Lagi Kisah Lanjut Isu Bos DAP Perak Dan Tanah Kelantan
AgendaDaily- Syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) yang merupakan
pemilik pajakan tanah seluas 10,526 ekar di Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua
Musang ditawarkan untuk dijual pada awal tahun ini dengan harga RM36.8
juta.
Perkara
tersebut didedahkan oleh Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi
(OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad kepada Agendadaily pada Isnin.
Sebelum
ini, bos DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan sepupunya Nga Kor Ming mengakui
memiliki (membeli) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd pada April tahun ini.
Ngeh
menjelaskan beliau tidak menerima apa-apa daripada kerajaan negeri Kelantan
sebaliknya mendakwa pelaburan tersebut dibuat atas pelaburan sebuah syarikat
swasta.
“Saya
jelaskan bahawa Nga Kor Ming dan saya tidak dapat apa-apa daripada tanah itu,
tetapi itu hanya melalui pelaburan swasta di mana sebahagian pelabur termasuk
saya telah membeli syarikat tersebut pada April tahun ini," katanya.

Berdasarkan
iklan yang mula tersiar di sebuah laman
web pembelian hartanah terkenal, pada 12 Januari 2012, konsesi seluas 10,526
ekar tersebut adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan dipajakkan kepada
UPSB.
Menurut
Wan Khairul, antara yang dinyatakan di dalam iklan tersebut adalah keluasan
tanah 10,526 ekar atau 4,260 hektar, pajakan 70 tahun dari 3 Mei 2006 hingga 3
Mei 2092.
"Syarikat
yang membeli tanah tersebut tidak memerlukan Bumiputera sebagai pemilik bersama,
dan dari jumlah 10,526 ekar itu terdapat 9,500 ekar kawasan pembalakan dengan
perjanjian 30 peratus keuntungan dari hasil pembalakan mesti diberikan kepada
YIK," kata beliau.
Jelasnya
lagi, antara syarat yang ditetapkan adalah UPSB mesti membayar YIK RM100 seekar
selepas lapan tahun jika sekiranya ditanah dengan getah yang mana keseluruhan
konsesi tersebut sesuai untuk tanaman getah.
Semakan
ke atas laman web yang diberikan oleh Wan Khairul mendapati iklan tersebut sudah
tamah tempoh yang membawa maksud berkumungkinan sudah dimiliki.
Berdasarkan
iklan tanah di kawasan itu amat sesuai untuk tanaman getah dengan corak muka
bumi yang rata tidak berbukit.
Harga
ke atas tanah tersebut adalah RM3500 seekar atau RM36.8 juta keseluruhan dan
pembeli ditawarkan pembelian penuh terhadap ekuiti syarikat UPSB.

"Kita
menuntut penjelasan, dari manakah sumber kewangan dua pemimpin DAP tersebut
membeli syarikat UPSB dan apakah perjanjian sebenar antara UPSB, YIK dan
kerajaan negeri..." katanya.
Wan
Khairul yang merupakan anak jati Kelantan turut meminta penjelasan dari kerajaan
negeri apakah benar tidak diperlukan Bumiputera sebagai pemilik syarikat
tersebut seperti yang diiklankan sebelum ini.
"Kami
sebagai rakyat Kelantan berhak tahu semua maklumat berkaitan tanah ini dan saya
cabar Nik Aziz supaya mengadakan sidang akhbar untuk berterus terang dalam kes
ini," ujarnya.
Permintaan
Wan Khairul untuk Nik Aziz berterus terang dalam isu ini wajar memandangkan
Kelantan mempunyai undang-undang tanah yang ketat.
Sebelum
ini, Setiausaha Akhbar Nik Aziz, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan oleh
Harakahdaily berkata tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd pada masa itu
dipengerusikan oleh Datuk Seri Wong Yeon Chai, dibuat melalui surat Yayasan
Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.
"Manakala
perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihan raya
umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian
selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik.
"Ia
juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100 seekar setahun untuk
kawasan getah klon dan RM150 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.
"Pertukaran
komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah
dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012, di mana ekoran
pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK
sebanyak RM1.5 juta," katanya.
Manakala
dalam sidang akhbar Sabtu lalu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh
dilaporkan mahu semua pemimpin parti DAP agar tidak meletakkan diri mereka pada
kedudukan yang boleh menimbulkan persepsi salahlaku.
“Saya
masih belum lagi bertanya kepada Ngeh bagi mendapatkan penjelasan lanjut perkara
itu,”kata Karpal.

Sementara
itu, Exco Kanan Perak Datuk Hamidah Osman Hamidah membuat satu lagi pendedahan
berhubung pembabitan Ngeh dalam UPSB yang menjalankan projek pembalakan di
Kelantan.
Beliau
mendakwa Ngeh yang juga ADUN Sitiawan menguasai keseluruhan kepentingan syarikat
berkenaan.
Katanya,
Ngeh memiliki secara peribadi 49 peratus saham bernilai RM15.5 juta, manakala 51
peratus saham lagi bernilai lebih RM16 juta dimilikinya menerusi Efektif Kirana
Sdn Bhd (Efektif Kirana), menjadikan pegangan keseluruhan RM31 juta.
Menurutnya,
ini kerana Ngeh memiliki 99 peratus saham dalam Efektif Kirana, manakala satu
peratus lagi oleh dua individu lain.
“Jadi,
kalau dia kata anak guam dia pegang (saham terbesar) dan lain-lain lagi, saya
tidak percaya. Tiada orang nak (mewakilkan kepada Ngeh) pegang saham sampai 99
peratus.
“Mereka
sebenarnya cuba mengelirukan orang ramai (dengan mengatakan mereka diajak
melabur).
“Saya
yakin mereka kini semakin tertekan dengan pendedahan isu ini,” katanya selepas
membuat laporan polis berikutan diugut selepas mendedahkan kes tersebut di DUN
Perak minggu lepas.- OLEH HELME HANAFI- 24/12/2012
No comments:
Post a Comment