Wednesday, December 19, 2012

Penduduk bantah MBSA naikkan cukai taksiran

Penduduk adakan demo bantah MBSA naikkan cukai taksiran

SHAH ALAM: Sekumpulan 50 pemilik tanah dari Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh hari ini berhimpun di hadapan Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, bagi membantah kenaikan cukai taksiran sebanyak 7.5 peratus untuk tahun 2013.

Y N Chong, 50, yang mengetuai kumpulan itu turut menyerahkan surat bantahan berkenaan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan di pejabatnya pada jam 10.30 pagi tadi.
Chong dari Sungai Buloh, mendakwa kadar cukai taksiran tanahnya meningkat daripada RM2,400 tahun ini kepada RM45,000 tahun depan.


Ahli perniagaan dari Kampung Baru Sungai Buloh, Datuk M Ratnam Uttaya, 76, berkata kenaikan itu tidak setimpal dengan pembangunan infrastruktur di kawasannya.

"Longkang kecil menyebabkan berlakunya banjir, tiada infrastruktur, lorong sempit menyukarkan laluan lori keluar masuk, tetapi mahu menaikkan cukai taksiran berganda, mana pergi kutipan hasil oleh kerajaan negeri yang sepatutnya diperuntukkan untuk negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau turut menggesa kerajaan negeri menimbang semula kadar cukai taksiran baru itu supaya lebih munasabah dan tidak membebankan pemilik tanah.

- BERNAMA
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PendudukadakandemobantahMBSAnaikkancukaitaksiran/Article

No comments:

Post a Comment