Hanya 16 peratus pengundi Cina yang dikajiselidik oleh Merdeka Centre mengatakan negara ini menuju ke arah yang betul - yang terendah sejak Mei 2009.

Ini berbeza dengan 70 peratus responden Melayu dan 57 peratus responden kaum India yang merasakan perkara yang sama.

Ini menjadikan jumlah tertinggi responden Melayu yang ditemubual yang merasakan begitu sejak April tahun lepas, dan pemulihan yang ketara untuk responden India selepas hanya 28 peratus pada bulan Oktober 2008.

NONESebanyak 52 peratus daripada 1,018 pengundi yang dikaji selidik 
antara 15 dan 28 Disember tahun lepas, bersetuju manakala 34 peratus merasakan sebaliknya dan majoriti, atau 61 peratus, menjangkakan tahun ini akan lebih baik daripada 2012.

Daripada 52 peratus itu, 26 peratus berkata ia adalah disebabkan untuk meningkatkan ekonomi dan 14 peratus kerana pentadbiran yang baik, manakala mereka yang tidak bersetuju, mempersalahkannya kepada inflasi dan kepimpinan negara sekarang.

Kajiselidik Merdeka Centre juga mendapati majoriti responden merasakan bahawa kerajaan patut menangani rasuah, dengan 51 peratus mengatakan isu ini memerlukan perhatian serius, diikuti oleh keperluan untuk perumahan mampu milik dan inflasi.

"Apabila ditanya mengenai dua isu paling penting mereka mahu kerajaan persekutuan tangani, lebih sedikit separuh daripada pengundi, atau 51 peratus melaporkan rasuah sebagai masalah teratas yang mereka mahu diselesaikan.

"Pengundi telah secara konsisten meletakkan rasuah sebagai bidang utama di mana mereka mahu melihat tindakan kerajaan sepanjang tahun lepas.

"Di tempat kedua dan ketiga adalah tuntutan mereka supaya kerajaan membuat kemajuan ke arah 'menyediakan perumahan yang mampu dimiliki' dan 'memerangi inflasi', dengan masing-masing 24 peratus dan 21 peratus," kata kajiselidik Merdeka Centre tersebut.

Ini, katanya, diikuti dengan "memperbaiki infrastruktur awam di kawasan luar bandar" dan juga "meningkatkan kecekapan kerajaan".

Sementara itu, ia mendapati ekonomi dan jenayah menjadi kebimbangan teratas pengundi, dengan masing-masing 34 peratus dan 19 peratus.

Daripada 1,018 responden yang dikajiselidik, 59 peratus responden adalah Melayu, diikuti 32 peratus Cina dan sembilan peratus India.