Anwar Ibrahim Perlekeh Sumpah Rosmah Mansor
SATURDAY, JANUARY 19, 2013
Anugerah Kote Bengkok
Gomo dapat berita dari rakan dari pihak PKR bahawa ANwar Ibrahim telah memperlekehkan sumpah yang dilakukan Rosmah Mansor. Emmm Anwar Ibrahim marah ke? Meh sini layan apa yang Gomo nak sampaikan dibawah ni buat tatapan pembaca tersayang Blog Papa Gomo.
Kelmarin Datin Sri Rosmah isteri Perdana Menteri telah bersumpah bahawa beliau tidak memiliki cincin berlian yang sebelum ini difitnah oleh pihak Pembangkang. Sumpah Rosmah Mansor kelmarin membuatkan beberapa pihak tersentak ekoran selama ini kita tidak pernah mendengar Rosmah Mansor menafikan dengan bersumpah akan Cincin yang dikatakan pembangkang bernilai 24 juta USD.
Video diatas Sumpah Datin Sri Rosmah Mansor yang mana membersihkan sedikit sebanyak nama beliau tentang fitnah yang disebarkan oleh pembangkang sejak setahun lalu.
Gomo tidak mahu mengulas panjang kerana dalam isu fitnah cincin yang dimulakan oleh Badrul Amin @ Chegubard dari PKR ini akan diperjelaskan satu persatu apabila sampai masanya nanti. Namun Gomo suka nak menayangkan beberapa video bagi memberikan kesedaran buat rakyat Malaysia agar menilai secara waras akan fitnah pakatan pembangkang selama ini.
Video diatas merupakan video sumpah Dato Sri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia. Bukan sekali Najib Razak bersumpah malah tidak silap Gomo sudah 3 ke 4 kali beliau bersumpah tidak kenal dengan Altantuya yang mati dibunuh. Fitnah pembangkang yang berterusan sehingga kini mengaitkan Najib Razak dengan Altantuya dijawap Najib Razak sedikit sebanyak dengan Sumpah beliau.
Video diatas ini pula merupakan Sumpah Saiful Bukhari yang menyatakan dengan jelas beliau telah di liwat oleh Anwar Ibrahim. Gomo masih ingat ramai juak pakatan pembangkang mempertikaikan sumpah Saiful Bukhari namun hakikatnya Saiful Bukhari telah bersumpah bagi memberikan kebenaran buat rakyat Malaysia tentang Anwar Ibrahim meliwat beliau.
Walaupun Anwar Ibrahim dibebaskan oleh mahkamah pada tahun lalu atas sabitan meliwat Saiful Bukhari atas kesilapan teknikal. Realitinya liwat memang berlaku yang mana memang Anwar Ibrahim telah meliwat Saiful Bukhari. Lihat sahaja sehingga ke hari ini Saiful Bukhari terus sihat walaupun difitnah dan ditomah dengan pelbagai cara oleh puak Anwar Ibrahim.
>
Video diatas ini pula merupakan sumpah yang dilakukan oleh Datuk Eskay seorang bekas rakan Anwar Ibrahim yang turut sama ada didalam paparan Video Seks Anwar Ibrahim bersama China Doll yang Gomo keluarkan pada tahun 2011 yang lalu.
Wan Azizah? Azmin Ali? Ataupun Adun Selinsing PAS? Badrul Amin PKR?
Apa pun cukuplah dengan 4 paparan video diatas untuk anda semua saksikan kebenaran yang disampaikan kepada kita semua. Errr Video Anwar Bersumpah? Memang ada video Anwar Ibrahim bersumpah dan saksikanlah sendiri video Anwar Ibrahim bersumpah dibawah ini.
Anwar Ibrahim tidak mampu bersumpah waktu ini kerana semua rakyat tahun sumpah beliau pada tahun 1999 dalam kes Liwat lalu telah memakan diri memaksa beliau menerima aib yang dasyat. Atas sebab itu sehingga ke hari ini beliau memberikan bermacam alasan untuk bersumpah kerana beliau tahu jika sekali lagi beliau bersumpah maka hidup beliau akan jadi tidak keruan yang akan membuatkan beliau menjadi GILA BABI.
Semoga paparan 5 video diatas memberikan para pembaca blog Papa Gomo mencari sudut yang terbaik untuk menilai antara "Yang Hak dan Yang Bathil".
No comments:
Post a Comment