Friday, January 6, 2012

UMNO

'Guna zakat bayar kos guaman tak canggah syarak'
Malaysikini 06-01-2012
Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dr Muhammad Yamin Ismail hari ini berkata jika sekalipun wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman, ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Katanya, ia berdasarkan keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bil 2/2009 yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 3 September 2009 yang memperakukan Anggaran Belanjawan MAIWP 2010 termasuk penggunaan wang zakat bagi maksud bayaran khidmat guaman.

"Walau bagaimanapun, pengurusan MAIWP amat berhati-hati dalam penggunaan wang zakat sekalipun terdapat keputusan berkenaan," kata Dr Muhammad Yamin dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat MAIWP untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain.

Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan qazaf oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan jumlah tersebut telah dikembalikan selepas MAIWP menerima geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan.

Berikut adalah penjelasan penuh Dr Muhammad Yamin berhubung isu penggunaan wang zakat:

Adalah dimaklumkan bahawa laporan media cetak Harakah dan Suara Keadilan serta media online pro pembangkang adalah tidak tepat dan secara terang-terangan bermotifkan politik.

Isu ini telah mengheret MAIWP sebagai sebuah institusi agama yang dinaungi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke dalam kencah perbalahan politik yang tidak memberi sebarang manfaat kepada umat Islam.

Dengan ini MAIWP ingin sekali lagi menegaskan bahawa:

a. Pembayaran kos guaman tersebut adalah menggunakan peruntukan geran tahunan kerajaan sebagaimana yang telah dijelaskan dalam laporan pemerhatian Jabatan Audit Negara.

b. YB Menteri selaku pengerusi MAIWP yang merupakan responden dalam tindakan guaman berkenaan tidak terlibat dalam proses pembayaran kos guaman tersebut, bahkan pembayaran tersebut dilakukan berdasarkan Prosedur Kewangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. MAIWP juga telah menerima sijil bersih tanpa teguran terhadap penyata kewangan daripada Jabatan Audit Negara.

c. Jika sekalipun wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman, ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak. Ini berdasarkan keputusan mesyuarat khas jawatankuasa perundingan hukum syarak wilayah persekutuan bil 2/2009 yang dipengerusikan oleh Shahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan pada 3 September 2009 yang memperakukan Anggaran Belanjawan MAIWP 2010 termasuk penggunaan wang zakat bagi maksud bayaran khidmat guaman.

Walau bagaimanapun, pengurusan MAIWP amat berhati-hati dalam penggunaan wang zakat sekalipun terdapat keputusan berkenaan.

d. Isu penggunaan wang zakat tersebut tidak dibangkitkan dalam Laporan Audit Negara 2010 sepertimana yang dijelaskan melalui kenyataan media Jabatan Audit Negara yang disiarkan di halangan 3, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 Januari 2012.

Ini menunjukkan bahawa laporan akhbar Harakah daripada Jun 2011 hingga Januari 2012 adalah amat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat serta tidak beretika sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap MAIWP dan mencetuskan kekeliruan serta menjejaskan keyakinan terhadap kredibiliti MAIWP.

Dengan ini, MAIWP mengharapkan agar penjelasan ini dapat meleraikan segala kekeliruan di kalangan masyarakat dan tidak terus dipolitikkan.

Hassan Ali

BENARKAH HASSAN ALI BANYAK HUTANG, SEBAB ITU CARI PASAL DENGAN PAS

Posted on
Jumaat, 6 Januari 2012
by MymassaVoice
 
 
kes hasan ali ini bukan ganjil
hasan ali memiliki masalah hutang di bankini diketahui umum
hutang dibank ini menjadikan hasan ali terperangkap
ini samalah macam kes zul nordin tipu cap mohor spr
untuk selamtkan diri hasan ali menjual islam
islam ini hanya topeng untuk menutup hutang dibank
sekarang ini hasan ali jual islam lebih islam dari islam

ini samalah macam madey nak angkat sumpah
ini samalah macam obama nak buat umrah
ini samalah macam najib bersumpah tak pernah entot altantuya
kembali pada malam kemenangan 8 march 2008 dulu
hasan ali cuba buat deal dengan toyo
untuk tubuh kerajaan campuran di selangor
hasan ali bercita nak jadi menteri besar
cita nak jadi mb ini bukan satu jenayah
kalau jadi meneri besar boleh dapat banyak projek
dapat banyak projek boleh bayar hutang
ini dalam kepala hasan ali..
rancangan gerombolan cukup senang
pecahkah pakatan rakyat
keluarkan pas dari pakatan
ini kerana pas adalah satu satunya parti politik massa
gerombolan telah merancang:
mula mula ajak pas masuk barisan
bila gagal maka dimunculkan hasan ali dan nasa
inilah peranan hasan ali
ini lah peranan nasa
mereka akan bikin kacau dalam pas
kalau dalam pas terggangu
makan tempiasnya akan menggangu pakatan rakyat
strateji gerombolan cukup senang
sebelum pru13 ini jika pas pecah
sebelum pru13 ini jika pakatan pecah
maka gerombolan akan terus berkuasa
apa yang dilakuan oleh hasan ali dan nasa
ialah bikin kacau dalam pas
ini bukan tuduhan tukar tiub
ini kata kata mustapha setia usaha pas sendiri
mustapha ini pada satu ketiak dulu
masuk juga dalam tim yang hendak menubuhkan
kerajaan perpaduan
hari ini mungkin telah sedar
malaon macam hasan ali dan nasa
ada dimana-mana
kalau di pejabat dia kaki bodek boss
kalau dalam dalam kilang dia kaki bodek tuan empunya kilang
kalau dalam askar dia tukang gosok kasut sarjan
tugas kita hanya satu
humbankan gerombolan!…TT

Thursday, January 5, 2012

PKR

Malaysiakini muncul pemenang, kata Sarawak Report
Walaupun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menarik balik saman fitnah terhadap Malaysiakini semalam, tetapi pengkritiknya, Sarawak Report mendakwa reputasi ahli politik veteran itu telahpun tercalar.

Peraturan pertama dalam kes saman fitnah, tegas Sarawak Report, ialah ia menarik perhatian kepada pengadu.

Tambahnya, dalam keadaan sedemikian, Taib bertekad untuk bertindak terhadap Malaysiakini yang telah membawa satu fakta ke perhatian dunia - bahawa negeri itu mempunyai "hutan hujan tertua di dunia" dan ianya semakin pupus.

Portal anti-Taib itu mendakwa, ketua menteri memfailkan saman tersebut kerana BN tidak biasa dengan sebuah media yang tidak melaporkan apa yang dikehendaki oleh parti pemerintah.

NONE"Mereka telah lama mewujudkan satu monopoli korup ke atas akhbar dan penyiar di Malaysia dan mereka fikir ia akan berakhir di situ," katanya sambil menambah bahawa capaian internet, telah membantu menjatuhkan rejim-rejim zalim di Timur Tengah tahun lalu.

"Apabila dia menyedari kesilapannya itu, cerita tersebut sudahpun menjadi begitu besar dan semua itu adalah kerana tindakan mahkamahnya sendiri," kata Sarawak Report.
Namun begitu, tambahnya, ketua menteri itu jelas mengharapkan yang dia boleh terlepas daripada isu tersebut, kerana mempunyai kuasa dan kekayaan.

Dakwa portal itu lagi, memandangkan pengawalan BN ke atas mahkamah dan badan kehakiman, Taib berharap dia dapat mencapai satu keputusan yang boleh menyebabkan Malaysiakini tutup kedai.

Menurut Sarawak Report lagi, dunia dapat melihat profesionalisme Malaysiakini dan laporan yang tepat di talian berdasarkan kepada maklumat konkrit yang disediakan oleh pihak berkuasa percukaian di Jepun.

Malaysiakini tidak perlu bayar sesen pun

Dengan perbicaraan dijadualkan bermula menjelang pilihan raya persekutuan, Sarawak Report mendakwa ia adalah jelas bahawa Taib terpaksa menyelesainya, tidak kira apa cara sekalipun.

"Reputasinya tidak mampu berdepan dengan serangan seumpama itu, begitu juga dengan BN.

"Penyelesaian di luar mahkamah hari ini merupakan satu keaiban terhadap Taib. Malaysiakini tak perlu bayar sesen pun. Satu kesilapan yang besar, kesemuanya disebabkan oleh rasa marah," dakwa Sarawak Report.
Menurutnya lagi, ianya jelas kepada seluruh dunia bahawa Taib memikirkan tentang berdepan dengan persoalan seumpama itu di mahkamah terbuka dan membuat keputusan yang bijak bahawa lebih baik jangan berbuat demikian.
NONEKatanya, Taib (kiri) telah mencuba berbulan-bulan lamanya untuk
mendapatkan penyelesaian tetapi Malaysiakini enggan berganjak - walaupun wartawannya yang menulis berita itu telah meninggal dunia dan keputusan pihak berkuasa percukaian Jepun untuk menggugurkan pendakwaan terhadap dakwaan sogokan tersebut.

Menurut Sarawak Report lagi, Malaysiakini telah menolak tawaran asal Taib untuk menggugurkan kes itu jika mereka membayar kos perundangannya.

Mereka juga, tambahnya,  menolak tawaran semulanya untuk menarik diri jika mereka hanya membayar beberapa ribu ringgit, supaya dia boleh mengatakan bahawa mereka terpaksa membayar gantirugi.

Jadi, dakwa Sarawak Report,  Taib datang balik untuk meminta Malaysiakini memohon maaf dan sebagai balasannya, dia akan menggugurkan saman fitnahnya itu.

"Sesuatu permohonan maaf, terutamanya qualified apology yang berdasarkan perubahan dalam pendekatan pendakwaraya Jepun, tidak membabitkan apa-apa kos ke atas mereka! Taib telah hilang dendamnya... dan begitu juga reputasinya."

Nik Aziz Nik Mat

Hasan Ali cadang Nik Aziz, Hadi ganti Anwar jadi PM
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

husan ali pc 050112 01Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.

Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.

“Untuk jadi pemimpin track record mesti bagus, track record kita khidmat dengan kerajaan, swasta, di peringkat antarabangsa dan organisasi perlu diambil kira.

Track record perlu tengok ini. Kita juga tengok perkelilingan kita, keluarga kita mesti bagus, isteri kita mesti bagus, anak kita mesti bagus jangan ada dadah.

