Isu Tanah Kelantan: Penyokong PAS Tak Faham Beza Surat Sokongan dengan Surat Tukar Milik Tanah
Isu tanah Kelantan seluas 4,210 hektar yang bernilai
hampir RM30 juta di lokasi seperti Relai, Daerah Chiku dekat Gua Musang telah
dijadikan 'habuan' kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd oleh kerajaan Nik Aziz
kini terbarai. Ia dikatakan 'habuan' kerana melibatkan kepentingan ahli-ahli
politik iaitu Adun DAP Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang merupakan antara
pelabur dalam syarikat tersebut.
Pemberian 'habuan' daripada kerajaan PAS kepada pemimpin DAP Perak itu
dikhabarkan bertujuan bagi membolehkan PAS meletakkan Adun Pasir Panjang, Datuk
Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.
Berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 40% atau RM15
juta saham Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki oleh Ngeh Koo Ham, dan 51%
atau RM16 juta dimilik oleh syarikat Efektif Kirana. Dan 99% saham syarikat
Efektif Kirana pula dimiliki oleh Ngeh Koo Ham juga.
Justeru, secara dasarnya, Upaya Padu Plantation adalah hampir 100% milik Ngeh
Koo Ham. Ngeh juga telah pun mengaku bahawa beliau adalah pemilik syarikat
tersebut walaupun sebelum ini cuba sedaya upaya menipu dan menafikan
segala-galanya.
Isu ini sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk difahami apatah lagi apabila
Setiausaha Akhbar Nik Aziz sendiri, iaitu Ahmad Fadhli Shaari mengakui kerajaan
negeri telah menawarkan kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd melalui surat Yayasan
Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.
Memandangkan semuanya sudah kantoi dan terbarai, maka terhegeh-hegehlah Nik
Aziz dan Ngeh mengatur langkah untuk membela diri apabila 'urusniaga gelap'
mereka terdedah.
Harakah pun mengambil peranan penting untuk memusing cerita dan menuduh
pemimpin UMNO pula sebagai punca. Kononnya, pemberian tanah tersebut telah
diberikan kepada syarikat Upayapadu dengan kelulusan kerajaan pusat berdasarkan
surat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr Awang
Adek bin Hussin, dan juga surat Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.
Jelas, ini adalah usaha terdesak PAS untuk memusingkan cerita yang mudah,
agar menjadi berbelit-belit bagi mengelirukan rakyat. Ini kerana, kedua-dua
surat yang dijadikan 'bukti tidak bersalah' oleh PAS itu hanyalah surat sokongan
terhadap projek yang dicadangkan dan bukannya dokumen menukar hak milik tanah
kepada sesiapa. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menyokong
projek yang dilihat mampu menjana pendapatan negeri.
Namun, Datuk Awang Adek mahupun Datuk Peter Chin tidak punya hak atau kuasa
untuk menukar milik tanah kepada syarikat Upaya Padu Sdn Bhd atau sesiapa jua.
Siapakah yang ada kuasa untuk menukar pemilikan tanah di Kelantan jika bukan Tok
Guru Nik Aziz sendiri?
Lebih merunsingkan PAS dan DAP ialah apabila skandal ini dibangkitkan di
dalam Dewan DUN Perak oleh Dato' Hamidah Osman. Sudah menjadi sikap samseng
semulajadi DAP untuk cuba menggunakan cara ugutan bagi menutup skandal mereka.
Justeru, pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan
Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang ke meja Dato' Hamidah dan menuding
jari sambil mengugut "You dedah (revealed) you watch out I will go after you''.
Namun, seperti biasa juga DAP terlalu sombong lagi bodoh untuk mengaku yang
mereka telah mengugut sesiapa walaupun hakikatnya terdapat saksi iaitu Tan Sri
Mohamad Tajol Rosli Ghazali dan Datuk Rusnah Kassim yang turut ada pada ketika
kejadian. Maka, terngangalah Nga apabila menyedari bahawa ugutannya telah
membesarkan lagi isu tanah ini.
Entah apa lagi percubaan DAP dan PAS untuk menutup isu korup mereka ini
selepas ini. Hari ini, PAS telah membuktikan yang mereka sanggup menggadaikan
4,210 hektar tanah untuk jawatan MB. Bayangkan jika PR memerintah negara
ini…entah berapa hektar lagi atau apa lagi yang akan PAS gadai untuk jawatan
Menteri Kabinet ataupun Pengarah GLC serta bayangkan juga ugutan dan ancaman
yang puak samseng DAP mampu lakukan jika mereka tidak mendapat apa yang mereka
inginkan…
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment