Tuesday, January 22, 2013

Kelantan Berjaya Pohon Injunksi Halang PETRONAS


Kelantan Berjaya Pohon Injunksi Halang PETRONAS


E-mailPrintPDF
Injunksi Interlokutari Menghalang PETRONAS membayar 5% nilai Royalti Petroleum Kelantan kepada Kerajaan Malaysia

Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini telah berjaya memfailkan Permohonan Perintah Injunksi di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bagi menghalang PETRONAS dari membuat apa-apa sahaja bentuk baik Bayaran Tunai atau Royalti pada mana-mana pihak selain Kerajaan Negeri Kelantan selagi perbicaraan Tuntutan Royalti Petrolium belum selesai dan masih dalam perbicaraan.
Menyoroti kronologi sejak 30-8-2010 Kelantan telah memulakan saman sivil terhadap PETRONAS bagi mendapatkan bayaran tunai yang perlu dibayar kepada Kelantan menurut Perjanjian dan Pemberian Peletak-hakan yang kedua-duanya bertarikh 5hb Mei 1975 dan Akta Pembangunan Petroleum, 1974 (PDA) bagi minyak yang diperolehi di "onshore" dan “offshore” Kelantan. Adalah menjadi kewajipan PETRONAS untuk membuat pembayaran tunai berjumlah 5% dari nilai kesuluruhan pengeluaran petroleum di Kelantan ("bayaran tunai 5%") kepada Kerajaan Kelantan di mana pembayaran tersebut dibuat sebanyak dua kali setahun.
PETRONAS bukan sahaja enggan membayar bayaran tunai 5% tersebut kepada Kelantan (yang merupakan perkara pokok saman sivil ini), bahkan Kelantan mempunyai sebab untuk percaya bahawa PETRONAS telah sebaliknya membayar bayaran tunai 5%tersebut (yang sepatutnya hak Kelantan) kepada Kerajaan Persekutuan. Tidak ada asas di bawah PDA atau mana-mana 14 Perjanjian dan 14 Geran Penyerah Hak yang telah dimeterai pada tahun 1974/75 yang membenarkan Kerajaan Persekutuan untuk menerimabayaran tunai 5% yang sepatutnya dibayar oleh PETRONAS kepada negeri dari mana minyak diperolehi, samada “onshore” atau “offshore”.

Video:


Pada jam 11 pagi tadi, Kerajaan Negeri Kelantan yang di ketuai oleh YB Dato’ Haji Husam Musa selaku Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan bersama peguamcara Kerajaan Negeri Kelantan dari Tetuan Tommy Thomas memfailkan notis permohonan dan affidavit [Injunksi Interlokutari] di Mahkamah Tinggi Malaya (Bahagian Sivil) di Kuala Lumpur. Ia adalah bertujuan untuk mendengarkan permohonan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Aturan 29 Kaedah-Kaedah Mahkamah, 2012 dan di bawah bidangkuasa sedia ada Mahkamah Tinggi Malaya untuk mendapatkan perintah-perintahberikut:-
1)         Suatu Injunksi Interlokutori yang menghalang Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) selaku Defenden Pertama, sama ada dirinya sendiri, ejen-ejennya, pekerja-pekerjanya atau orang lain dengan apa cara sekalipun, daripada membayar kepada Kerajaan Malaysia selaku Defendan Kedua bayaran tunai yang jumlahnya bersamaan dengan 5% nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di pantai dan di luar pantai Negeri Kelantan yang merupakan perkara subjek bagi pertikaian dalam guaman ini, bermula dari tarikh apa-apa Perintah yang akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Malaya sehingga penentuan guaman ini selesai.
2)         Suatu Injunksi Interlokutori yang memaksa PETRONAS untuk memasukkan wang tunai tersebut ke dalam sebuah akaun beroleh keuntungan berasaskan pematuhan syariah (syariah-compliant account attracting profit) yang dikendalikan oleh PETRONAS, tetapi dengan pendedahan penuh kepada Kerajaan Negeri Kelantan sehingga Perintah lanjut dibuat;
3)         Suatu Injunksi Interlokutori yang memaksa PETRONAS untuk menyediakan satu akaun yang menyenaraikan semua bayaran tunai sebelum ini yang dibuat oleh PETRONAS kepada Kerajaan Malaysia yang merupakan perkara subjek bagi pertikaian dalam guaman ini, dan untuk memberikan maklumat sedemikian melalui suatu Afidavit dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh apa-apa Perintah yang akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Malaya;
Justeru, permohonan injunksi ini adalah bertujuan untuk menghalang PETRONAS daripada membuat sebarang pembayaran Royalti Petroleum milik Kerajaan Kelantan kepada Kerajaan Persekutuan sementara menunggu kes di Mahkamah ini selesai sepenuhnya.
Pihak Kerajaan Negeri difahamkan proses menunggu pendengaran di Mahkamah ini akan mengambil masa tidak kurang dari 60 hari selepas pihak PETRONAS menyediakan affidavit balasan dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment