Status tanah 200 ekar kekal untuk kem tentera - MB
Harakahdaily, | 11 Jan 2013 |

Oleh itu, Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian bahawa sebarang pembangunan komersial di tanah tersebut tidak akan diluluskan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri mengambil tanah tersebut daripada pemilik estet untuk diberi kepada Kerajaan Persekutuan bagi kegunaan awam.
“Surat pengambilan tanah ini adalah untuk kegunaan awam. Dalam surat itu kita sebut tentang penggunaannya.
“Jadi apabila kita beli tanah daripada tuan tanah, ia dijual mengikut kegunaan awam.
“Tetapi apabila ia ingin digunakan bagi tujuan komersial, tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah berbeza,” kata MB Selangor sebagaimana dilaporkan dalam media rasmi kerajaan negeri, Selangorkini.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri memutuskan tidak membenarkan sebarang pembangunan komersial di atas tanah tersebut yang diambil pada tahun 1980-an untuk pembinaan kem tentera 8 Briged.
Sebelum ini dilaporkan bahawa status dan kegunaan tanah seluas 200 ekar di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang itu muncul di dalam skandal yang membabitkan syarikat Ketua
Wanita Umno Selangor dan saudagar karpet Deepak Jaikishan.
Minggu lepas, akhbar Selangorkini melaporkan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual tanah tersebut kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan
hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad.
Boustead adalah unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menyimpan caruman dari potongan gaji anggota tentera.
Syarikat yang berusaha untuk menjual tanah tersebut adalah Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.
Dengan keputusan kerajaan negeri Selangor ini, tanah ini tidak akan mempunyai nilai komersial apa-apa dan bakal memberikan tekanan lagi kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang membelinya kembali selepas dijual dengan harga murah.
Sebelum ini, Deepak mendakwa, beliau membeli tanah itu dengan pertolongan Datin Seri Rosmah Mansor dengan harga yang murah sebelum dijual kembali.
No comments:
Post a Comment