Saturday, December 15, 2012

Najib berpuisi gambarkan bangsa Melayu

Najib berpuisi gambarkan bangsa Melayu

Cetak
KUALA LUMPUR: Tidak cukup dengan kata-kata perangsang yang bernas dan semangat berkobar-kobar ketika menyampaikan ucapan dasar semasa merasmikan Perhimpunan Agung Umno ke-61 hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib

Razak turut berpuisi untuk menyampaikan mesejnya.



Melayu itu, kaya falsafahnya,
Melayu itu, orang yang bijaksana,
Akal budi bersulamkan daya.

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu.

Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam,
Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum,
Kita bersama dalam serumpun.

Sebaik selesai membacakan puisi itu sambil tersenyum simpul, Najib menerima tepukan gemuruh daripada 2,543 anggota perwakilan yang berada di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ucapan Presiden UMNO itu, yang disiarkan melalui siaran televisyen litar
tertutup, turut mendapat sorakan daripada pemerhati dan hadirin di luar Dewan
Merdeka yang penuh khusyuk mengikuti ucapannya.

Najib kemudian meneruskan puisinya bagi menggambarkan perpaduan dan agama di
negara ini.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Setia dan sabar tiada sempadan.

Maruah dan agama dihina jangan,
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Daripada perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan:

Menjadi pemimpin sifatnya agung,
Syarak dipakai adat dijunjung.

Hidupnya mengabdi kepada rakyat,
Taat setia membela umat.

Di akhir petikan puisi itu, Najib membacakan rangkap yang menyimpulkan
Melayu sebagai:

Dijadikan induk kuat berdiri,
Umat sentosa bertuahlah negeri.

"Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan
betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer
asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni.

"Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi
kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat," kata Najib.

Presiden UMNO itu berkata keperibadian bangsa Melayu itulah yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk dan sikap itu juga yang menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment