Isu Nama Allah Umno Bersandiwara Posted on Friday, January 11 @ 20:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |

Di dalam isu kalimah Allah pendirian PAS, ialah orang bukan Islam boleh menggunakan tetapi jangan disalah gunakan. Jika berlaku penyalah gunaan tindakan undang-undang perlu diambil.
Umno mencuba sekali lagi untuk menunjukkan mereka menjadi juara dalam membela agama. Tindakan Umno hanya menjadi bahan ketawa oleh mereka yang berfikir. Umno berlagak mempertahan nama Allah dalam masa yang sama Umno menentang hukum Allah. Boleh diibaratkan, Umno hendak manis tetapi tidak mahu gula.
Umno juga yang menyekat ajaran Allah berkumandang di masjid dan di surau. Mereka hanya membenarkan ajaran Allah disampaikan dalam versi yang dihendaki oleh Umno. Ustaz yang menyampaikan Islam secara jelas akan digam daripada mengajar. Malahan ada yang hendak ditangkap seperti Dr Harun Din, Almarhum Datuk Ishak Baharom, Datuk Ismail Kamus. Sejarah tidak akan terpadam bagaimana Umno memerintah Selangor telah menutup Surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Surau Puchong Perdana, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi. Siapa yang bertanggungjawab meroboh surau di Kampung Berembang Ampang dan Masjid Bujal di Kemaman?. Apa salah rumah Allah yang hendak mengangkat nama Allah telah diperlakukan demikian rupa.
Layakkah pemimpin Umno berdegar-degar mempertahankan nama Allah sedangkan rumah Allah mati sebelum orang mati. Kelas pengajian tidak hidup. Apakah layak Umno hendak menjadi juara mempertahan nama Allah sedangkan kelas yang boleh memelihara akidah umat tidak terbela. Sepatutnya ini yang Umno perlu lakukan supaya akidah orang Islam terpelihara. Malam nanti kita boleh buat tinjauan masjid atau surau yang orang Umno menjadi jawatankuasanya tidak makmur, berbanding dengan rumah Allah yang dimakmurkan oleh orang PAS..
No comments:
Post a Comment