MELAYU JANGAN TIDUR TERLALU LENA
Pemisahan Singapura daripada Malaysia(Sejarah
Malaysia)
Ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia.
Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965.
Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan
di sebuah klinik di London.
Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan
Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.
Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara
bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia
sebagaimana saranan Ramanathan (perlu rujukan) Lee Kuan Yew mempersoalkan orang
Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang
sebagaimana Cina dan India.
Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang
mempunyai darah campuran keturunan Arab.
Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay".
Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan
oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.
Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat
sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA.
Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan
Sarawak.
Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan
bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak
Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk.
Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu.
Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan
di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.
UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang
Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti
dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian.
Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu
melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.
Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan.
Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan
orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura
bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.
Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya
Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura
. Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula,
sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.
Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam
Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.
Ini lah sejarah mengapa dan kenapa Singapura di keluarkan dari Malaysia, dan
perlu diingat, PAP masih mendendami orang orang Melayu dan oleh itu mereka
menghidupkan DAP di Malaysia demi untuk meneruskan agenda mereka untuk menjadi
pemerintah.
PAP akan memberikan bantuan kepada DAP dalam apa jua bentuk dalam menjayakan
apa yang mereka hajati, dan jika ini terjadi, kita boleh saksikan nanti
pemusnahan sistem pemerintahan orang Melayu, sistem beRaja akan dimansuhkan dan
diganti dengan Presiden, perlembagaan akan diubah yang mana ianya membolehkan
orang bukan Melayu sebagai Perdana Menteri.
Apa yang paling pasti ialah, lirik lagu 'anak kecil main api' akan menjadi
kenyataan, SEDARlah Melayu, BANGUNlah Melayu, jangan kita lena dibuai oleh bait
bait puisi indah yang sebenarnya adalah kata kata nista sebelum menjadi
pemerintah, jangan kita sewenang wenang menghirup madu yang diberikan, kerana
itu adalah racun yang cukup berbisa yang mungkin takkan mampu kita ubati kelak.
Jika kita generasi muda hari ini tidak mampu untuk berjuang memerdekakan
negara, jangan kita lupa untuk memperjuangkan pengekalan kemerdekaan ini.
No comments:
Post a Comment