“Sebab kita nak jadi pemimpin dan pemimpin ini neraca atau cermin kepada rakyat kita pimpin," katanya.
Justeru, katanya atas sebab itu, baginya orang yang paling layak memimpin negara ini dan yang terbaik sepanjang pengetahuannya adalah Nik Aziz.
nik aziz hugging hadi awang 230708“Yang paling cantik untuk pimpin Malaysia ini, saya nak namakan orang itu, bagi saya beliau adalah Datuk Nik Aziz.

“Kalau umur jadi halangan, Datuk Seri Hadi Awang pada saya," katanya.
Hasan juga menemplak mereka yang mempertikaikan mengapa pemimpin kanan PAS itu tidak boleh menjadi perdana menteri.
“Apa Hadi awang tak boleh?

Adakah kerana dia tak dididik di England, di Oxford atau Cambridge tidak boleh jadi PM.

“Adakah kerana beliau pakai jubah atau serban dia tak boleh jadi PM?" soalnya pula.
Hasan berkata, kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara hidup, latar keluarga dan rekod prestasi serta pengalaman mereka berurusan dengan rakyat yang cemerlang.

“Tengok kehidupan, keluarganya, pengalaman mengurusnya, pengalaman tadbir manusianya saya rasa kalau saya ada cadangan atau ada kuasa kemukakan cadangan itu saya cadang dua orang inilah yang saya akan paparkan sebagai pemimpin yang boleh didaikan PM Malaysia," katanya lagi.

Wednesday, January 4, 2012

Anwar kena hentam dengan Bekas Ahli PKR

Kenapa Anwar tidak berani ulas kenyataan Raja Petra?



PENGENDALI portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin sejak tahun lalu sudah menampakkan bibit-bibit 'berpaling tadah' dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam wawancara dengan beberapa akhbar arus perdana yang disiarkan Ahad lalu, Raja Petra tanpa sayang mulut telah menghentam peribadi Anwar.

Beliau mendedahkan pembohongan Anwar tidak mengenali Datuk Shazryl Eskay Abdullah, kenapa Kempen Bebas Anwar 901 tidak akan mendapat sambutan dan mengapa Anwar tidak sesuai menjadi calon Perdana Menteri.

Setakat hari ini, Anwar cuba mengawal diri dengan mengelak daripada memberi reaksi mengenai kritikan Raja Petra.

Semalam, ketika diminta mengulas segala kenyataan dan serangan Raja Petra ke atasnya Anwar berkata "Saya mengenalinya lama dan beliau tidak pernah menyebutnya. Beliau mulai aktif sejak di penjara. Saya berterima kasih padanya kerana banyak membantu.

"Tetapi beliau tidak bersedia ke penjara dan akhirnya melarikan diri ke London. Setakat itu sahaja saya nak kata." Tajam maksud Anwar itu.

Tetapi Anwar lupa tentang perjuangan Raja Petra yang menjadi ahli terawal Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat) yang ditubuhkan sebagai tindak balas penangkapannya pada 1998.

Raja Petra pernah dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kali pertama pada 11 April 2001, apabila Raja Petra dan 10 ahli aktivis pembangkang ditahan di bawah ISA selama 52 hari kerana dituduh bersubahat ingin menjatuhkan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad pada ketika itu. Kali kedua ditahan mengikut ISA pada 12 September 2008.

Apa pun yang jelas, Anwar tidak akan berani mengulas kenyataan Raja Petra, samalah juga beliau tidak berani membalas kenyataan daripada Nalla Karuppan, Ezam Mohd Nor, Eskay, Umi Hafilda, Zulkilli Nordin, Zaharin dan ramai lagi yang pernah rapat dengannya.

Mereka ini lebih kenal 'luar dan dalam' siapa Anwar berbanding penyokong-penyokong setia serta pelajar-pelajar universiti yang hanya kenal Anwar dari jauh serta mudah diperbodohkan.

Tetapi yang lebih menarik perhatian kita ialah semakin ramai kawan rapat Anwar muncul untuk menentang beliau kembali.

Kita dapat rasakan seperti ada sesuatu yang tersirat. Tak mungkin rakan rapat Anwar tiba-tiba berpaling tadah. Kalau pengakuan Raja Petra diragui, tak mungkin perkara sama juga kepada rakan Anwar yang menjadi antara pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad?

Mungkin solat hajat penyokong Anwar yang memohon diberi petunjuk, kini satu demi satu ditunjukkan-Nya. Makin ramai penyokong tegar Anwar keluar senyap-senyap atau tampil mendedahkan siapa Anwar yang sebenarnya. Kini terserah kepada rakyat untuk membuat penilaian, yang penting fikir tentang kelangsungan masa depan politik tanah air.

Ramai anggap Raja Petra dipercayai mengetahui banyak rahsia dan penglibatan Anwar dalam memburuk-burukkan kerajaan. Dan kini beliau sudah tidak sanggup lagi menjadi tali barut Anwar dan menyebarkan fitnah terhadap pemimpin negara.

Berbanding dengan bekas pemimpin PKR dan rakan rapat Anwar, pemimpin Pas nampaknya masih tetap mahu menjadi pencuci dosa Anwar semata-mata kerana kepentingan politik.



______________________________________________________________



Raja Petra: Irama masih sama, saya tak buat ‘U-turn’
WARTAWAN SINAR HARIAN
January 5, 2012
Raja Petra: Irama masih sama, saya tak buat ‘U-turn’
SHAH ALAM - Raja Petra Kamarudin menegaskan kritikannya ke atas kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini bukan perkara baru walaupun ada yang mendakwa beliau telah membuat pusingan 'U' seolah-olah sudah tidak lagi memihak kepada matlamat perjuangan perikatan empat tahun itu.

Tegas pengendali blog Malaysia Today ini, ada yang mendakwa beliau seolah-olah kelihatan sudah membuat pusingan 'U' hanya kerana kini "lebih kritikal terhadap pembangkang" khususnya PKR dan kepimpinannya termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu katanya, sekarang merupakan masa yang sesuai bagi beliau meluahkan pendirian sedemikian, bukannya menunggu sehingga berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-13, yang sangat diharapkan oleh PR untuk menggantikan Barisan Nasional di peringkat pusat.

Raja Petra melahirkan pendirian terbaru ini menjawab kritikan dan kecaman beberapa pihak ekoran wawancara beliau bersama tiga akhbar arus perdana, Ahad lalu.

Bagaimanapun pandangan beliau itu berhadapan dengan kecaman banyak pihak khususnya pengikut dan penyokong setia Anwar.

"Mereka juga hendak tahu mengapa saya memilih untuk bercakap dengan media arus perdana (milik parti pemerintah) berbanding media (pro) pembangkang. Dan, mengapa pula sekarang? Mereka bertanya. Mengapa tidak kemudian, selepas pilihan raya?

"Mengapa tidak sekarang? Jika bukan sekarang, maka bila? Anda mahu saya menunggu sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dan Barisan Nasioanl menang satu lagi mandat lima tahun untuk memerintah negara ini?" kata beliau dalam entri terbaru blognya hari ini.

"Bukankah sudah terlalu lewat (jika memberi kenyataan keras kemudian)," katanya sambil menambah, beliau sebenarnya telah mengkritik barisan pembangkang sejak 10 tahun lalu, bukan Anwar seorang sahaja.
"Sejak lebih 10 tahun saya mengkritik pembangkang khususnya PKR, meskipun DAP dan Pas tidak terkecuali.

"Saya juga mengkritik ramai pemimpin pembangkang, bukan sahaja Anwar Ibrahim," katanya lagi.

Dalam wawancaranya yang disiarkan Ahad lalu, Raja Petra membuat kejutan dengan mengkritik Anwar, Ketua Pembangkang, sebagai bukan lagi pilihan rakyat Malaysia, antaranya kerana mempunyai isu moral.

Raja Petra dilaporkan berkata, Ketua Umum PKR itu juga tidak mampu menjadi penasihat ekonomi Selangor, apatah lagi untuk mentadbir negara.

Antara lain, Raja Petra mendakwa Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah yang terlibat mempertontonkan video seks pelakunya kelihatan seperti Anwar.

Raja Petra berkata, hanya PKR memerlukan Anwar sedangkan DAP dan Pas tidak akan mengharapkan pemimpin itu lagi sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan  datang.

"Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.

"Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi perdana menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh," kata Raja Petra lagi.

Dalam ulasannya baru-baru ini, Anwar mengetepikan kritikan terhadapnya oleh Raja Petra. Sebaliknya, Anwar mempersoalkan masa kenyataan itu dibuat, yang didakwa menjelang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

“Saya selalu tidak komen serangan begini... sama ada ada pilihan raya negeri Sarawak atau pilihan raya 2008 akan muncul orang dengan alasan mereka.

“Saya berkawan dengan dia dah lama. Tak pernah pula dia sebut ini pertama kali saya dengar," kata Anwar yang mendedahkan beliau sudah lebih enam bulan tidak berhubung dengan Raja Petra.

Kata Raja Petra, blog-blog, portal berita dan laman web propembangkang menggambarkan satu senario kononnya beliau membuat kecaman dan kritikan secara tiba-tiba, "seolah-olah pada masa lalu saya tidak pernah mengatakan apa yang saya katakan pada hari tahun baru (yang lalu)."

"Saya mengatakan apa yang telah dikatakan baru-baru ini lebih 10 tahun. Saya mengatakan perkara ini menerusi laman web  Free Anwar Campaign, organ parti Pas Harakah dan juga organ PKR Berita Keadilan.

"Saya tidak pernah menukar irama saya. Saya masih mendendangkan irama lama yang sudah penat. Hanya kali ini saya berkata kepada New Straits Times dan di mana akhbar-akhbar arus perdana yang lain petik," katanya lagi.

"Saya fikir isunya masih saya," kata Raja Petra yang berada di luar sejak 2009.

Kata beliau, isunya sekarang ialah beliau hanya wajar bercakap dengan media dan blog propembangkang, dan bukannya kepada media kerajaan.

Bagaimanapun tegas Raja Petra, selama 10 tahun beliau telah menyerit dalam media dan blog propembangkang.

"(Tetapi) adakah apa-apa dilakukan berhubung apa yang telah saya bangkitkan?" katanya yang terkilan dengan tiada perubahan yang diharapkan selama ini.

Sebaliknya jelas beliau, sebaik sahaja beliau bercakap dengan media kerajaan, "gempa bumi tercetus."

