Friday, April 12, 2013

Kadang-kadang kenyataan Mahathir terlebih


Kadang-kadang kenyataan Mahathir terlebih

Salmiyah Harun,12 Apr 2013
PUTRAJAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad seolah-olah seperti Nabi apabila boleh tahu perkara yang hendak berlaku pada masa depan.

Husam berkata demikian mengulas kenyataan Tun Mahathir di dalam blognya yang mengatakan akan berlaku konfrantasi kaum sekiranya Lim kit Siang menang di Gelang Patah.

Apabila diajukan soalan, Husam agak terkejut dengan kenyataan Mahathir itu dan berhasrat untuk berjumpa dengannya nanti.

"Tun Mahathir kata macam tu? Nanti saya hendak jumpa dia sebab saya datang tempat dia ni, nanti saya bincang dengan dia.

"Kalau boleh saya datang hendak jumpa Tun Mahathir dan minum kopi dengan dia semasa saya di sini. Tun ada Yayasan Perdana," katanya dalam sidang medianya di sini hari ini.

Husam tidak menafikan kadang-kadang Mahathir dilihat 'terlebih' dalam mengeluarkan kenyataan, tambah-tambah lagi apabila menjelang PRU.

"Tengok keadaanlah, benda-benda ini tidak berlaku lagi...Tun ni macam Nabi pula boleh tahu benda-benda lain yang hendak berlaku," katanya.

Melihat gelagat Tun Mahathir itu, Husam turut menceritakan bagaimana seorang pemandu teksi yang perasan dengan sikap Tun Mahathir seperti orang yang susah hati.

"Saya ingat dia ada banyak salah sama rakyat, dia takut kalah," tambah Husam memetik kata-kata pemandu teksi terbabit.

No comments:

Post a Comment