Sunday, January 13, 2013

Pembetulan Fakta Tanah Ngeh dan Nga Di Kelantan



13.1.13



Pembetulan Fakta Tanah Ngeh dan Nga Di Kelantan.




RALAT!
Penafian Ngeh Koo Ham,Nga Kor Meng dan Nik Aziz mengenai tidak 

berlaku  pertukaran tanah dan jawatan menteri besar Perak. Setelah
 membaca dan membandingkan fakta yang didedahkan oleh
MediaPerak bahawa Raja Nazrin sendiri yang melantik Nizar pada 
ketika itu di sini ingin Pisau membetulkan fakta bahawasanya Ngeh 
Koo Ham,Nga Kor Meng dan Nik Aziz  tidak berlaku pemberian
 tanah secara percuma sebaliknya dipajak melalui pengambil-alihan 
syarikat Upayapadu S/B.




Pisau mendapati berlaku percanggahan fakta yang tidak tepat yang 

diperolehi dari sumber sebelum ini dan berasa bertanggungjawab untuk 
memperbetulkan demi kebenaran. 

Namun secara jelas Ngeh dan Nga mengakui secara terbuka telah 

mengambil alih Upayapadu S/B yang memiliki tanah  pajakan 10,526
 ekar di Kelantan diatas persetujuan YIK yang dipengerusikan oleh 
Nik Aziz.



Penafian dan penjelasan Ngeh,Nga dan Nik Aziz telah dibuat, pejabat

 Menteri Besar sendiri telah menyerahkan dokumen kepada pihak 
SPRM dan ketika ini siasatan sedang dijalankan.




Pendedahan Pisau mengenai isu ini setelah diselidiki rupanya

 bukanlah isu baru sebaliknya pernah didedahkan oleh blog pro pakatan 
MediaPerak.net sejak Jun 2012.Bukan saja tanah di Kelantan
 sebaliknya MediaPerak.net mendedahkan lebih terperinci secara 
bersiri :klik sini




Kenapa ketika forum menjawap isu tanah PAS gagal sama sekali 

untuk menjawap 20 persoalan bagaimana tanah Kelantan boleh jatuh
 ke tangan orang luar. 

1. Betulkah ini tanah Rizab melayu? Baca SINI

2. Kenapa PAS mengulang lagi kesalahan memberi tanah 300,000 

kepada syarikat CIna Singapura pada tahun 1964? Baca SINI

3. Kenapa PAS cuba memusingkan dan menipu fakta mengatakan

 projek ini diberi kepada Upahdaya kerana diluluskan oleh Dato Awang
 Adek dan Dato Peter Chin sedangkan mereka hanya memberikan
 surat sokongan dan kuasa menukar nama dna meluluskan adalah
 kuasa kerajaan kelantan? Baca Utusan SINI

4. Dari sokongan Dato Awang Adek untuk usaha baik tak kira usaha

 UMNO atau PAS, mereka dapat wang RM16 juta pinjaman dari
 agensi kerajaan berhubung Forest. Kenapa tanah ini perlu dibuat
 secara usahasama sedangkan YIK dapat pinjaman dan hanya 
RM2 juta diguna. Iklan property agent kata hanya 1 juta? Baca SINI

5. Adakah wang pinjaman itu masih terus diberikan jika ianya telah

 diberikan kepada Ngeh dan Nga? Baca SINI

6. Kenapa nilai Upahdaya RM31 juta menurut dato Hamidah tapi

 nilai tanah RM36.8 juta? Baca SINI

7. Tunggakan bayaran Upahdaya pada YIK adalah RM5 juta untuk

 2007-2012 dan Upahdaya bayar RM1.5 juta masa tukat nama kepada 
Ngeh. Bila balance nak dibayar?

8. Kenapa tak batalkan Upahday adan beri kontrak baru pada Ngeh

 dan Nga? Adakah seperti di sebutSINI, Tengku Wong pegang sementara 
dari 2008 hingga Ngeh dan Nga masuk Upahdaya sekarang?

9. Kenapa kadar pajakkan terlalu murah untuk hanya RM100 dan 

RM150 setahun?

10.  Menurut pelbagai pernilaian, harga tanah ini sekurang-kurangnya 

RM30 juta. Salah satu iklan SINImeletakkan lebih RM35 juta. 
Bagimana Ngeh membayarnya kepada Upahdaya? Ini satu jumlah
 yang banyak Baca SINI 

11. Kenapa pelbagai keprluan rakyat tak dibuat tapi boleh beri tanah

 untuk dipajak Cina murah-murah dan lama-lama. Kenapa tak diberi 
pelung ini kepada rakyat Kelantan atau orang Melayu? Baca SINI

12. Kenapa syarikat Upahdaya kepunyaan Tengku Wong (empunya asal)

 diberikan projek pada tahun 2007sedang dia gagal selesaikan
projek pada kali pertama tahun 2000 dan ditarik balik pada 2004?
 Baca SINI

13. Mengapa Ngeh mula menafikan, dan kemudian mengaku terlibat 

dalam Upahdaya dan mengugut Dato Hamidah kerana mendedahkan
 serta Thomas Su melarang ADUN-ADUn DAP pertahan Nga dan Ngeh 
dalam sidang?

14. Jelaskan kenapa Karpal menegur ahli politik Dap mengelakkan 

dari transaksi yang akan menimbulkan syak [baca Agendadaily SINI
dan survey DAP mengesyaki ada berlaku skandal? BacaSINI

15. Kenapa SUA kata projek ladang Yayasan Islam Kelantan untuk 

pajakkan 50 tahun tapi iklan property agent tulis 70 tahun? Mana satu
 betul.

16. Ngeh kata ini untuk tanaman semula balak [baca Sg Rapat Online

 SINI] tapi SUA kata untuk tanam ladang kelapa sawit dan getah klon?

17. Kenapa Ngeh perlu bayar RM1.5 juta kepada YIK untuk beli syarikat

 Upahdaya? Baca SINI

18. Kenapa projek pembukaan ladang diberikan kepada Upahdaya

 kepada sebuah syarikat baru setahun yang tidak ada merit dan
 track record. Baca SINI.

19. Apa helah Ngeh untuk kata tanam semula balak dan bukan

 seperti yang dijanjikan sebagai getah dan kelapa sawit?



 20. DAP Chong Chien Jen pernah menuduh syarikat balak mendapat

 keuntungan pulohan juta dari membalak tanah hutan 3,000 ha. Baca 
Apanama SINI. Kalau 4,000 hectar, berapa banyak? Angaran konservatif dari Akar Umbi SINI

Berapa banyak YIK dapat dari balak dengan Tengku Wong dari tahun 

2000??? 

Kronoloji dari Unspinner adalah berikut:

Dis 2000 - YIK tawarkan Projek Usahasama dengan sebuah syarikat 

Tengku Wong
18 Ogos 2004 -  YIK tarikbalik tawaran ladang hutan
28 Ogos 2005 - YIK tawar pada Upahdaya sebuah syarikat Tengku 

Wong juga
12 Okt 2005 - Surat tiada halangan Peter Chin
4 Jan 2006 - Surat sokongan Dato Awang Adek
3 Mei 2006 - Tandatangani perjanjian dengan Upahdaya untuk

 pajakan tanam getah klon dan kelapa sawit.
2007 - Upahdaya dapat pinjaman FPD RM16.2 juta
Mei 2012 -  Ngeh ambilalih Upahdaya dari tengku Wong
4 Jun 2012 - Upahdaya memohon sambungan pinjaman FPD

Berdasarkan undang-undang tanah, keseluruhan negeri Kelantan 

merupakan rizab orang Melayu dan orang luar yang bukan anak 
Kelantan tidak boleh membeli tanah di negeri ini kecuali ada
 kelulusan daripada Exco.

Sekiranya tanah itu untuk komersial, ia sepatutnya dibuat secara 
tender terbuka, bukan dipilih terutama pihak yang ada hubungan
 dengan parti yang memerintah negeri!Jika betul ia untuk komersial 
kenapa tak diberi kepada anak tempatan atau anak syarikat milik
 kerajaan negeri?

http://www.pisau.net/2013/01/pembetulan-fakta-tanah-ngeh-dan-nga-di.html

No comments:

Post a Comment