPA DATO SRI ANWAR IBRAHIM TERKAM REMAJA LELAKI ITU?
7).... Terpulang pada anda untuk bertanyakan kepada Anwar Ibrahim mengenai kejadian ini.

Akhir kata dari Papa Gomo untuk seluruh rakyat Malaysia.

"Jangan gadaikan negara Malaysia ini kepada manusia yang sudah jelas dan terang seorang pengamal HOMOSEKSUAL. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin apatahlagi menjadi Perdana Menteri Malaysia"




Gomo sudah beri peringatan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim untuk berundur dan nampaknya beliau enggan barangkali tersepit dengan situasi yang ada waktu ini. Didalam rumah Anwar Ibrahim beliau bergaduh suami isteri dengan Wan Azizah kerana menggunakan menantunya sebagai ALIBI dalam meliwat anak anak muda. Gaduh lah macam mana sekalipun yang pasti rakyat Malaysia tidak mahukan pemimpin jijik seperti Anwar Ibrahim.

Psssttt... Tunggu Bubar kita kasi keluar semua bahan khas untuk Anwar Ibrahim jika beliau masih enggan berundur.

30 polis dan JPJ tahan treler PAS


30 polis dan JPJ tahan treler PAS

Muhammad Faizal,28 Mac 2013
(Polis dan JPJ menahan treler PAS)

IPOH: Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkua
Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.

Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Program yang pada awalnya dilakukan di Seksyen 18 terpaksa diubah ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.

Pemindahan lokasi terpaksa diubah apabila pihak penganjur mengatakan terdapat ramai anggota FRU dan polis berada di kawasan berkenaan.