DAP mohon hapus saman salun, janji tutup Lynas
16 Disember 2012

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pembatalan itu membuktikan Pas dapat memberi keadilan kepada golongan bukan Islam.
“Tiga tahun lalu di Persidangan Kebangsaan DAP, berlaku kekecohan berhubung penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam. Ia dieksploitasi golongan yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk memecah-belah Pakatan Rakyat (PR).
“Saya gembira apabila usaha itu tidak berjaya. Sekarang, MCA sedang cuba menggambarkan Pas sebagai parti yang mengenakan undang-undang Islam ke atas bukan Islam antaranya berkhalwat. Ini tidak benar sama sekali,” katanya di Kongres Kebangsaan DAP ke-16 semalam.
Sementara itu, Guan Eng menempelak Barisan Nasional (BN) apabila didakwa mungkir janji terhadap rakyat.
Guan Eng berkata, Kerajaan Pusat berjanji meningkatkan taraf pendidikan, namun masih belum terbukti.
“Laporan Trends in International Math and Science Study 2011 (TIMSS) mengesahkan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) pada 2009 bahawa pelajar kita terkebelakang tiga tahun berbanding standard antarabangsa dan separuh lagi tiada kebolehan dan gagal menguasai sains dan matematik,” katanya.
Menurutnya, DAP berjanji akan hapuskan kilang loji nadir bumi Lynas jika PR memerintah negara nanti.
“Kita berjanji akan menghapuskan kilang Lynas jika kita memerintah. Ini kerana, BN memungkiri janji mereka. Dulu mereka berjanji untuk membatalkan lesen loji nadir bumi Lynas jika Lynas gagal untuk menghapus sisa toksik mereka," katanya
No comments:
Post a Comment