14 December 2012
(Parti dominan atau sekadar khadam
Pak Pacak?)
Salam 2 all.
Dominan bermakna mempunyai pengaruh,
autoriti atau kawalan yang utama keatas sesuatu. Apabila seseorang menyatakan
dia adalah dominan, bermakna dia punya pengaruh, autoriti dan kawalan utama
dalam menterjemahkan kehendak dan kemahuannya. Apabila sebuah parti politik
menyatakan ia adalah parti dominan, bermakna parti itu mempunyai pengaruh,
autoriti dan kawalan untuk menterjemah dan melaksanakan falsafah, dasar dan
agenda parti itu; dan ia dihormati oleh parti yang duduk dibawah dominasinya!
Itulah yang berlaku kepada UMNO.
Apabila UMNO menjadi parti dominan didalam Barisan Nasional, maka UMNO
mempunyai pengaruh, autoriti dan kawalan utama untuk melaksanakan dan
menterjemahkan falsafah, dasar dan perjuangan parti UMNO – iaitu membela dan
memartbatkan bangsa Melayu dan Islam, disamping menjaga kebajikan dan
kepentingan agama dan bangsa lain. Dan ia dihormati komponennya!
Dan UMNO telah membuktikan status
dominannya dalam BN dengan melaksanakan dasar dan agenda perjuangan
Melayu-Islam sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946 sehingga kini.
Daripada mendapatkan kemerdekaan
untuk negara secara aman, memastikan Islam menjadi agama negara, meletakkan
syariat dan institusi Islam lebih tinggi dalam Perlembagaan dan dasar negara,
membela & memartabatkan bangsa Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Transformasi Negara; disamping menjaga kebajikan dan kepentingan kaum dan agama
lain didalam Malaysia, UMNO telah berjaya membuktikan ia bukan sahaja parti
yang dinamik dan pragmatik, malah ia adalah parti yang dominan dan dihormati
kawan, digeruni lawan!
Dan penghormatan parti komponen lain
terhadap UMNO sebagai parti dominan sangat jelas.
Sewaktu MCA menghadapi krisis
kepimpinan akibat persengkataan antara Tan Koon Swan dan Neo Yee Pan, pemimpin
UMNO, Allahyarham Tun Ghafar diberi mandat oleh MCA untuk menjadi Presiden
sementara MCA! Dan Tun Ghafar berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MCA
sehingga MCA kembali bersatu!
Sewaktu MIC menghadapi krisis
kepimpinan, sekali lagi pemimpin UMNO diberi amanah memimpin dan membimbing MIC
keluar daripada kemelut itu. Dan sekali lagi pemimpin UMNO berjaya menyelesaikan
masalah kepimpinan MIC.
UMNO tidak mengkhianati rakan
komponennya! UMNO tidak mengambil kesempatan daripada masalah dalaman yang
dihadapi rakan BN! UMNO tidak menikam parti kawan daripada belakang. Malah UMNO
menjadi 'abang' yang begitu setia dan sanggup berkorban untuk 'adik-adiknya'
didalam Barisan Nasional!
Dan sewaktu UMNO menghadapi krisis
kepimpinan sehingga diharamkan pada tahun 1988, dengan segera rakan komponen
MCA, MIC dan lain-lain bermesyuarat mengambil-alih secara sementara kepimpinan
BN untuk selama beberapa minit, sebelum membuat keputusan menyerahkan semula
kepimpinan BN kepada Presiden UMNO Baru Tun Dr. Mahathir Mohamed!
Itu maknanya UMNO parti dominan! Itu
maknanya UMNO parti tunggak! Itu maknanya UMNO parti tunjang! Parti yang
dihormati kawan, tetapi digeruni lawan!
Sekarang PAS mendakwa ia sebagai
parti dominan didalam pakatan pembangkang! PAS mendabik dada sebagai parti
tunggak! PAS mengaku sebagai parti tunjang dalam pakatan pembangkang! Sehingga
PAS sanggup membuat usul untuk memamak-bendaharakan presidennya Datuk Seri Hadi
Awang menggantikan Anwar Ibrahim!
Persoalannya, benarkah dakwaan PAS
itu? Benarkah PAS boleh menjadi parti alternatif untuk umat Melayu-Islam
menggantikan UMNO? Benarkah umat Islam-Melayu wajib membantu PAS dengan
mengundi mereka didalam PRU-13 nanti!
Mari kita kupas dan huraikan
persoalan ini secara fakta dan bukti!
Keputusan Exco Kerajaan PAS Kelantan
untuk menggantung, menilai dan mengkaji semula undang-undang PBT berkaitan pengharaman
lelaki bercampur wanita setelah tercetusnya isu salon non-Muslim yang disaman
kerana membenarkan tukang gunting wanita menggunting rambut pelanggan lelaki
menimbulkan satu polemik yang lebih besar!
Teman menjangka undang-undang
pengasingan jantina tersebut yang sudah ujud sejak PAS memerintah Kelantan pada
tahun 1991 itu akhirnya akan ditalkinkan tidak lama lagi setelah dikritik hebat
baru-baru ini.
Teman cukup yakin Kerajaan Datuk Nik
Aziz TIDAK membuat keputusan tersebut akibat teguran UMNO; almaklumlah UMNO
bukan sahaja parti yang telah dikafirkan, malah dimurtadkan baru-baru ini.
Takkan Nik Aziz nak dengar nasihat orang yang dikafir-murtadkan?
Teman juga cukup yakin keputusan
Kerajaan Datuk Nik Aziz itu BUKAN kerana tekanan daripada Chua Soi Lek mahupun
Palanivel, apatah lagi Koh Tsu Koon! Mereka bukan rakan-kapir yang
sekatil-sebantal dengan PAS! Malah kerana bersepakat dengan merekalah UMNO
diisytihar dan dipatwakan kafir dan tak layak masuk sorga!
Keputusan Kerajaan Datuk Nik Aziz tersebut
dibuat setelah menerima kritikan, tekanan dan desakan daripada rakan sekatil
dan sebantal mereka iaitu kepimpinan parti cauvinis rasis DAP! Rata-rata
pemimpin cauvinis DAP ini menempelak tindakan Kerajaan Datuk Nik Aziz itu. Dan
tekanan bertambah berat apabila Dewan Himpunan Penyokong Non-Muslim PAS Pusat
turut membantah dan menegur tindakan Kerajaan PAS Kelantan!
Apakah maksud ini semua? Maknanya PAS
bukan parti dominan! Maknanya PAS bukan parti tunggak! Maknanya PAS hanya
sekadar 'khadam pak turut' kepada kehendak DAP! Itulah maksudnya!
Jangan kata undang-undang yang dah
berumur lebih 20 tahun boleh ranap, perjuangan Negara Islam yang menjadi modal
politik PAS pun akhirnya bungkus! Semuanya demi mengejar undi non-Malay,
non-Muslim! Dan PAS beriman dengan keyakinan bahawa DAP boleh membantu mereka
mendapat undi non-Malay & non-Muslim! PAS berakidah bahawa melukakan hati
DAP bermakna sayonara kepada undi non-Malay & non-Muslim! Maka bagi PAS,
demi mahligai Putrajaya, mereka tiada pilihan, wajib tunduk, sami' na wa
ato'na kepada kehendak DAP!
Teman melihat isu mutakhir ini
sebagai bukti jelas betapa laungan pimpinan PAS bahawa mereka adalah parti
dominan didalam pakatan pembangkang adalah sekadar retorik politik sahaja!
Malah angan-angan PAS sebagai kononnya parti dominan sehingga menyebabkan
mereka membuat usul untuk memperdana-menterikan Datuk Seri Hadi Awang, yang
ternyata syiok dengan tawaran jawatan mahkota Putrajaya tersebut hanyalah
sekadar fantasi dan ilusi semata-mata!
Bertambah sedih para pelakon sitkom
Lawak Senario apabila PAS mengumumkan bahawa mereka kini adalah parti
alternatif bagi orang Melayu-Islam menggantikan UMNO! Konon skrip lawak mereka
menyatakan PAS adalah tunjang kepada pakatan pembangkang masakini sebagaimana
UMNO didalam Barisan Nasional! Malah dilawakkan lagi bahawa orang Melayu-Islam
wajib membantu dengan mengundi PAS dalam PRU-13 sebagai sandaran dan harapan
baru menggantikan UMNO!
Persoalan besarnya - betulkah PAS
dominan?
Dan jawapannya jelas BIG NO! TIDAK!!! NEHI!!
Buktinya yop?
1. Kita tengok apa jadi kepada
Kerajaan PAS Kedah. Kerajaan yang dominan ialah PAS, kerana ADUN PAS paling
ramai, dan ADUN DAP hanya seorang sahaja. Dalam keadaan itu, Kerajaan PAS Kedah
sepatutnya tidak ada masalah untuk melaksanakan segala dasar dan agenda PAS.
Sebaliknya, lain yang berlaku!
Contohnya, apabila Kerajaan PAS Kedah mengumumkan akan merobohkan sebuah pusat
penyembelihan babi di Kota Setar, ADUN DAP tersebut telah membantah dan memberi
katadua kepada Kerajaan PAS Kedah - tarik balik arahan tersebut atau beliau
akan bawa DAP Kedah keluar! Akhirnya, Kerajaan PAS Kedah membatalkan arahan
tersebut. Hanya seorang ADUN DAP boleh meletakkan Kerajaan PAS Kedah atas lutut
dengan satu gertakan sahaja!
Dominan ke namanya tu yop?
2. Kita tengok pulak apa jadi bila
Kerajaan PAS Kedah mengeluarkan arahan supaya semua pusat hiburan wajib ditutup
sepanjang bulan Ramadhan! Hanya dengan satu bantahan daripada DAP, arahan
tersebut dibatalkan! Maka berpestalah pusat hiburan di Kedah sepanjang bulan
Ramadhan!
Dominan ke namanya tu yop?
3. Mutakhir, Kerajaan PAS Kedah
mengeluarkan arahan supaya semua papan-tanda iklan yang mengandungi gambar
wanita yang tidak berpakaian sopan hendaklah diturunkan! Yup, belum sempat
Karpal Singh batuk, arahan itu segera ditarik balik bila ada suara membantah
daripada DAP!
Dominan ke namanya tu yop?
4. Mari kita beralih ke Pulau Pinang.
Teman tak bercadang nak bariskan segala peristiwa yang berlaku untuk
membuktikan betapa hinanya PAS pada pandangan mata Guaneng dan juak-juak
DAPnya. Cukup sekadar kita tengok bagaimana cara mereka melayan satu-satunya
ADUN PAS di Pulau Pinang! Yup, PAS hanya ada satu sahaja ADUN di Pulau Pinang.
YB Ustaz Saleh Man, ADUN Permatang Pasir yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri.
Sepatutnya dalam ertikata perkongsian
yang telus dan harmoni serta saling hormat menghormati sebagaimana yang
diamalkan dalm BN yang ditunjangi UMNO, Kerajaan DAP Pulau Pinang wajib
memberikan tempat kepada satu-satunya ADUN PAS! Sebagaimana yang dibuat oleh
UMNO, masih mengambil pimpinan MIC, MCA dan Gerakan yang tewas dalam
pilihanraya; diberikan tempat didalam Kerajaan bertaraf Menteri! Itu namanya
dominan! Bukan sahaja dominan, tetapi menghormati rakankongsi dalam
persefahaman yang ikhlas!
Tetapi tidak dalam pakatan songsang
DAP-PKR-PAS ini! Satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang, langsung tidak diberi
muka dalam barisan Exco Kerajaan DAP! Sepatutnya PAS yang dilabelkan sebagai
parti Islam, paling koman mangkuk pun ADUN nya patut diberi jawatan Exco
menjaga portfolio hal-ehwal Islam! Malah itulah bahan kempen semasa PRK
Permatang Pasir! Tetapi tidak! ADUN PAS yang juga bos PAS Pulau Pinang langsung
tak diberi muka oleh Kerajaan Guaneng!
Sebaliknya Malek Kasim, ADUN PKR Batu
Maung yang dilantik memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam! Malek Kasim?
ADUN PKR yang bukan lulusan daripada jurusan agama Islam pun. Yang bukan datang
daripada Al Azhar. Yang datang daripada parti PKR, parti yang ketuanya
berfahaman pluralisma dan liberal. Parti yang nak beri kebebasan kepada orang
Melayu pilih agama lain selain Islam!
Ini bukan sahaja membuktikan PAS
bukan parti dominan, malah PAS hanyalah di anggap sebagai parti keldai
tunggangan sahaja! Ini adalah satu penghinaan besar kepada PAS! Bak kata
pepatah Melayu, PAS ini adalah parti yang dia ujud pun tak menambah, dia tiada
pun tak mengurang! Mungkin doa dan impian presiden PAS untuk menjadi khadam
sudah pun tertunai!
Jadi, dominan ke namanya tu yop?
5. Kalau kita tukar angin tengok ke
Selangor, bertambah lagi gerun kita yop! PAS ada 8 ADUN dalam negeri Selangor.
Bermakna PAS adalah parti 'king-maker'. Kerana jika PAS menarik diri
daripada pakatan songsang ini, Kerajaan pakatan luar tabi'e ni akan tumbang
yop! Yup..Kerajaan PKR-DAP Selangor boleh ditumbangkan oleh ADUN-ADUN PAS jika
mereka bersatu!
Dalam keadaan itu, sudah tentu kita
mahu melihat PAS boleh memainkan peranan dominan, sekurang-kurangnya dalam
memastikan kepentingan dan kebajikan umat Melayu-Islam terbela dan
dipertahankan! Dengan kedudukan sebagai 'king-maker' itu, kita
sepatutnya boleh meletakakan harapan PAS boleh 'tunjuk taring' dan 'bersuara
lantang' melaksanakan agenda dan dasar perjuangan PAS yang kononnya mahu
menjadi parti alternatif umat Melayu-Islam menggantikan UMNO!
Tapi apa yang terjadi sebaliknya! YB
Datuk Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Hal-Ehwal Agama Islam
Selangor mendapati bukan sahaja beliau berdepan dengan kekangan dan kesukaran
oleh rakan komponen DAP-PKR didalam melaksanakan dasar dan agenda Islam-Melayu,
malah beliau turut berdepan dengan sabotaj dan khianat daripada parti dia
sendiri!
Cubaan Datuk Hasan Ali membersihkan
Bandaraya Shah Alam, Bandar Anggerik kebanggaan Melayu-Islam Selangor daripada
unsur arak dan maksiat yang makin bercambah sejak pakatan pembangkang
memerintah ternyata kecundang! Menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai Exco
Agama, dan berbekalkan kedudukan PAS sebagai 'king-maker' di Selangor,
Hasan Ali dengan kerjasama PBT Majlis Bandaraya Shah Alam menjalankan operasi
pembersihan dengan merampas arak yang dijual secara bebas di kedai-kedai
serbanika di Shah Alam.
Kita ingatkan ahli dan penyokong PAS
akan bertakbir sakan! Al maklumlah pernah ada antara mereka yang membuat
kenyataan, 'hari ni memerintah Selangor, esok kilang arak tutup'! Maka
orang Melayu-Islam Selangor, khususnya di Shah Alam tumpang kagum dengan
keberanian Hasan Ali mempertahankan 'kesucian' bumi Shah Alam.
Tapi apa jadi? Tak sampai beberapa hari,
kaum cauvinis dan rasis DAP mula melalak dan memekak! Mereka menuntut arahan
Hasan Ali dibatalkan, dan arak itu dipulangkan kembali kepada kedai-kedai
serbanika itu. Umat Melayu-Islam ingatkan tentu para mujahidin dan para
demonstran PAS akan turun berlarak di Shah Alam, mungkin juga sampai
membaringkan badan diatas jalan untuk menghalang kereta Ronnie Liu daripada
berjalan!
Tak, sebaliknya umat Melayu-Islam
menjadi kecewa dan hampa. MBSA diarah memulangkan semula arak tersebut.
Bayangkan betapa hina dan aibnya kita umat Melayu-Islam bila melihat lori MBSA
terpaksa memulangkan semula arak-arak yang dirampas itu ke kedai-kedai
serbanika! PAS muncul sebagai parti yang hanya sekadar boleh ber'take-beer'
sahaja sekarang yop!
Dominan ke namanya tu yop?
6. Kemudian kita tengok pula isu
serangan terhadap aqidah umat Melayu-Islam. Hasan Ali, selaku Exco Agama Islam
Selangor menerima maklumat bahawa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)
melakukan dakyah dan cuba memurtadkan beberapa orang Melayu-Islam. Berdasarkan
itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang duduk dibawah portfolio Hasan Ali
telah melakukan siasatan di DUMC. JAIS mendapati aduan itu betul, dan menemui
beberapa dokumen dan individu yang terlibat. Maka JAIS pun bertindak!
Apa jadi yop? Sekali lagi umat
Malayu-Islam mengharapkan PAS akan mengambil tindakan tegas kerana ini
membabitkan isu aqidah! Apa lagi yang lebih besar selain masalah aqidah!
Serangan terhadap aqidah umat Islam sama saperti mengisytiharkan perang
terhadap Islam! Umat Islam-Melayu mengharapkan PAS tidak akan berkompromi!
Sebagaimana umat Melayu-Islam melihat
PAS & UMNO bersama melakukan bantahan besar-besaran semasa isu IFC, isu
murtadnya Noraishah Bukhori, murtadnya Hartini Kamarudin, murtadnya Azlina
Jailani @ Lina Joy! Umat Melayu-Islam tidak sabar mendengar pengumuman jihad
oleh PAS!
Pheewwww..sebaliknya pula yang
berlaku! Hasan Ali dimaki-hamun! Hasan Ali dicerca! Hasan Ali dihina! Hasan Ali
ditohmah tidak pandai berpolitik! Hasan Ali difitnah tidak tahu menghormati hak
gereja dakyah! Hasan Ali dikutuk tidak memahami parasaan DAP! Hasan Ali didakwa
akan menyebabkan PAS hilang undi, hilang kerusi! Hasan Ali dikatakan mengidap
penyakit 'undersiege mentality'! Hasan Ali menjadi kucing kuranp didalam PAS
dan pakatan songsang!
Akhirnya Hasan Ali dipecat! Tanpa
notis, tanpa tunjuk-sebab, tanpa boleh bela diri, tanpa dipanggil mesyuarat!
Hasan Ali dihalau daripada PAS macam anjing kurap!
Apa dosa Hasan Ali? Adakah Hasan Ali
meliwat mana-mana jambu? Adakah Hasan Ali main kondang kondi dengan ChinaDOLL?
Adakah Hasan Ali bagi kaunselling kat bini kawan sendiri jam 3 pagi? Adakah
Hasan Ali makan eskrim dalam jamban? Adakah Hasan Ali main enjut-enjut dalam
keretapi? Adakah Hasan Ali menderhaka kepada makbapak dia? Apa dosa Hasan Ali
sehingga diperlakukan seperti 'pembawa sial' tu yop?
Dosa Hasan Ali kerana nak
menyelamatkan aqidah umat! Dosa Hasan Ali kerana nak melaksanakan nilai Islam!
Dosa Hasan Ali kerana nak mencegah kemungkaran! Dosa Hasan Ali kerana nak
mempraktikkan dasar yang dilaungkan oleh PAS selama ini! Atas dosa itu, Hasan
Ali dipecat tanpa menurut hukum dan syariat Islam, oleh parti yang melabel
dirinya sebagai Islam! Betapa ironisnya!
Dominan ke namanya tu yop?
7. Dan yang paling mengaibkan, sebaik
sahaja Hasan Ali dipecat, portfolio Hal Ehwal Islam diambil-alih oleh PKR! PAS
parti yang melabelkan diri sebagai Islam, yang menjanjikan pahala kepada orang
mengundinya, yang menjamin syurga orang yang menyokongnya, yang mendoakan
kehancuran umat Islam lain, yang memurtadkan saudara satu aqidah; kali ini
dihancurkan dan dihina apabila portfolio Hal Ehwal Islam Selangor diambil alih
oleh Tan Sri Khalid Ibrahim!
Yup, Khalid Ibrahim! Yang bukan
lulusan syariah, yang bukan lulusan usuluddin, yang bukan graduan Al Azhar,
yang tak pernah mengaji kat pondok atau ma'ahad; Khalid Ibrahim mengambil alih
portfolio menjaga hal ehwal Islam! PAS diberi apa? Portfolio menjaga Sukan
& Adat Resam Melayu!
Dominan lagi mike kata yop?
Rumusan
Jadi apa rumusan kepada semua fakta
dan hakikat yang teman huraikan diatas? Rumusannya jelas. PAS bukan parti
dominan. PAS bukan parti tonggak! PAS bukan parti tunjang!
Sebaliknya PAS adalah parti
sampingan! PAS adalah parti serpihan! PAS adalah parti tunggangan! PAS adalah
parti yang diperkeldaikan! PAS adalah parti yang menjadi lembu tunggangan! PAS
sekadar menjadi balaci dan penghalal kepada semua tindak tanduk Anwar &
parti cauvinis rasis DAP!
Samada PAS sebagai parti berkuasa
penuh saperti di Kelantan! Samada PAS sebagai sebuah parti dominan seperti di
Kedah! Samada PAS sebagai sebuah parti picisan seperti di Pulau Pinang! Samada
PAS sebagai sebuah parti 'king-maker' di Selangor. Samada PAS sebagai
parti komponen kedua terbesar pembangkang saperti di Parlimen!
Dalam apa kedudukan pun, PAS telah
membuktikan kepada umat Islam-Melayu bahawa ia bukan sahaja parti yang tidak
boleh diharapkan untuk membela dan mempertahankan kepentingan dan kebajikan
umat Islam-Melayu, malah ia boleh menjadi parti yang bisa mengkhianati dan
menikam belakang umat Islam-Melayu demi survival dan kepentingan
politiknya.
Jangan kata umat Islam-Melayu, anak
isteri pun mereka rela perkeldaikan dan politikkan! Contohnya ada antara mereka
yang sanggup membuat bai'ah talak tiga semata-mata untuk memastikan kerusi
parti mereka kekal! Mereka sanggup berbaiah untuk menceraikan isteri mereka
dengan talak tiga ba'in qubro hanya kerana poltitik sempit yang mereka amalkan!
Sanggup menceraikan bini sendiri semata-mata kerana politiking yang melampau!
Sebab itu umat Islam-Melayu janganlah
terpedaya dengan mainan dan dakyah politik PAS dan pakatan songsang ini.
Bagaimana mungkin sebuah parti yang hanya akan bertanding 60 kerusi Parlimen
daripada 222 kerusi mau menjadi parti dominan? Bagaimana parti yang hanya boleh
memenangi tak lebih 30 kerusi Parlimen nak menjadi parti pembela umat
Islam-Melayu?
Sebenarnya, apa yang terjadi di
Kelantan itu hanya sebagai satu lagi siri bukti dan keterangan yang
memperjelaskan lagi kepada kita umat Islam-Melayu bahawa PAS bukanlah satu
agama! Masuk PAS bukan makna masuk syurga! Undi PAS bukan bermakna sokong
Islam!
Sebaliknya, PAS membuktikan kepada
kita umat Islam-Melayu bahawa ia bukan sahaja bersedia membuang peraturan yang
dia buat sendiri selama 20 tahun, PAS bukan sahaja sanggup memecat ahlinya
sendiri demi kepentingan politiknya, PAS bukan sahaja sanggup menggadai
institusi perkahwinan dan anak isteri, malah PAS membuktikan ia parti politik
yang sanggup membuang dasar perjuangan negara Islamnya semata-mata untuk meraih
undi!
PAS adalah contoh klasik falsafah
politik Machiavelli - matlamat menghalalkan cara! The end justify the
means!
Jangan kata nak jadi parti dominan,
jangan kata nak jadi parti tunggak, jangan kata nak jadi parti alternatif bagi
umat Melayu-Islam, malah PAS sudah muncul menjadi Parti Al-Sikitol!
Parti yang boleh mengkhianati umat Islam-Melayu!
Undi PAS maknanya undi DAP!
Undi PAS maknanya undi pluralisma!
Undi PAS maknanya undi liberalisma!
Undi PAS maknanya undi LGBT!
Say NO to PAS! Say NO to Anwar!
Yang baik itu datangnya daripada
ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan
hidayah dan keampunanNya. Ameen!!!
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
30 Muharram 1434
14 Dis 2012
Label: Hasan Ali, Kelantan, Pakatan Luar Tabi'e, PAS, PAS Dominan, Salon
No comments:
Post a Comment