Perhimpunan 901 bebaskan Anwar

PKR mahu teruskan kempen 'Bebaskan Anwar 901'

Malaysiakini

PKR tetap ingin meneruskan demonstrasi Kempen "Bebaskan Anwar 901" walaupun permit tidak dipohon untuk menganjurkan kempen itu.

"Memang kita tidak berhasrat untuk memohon permit kerana kita tahu permit untuk penganjuran ini tidak akan dikeluarkan (oleh polis) seperti mana yang berlaku," kata Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie.
  
NONEPerhimpunan yang dirancang Isnin ini bertujuan menuntut keadilan bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual memberi penghakiman berhubung kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu pada hari tersebut.
  
Ditanya mengenai 336 laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pihak di seluruh negara sehingga semalam bagi mendesak agar kempen itu dihentikan, Shuhaimi berkata PKR tidak akan tunduk atas desakan itu.
  
Katanya, selain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beberapa lokasi di sekitar ibu negara juga akan dijadikan tempat untuk mengadakan kempen itu namun lokasinya masih belum diputuskan.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang didakwa berbaur hasutan mengajak rakyat hadir di demonstrasi kempen "Bebaskan Anwar 901" yang dirancang di Kuala Lumpur Isnin ini.
  
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibunegara, menggesa polis menyiasat kenyataan Azmin dalam satu laman portal tempatan yang didakwa menghasut rakyat berhimpun dan menyertai kempen "Bebaskan Anwar 901" di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  
Azmin dilaporkan berkata pakatan pembangkang bersetuju untuk menggerak dan mengumpulkan penyokong mereka berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari berkenaan. Polis telah mengeluarkan arahan keras tidak membenarkan perhimpunan tersebut diadakan.
  
Syed Hassan berkata tindakan Azmin itu boleh mengancam keselamatan negara serta menimbulkan kekacauan Isnin ini.
  
Ditanya sama ada Perkasa akan mengadakan demonstrasi balas, Syed Hassan berkata Perkasa akan menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menanganinya tanpa masuk campur dan berdemonstrasi pada hari tersebut.

"Kita tidak akan mengadakan perhimpunan balas tetapi kita akan mengadakan solat sunat hajat sebelum solat Asar 8 Jan di Masjid Wilayah Jalan Duta dan dijangkakan 500 orang turut serta," katanya.
  
Perkasa sebelum ini telah membuat kira-kira 30 laporan polis di seluruh negara berhubung demonstrasi "Bebaskan Anwar 901".


Tambahnya, lagipun mahkamah belum lagi memutuskan Anwar bersalah.
“Kalau mahkamah putuskan dia bersalah, memang tak munasabah semuanya tu.
“Yalah, di dunia ni kita boleh cipta macam-macam perkara, tetapi akhirat nanti terimalah pembalasannya,” ujarnya lagi.
Beliau juga mendakwa, punca utama Umno dan BN bermusuh dengan bekas timbalan perdana menteri itu kerana Anwar kini melawan mereka.





___________________________________________________________________________________







Tegas terhadap peserta 901



AMARAN keras, peringatan dan 'nasihat' pasukan keselamatan kepada golongan yang gila mengadakan perhimpunan haram di jalanan nyata sekali umpama mencurah air ke daun keladi.

Bukan sahaja tiada kesan akibat ketaksuban golongan itu yang umpama dirasuk sehingga mengikut sahaja segala arahan 'penulis skrip', rakyat jelata juga semakin marah dengan sikap berlembut pihak berkuasa tanpa sebarang tindakan nyata dari sudut perundangan.

Negara ini mempunyai pasukan keselamatan dengan kelengkapan terkini, pasukan pendakwaraya terbaik, undang-undang yang jelas dan Perlembagaan yang utuh. Maka, di manakah silapnya perlakuan 'songsang' di jalanan ini masih berterusan dan tiada yang dikenakan tindakan sehinggakan mula merebak di kalangan mahasiswa semula?

Dari perhimpunan pertubuhan haram perkauman, parti politik menyorok di sebalik tuntutan pilihan raya, golongan mengamalkan seks songsang, warga Majlis Peguam sehinggakan pelajar universiti, tiada yang diambil tindakan nyata dan rakyat semakin hari semakin hilang kepercayaan kepada pihak-pihak diamanahkan jawatan yang mampu dan sepatutnya bertindak.

Bagi pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz, perkembangan mutakhir ini secara umumnya kerana keadaan masyarakat yang memberi lebih ruang untuk 'kebebasan'.

Menurut beliau, tindakan kerajaan kini juga umpama mahu melonggarkan lagi undang-undang melalui pindaan Seksyen 27 Akta Polis serta Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang darurat serta pengenalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

"Undang-undang membolehkan kita mengambil tindakan tetapi kerajaan sendiri seperti menyokong tindakan kumpulan tersebut apabila tidak mengambil tindakan tegas. Bukannya pendakwa raya tidak mahu mengambil tindakan tetapi mereka yang tidak menyokong demonstrasi jalanan hampir tiada cara lagi untuk bertindak dari sudut perundangan," katanya.

Tambahnya, Akta Ketenteraman Awam yang pernah dibangkitkan sebelum ini mungkin dapat digunakan tetapi malangnya ia tidak menjelaskan sejauh mana kuasa polis untuk bertindak dengan tegas dan berkesan.
Akta Ketenteraman Awam juga jelasnya, hanya meliputi kawasan yang ditetapkan Menteri Dalam Negeri sebagai kawasan berbahaya kepada ketenteraman awam dan lebih sesuai untuk menentang aktiviti komunis atau gengster di kawasan hitam.

Beliau mendakwa, polis kini tidak boleh membuat apa-apa kerana tiada lagi platform sesuai untuk melindungi tugas mereka dalam sistem perundangan negara yang semakin liberal.

"Sistem yang semakin liberal umpama kita terlalu memberi muka kepada pihak terbabit tetapi di negara luar juga ada peringkat-peringkat perubahan pendekatan perundangan serupa. Dahulu dunia banyak menggunakan cara konfrontasi, kini lebih kepada perbincangan dan toleransi sejajar dengan menjaga hak 'kebebasan'," jelasnya.

Shamrahayu berpendapat transformasi kepada sistem perundangan lebih liberal amat memerlukan pemahaman masyarakat umum dan kematangan orang awam yang akan turut serta secara aktif kelak.
"Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman merupakan contoh proses negara memahami kehendak rakyat dan mengimbangi perkembangan semasa.

Namun, bila Majlis Peguam sendiri bertindak ke jalan raya menunjukkan seolah-olah rakyat yang mahu cara terlalu liberal, mahu bebas sepenuhnya dan polis hanya boleh 'tunggu dan lihat'," ujarnya.

Tegas beliau, langkah 'cuba dahulu' dalam menetapkan sistem perundangan baru juga tidak sesuai dan berbahaya kerana perlu melihat kepada tahap pemahaman dan kematangan rakyat terlebih dahulu.
Selain itu, beliau juga tidak menyokong campur tangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menentukan sesuatu perhimpunan boleh diadakan atau tidak.

"Biarlah pasukan keselamatan menentukannya berdasarkan budi
bicara polis terhadap ancaman ketenteraman awam tanpa campur tangan parti politik.

"Perhimpunan haram yang dijangka akan diadakan pada 9 Januari ini, jika hanya demi kepentingan individu adalah tidak adil kepada rakyat tetapi jika KDN campur tangan, rakyat akan melihatnya sebagai polis bertindak di bawah arahan parti politik pula," tegasnya.

Bagaimanapun, Shamrahayu memahami walau setegas mana sekalipun polis bertindak dan menggunakan apa jua sudut perundangan, mungkin akan memakan diri hasil implikasi pembangkang cuba mengheret tindakan pasukan keselamatan ke sudut negatif.

Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Mohd. Jamil Mohd. Hassan pula menolak pandangan pihak polis telah hilang kuasa untuk bertindak akibat pemasuhan dan pindaan perundangan sedia ada.

"Polis bukannya hilang kuasa tetapi menunggu kelulusan undang-undang baru di Parlimen yang lebih selesa kepada semua pihak dan dapat menentang dakyah 'penjenayah-penjenayah yang sedang bermaharajalela' kerana kelemahan undang-undang sedia ada.

"Polis telah menguatkuasakan undang-undang sedia ada dengan cemerlang dan banyak kes dapat diselesaikan dengan pantas tetapi tindakan susulan perlu digalas dan dikendali pihak pendakwaan pula.
"Sesiapa pun tidak diberi keistimewaan tetapi memang tidak pernah berlaku ada orang berani berkumpul menentang undang-undang.

Perhimpunan haram umpama yang cuba diadakan pada 9 Januari ini tidak seimbang dengan sebuah negara demokratik tetapi malangnya masih ada rakyat tidak dapat berfikir secara mendalam," ujarnya.

Mohd. Jamil mempersoalkan tujuan demonstrasi tersebut dan meminta pihak yang mahu menyertainya berfikir sama ada tindakan mereka mampu mengubah keputusan di mahkamah.

"Keputusan mahkamah mengikut undang-undang sedia ada dan kita pun belum tahu apakah yang bakal diputuskan hakim. Dengan kedegilan untuk tetap menganjurkan perhimpunan haram itu menggambarkan pihak berkenaan merasakan dirinya rasa bersalah sebelum keputusan diumumkan lagi," katanya.

Walau apa pun cara dipilih pihak terbabit, beliau mewakili anggota Respa merayu pihak polis bertindak dengan penuh ketegasan kali ini.

Tegasnya, polis tidak terikat dalam mengambil tindakan dan tidak perlu memberi muka kepada sesiapa pun dalam melaksanakan peruntukan undang-undang kerana tidak mahu perkara sama berulang lagi.

"Menjadi tugas polis menjaga keharmonian dan ketenteraman awam, tapi kalau tidak bertegas, tidak tahulah. Selain itu, pihak pendakwaan juga perlu selaraskan tindakan dengan ketegasan serupa ke mahkamah," ujarnya.

Jika perbuatan melanggar undang-undang dan mengganggu ketenteraman awam terus dibiarkan tanpa hukuman, rakyat yang berkecuali akan berasa semakin kecewa terhadap mereka yang memegang amanah dan hak untuk bertindak.

Sememangnya sudah dijangka pihak terbabit sudah mempunyai skrip dan pelan sokongan jika pihak berkuasa cuba mematahkan taktik mereka. Namun, janganlah dibiarkan kumpulan minoriti pengacau terus membuat onar dan berlagak lebih dominan daripada majoriti yang memberi amanah dan kuasa kepada pemerintah dan pihak berkuasa.




_______________________________________________________________


Anwar bersedia untuk situasi terburuk

Utusan...      5/1/2012

AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 4 Januari 2012 melalui ruangan dalam negerinya memaparkan wawancara khas bersama Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengakui sudah bersedia untuk situasi terburuk.

Anwar berkata, beliau bersedia jika didapati bersalah di mahkamah dan pakatan pembangkang juga telah membuat persediaan, termasuk jika beliau dipenjarakan dengan pengumuman siapa penggantinya memimpin pakatan pembangkang.

“Kita telah bincangkan beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Jika saya dipenjarakan, pemimpin pakatan pembangkang yang lain akan umumkan siapa pemimpin mereka,” katanya.

Beliau menegaskan, pakatan pembangkang bukan dipimpin oleh satu parti, ia dipimpin secara bergabung dan polisi pakatan juga bukan ditentukan oleh satu parti tetapi perlu mendapat persetujuan dari PKR, DAP dan Pas.

“Ada sesetengah orang kata Anwar memimpin pakatan pembangkang, sebenarnya tidak. Kita adalah satu pasukan yang bekerjasama, apa-apa keputusan yang kita buat perlu mendapat persetujuan dari Lim Kit Siang dari DAP dan Hadi Awang dari Pas,” jelasnya.

Beliau berkata, PKR tidak akan bermasalah kerana beliau dipenjarakan kerana Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah dan Naib Presiden, Azmin Ali akan terus memimpin dan memperjuangkan parti.

“Tidak kira apa yang akan berlaku, tugas-tugas sepatutnya diteruskan. Perjalanan demokrasi dan perubahan undang-undang perlu diteruskan dan dimajukan. Saya percaya perubahan itu akan berlaku,” ujarnya.
Beliau juga terharu dengan sokongan dan semangat ahli keluarga, terutama sekali sokongan secara senyap isterinya, Wan Azizah.



______________________________________________________________


Perhimpunan 901 aman jika tiada provokasi

Harakah daily 05-01-2012
| Print |
Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Perhimpunan aman 901 pasti aman dan teratur jika orang-orang jahat tidak melakukan kekacauan dan provokasi, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Malah, beliau mengingatkan, jika berlaku sebarang kekacauan dan kekecohan dalam perhimpunan untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, pihak yang bertanggungjawab ialah pihak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri serta parti yang turut dipimpinnya, Umno.

"Seperti semua perhimpunan yang kita adakan sebelum ini, keadaan kucar-kacir dan huru-hara hanya terjadi apabila orang-orang tertentu yang berhati jahat melakukan kekacauan dan provokasi.

"Jika tidak diganggu oleh orang-orang jahat, buktikan walau satu pun perhimpunan atau ceramah Pakatan Rakyat (PR) yang mengakibat keadaan kucar-kacir dan huru-hara," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika diminta mengulas kenyataan Hishammuddin yang mahu perhimpunan tersebut berjalan dengan teratur dan aman.

Menurut beliau, dengan lagak kononnya untuk menjaga keamanan, alat perkakas parti tertentu juga sering melakukan kekacauan dan kekerasan ke atas perhimpunan atau ceramah PR.

"Malah kebelakangan ini, gerombolan dari parti itu sendiri yang melakukan provokasi dan kekacauan sehingga mengakibatkan kejadian berdarah," kata Mahfuz.

Beliau yakin, penganjur perhimpunan itu telah melakukan persediaan yang secukupnya untuk memberitahu rakyat yang berhimpun dalam perhimpunan itu bahawa sebarang provokasi dan kekacauan hanya dilakukan oleh gerombolan parti berkenaan.

"Saya juga ingin berpesan kepada semua yang menyemarakkan perhimpunan aman 901 bahawa apa sahaja kekacauan dan provokasi, perkara itu tidak mungkin dilakukan oleh rakan-rakan mereka yang juga mahu behimpun dengan aman.

"Jika anda melihat sebarang kekacauan dan provokasi, ia pasti dilakukan gerombolan parti yang gilakan kekacauan itu atau agen-agen serta alat perkakas mereka," kata Mahfuz.

Beliau meminta semua pihak mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku dalam Revolusi Islam Iran dahulu.

Menurut beliau, pada waktu waktu itu sebuah panggung wayang dibakar oleh polis rahsia Shah Iran dan mereka yang menonton wayang dalam panggung itu mati.

"Selepas itu, kerana yakin orang lain juga bodoh seperti mereka, jentera propaganda Shah Iran menuduh rakyat yang berjuang dalam revolusi tersebut yang membakar panggung itu," katanya.

Dalam protes rakyat terhadap rejim Hosni Mubarak di Mesir baru-baru ini pula, kata Mahfuz lagi, pihak polis yang berkerja di bawah regim Mubarak telah memecah dan mencuri di sana-sini terutama di kedai-kedai dan kemudiannya menuduh rakyat yang menentang kekejaman diktator itu yang melakukan perkara tersebut.

"Di Malaysia juga bekali-kali kita melihat orang-orang yang mengajak rakyat yang berdemonstrasi melakukan tindakan yang lebih agresif tetapi apabila berlaku kekecohan, merekalah yang menangkap dengan ganas rakyat yang berdemonstrasi itu.

"Sudah berkali-kali kita melihat perkara seperti itu berlaku," katanya.

Beliau mengulangi pesanan kepada seluruh rakyat bahawa Umnolah yang mesti dipersalah dan dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang kekecohan dan kekacauan dalam perhimpunan 901 itu.





________________________________________________________________





901: Tujuh 'kalau' Kadir Jasin

Harakah daily 05-01-2012

| Print |
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Bekas Ketua Pengarang kumpulan NSTP, Datuk Kadir Jasin memberikan tujuh kalau menjelang 9 Januari ini dan yang menarik semuanya menyukarkan kedudukan Umno.

"Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan
(Gambar logo 'About me' (mengenai saya) Kadir Jasin dalam blognya)
"Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999," tulis Kadir dalam blognya, The Scribe A Kadir Jasin: Banyak Kalau Dalam Keputusan 9.

Kadir yang terkenal dengan sikap 'loyal'nya kepada Umno khasnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menulis, Pakatan Rakyat telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan liwat yang akan diputuskan 9 Jan ini.

Yang memberikan jaminan itu tidak lain dan tidak bukan Anwar sendiri. Malaysian Insider memetik beliau sebagai berkata:

“Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, membincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario.” tulis Kadir.

Hari ini, 5 Jan, The Star pula melaporkan yang PR telah mengenal pasti calon bakal Perdana Menteri dan pengganti Anwar. Yang membuat kenyataan itu pun Anwar juga, tulisnya lagi.

Sebenarnya banyak “kalau” yang boleh diperkatakan antara sekarang hingga 9 Jan dan selepas itu.

Berikut adalah kalau-kalau yang terlintas di fikiran Kadir.

1. Kalau Parti Keadilan Rakyat dan sekutu politiknya berjaya dengan rancangan mereka, 100,000 orang akan berdemonstrasi di Kuala Lumpur pada 9 Jan ini;

2. Kalau Anwar dibebaskan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman memihak kepada mereka. Boleh jadi juga mereka akan memuji Kehakiman Malaysia kerana bebas dan berani;

3. Kalau Anwar disabitkan kesalahan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman tidak memihak kepada mereka dan, mungkin juga, menuduh Kehakiman Malaysia dikongkong pemerintah;

4. Kalau Anwar memang, Perdana Menteri MohdNajib Abdul Razak dan Barisan Nasional akan hadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Anwar akan menjadi hero dan kredibiliti Mohd Najib merudum;

5. Kalau Anwar kalah, dia akan sekali lagi dianggap mangsa penganiayaan politik dan “mati syahid” oleh penyokong tegarnya dan oleh generasi muda yang kurang faham mengenai sodomi satu dan salah guna kuasa 1999/2000;

6. Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan

7. Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999.

Itu adalah antara “kalau” yang terlintas di fikiran saya. Para pembahas dipersilakan untuk menyumbang “kalau-kalau” lain kalau ada. Wallahualam.
_____________________________________________________________________



Demo 901: Hasan tak hadir, nasihati pelajar elaknya
Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali tidak menyokong perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari ini dan tidak akan menghadiri demonstrasi itu.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh PKR dan akan dihadiri oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sebagai menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan.

Hasan ali pcSehubungan itu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya Selangor menasihatkan mahasiswa dan pelajar khususnya yang sedang menghadapi peperiksaan dalam tempoh ini supaya tidak menghadiri perhimpunan itu.

"Walaupun terdapat arahan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman bagi ahli-ahli (PAS) suapaya hadir, saya merasakan bahawa ini adalah tidak sesuai.

"Saya telah semak sebelum ke sidang media ini, tidak terdapat arahan oleh mana-mana pesuruhjaya PAS negeri lain yang mengeluarkan arahan seumpama itu. Tiada juga arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin atasan supaya hadir. Oleh itu, saya tidak akan hadir," katanya.

Hasan, bekas ahli akademik dan bekas ketua Biro Tatanegara, berkata sebagai pelajar mereka perlu menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak terpengaruh apa-apa yang mungkin berlaku kepada Anwar.

"Tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depan anda. Saya difahamkan kebanyakan universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Industri Selangor, Universiti Teknologi Mara, Universiti Pertanian Malaysia sedang mengadakan peperiksaan dalam tempoh ini.

“Tumpukan pada peperiksaan dan lakukan yang terbaik.

azlan"Saya kasihan terhadap Anwar tetapi beliau  tidak seharusnya menjadikan masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama. Pelajar sekolah menengah juga harus kekal di sekolah-sekolah dan tidak menjejaskan pelajaran mereka," katanya.

Hasan berkata demikian sebagai mengulas perhimpunan yang dicadangkan untuk menyokong Anwar selepas keputusan perbicaraan liwat diumumkan.




__________________________________________________________________




Demonstrasi 9 Januari cubaan ugut mahkamah - Dr. M

05/01/2012 5:29pm

Utusan 05-01-2012
KUALA LUMPUR 5 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya perlu menghormati undang-undang dan tidak perlu mengugut mahkamah dengan cadangan mengadakan demonstrasi di ibu negara pada 9 Jan ini.

Beliau berkata demonstrasi yang dicadangkan oleh Parti Keadilan Rakyat itu adalah satu cara mengugut proses mahkamah dan meletakkan mereka yang terbabit dalam proses perundangan dalam keadaan tertekan.

"Kita tidak harus mempengaruhi mahkamah dengan cara ugutan, umpamanya apabila mahkamah buat keputusan yang untung bagi mereka, mereka tidak ada demonstrasi,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama kepada lebih 150 bekas pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata jika ahli politik pembangkang percaya kepada demokrasi, mereka perlu menunjukkan rasa hormat kepada undang-undang dalam negara dan tidak cuma pandai bercakap tentang pelbagai peraturan yang kerajaan perlu patuhi.

"Negara ini sebenarnya mempunyai peraturan dan undang-undang tetapi pembangkang menganggapnya sebagai satu konspirasi dan mereka tidak perlu ikut.

"Mereka kata perhimpunan yang dianjurkan ini mempunyai kaitan dengan hak bersuara yang diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi sebenarnya amat jelas bahawa tujuan mereka adalah untuk mengugut mahkamah,” kata Dr Mahathir.

Dalam ucap utamanya yang berjudul “Malaysia kini dan peranan yang boleh dimainkan oleh pegawai-pegawai tentera yang bersara hari ini”, beliau berkata Malaysia sangat bertuah berbanding negara-negara yang merdeka pada zaman penjajahan British dahulu.

Untuk menilai kejayaan Malaysia, katanya, rakyat negara ini harus melihat negara ini dari luar di mana selepas lebih 50 tahun, kestabilan berjaya diwujudkan. - BERNAMA


________________________________________________________________



“Himpun Keadilan Untuk Saiful” diadakan Isnin ini

05/01/2012 3:57pm
Utusan 05-01-2012
KUALA LUMPUR 5 Jan. — Satu perhimpunan dikenali “Himpun Keadilan Untuk Saiful” dicadang diadakan di perkarangan Kompleks Mahkamah di sini Isnin ini.

Perhimpunan anjuran Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dikatakan bagi membela Mohd. Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu.


Setiausaha Agung Permas, Zulkifly Shariff, berkata, Permas menyasarkan 5,000 ahli akan menyertai perhimpunan itu.

"Mereka telah sedia maklum bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat kita dan sekiranya mereka tetap untuk meneruskan perhimpunan tersebut, mereka perlu berdepan dengan Permas dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Zulkifly berkata, Permas akan mendapatkan permit polis bagi mengadakan perhimpunan itu yang akan melibatkan 15 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah naungan Permas, antaranya Putra Malaysia,
Pertubuhan Panel Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (Papim), Persatuan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) dan Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang. — BERNAMA


________________________________________________________________



PKR yakin kumpul 10,000 penyokong
Wartawan Sinar Harian
Sinar Harian 05-01-2012
KUALA KURAU - PKR Negeri yakin dapat mengumpulkan 10,000 penyokong bagi untuk ke Mahkamah Persekutuan Jalan Duta bagi menjayakan Kempen Bebas Anwar 901 pada 9 Januari nanti, sekali gus memberi soko­ngan padu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah Strategi PKR Negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata, beliau akan memastikan PKR di setiap cabang menghantar sekurang-kurangnya 500 ahli dan penyokong pada tarikh berkenaan sungguhpun ia merupakan hari bekerja.
“PKR di setiap cabang termasuk AMK dan Wanita Keadilan telah bekerja keras menjalankan kempen menggunakan pelbagai medium termasuk laman sosial seperti Facebook dan Twitter untuk menggesa orang ramai ke perhimpunan aman itu.
“Kita percaya majoriti rakyat bersama kita dan tidak gentar dengan pelbagai ama­ran­ serta tekanan daripada pihak keselamatan kerana hak berhimpun secara aman telah termaktub dalam perlembagaan negara,” katanya.
Menyifatkan keadaan huru hara hanya akan berlaku bila pihak keselamatan bertindak secara keterlaluan, Abdul Yunus berkata, pelbagai usaha akan dijalankan pihak tertentu bagi menggagalkan Kempen Bebas Anwar 901 pada tarikh tersebut.
“Kami tak kisah dengan semua usaha itu, termasuk ratusan laporan polis kerana ia telah memberi publisiti kepada kempen ini, dan kami harap polis te­rutamanya dapat bersikap adil dan menghormati hak orang awam untuk berhimpun,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Yunus berkata, sama ada Anwar bersama PKR atau tidak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti, PKR dan Pakatan Rakyat pasti akan menang kerana persediaan tahap maksima telah dibuat untuk menumbangkan Umno serta BN.
“Ini adalah usaha terakhir UMNO untuk menyumbat Anwar ke penjara dengan tujuan membunuh karier politik beliau dan kebanyakan rakyat Malaysia sudah jijik dengan taktik kotor BN yang bertenta­ngan­ dengan ajaran agama, budaya dan nilai ketimu­ran­,” katanya.


_____________________________________________________________________




Pemuda PAS Akan Memberi Sepenuh Sokongan Untuk Menjayakan Himpunan Bebas Anwar 901





SHAH ALAM, 5 Jan - Pemuda PAS akan memberi sepenuh sokongan bagi menjayakan himpunan 100,000 rakyat bagi melahirkan bantahan terhadap sistem kehakiman negara yang terlalu banyak dipengaruhi oleh tangan-tangan ghaib.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan Tantawi (foto) berkata pemuda PAS akan sentiasa teguh berada dalam kesepakatan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan sebarang isu yang melibatkan nasib rakyat berbilang kaum di negara ini.
Beliau berharap semua yang hadir tidak melakukan sebarang huru-hara atau mengujudkan suasana tegang.
"Berdasarkan pengalaman kita samaada ketika Demontrasi Bersih 1 dan Bersih 2 dan beberapa himpunan aman lain banyak provokasi dilakukan pihak tertentu yang sengaja mahu mengujudkan suasana tegang supaya pihak polis boleh mengambil tindakan menangkap peserta.
"Pemuda PAS berharap seluruh hadirin yang datang nanti akan terus mengekalkan sikap matang dan terbuka dan tidak terpengaruh dengan provokasi yang dicetuskan oleh pihak tertentu."

kata beliau Menerusi blognya, beliau sendiri akan menghadiri himpunan tersebut yang membawa mesej kepada kerajaan UMNO dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah.
"Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya (Anwar). Ini adalah satu kezaliman dan penginayaan. Tidak baik membiarkan pemerintahan begini mengurus negara dan rakyatnya.

Kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penginayaan yang dilakukan." tulisnya.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sedang mengatur dengan barisan pemuda PR untuk mendapatkan pelbagai gambaran berhubung himpunan tersebut.

"Saya pasti sebagaimana himpunan aman bersih dahulu ramai akan mengambil gambar dan video supaya menjadi bukti apa-apa tindakan provokasi dan salah guna kuasa pihak polis.
"Kita juga tidak boleh mengharapkan maklumat dari pihak polis sebagaimana berlaku dalam insiden Bersih 2.0 lalu."


______________________________________________________________________




Polis Benarkan Perhimpunan 901


http://brojinggo.blogspot.com/  06-01-2012



Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Ianya selaras dengan tranformasi Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak...

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Walaupun timbalan presiden PKR Azmin Ali yang mengetuai rombongan parti itu, namun beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sebaliknya, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam laman twitternya yang berbunyi:

"Persetujuan dicapai dgn @PDRMsia utk perhimpunan solidariti utk @anwaribrahim 901 di kawasn letak kereta Kompleks Mahkamah KL. Jom turun".

Azmin pada sidang akhbarnya sekadar berkata keputusan perbincangan dengan polis hari ini "positif".

Azmin juga menegaskan bahawa pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjaga keamanan dan mampu mengatasi sebarang provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Diharap penganjur yang menyokong Anwar atau yang menyokong Saiful bersikap bertanggungjawab pada 9 Jan... Jangan rosakkan harta awam!


____________________________________________________________________




PKR Beri Taklimat Kepada Diplomat Asing Sempena 901 Dan Kes Liwat Anwar

http://brojinggo.blogspot.com/  06-01-2012



Terkini: Sebentar tadi telah berlangsung sesi taklimat khas kepada para duta dan diplomat negara asing mengenai hala tuju dan masa depan Pakatan Rakyat selepas keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.

Taklimat yang dihadiri hampir kesemua duta dan perwakilan asing termasuk dari Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, United Kingdom, Itali dan singapura.

Taklimat disampaikan oleh Bendahari PKR yang juga ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Ken.

Antara lain yang hadir, Azmin Ali, Nurul Izzah, Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin.

PKR di lihat terdesak mengunakan Diplomat asing bagi mendapatkan simpati negara luar terhadap kes liwat Anwar.
 __________________________________________________________________




Ummi Hafilda Sedia Dedah Rahsia 'Bateri 3A'

http://brojinggo.blogspot.com/   06-01-2012



Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berjanji akan mendedahkan rahsia dahsyat kepimpinan atasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau trio 'bateri 3A' sekiranya mereka tidak bertaubat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ummi memberi amaran itu kerana beliau tidak sanggup melihat trio berkenaan iaitu Anwar, isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan abangnya sendiri, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terus mengelirukan rakyat dengan dakyah demi kepentingan politik mereka.

"Hari ini mereka panggil polis anjing tetapi semasa Anwar berkuasa pada 1997, dia guna 50 orang polis untuk menangkap saya, jadi orang muda terutama mahasiswa perlu tahu siapa yang buat salah laku dan salah guna kuasa.

"Wan Azizah mempunyai pengaruh untuk menasihatkan suami kembali ke pangkal jalan, jangan sampai saya serta 'geng' iaitu (Datuk) Nallakaruppan, (Datuk) Zulkifli Noordin dan Rahimi Osman dedahkan perkara sampai nanti mereka (3A) tidak boleh angkat kepala. Kami merayu mereka kembali ke pangkal jalan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas di sini hari ini bagi meminta ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti pembangkang itu menghentikan perjuangan politik mereka yang didakwanya mempunyai kepentingan peribadi dan bertujuan menukar sistem negara ini kepada sebuah republik.

Dalam perkembangan berkaitan, kata Ummi, beliau tidak akan berhenti mendedahkan kepincangan serta kelemahan ketiga-tiga mereka termasuk Azmin sungguhpun mereka adalah adik-beradik sehingga kesemuanya bersara daripada politik dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

"Tetapi saya masih mempunyai sifat perikemanusiaan dan kalau boleh enggan mendedahkan keburukan abang kandung saya sendiri.

"Mereka perlu bertaubat dan meminta maaf seperti bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton yang memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negara itu atas skandal seksnya," katanya.

Sementara itu, Ummi Hafilda yakin Azmin serta PKR tidak akan mampu mengumpulkan sehingga 100,000 penyokong fanatik Anwar untuk memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang itu dalam Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara Isnin ini.

"Azmin boleh berangan seperti Mat Jenin. Dia juga pernah berangan akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum lalu tetapi tiada apa yang berlaku," katanya.-utusan

_____________________________________________________________________




901 Penyokong Anwar Sudah Mula Buat Taik!


http://brojinggo.blogspot.com/

Friday, January 6, 2012




Beberapa buah kenderaan telah diconteng dengan tertera pelbagai tulisan 'Bebas Anwar' dan '901' menggunakan semburan cat. Tempat kejadian di percayai berlaku di Kuala Nerang.

Turut menajadi mangsa kereta orang awam dan bas HBR Group of Companies dicat dan conteng oleh penyokong Anwar Ibrahim.

Belum bermulanya perhimpunan tersebut penyokong Anwar sudah buat taik... bayangkan apa akan jadi masa perhimpunan tu nanti? Aku percaya banyak kerosakan harta awam akan berlaku sama seperti reformasi Jalanan 1998 dulu.



Terdahulu, Azmin Ali dan beberapa wakil Pemimpin PKR telah menemui pihak PDRM dan Perhimpunan tersebut telah diputuskan bersama untuk dijalankan di perkarangan Tempat Letak Kereta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pihak PDRM juga telah bersetuju dan berjanji akan memberi kerjasama dengan baik bagi memastikan perjalanan perhimpunan yang dianjurkan tidak menghadapi sebarang provokasi.

_________________________________________________________________
 harakah daily 06-01-2012
901: Saya akan hadir, ahli terserah - Presiden PAS | Print |
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 6 Jan: "Saya akan hadir, dan untuk ahli PAS pula, terserah masing-masing,"  kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini.
Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.
Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan  akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar.

"Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Pimpinan PAS Selangor juga memutuskan untuk turun 9 Januari ini, kata Pesuruhjayanya, Dr Rani Othman.

"Kita akan bersama presiden di sana. Dalam perbincangan di peringkat negeri juga, kita sudah putuskan akan turun," katanya kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS pula sedang memobilisasi ahlinya untuk turun pada perhimpunan tersebut.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda memberi komitmen untuk mencapai sasaran 100,000 orang yang ditetapkan oleh penganjur.
"Jika Datuk Seri Najib kena zalim pun kita akan turun," kata Nasrudin.

Bersama Presiden


Aiman turut berkata, muslimat tidak perlu takut untuk bersama-sama 9 Januari ini atas kapasiti parti kerana Presidennya sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang lain sudah menyatakan komitmen untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Muslimat tidak perlu ragu-ragu kerana PAS sendiri termasuk Presiden kita akan turun bersama-sama. Jadi tidak ada masalah di peringkat parti," katanya.

Zalim kepada mahasiswa
Sementara itu, beliau menambah sudah tiba masanya rakyat berani menyatakan kebencian terhadap kerajaan Umno BN yang bertindak zalim ke atas mahasiswa sendiri.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kebangkitan mahasiswa yang menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan, Aiman berkata mahasiswa sekarang sudah bijak berfikir dan bertindak tanpa mengabaikan pelajaran.

"Muslimat juga mengucapkan syabas dan tahniah di atas kebangkitan gerakan mahasiswa yang bermula daripada Adam Adli dan tragedi berdarah di UPSI.

"Muslimat berpendapat mahasiswa pada abad ke-21 ini mesti lebih cekap dan cerdik iaitu meletakkan pelajaran nombor satu tetapi gerakan kebangkitan rakyat bukan di tempat kedua.

"Yang paling penting dalam kehidupan seorang manusia apabila dia dapat melawan kelemahan dalam dirinya dan juga melawan kezaliman di sekelilingnya," tegasnya.
 

_______________________________________________________________



901: Kejayaan awal Pakatan Rakyat

Harakah daily 06-01-2012
| Print |
Muhammad Faizal   
PETALING JAYA, 6 Jan: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjelaskan apa yang berlaku hari ini menunjukkan kejayaan awal Pakatan (PR) Rakyat dan seluruh rakyat terhadap tuntutan selama ini.

Jelasnya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR petang ini, iai adalah satu usaha terbaik PR yang telah menuntut sistem yang adil dalam negara ini.

"PKR, DAP dan PAS khususnya Pakatan Rakyat hari ini menjelaskan apa yang berlaku hari ini adalah satu kejayaan awal untuk kita.

"Rakyat mahukan satu perubahan berlaku dalam sistem yang menjadi amalan Umno selama ini dan keputusan yang diberikan oleh pihak polis adalah gambaran positif Pakatan Rakyat" jelasnya.

Dalam pada itu beliau memberitahu pertemuan beliau dengan beberapa pimpinan PKR hari ini di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh telah mendatangkan hasil yang baik.

"Kita telah mengemukakan beberapa usul yang mana ia diadakan secara aman di kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

"Dalam usaha memastikan segalanya teratur, pihak penganjur (PKR) telah menyediakan 500 orang marshal pada hari tersebut yang lengkap beruniform dan dilatih untuk mengawal perhimpunan demi menjamin kelicinan perjalanan perhimpunan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin juga menyatakan perhimpunan itu akan bermula seawal jam 7 pagi dan orang ramai boleh meletakkan kenderaan mereka di tempat-tempat letak kereta di kawasan lapang berhampiran Bangunan Matrade.

"Oleh kerana ini perhimpunan aman yang dibantu oleh pihak polis, tidak akan ada sebarang sekatan jalan raya yang akan menghuru-harakan keadaan dan tujuan menyekat orang ramai dari hadir, malah polis bersetuju menjaga traffik bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas," tambahnya lagi.

Jelasnya lagi, PKR mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang istiqamah memperjuangkan hak mereka berhimpun secara aman bertepatan dengan Artikel 10 Perlembagaan selama ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang ditemui sebelum sidang media tersebut memberitahu seluruh ahli PAS boleh hadir pada hari tersebut dalam memberi sokongan menentang terhadap sistem keadilan yang pincang selama ini.

"Himpunan telah diberi kebenaran, maka ahli-ahli PAS boleh hadir kerana ia bukannya merupakan kesalahan, tidak perlu ada kenyataan dari PAS kerana ia telah dibenarkan.

"PAS sentiasa menyokong terhadap kempen tersebut prinsip kita selari dengan apa jua dasar yang telah dipersetujui bersama," katanya.

Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook menyatakan DAP menyokong himpun kempen 901 dan juga akan turut serta bersama pada hari tersebut.



______________________________________________________________


Malaysiakini 06-01-2012



PKR desak PAS bertindak atas keceluparan Hasan Ali
PKR hari ini mendesak rakan kongsinya, PAS supaya bertindak keras ke atas bekas pesuruhjaya Selangor parti itu Datuk Hasan Ali yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang dianggap mencerca dan menghina ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMengulas tulisannya di Twiteer, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini membidas kenyataan Hasan yang juga ahli exco kerajaan negeri Selangor kerana menganggap tuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar sebagai perkara peribadi.

"Biar saya ulangi pendirian PKR dan Pakatan yang bersatu dalam menyokong Anwar dan bahawa dakwaan itu adalah satu rekayasa dan politik murahan yang digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional. Adakah Hasan merestui politik murahan yang digunakan oleh Umno dan BN.

"Oleh itu, ia tidak wajar baginya untuk mengatakan ini adalah perjuangan peribadi Anwar dan salah baginya untuk melibatkan orang ramai kerana kenyataannya itu bukan merupakan pendirian Pakatan.

anwar ibrahim in seremban 4"Saya berharap dan medesak PAS supaya bertindak terhadap kenyataan Hasan yang celupar ini yang tidak sepatut diluahkan untuk agenda peribadinya,” katanya.

Menurut Azmin, ketika Hasan mencerca ketua pembangkang itu, Anwar sedang mengunjungi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu yang telah menyatakan sokongan beliau.

"Nik Aziz kata beliau akan datang pada 9 Januari ini jika kesihatannya membenarkan. Siapa  Hasan yang berkata sebaliknya (meminta ahli-ahli PAS tidak datang)?" soalnya.

"Saya harap PAS mengkaji mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Hasan. Jika dia tidak mahu hadir, dia tak perlu hadir tetapi demo HIMPUN dia hadir," kata Azmin.
Azmin mengulas kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hasan ali pcHasan yang juga exco kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir pada Isnin ini.

Ditanya sama ada beliau akan mengesyorkan kerajaan Selangor yang diterajui PKR oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menggugurkan Hasan dari barisan exco negeri, Azmin berkata bahawa beliau akan membiarkan PAS mengambil tindakan pertama.











__________________________________________________________



Malaysiakini 06-01-2012

Rakyat tetap bangkit walau pemimpin PR dipenjara


| Print |
Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 6 Jan: Kalau semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dipenjarakan sekalipun, rakyat akan tetap bangkit menyelamatkan negara ini dari cengkaman kekuasaan Umno, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau menegaskan perkara itu ketika pelbagai ramalan menyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan.

"Kebencian terhadap Umno yang semakin berapi-api dengan laungan bersama 'asal bukan Umno' tidak peduli lagi sama ada pemimpin atau tidak ada pemimpin.

"Zaman telah berubah dan 'asal bukan Umno' menjadi pembakar semangat bersama dan faktor kepimpinan hanya faktor nilai tambah dan bukan lagi penyebab utama kebangkitan rakyat hari ini," kata beliau.

Dengan kes masing-masing yang biasanya dikaitkan dengan apa yang didakwa sebagai perhimpunan haram, kata Mohamad, ramai pemimpin PR kini menghadapi perbicaraan di mahkamah.

"Saya sendiri menghadapi pelbagai perbicaraan berkaitan dakwaan kononnya menghadiri perhimpunan haram dan apa sahaja mungkin berlaku termasuk hukuman penjara.

"Tetapi sama ada saya bebas di luar untuk berjuang bersama rakyat atau dipenjarakan, semua itu tidak relevan lagi kepada sebahagian yang amat besar rakyat yang terlalu sakit hati dan bencikan Umno dan mahu menghancurkan segera cengkaman kekuasaan parti yang semakin sebati dengan panggilan parti perasuah itu," kata beliau.

Beliau juga memberi contoh peristiwa yang berlaku ketika Operasi Lallang pada tahun 1987 dahulu.

"Walaupun ramai pemimpin barisan hadapan ditangkap, tetapi semangat dan gerakan rakyat melawan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak mampu dipadamkan malah semakin geram dan membara," kata beliau.

Contoh diluar negara pula, kata Mohamad, ialah kebangkitan rakyat di Tunisia yang berjaya menggulingkan pemerintah kejam di negara itu baru-baru ini.

"Ramai pemimpin pembangkang yang terpaksa lari keluar negara dan rakyat tidak mempunyai 'central figure', tetapi seperti yang diakui sendiri oleh Rashid Ghannushi yang memimpin parti An-Nahdhah yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya negara itu baru-baru ini, kebangkitan tanpa pemimpin itulah yang berjaya menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang kejam itu," tegas beliau.

Beliau yakin, impian Umno untuk melihat lumpuhnya kebangkitan rakyat dengan keputusan perbicaraan Anwar itu akan hangus terbakar dengan berapi-apinya semangat 'asal bukan Umno' yang tidak lagi bergantung kepada mana-mana pemimpin.

Mengenai perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari ini, beliau menegaskan: "Ahli dan penyokong PAS boleh mengiringi Presiden dan Timbalan Presiden untuk mengikuti keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini".


_______________________________________________________________




Malaysiakini 06-01-2012
Saya tidak akan tinggalkan negara ini - Anwar | Print |
Aslani M Foto: M Yarisman   
MACHANG, 6 Jan: Bersaksikan puluhan ribu rakyat Kelantan malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau dan keluarga tidak akan lari meninggalkan negara biar pun berdepan dengan kezaliman yang menjijikkan.

“Saya, anak dan isteri tidak sekali-kali meninggalkan negara ini biar pun berdepan dengan  penghinaan yang begitu rupa.

“Saya telah mengadakan perjumpaan keluarga melibatkan isteri, anak dan menantu telah mencapai keputusan ini. Cuma mereka bimbang sekiranya saya sekali lagi dipenjara akan dicederakan seperti pernah berlaku sebelum ini.

“Kalau saya lari orang lain pula akan kena. Saya telah menjelaskan kepada rakan-rakan di luar negara rakyat bukan marahkan saya tetapi segelintir pemimpin yang rasuah dan zalim,” katanya pada program Amanat Terakhir di padang Majlis Daerah Machang.

Hadir sama Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR.
Pada 9 Januari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau dipelawa rakan-rakan di Turki dan negara Arab yang bersedia memberi tempat kepadanya memandangkan penganiayaan dan penghinaan terhadapnya masih berterusan.

Katanya, Perdana Menteri Turki, Tayyid Erdogan ada mempelawanya mendapat perlindungan di negara itu dan begitu juga rakan-rakan di negara Arab.

Bagaimanapun kata beliau Erdogan lebih memahami suasana sebenar kerana beliau juga pernah dipenjarakan oleh pemerintah Turki sebelum ini kerana pendakwaan yang bermesej politik.

“Begitu juga dengan apa yang saya hadapi sekarang, lebih kurang sama dengan Erdogan alami sebelum  beliau berada di kedudukan sekarang sebagai pemimpin utama Turki,” ujarnya.

Oleh itu beliau berharap rakyat dan penyokong Pakatan bermunajat kepada Allah kerana segala keputusan dan tindakan di bawah penguasaanNya.

Seng Giaw sebelum itu memberitahu dua hakim yang pernah mengadili perbicaraan kes liwat I iaitu Datuk Augustine Paul dan Datuk Ariffin Jaka sudah meninggalkan dunia.



_________________________________________________________



Anwar amat yakin Pakatan akan rampas Putrajaya
Malaysiakini 06-01-2012
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat jarang bercerita mengenai anak lelaki beliau, Ehsan yang kini menuntut di peringkat sarjana di sebuah universiti di Amerika Syarikat.

Ketika diwawancara Malaysiakini semalam, Anwar bagaimanapun terus membuka bicara dengan menceritakan telatah anak lelaki tunggalnya itu yang kini berada di dalam negara untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi anaknya.

anwar ibrahim interview with malaysiakini 4Dengan berjenaka, Anwar mengambil peluang itu untuk menceritakan mengenai Ehsan yang telah dijadikan sebagai modal untuk menyerang beliau berhubung perbicaraan kes Liwat II yang bakal diputuskan minggu depan.

Awal-awal pagi lagi anaknya itu sudah mengajaknya untuk bersenam, kata Anwar yang mengharungi jadual sibuk saban hari sehingga beliau terpaksa pulang ke rumah pada jam dua pagi.

Mengulas mengenai keputusan mahkamah pada Selasa, Anwar turut melihat perkembangan itu memihak kepada Pakatan Rakyat.

Malah ada di kalangan penyokong dan pemimpin Pakatan yang berpendapat mereka akan meraih sokongan lebih besar sekiranya mahkamah memutuskan untuk memenjarakan Anwar, kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Walau apa jua keputusan 9 Januari, Anwar dengan penuh optimis berkata Pakatan akan berjaya mara dengan lebih jauh dalam pilihan raya umum akan datang, malah "cukup untuk mengambil alih Putrajaya."

Negeri Perak, Negeri Sembilan akan tumbang ke tangan Pakatan, kata Anwar yang menambah beliau menghadapi saingan sengit BN untuk menembusi negeri Johor dan Melaka.

Namun, Pakatan akan tetap berjaya meraih lebih banyak kerusi di negeri tersebut, serta laba yang lebih besar di Sarawak dan Sabah, kata Anwar lagi.

Dalam sedutan wawancara eksklusif Malaysiakini berikut, Anwar turut mengulas mengenai kedudukan menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mungkin menjadi masalah kepada PAS Kelantan berikutan faktor umur dan kesihatan.

Malaysiakini (MK): Negeri manakah yang menjadi satu masalah kepada Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang?
Anwar: Ianya negeri-negeri di Selatan – Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Lebih-lebih lagi Melaka dan Johor kerana kita menghadapi banyak masalah untuk menyampaikan (mesej kepada rakyat).

Bukannya orang tidak datang. Di Muar, 4,000 orang hadir, itu satu jumlah yang besar bagi Muar. Tapi ada pengecualian. Kita tidak boleh mendapat tempat berhampiran bandar, di mana orang boleh berhimpun. Seperti di Ledang, ada jumlah yang selesa tapi susah untuk masuk. Kita perlu bekerja lebih keras.

anwar ibrahim interview with malaysiakini 5Adakah kita lebih baik berbanding 2008? Sudah tentu. Bukan sahaja PKR, tetapi rangkaian DAP di kawasan bandar di Johor juga lebih baik sekarang. PAS telah memasuki kawasan baru. Jentera PKR selepas (ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua) Jui Meng ambil alih benar-benar meningkat, dari segi sumber dan juga jentera, jauh lebih baik berbanding 2008.

Kemudian kita ada Sabah dan Sarawak. Di Sarawak ada kawasan majoriti Cina dan juga tiga atau empat kawasan kumpulan Dayak. Boleh kita dapat majoriti kerusi? Tidak. Tidak. Secara realistik, kita boleh dapatkan 30 atau 40 peratus daripada kerusi. Sabah itu cerita lain.

MK: Adakah Datuk Seri yakin dapat tawan Melaka dan Johor?
Anwar: Tidak, saya tidak kata begitu. Johor perlukan lebih banyak usaha. Di Melaka, kita akan dapat lebih banyak dan Negeri Semabilan lebih senang. Moodnya baik.

MK: Datuk Seri akan dapat tawan Negeri Sembilan?

Ya.

MK: Adakah Pulau Pinang seteguhnya akan kekal bawah Pakatan?
selangor dap congress 2011 lim guan engYa, kukuh. Bermakna (peluang) kita bertambah di Pulau Pinang. Itu maksud saya.

Fokus utama orang jenis PERKASA-Umno ialah untuk maki dan tuduh (ketua menteri, Lim) Guan Eng. Ia tidak menjadi. Saya sering ke Pulau Pinang. Tidak seperti tempat lain yang saya kunjungi sebagai pemimpin nasional, bila saya ke Pulau Pinang, saya duduk, saya pergi ke masjid. Tiada impak. Guan Eng telah berjaya dari segi itu.

Orang Melayu... tahu dia seorang Cina, dia seorang DAP. Saya tak anjurkan supaya mereka setuju dengan apa saja yang dia kata dan juga dasar DAP, tapi mereka lihat dia sebagai pemimpin yang berkredibiliti.

MK: Bagaimana dengan Kedah, Kelantan?

Anwar: Saya akan ke Kelantan hari ini (semalam, Khamis). Ada beberapa isu dan kerajaan negeri perlu menanganinya sekarang. Ia perlu dijalankan sekarang, Isu air. Isu tanah di beberapa kawasan. Saya akan bercakap dengan Tok Guru Nik Aziz (Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) untuk nasihat supaya ini dapat diselesaikan segera.

MK: PAS juga telah memerintah terlalu lama di Kelantan. Mungkin rakyat rasa perlu bertukar?
pakatan ceramah shah alam 041211 nik azizAnwar: Tok Guru Nik Aziz ada cara dia sendiri. Orang kata dia tua, dia dah lama. Tapi dia bersih, tidak tipu kita dalam masyarakat dan sistem politik yang ada ramai sangat penipu yang merompak kekayaan...

Tapi orang kata dia semakin uzur dan dia patut merancang (untuk bersara), dan pasukan yang mewakilinya itu penting.

Saya akan berkongsi dengan dia beberapa pandangan secara tertutup hari ini kerana orang mahu lihat pasukan yang menyokong beliau dipersembahkan dalam pilihan raya umum ini. Ia mesti dilihat sebagai pasukan yang berkredibiliti.


______________________________________________________________




Harakah Daily 06-01-2012


Pendirian Wadah mengenai isu Qazaf | Print |
Abdul Halim Ismail   
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengeluarkan Pernyataan Bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengenai isu yang sama dengan tajuk Pernyataan Sikap Terhadap Isu Jenayah Qazaf, pada 27 Mac 2011 (sila rujuk Kenyataan Media di www.wadah.org.my/).


Sebagai reaksi kepada beberapa persoalan yang berbangkit serta kekeliruan-kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat ekoran kenyataan-kenyataan beberapa orang mantan pimpinan ABIM mengenai isu tuduhan tuduhan liwat dan zina terhadap DS Anwar Ibrahim, maka WADAH ingin menegaskan kembali sikap dan pendirian yang telah diambil dengan merujuk kepada Pernyataan yang telah dibuat 27 Mac tersebut.



Pertama: Sikap dan pendirian mestilah berasaskan syari`at


“Sesungguhnya kembali kepada syari`at  adalah satu-satunya jalan keluar yang adil dan selamat.   Demikianlah petunjuk Ilahi yang terungkap dalam kitab suci-Nya,  "… Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu,  maka kembalilah kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian.  Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."  (Al-Nisa':59).   Apakah yang sebenarnya  dicari oleh pendakwa dan penuduh? 

Andainya yang dicari adalah keadilan,  bukankah ia wujud dalam  hukum syari`at?  Apakah ada hukum lain yang lebih adil daripada hukum Allah?    Apabila seseorang mengatakan "Aku ridha dengan Allah sebagai Tuhan……." (رضيت بالله رباً...) bererti ia rela menerima hukum-hakam-Nya. Jika benar demikian,  mereka harus membuktikan kejujuran menepati ikrar dan pengakuan tersebut.

 Ternyata kesediaan rujuk (kembali) kepada Allah (hukum-hakam-Nya) adalah ujian iman.  Hanya yang benar-benar beriman (kepada Allah dan Hari Akhirat) sahaja yang akan dengan senang dan rela menerima hukum Allah.  Demikianlah makna tersirat di balik kalimat-kalimat,"…, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian." (إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الآخر).”



Kedua: Hukum qazaf (menuduh liwat dan zina) adalah berat hingga kerana itu hal-hal berkaitan dengannya diperincikan oleh syari`at.


Dalam kaitan inilah motif hukum qadhaf dalam syari`at Islam itu harus difahami.  Mereka yang berleluasa   menabur fitnah, melemparkan tuduhan keji (zina/liwat) tanpa pembuktian secara syar`i  (menghadirkan empat orang saksi yang adil dan berwibawa) seharusnya menginsafi betapa buruknya perilaku mereka, dan betapa beratnya kesalahan jenayah qadhaf yang membawa hukuman deraan fizikal lapan puluh kali sebatan (ثمانين جلدة), 

di samping sanksi  sosial dan moral:  hilang kelayakan menjadi saksi (tentang  apa pun dan sampai bila pun),  dan seterusnya terlempar ke dalam kelompok orang-orang fasiq (الفاسقون) sebagaimana yang disebut dalam surah  al-Nur:4-5. Demikianlah ketetapan hukum syari`at yang tidak boleh ditawar-tawar lagi.    Cara pembuktiannya hanya satu:  hadirkan empat saksi,  dan tidak lain daripada itu.

 Dalam kes seperti ini pembuktian dengan cara bersumpah sama sekali tidak relevan.”




Ketiga: Menyebarkan tuntutan yang benar berasaskan syari`at adalah amanah dan tanggungjawab agama.


Terlepas dari maksud mencampuri konflik politik antara parti,  dengan niat murni semata-mata demi  amanatu 'l-balagh serta tanggungjawab dakwah dan tazkirah, kita menyeru seluruh umat dan rakyat agar berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,  yang dalam hal ini pembuktiannya harus berdasarkan hukum syara`.

Pembuktian yang tidak dilakukan secara syara`  adalah tidak sah. Dalam kaitan ini seluruh rakyat yang menginsafi hakikat kesucian maruah dan ketinggian nilai kehormatan diri harus sedia memberikan sokongan dan dukungan kepada  perjuangan suci   mempertahankan  maruah,  kehormatan dan nama baik dari pencemaran fitnah.  


Keempat: Menolak gejala fasik dan pertuduhan liwat dan zina terhadap DS Anwar Ibrahim.

Selaras dengan itu seluruh umat  Islam yang setia kepada idealisme masyarakat bersyari`at harus menolak gejala fusuq (kefasikan) yang menjelma dalam bentuk fitnah terhadap seseorang yang berintegriti moral. 

Dalam kaitan ini YB. Dato' Seri Anwar Ibrahim, atau siapa sahaja yang dilempari tuduhan (qadhaf)  tanpa pembuktian secara syar`i berhak membela diri dan menuntut keadilan berasaskan hukum syara`:   penuduh yang gagal menghadirkan empat orang saksi harus didakwa di bawah hukum qadhaf.

Demi menghormati kedaulatan Islam,  tuduhan yang tidak memenuhi persyaratan syara`  seharusnya digugurkan.    Dalam hubungan ini fatwa para ulama dunia   yang berautoriti besar mengenai isu ini seperti al-Shaykh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan  al-Shaykh Dr. Wahbah al-Zuhayli (kedua-duanya adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah dari kerajaan  Malaysia) serta yang  lain-lainnya  harus dihormati dan didukung tanpa ragu.  Fatwa-fatwa mereka cukup jelas,   tegas,  kuat, berwibawa dan meyakinkan.


Kelima: Menegaskan tanggungjawab bersama dalam membina masyarakat berakhlak berdasarkan syari`at.

Demi  tanggungjawab membina umat dan  masyarakat  bermaruah yang  saling hormat dan saling percaya,  setiap warga harus memiliki keberanian bersikap,  menolak  budaya fasiq aib mengaib dan fitnah memfitnah.      Masyarakat Islam bukan sebuah ladang fitnah, dan bukan juga sebuah pasar  gosip.

 Al-Qur'an telah memberikan petunjuk jelas bagaimana menyikapi gejala fasiq seperti itu,   iaitu dengan menolaknya  secara  jelas, tegas dan tanpa basa-basi, "… ini dusta yang nyata!" ,(...هذا إفك مبين)"…ini pembohongan besar!" .(هذا بهتان عظيم) Komitmen terhadap misi amar makruf nahi munkar menuntut setiap orang bertindak melawan gerakan penyebaran kebejatan (al-fahishah).


Keenam: Menasihati mereka yang terlibat dalam membuat jenayah qadhaf supaya kembali menginsafi ketelanjuran mereka dan merujuk kembali kepada amaran Allah.

Mereka yang terlibat dengan kegiatan jahat menabur fitnah dan menyebarkan berita bohong di kalangan umat seharusnya  menyedari dan menginsafi amaran keras pembalasan Tuhan sebagaimana ditegaskan dalam kitab suci-Nya:

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga).  Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi  kamu  bahkan  itu  baik  bagi  kamu.    Setiap orang dari mereka akan  mendapat  balasan dari dosa yang  diperbuatnya.   Dan  barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula) - Al-Nur:11” “Sesungguhnya  orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu    (berita   bohong)  tersiar  di   kalangan   orang-orang   yang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui,  sedang kamu tidak mengetahui. - Al-Nur:19”.



Sehubungan dengan ini juga, WADAH ingin menegaskan bahawa sebarang kenyataan, pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh Prof Dato’ Dr Sidek Baba dan Dr Yusri Muhammad, termasuk yang berkaitan dengan isu ini, adalah tidak mewakili pandangan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Prof Dato’ Dr Sidek Baba ialah seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah memegang beberapa jawatan dalam ABIM termasuk sebagai Naib Presiden.

Dr Yusri Muhammad pernah memimpin ABIM sebagai Presiden. Beliau baru melepaskan jawatannya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kini selaku Yang Di Pertua Yayasan Sofa, Negeri Sembilan.






Abdul Halim Ismail
Setiausaha Agung WADAH.


23 Muharram 1433
19 Disember 2011



_______________________________________________________________


tranungkite.net 06-01-2012

Jika Ku Li boleh jadi PM, saya tak boleh ke, gurau Azmin
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali secara bergurau bertanya apakah beliau tidak layak menjadi perdana menteri?

NONEMenjawab soalan mengenai spekulasi yang bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah akan ditarik menyertai Pakatan Rakyat dan menjadi perdana menteri jika Pakatan menang, Azmin (kanan) bertanya: "Anda bersetuju ke jika saya jadi perdana menteri?".

"Ia (Tengku Razaleigh) hanyalah khabar angin. Datuk Seri Anwar (Ibrahim) telah kata kita telah bincang semua pilihan dengan presiden parti gabungan Pakatan, dan persoalan kepimpinan bergantung kepada setiap parti.

"Kita ada proses dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Kita telah bincang semua pilihan dan kami bersedia untuk meneruskan perjuangan. Ia (kemungkinan Anwar disabitkan) bukan satu masalah langsung, ia hanyalah satu isu kecil," kata ahli parlimen Gombak itu.

Ditanya sama ada akan ada perdana menteri sementara jika Anwar dihukum penjara dan Pakatan menang, Azmin berkata, ia telah dibincangkan secara terbuka dengan presiden parti gabungan Pakatan yang lain.

"Keputusan itu akan berdasarkan kepada konsensus dan ini akan diketahui apabila tiba masa yang sesuai untuk diumumkan. Kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Anwar akan jadi PM sama ada beliau dipenjara atau tidak (jika Pakatan menang)," katanya.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk menjadi PM sementara, Azmin secara bergurau berkata: "Jika anda bersetuju".

"Baiklah, biarlah kita berbincang, pandangan saya tidak penting tetapi pandangan kepimpinan dalam Pakatan Rakyat yang relevan.

"Pandangan saya tidak penting (sama ada saya mahu jadi PM sementara). Ia tidak kisah sama ada PM akan datang itu seorang lelaki atau perempuan. Kami tak bimbang, mengapa anda bimbang? Kami bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," kata Azmin.

pkr election convention nurul izzahMengenai taklimat Anwar kepada beberapa duta asing hari ini,  timbalan presiden PKR itu berkata, ia adalah perjumpaan biasa bagi membincangkan isu-isu semasa.

Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (kiri) yang juga ahli parlimen Lembah Pantai pula berkata, keluarga sudah bersedia untuk menghadapi apa juga keputusan mahkamah Isnin ini.

"Sudah tentu kita akan cuba yang terbaik dan menguruskan gabungan dan harapan rakyat. Perkara yang paling penting adalah  kita mendapat kuasa melalui pilihan raya.

"Selepas pengalaman pada tahun 1998, kita telah melihat laporan Majlis Peguam antarabangsa mengecam perbicaraan pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng disabitkan (dalam kes membabitkan bekas ketua menteri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik).

"Apa yang penting ialah Pakatan masih bersama dan menghadapi pilihan raya bersama," katanya.