Khalid: Sambut baik beku saman AES
20 Disember 2012

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan tersebut menggembirakan Kerajaan Negeri malah pihaknya menghormati penangguhan saman AES itu.
Menurutnya, keputusan terdorong juga mendorong Kerajaan Negeri untuk menutup kamera AES yang dipasang di negeri ini seperti yang diumumkan sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri tetap akan menjalankan penilaian terhadap proses pelaksanaan AES.
“Bukan kepentingan kami mengenai pelaksanaan AES. Apa yang pasti AES tidak boleh dilaksanakan di Selangor melainkan Kerajaan Pusat mencapai persetujuan bersama dalam isu ini.
“Ini kerana setiap struktur yang ingin dibina di negeri ini perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat,” katanya.
Selasa lalu, satu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara bahawa langkah membekukan prosiding diambil bagi meneliti kesemua isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kes saman AES.
Bagaimanapun menurut Jabatan Peguam Negara, saman-saman berkaitan kesalahan AES yang dikeluarkan masih sah.
Kata Jabatan Peguam Negara, ekoran perkara yang dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan undang-undang dan aspek teknikal, maka pihaknya memutuskan untuk meneliti segala aspek berkenaan
No comments:
Post a Comment