Sunday, January 13, 2013

Isu Kalimah Allah Dan Bible


Isu Kalimah Allah Dan Bible.


Ilmu Para Mufti Lebih Rendah Dari Nik Aziz?

Sudah ramai ilmuan agama termasuklah para Mufti tampil menempelak tindakan 

PAS yang secara sedar telah merendahkan kesucian agama Islam apabila buat 
kali keduanya bersetuju menyokong kalimah Allah s.w.t digadaikan kepada Kristian.

PAS ternyata terpana dan terkesan bila tiba-tiba sahaja para Mufti dan ilmuan 

agama sama ada yang non partisan mahupun dari dalam PAS sendiri semakin 
berani menyatakan kritikan mereka secara terbuka, satu senario yang langsung
 tak terjangka oleh pimpinan PAS.

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid umpamanya menyifatkan tindakan 

PAS menyokong kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan Bible berbahasa Melayu 
adalah satu langkah seolah-olah sengaja mahu menyekutukan Allah s.w.t.

Beliau juga berkata persetujuan PAS membiarkan kesucian kalimah Allah dinukilkan 

dalam Bible menggantikan perkataan 'God' dalam konsep ketuhanan Kristian, sama
 seperti PAS redha dan merelakan Allah s.w.t itu bukan lagi Yang Maha Esa.

Ulasan beliau senada dengan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman yang 

turut mengkritik keputusan songsang PAS menyokong tuntutan Setiausaha Agung 
DAP, Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible.

Katanya lagi, bagi umat Islam Tuhan hanya satu iaitu Allah s.w.t yang menciptakan

 alam dan seluruh kejadian di dunia ini, tiada sekutu atau menyerupai makhluk lain.

"Namun, (penganut) Kristian menyebut Allah sebagai Tuhan tetapi mempunyai 

pelbagai bentuk serta beranak pinak (ayah, ibu dan anak)."

Malah beliau juga menyelar tindakan pihak gereja Kristian mahu mencetak Bible 

dalam Bahasa Melayu dengan menukarkan God kepada kalimah Allah yang 
dipercayai dilakukan dengan maksud tertentu untuk mempengaruhi generasi 
muda muslim supaya terkeliru dan menganggap al-Quran dan Bible, tiada 
perbezaannya.

Berikutan teguran-teguran itu, tidak sedikit penyokong dan ahli PAS yang buta

 hati dan kelam mindanya bangkit merendah-rendahkan kewibawaan mereka 
berdua dengan pelbagai komen buruk dan sinis. Pada mereka, sokongan 
Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap persetujuan PAS dalam
 isu kalimah Allah adalah tepat dan tiada salahnya.

Jika benar martabat para Mufti sebegitu rendah malah lebih rendah daripada 

Nik Aziz, apa pula komen pengikut taksub PAS terhadap pendirian dua orang
 ulama PAS yang jelas bertentangan dengan pendapat songsang Nik Aziz?

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din misalnya tetap tegas dengan 

pendirian sesiapa saja umat Islam yang redha ,menyokong tuntutan kalimah 
Allah s.w.t untuk dicetak dalam Bible boleh ditimpa kekufuran.

Selain Ustaz Haron Din, seorang lagi pemimpin PAS yang juga adalah 

pendakwah terkenal, Ustaz Ismail Kamus juga mengecam pendirian PAS
 dalam isu ini. Katanya, penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang 
bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan kerana tidak sesuai dengan
 keadaan dan situasi.

"Siapa pun bertanya, jawapan saya tetap sama iaitu kalimah Allah tidak 

sesuai digunakan orang bukan Islam di negara ini. Kalau dibenarkan, nanti 
orang keliru. Allah ini Tuhan siapa sebenarnya? Islam atau agama lain?

"Bagi umat Islam, kita perlu pertahankan agama kita. Bagi saya, kerajaan 

perlu menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang penggunaan 
kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam daripada berlaku," demikian 
kata Ustaz Ismail Kamus kepada Utusan Malaysia.

Semua kenyataan di atas merupakan satu tamparan hebat buat PAS 

khususnya kepada Nik Aziz yang sebelum ini bersungguh mempertahankan
 kesediaan PAS menyokong tuntutan kalimah Allah dimasukkan dalam Bible
 versi Bahasa Melayu.

Jika dikira dari segi ketokohan dan kelayakan pengetahuan agama, siapa

 Nik Aziz jika dibandingkan dengan para Mufti sekalian yang terbukti memiliki
 kelayakan dan luas pengetahuan agama Islam di dada mereka. Hatta Ustaz 
Haron Din dengan Nik Aziz pun ibarat membanding intan berlian dengan 
kaca, tak begitu?

No comments:

Post a Comment